
Semakin hari kita dapat melihat semakin ramai artis dan selebriti yang memilih untuk hijrah ke arah yang lebih baik. Turut tidak terkecuali adalah pelakon popular, Zul Ariffin yang kini aktif mengikut pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew melakukan kerja amal jariah.
Kongsi Ustaz Ebit di laman instagramnya, dia sangat berbesar hati apabila Zul turut serta dalam misinya menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
Misi ke KL sahabat-sahabat yang disayangi. Sayu jer jumpa pakcik makcik ni semua. Ramai menangis rindu dah lama saya tak tengok mereka. Makcik-makcik kata kami hari-hari doakan ustaz. Kami sayang ustaz sangat.
Sedih rasa. Orang miskin dan jalanan nilah saudara rapat saya. Anak bawah jambatan. Pakcik makcik dijalanan. Kakak ibu tunggal yang besarkan anak seorang diri. Gembira dan sayang pada mereka sangat.
Hari ni mereka gembira lihat @zul_ariffin dan ramai lagi sahabat, artis-artis, influencer, gamers yang berdakwah dan berkongsi rezeki. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah. Kerja ini banyak nak dibuat kerana itu perlu lebih ramai yang bersama-sama-ebitlew
Di ruangan komen, ramai pengikut laman sosialnya yang terharu melihat usaha mereka dalam berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan. Moga urusan mereka sentiasa dipermudahkan Allah. InsyaAllah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Derma Darah Sejak Tahun 1988 Lagi, Warga Emas Ini Diraikan Atas Jasanya

Menjadi penderma darah sejak tahun 1988 lagi, kini seorang warga emas ini diberikan gelaran wira yang banyak berbakti. Ramai yang kagumi atas pengorbanan dan konsistennya dalam menjalankan tanggungjawab menjaga sesama manusia!
Betul-betul Wira Sejati! Terima Kasih
Menerusi portal laman Facebook Pusat Darah Negara, seorang warga emas bernama Lum Kien Seng telah diraikan seusai dia menderma darah buat kali yang ke-356! Jumlah yang cukup mengagumkan.
Pendermaan darah kali ini juga merupakan titik pengakhiran buat rekod derma darahnya kerana dia bakal mencecah usia 70 tahun tidak lama lagi.
Dimaklumkan lagi, En Lum juga telah mula menderma darah dengan konsisten semenjak tahun 1988 lagi yang sekali gus menjadikannya sebagai penderma aferesis sejak tahun 2000 sehingga ke hari ini.
Artikel berkaitan: Si Cilik ‘Berhati Besar’ Bangga & Tak Malu Peragakan Uniform MPTI Ayah, Buat Netizen Tersentuh

Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elak Rezeki Haram Menjadi Darah Daging, 10 Perkara ini Buat Rezeki Anda Tidak Berkat!

Isi Kandungan
ToggleSebagai penganut agama Islam, kita diwajibkan mencari rezeki dari sumber yang halal. Malah, percaya bahawa ajaran agama-agama lain di dunia ini juga amat mementingkan usaha mencari nafkah dengan cara yang baik.
Oleh itu, untuk mendapatkan keberkatan dalam mencari rezeki, kita hendaklah berusaha dan bekerja dengan hasil titik peluh dan tangan usaha sendiri. Setiap rezeki yang kita peroleh dan belanjakan itu akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak.
Berdasarkan hadis daripada Ibn Mas’ud R. Anhuma, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
“Kaki anak Adam akan tetap tegak berdiri di sisi tuhannya pada hari kiamat, hingga dia ditanya tentang 5 perkara iaitu: tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang masa mudanya untuk apa dia gunakan, tentang hartanya dari mana dia dapatkan, dan dalam hal apa (hartanya tersebut) dia belanjakan dan apa sahaja yang telah dia lakukan dari ilmu yang dimilikinya.”
Riwayat al-Tirmizi (2416)
10 punca kita hilang keberkatan rezeki. Marilah kita muhasabah diri sendiri, mana tahu ada perkara yang kita terlepas pandang. Elak rezeki yang haram menjadi darah daging kita.
1. Gagal penuhi solat 5 waktu
Apabila kita semakin jauh dari Allah yang memberi nikmat rezeki, itu petanda utama bahawa rezeki kita tidak berkat. Sebagai hambaNya yang sepatutnya bersyukur dengan semua rezeki yang diberikan. Kita sepatutnya mematuhi semua suruhanNya dan menjauhi laranganNya.
Kita terlalu melebihkan dunia sehingga akhirat dilupakan. Gagal penuhi solat 5 waktu kerana sibuk mengejar harta duniawi. Apa yang difikirkan hanyalah cara untuk mendapat harta yang banyak sehingga lupa Allah yang memberi rezeki itu.
2. Abaikan ibu bapa
Kita jangan sesekali lupakan ibu bapa yang bersusah-payah membesarkan dan mendidik kita hingga berjaya. Sebagai anak yang bertanggungjawab kita perlu memuliakan ibu bapa dengan cara menghormati, memberi wang belanja, menjaga kebajikan dan sentiasa menyayangi mereka.
Apabila seorang ibu meninggal dunia, maka akan hilanglah satu keberkatan dalam hidup iaitu doanya. Walaupun kita berjaya atas usaha sendiri, namun jangan lupa doa seorang ibu sentiasa akan diangkat ke langit. Tanpa doa orang tua kita, kita tak akan ke mana.
3. Hubungan kekeluargaan
Apabila kita semua masih kecil, adik-beradiklah tempat kita bergurau senda, gaduh-gaduh manja dan berkasih sayang. Jika dilahirkan dalam keluarga yang susah, kita sanggup berkongsi makanan. Tak sanggup membiarkan adik beradik tidak cukup makan.
Itulah yang diajar oleh ibu dan ayah kita. Namun, apabila dah dewasa dan mempunyai kehidupan sendiri bersama keluarga, kita dah tak mula tak rapat dengan adik-beradik. Apabila hidup senang, kita pandang mereka dengan sebelah mata saja.
4. Berat untuk bersedekah
Ada orang yang sangat susah nak membuat amal jariah misalnya dengan bersedekah. Wang yang dikumpul siang malam, disimpan di dalam bank. Anda risau jika kerap bersedekah lama-kelamaan wang mereka akan susut.
Sebenarnya tak akan miskin orang yang suka bersedekah. Membantu orang lain yang dalam kesusahan dapat menambah pahala anda. Selain itu, orang yang dibantu akan mendoakan anda. Tidak mahukah kita pahala percuma yang Allah beri selain doa orang lain?
5. Ada Masalah Hati
Ada orang yang mempunyai masalah hati yang sangat kritikal. Mereka tak boleh tengok orang lain lebih, pastinya menjadi topik umpatan. Jika dah tak mampu menahan amarah, mereka sanggup membuat fitnah. Apabila hidup dalam keadaan hati yang hitam, anda akan tidak tenang. Bila tengok orang lain lebih senang, kita pun sanggup berbuat apa saja untuk mencapai tahap seperti tu. Tanpa sedar, kita tersilap langkah dengan mengejar harta yang tak halal dengan cara menipu, mengambil riba, pecah amanah dan sebagainya.
6. Takbur dan Riak akan Diri Sendiri
Orang yang takbur atau sombong amat dibenci oleh Allah. Mereka menganggap diri mereka lebih berkedudukan tinggi dan berkuasa berbanding orang lain. Apabila menjadi majikan, mereka sering menekan pekerja bawahan. Pantang pekerja buat salah, habis mereka dikeji tanpa simpati. Sifat riak yang ada dalam diri membuatkan mereka tak ikhlas ketika membuat ibadah atau kebaikan. Misalnya apabila bersedekah, mereka gemar mengungkit-ungkit pemberian dan mewar-warkan kepada orang lain.
7. Tak Jujur dalam Pekerjaan
Sebagai seorang pekerja atau juga majikan anda mestilah jujur ketika melakukan pekerjaan. Jika anda seorang peniaga, pastikan barangan yang dijual tak rosak, tak membawa mudarat dan ada timbangan yang betul. Paling penting jangan meletakkan harga yang tinggi.Jangan ada jual beli yang melibatkan faedah. Malahan, sebagai pekerja kita perlulah menepati waktu kerja, tak curi tulang dan sentiasa bersifat amanah. Jangan pula sibuk bermain Facebook ketika waktu bekerja kecuali ketika sedang berehat.
8. Pekerjaan yang tak Diredhai
Carilah pekerjaan yang diredhai oleh Allah. Jangan sesekali menjerumuskan diri dengan perniagaan yang melibatkan jenayah yang pastinya membawa mudarat. Pekerjaan yang baik ialah yang memberi manfaat kepada diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara.
9. Suka Merungut
Sebagai manusia biasa, kita tak akan terlepas daripada ujian hidup. Ujian yang diberikan oleh Allah bertujuan untuk mengukur tahap keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah. Namun, ada orang yang suka merungut saban waktu.
Mereka mempersoalkan kenapa masalah ditimpakan kepada mereka. Akhirnya, mereka hilang kepercayaan kepada agama kerana iman yang rapuh. Terlalu banyak nikmat yang Allah turunkan tak pula disyukuri. Sedikit ujian yang diberikan buatkan mereka hilang arah.
10. Lebihkan Dunia, Lupakan Akhirat
Allah memberi pelbagai nikmat untuk manusia syukuri. Tak salah untuk membeli rumah yang besar dan kereta mewah. Malah, tak berdosa mengumpul kekayaan dengan susah-payah.Namun, kita perlu seimbangkan antara dunia dan akhirat. Harta benda yang dikumpulkan perlu dikeluarkan zakatnya dan jangan lupa membantu orang yang memerlukan. Nikmat dunia boleh dicari dan ganjaran pahala di akhirat juga perlu dikejar.
Setakat ni saja perkongsian penulis tentang 10 punca hilang keberkatan rezeki. Anda mesti tanamkan dalam diri, dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Semua yang dikumpulkan bukan milik kita seorang. Jika hati nak tenang, pastikan rezeki yang diperoleh berkat.
Antara kesan buruk jika rezeki tak berkat ialah:
- Duit sