Kalau tak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya itu ungkapan yang sesuai menggambarkan perjalanan karier anak seni yang juga penyanyi bervokal mantap, Aina Abdul.
Menurut Aina, bukan mudah untuknya sampai ke tahap ini. Pelbagai liku serta onak duri terpaksa ditempuhinya seorang diri demi mencapai impian menjadi bintang di arena seni.
Nyanyi 20 Lagu, Bayaran RM50 Je
Antara pahit getir yang kekal terpahat dalam ingatanya sehingga hari ini, adalah menerima hanya RM 50 untuk menyanyikan 20 buah lagu bagi persembahan satu malam.
“Pernah juga saya menyanyi tiga malam berturut-turut tanpa ada penonton di hadapan. Ada ketika, hanya dua hingga tiga orang sahaja.
“Ada masa dapat RM50 sahaja. Kadang-kadang, bayaran pun tak ada. Kena bahagi lagi dengan ahli band. Itu memang pengorbanan dan pengalaman yang saya tidak akan lupa.
“Tetapi, saya pegang satu prinsip dari zaman menyanyi di kelab. Walaupun tidak ada orang, bayaran tidak untung, saya kena teruskan juga,” lapor Utusan Malaysia.
Artikel berkaitan: Penampilan ‘Gorgeous’ Aina Abdul Di Set MeleTOP Pukau Netizen
Jelas Aina lagi, perjalanan karier seni nya bermula lambat, ketika usianya 28 tahun, jadi dia tidak punya masa yang ampuh untuk memilih ‘rezeki’ seperti orang lain.
Sehubungan itu, sebarang peluang dan rezeki yang diterimanya digarap dengan sebaik mungkin, walaupun kadangkala tidak terlepas dari menerima kecaman dan kritikan dari wargamaya.
“Saya kena all out. Saya bermula pada usia 28 tahun dan orang anggap lambat. Bila dapat peluang, saya tidak akan sia-siakan.
“Disebabkan itu, saya tidak kisah orang kata fesyen pelik atau dikritik melampau, semuanya saya telan sahaja. Itu bayaran untuk mimpi saya,” ujar Aina.
Sumber: Instagram Aina Abdul & Utusan Malaysia
Artikel berkaitan: Bakal Tampil Fesyen Ekstravaganza Ketika Konsert, Aina Abdul Janji Jaga Sensitiviti. Wow Senarai Pereka Terkenal!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Rara Menjerit Sebab Ada Ulat Bergerak Dalam Sosej!”- Farahanim Razak Luah Rasa Kecewa Makanan Yang Dibeli Sudah Rosak!
Isi Kandungan
TogglePengacara popular, Farahanim Razak meluahkan rasa kecewanya apabila sosej yang dibelinya dari pasaraya IKEA mempunyai ulat yang menggelikan.
Menerusi perkongsiannya dalam akaun Instagram, dia berasa terkejut apabila anaknya Amira Raissa ataupun lebih mesra dengan panggilan Rara menjerit apabila melihat ada ulat yang masih hidup bergerak di dalam sosejnya.
Semalam beli sosej di Ikea pada waktu malam dalam jam lapan lebih begitu. Tetapi, sosej yang dibeli itu tertinggal dalam kereta. Pagi ini, bila nak ambil semula dan mahu makan, Rara nampak ada benda bergerak. Rupanya sosej ada ulat.
Tambahnya lagi, anak kecilnya itu sudah makan sedikit sosej tersebut. Lantas Hanim membasuh mulut anaknya itu risau akan mengalami keracunan makanan.
Rara dah makan sikit kat hujung tu terus Anim basuh mulut dia. Nasib baik yang hujung tu Anim check takda ulat…baru je beli malam tadi tak letak sos apa-apa, memang tak sentuh langsung terus letak dalam paperbag, tertinggal dalam kereta.
Hanim juga turut bertanyakan soalan kepada warganet sekiranya sosej yang dibelinya dari pasaraya IKEA itu harus dimakan terus sejurus dibeli ataupun tidak.
Memang sosej ni tak tahan ke macam mana? Kena makan terus?
Biarpun dalam beberapa minit sahaja, hantaran yang dikongsikan itu mendapat perhatian ramai termasuklah dari penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti.
Turut meluahkan raza gelinya tentang kejadian itu, Tok Ti turut menghantar komen berkaitan isu tersebut.
“Euwwwww,” komen Tok Ti.
Warganet yang lain juga turut menyatakan rasa ketidakpuasan hati mereka tentang sosej berulat itu.
“Euwww takot pulak nak beli situ,” komen Fatinhinusna.
“Ya Allah. Geliiinya. Merenyam tengok keluar dari lubang-lubang tu,” komen Farhanakirana88.
“Adeh terus rasa geli nak makan sosej lepas ni,” komen Asmdahmd_.
Sumber gambar: Instagram Farahnim Razak
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pendapatan Lebih RM10K Sebulan, Personal Shopper Yang Tinggal Di Kanada Ini Tidak Lokek Kongsi Tip
Isi Kandungan
ToggleZaman semua di hujung jari ini menyebabkan ramai antara kita yang senang membeli belah dalam talian sahaja. Terdapat juga faktor lain menyumbang kepada situasi ini seperti malas nak drive, susah cari parking ataupun tidak gemar bersesak-sesak-sesak dengan orang lain di luar.
MUDAHKAN URUSAN
Keadaan ini menyebabkan ramai yang hanya membeli belah dalam talian. Selain itu ada juga segelintir yang menjadi Personal Shopper atau PS. Lagi memudahkan urusan untuk mereka yang sibuk dengan kerja dan tidak ada masa untuk bershopping.
Ternyata kerjaya sebagai personel shopper ini kian diminati dan mendapat tempat di kalangan mereka terutama yang baru lepasan ijazah. Tugas sebagai PS ini waktu kerjanya lebih fleksibel dan sesuai bagi mereka tidak suka makan gaji. Malah pendapatan mereka juga dianggap lumayan.
Baru-baru ini tular di mana seorang personal shopper, Rafidah, 28 tahun yang telah lama bermaustautin di Kanada menceritakan pengalamannya bergelar PS.
Bercerita kepada Hijabista, bagaimana dia bermula menjadi seperti hari ini. Menurutnya dia adalah seorang freelance translator di Kanada dan secara tidak langsung terus bertindak sebagai PS.
BARANGAN BERJENAMA
Sebenarnya sudah hampir empat tahun Rafidah menjadi PS. Bukan sebarangan barang yang dijual secara online, tetapi kebanyakannya adalah barangan berjenama. Antaranya COACH, MK, FOSSIL, KATE SPADE, CORELLE, PYREX, CORNINGWARE, (LE CREUSET FROM FRANCE). Dia juga turut menerima tempahan barangan berjenama EROPAH seperti FURLA, LONGCHAMP, LOUIS VUITTON, GUCCI, PRADA, YSL, GIVENCY. Istimewanya Rafidah juga turut menawarkan ANSURAN SEBANYAK 3 KALI atau MENERIMA BAYARAN PENUH.
Menceritakan pengalamannya, dia ketika itu hanya memulakan bisnes dengan membuat tempahan secara kecil-kecilan.
“Oleh sebab saya tinggal di Montreal, Kanada, saya telah pergi sendiri ke outlet dan butik untuk membeli beg dan kemudiannya membuat promosi dengan meletakkan gambar-gambar koleksi beg tangan dan kitchenware di personal FB miliknya.
“Dan apabila pelanggan telah ramai, Rafidah mula membuka FB ppage sendiri https://www.facebook.com/brandedhandbagsbyrafidah Daripada situlah dia membina repo yang baik dengan follower baru dan lama. Bukan mudah untuk mengumpul follower tetapi setiap hari ada sahaja post yang di update,” ujar Rafidah yang menjual barangan ini kerana ingin memberikan peluang kepada rakyat malaysia yang ingin memiliki barangan berjenama dengan harga mampu milik .
Menurut Rafidah, bukan mudah untuk berjaya dan dia juga tidak lokek berkongsi bagaimana untuk menjadi PS yang berjaya terutama bagi mereka yang berminat dengan kerjaya ini.
- Personal Shopper juga sama kerjayanya seperti sales person. Perlu sentiasa berusaha dan mencari idea kreatif untuk mengembangkan bisnes.
2. Mesti minat dengan urusan jual beli terutamanya barang yang dijual, pandai berkomunikasi dengan pelanggan adalah kunci utama kerana kebanyakan pembeli adalah ‘stranger’ dan punya pelbagai karenah.
3. Harus jujur dengan apa yang dijual. Maksudnya tahu asal usul barang tu. Jika original beritahu secara terperinci, kalau barang tiruan beritahu tiruan. Jangan sesekali menipu pelanggan.
4. Bina platform business di FB personal, cipta FB page atau cipta Instagram account khusus untuk mempromosikan barang yang dijual.
5. Kepercayaan pelanggan juga amat penting untuk menjadi PS. Bila pembeli percaya PS, mereka pasti akan membeli lagi dengan kita pada masa akan datang. Paling kurang pun mereka akan memberitahu rakan2, keluarga dan mempromosi business anda di sosial media.
6. Cipta strategi pemasaran dan promosi dengan kreatif, seperti share video shopping trip, rajin buat demo barangan yang dijual, sediakan ansuran dan sebagainya.
7. Saya pastikan customer saya adalah rakan alam maya. Saya treat mereka sebaik mungkin. Saya kongsikan percutian, tips agar mereka merasakan seperti bershopping bersama2 saya.
8. Bertanggungjawab dengan sebarang kecelakaan. Contohnya saya sedaya upaya akan selesaikan masalah dalam proses penghantaran, jika tidak dapat diselesaikan, refund duit customer.
ELAK KENA TIPU
Menurut Rafidah sejak memulakan bisnes ini dia juga menerima banyak maklum balas dari pelanggan terutama soal penipuan barang. Justeru dia turut member tip untuk para online shopper agar tidak rugi duit dan masa.
1. KENAL PASTI PENJUAL
– Lihat post terdahulu penjual dan tahu latar belakang siapakah penjual anda.
– Anda harus semak barang apa yang dijual. Datang dari mana dan betul atau tidak barang itu wujud.
– Nak tahu wujud, kena lihat review dan komen pembeli. ( Saya yakin bahawa pembeli yang baik untuk penjual yang baik. InshaAllah).
2. BACA, BACA, BACA
– Jangan seronok tengok gambar barang sehingga lupa untuk lakukan poin no. 1. Kalau tidak baca, kebarangkalian anda kena tipu sangat tinggi.
– Pembeli yang bijak akan baca semua TERMA & SYARAT. Biar jadi informatif dan ambil tahu apa yang mahu dibeli dari asyik nak minta di ‘PM’. Bila sudah tahu syarat, jika ada masalah nanti dapatlah dibetulkan dan jika anda yang salah, anda tidaklah kelihatan bodoh apabila marah atau beremosi dengan penjual sedangkan diri sendiri yang salah.
– Setelah beli barang, baca informasi terkini dari penjual untuk apa-apa perubahan tentang harga, tarikh bayaran, penghantaran, penerimaan dan lain-lain lagi. Ini sangat penting kerana penjual anda kadang kala tidak dapat membalas dengan segera kerana berada di luar kawasan atau berbeza waktu dari Malaysia.
– Baca ‘latest post’ di FB page, blog, website penjual anda.
3. PEMBELI BIJAK VS MALAS
– Setelah membuat tempahan, sila buat bayaran deposit atau langsaikan dengan segera. Jika lambat barang mungkin terlepas.
– Hargai masa penjual dan masa anda sendiri juga. Jika anda yakin dengan barang yang nak dibeli minimumkan waktu pembelian. Itulah sebabnya anda gunakan internet berbanding keluar membeli sendiri.
– Jangan bermain-main dengan penjual. Terus terang jika mahu atau tidak. Say YES OR NO. Beli barang ikut kemampuan anda. (Jangan sampai berhutang ya). Berdolak dalih atau buat bayaran lambat akan merumitkan keadaan kemungkinan habis ‘burned’ semua duit anda nanti. Ikutlah terma bayaran. Kalau minta bayar waktu ini, bayar. Jangan ikut sesuka hati nak bayar bila. Ada masalah membayar beritahu penjual secepat mungkin. Jangan senyap kerana masalah boleh dibincangkan. Penjual yang baik akan memahami dan bertolak ansur.
– Jika anda tidak lakukan poin 1 & 2 kerana malas, anda mungkin akan ditipu! Jadilah pembeli bijak supaya tak menyesal kemudian hari.
– ELAKKAN minta IC penjual, mahu laporkan pada Polis dan lain-lain. This is ridiculous! Jika anda sudah cukup informasi tentang barang, kaji latar belakang penjual, membaca, buat sedikit research maka anda tak perlu buang masa untuk tanya soalan yang bukan-bukan. Be a Smart Shopper!
– Berikanlah kepercayaan kepada penjual setelah anda yakin dengan mereka. Sekiranya terjadi masalah carilah penyelesaian terbaik.
Win-win Situation.
– Berkomunikasilah dengan baik ketika berurusan.
4. CATAT INFORMASI
– Semua bayaran yang diberikan dan baki bayaran perlu direkod. Jika anda sendiri tidak tahu, anda mudah ditipu penjual.
– Simpan nombor akaun penjual dan rekod bayaran (printscreen atau tulis di buku). Jika ada kesalahan boleh tunjukkan bukti kepada bank dan penjual.
– Kira sendiri peratusan bayaran deposit dan bayaran ansuran kemudian rekodkan. Bergantung sepenuhnya kepada penjual adalah tidak digalakkan kerana kesalahan mungkin berlaku. Anda akan rugi masa kerana perlu semak mesej lepas dan buat pengiraan semula.
Melihat kejayaannya mencipta nama sebagai PS di luar negara, admin sempat bertanya berapa pendapatannya yang berjaya diperoleh. Menurut Rafidah yang setahun sekali balik ke Malaysia ini memberitahu pendapatannya sangat subjektif dan mengikut sales. Apabila ditanya adakah mencecah RM10k sebulan, Rafidah yang dihubungi melalui alam maya ini hanya memberitahu boleh dapat lebih daripada itu. Siapa berminat boleh juga melayari websitenya www.sellection.com atau di laman IG, @sellection.byrafidah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Qasrina Karim Titip Pesan Buat Hijabi ‘Workaholic’ – “Sibuk Macam Mana Pun Wajib Jaga..”
Isi Kandungan
ToggleMengorak langkah dan mula mengukir nama sebagai model muslimah, sebelum namanya menjadi tular dek kerana mempunya rupa paras persis pelakon jelita, Mira Filzah.
Nama pelakon yang masih hijau, Qasrina Karim semakin mendapat perhatian di dalam industri seni Malaysia, malah kian memuncak setelah membintangi drama bersiri, berjudul My Famous Ex-Boyfriend yang ditayangkan di slot Megadrama, Astro Ria satu ketika dahulu.
Rahsia Qas Sentiasa Cantik Dan Bertenaga!
Qasrina yang lebih mesra disapa sebagai Qas bukan sahaja menjadi perhatian orang sekeliling dengan wajah yang manis dan ayu. Ramai yang mengidolakan gadis ini kerana keterampilannya sebagai wanita hijabi yang sopan dan cantik.
Pasti ada dikalangan Hijabi khususnya, gegadis diluar sana yang ingin mengetahui rutin kecantikan Qasrina, yang sentiasa tampil elegan dan ‘on point’ meski pun sedang sibuk melunaskan tanggungjawab kerjaya. Apa agaknya rahsia Qas ya?
Ketika ditemubual, Qas menjelaskan bahawa dia tidak pernah culas melakukan rutin kecantikannya, walaupun sibuk. Katanya, itu merupakan satu investment jangka panjang bagi kekalkan kecantikan diri sebagai seorang selebriti dan juga Public Figure.
Kecantikan Satu Investment Besar!
“Kecantikan ini satu investment jadi saya amat pentingkan penjagaan kulit wajah.
“Walau sibuk macam mana pun, skincare is a must kerana itu satu kepentingan dalam menjaga kecantikan diri.” ujarnya.
Apabila disoal mengenai tip atau bahan alami yang digunakan, Qasrina akui dia mengambil suplemen untuk membantu mengekalkan kemulusan kulit wajahnya seperti vitamin C selain untuk kekal bertenaga.
Malah, dia juga gemar mengambil buah-buahan sebagai bahan semula jadi untuk tubuh badannya.
“Suplemen yang saya ambil adalah Vitamin C, tak perlu tambahan yang lain kerana ia cukup berikan kecergasan buat badan sebab sering rasa penat bila shooting.
“Saya juga suka makan buah-buahan seperti Blueberi, Strawberi dan juga Salad. Ia menjadikan diet seimbang untuk tubuh badan dan kulit wajah!” katanya lagi.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Sumber Foto: Instagram Qasrina Karim
Artikel berkaitan: ‘Beauty With Brain!’, Qasrina Karim Rupanya Graduan Ijazah Sarjana Muda Dari..
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI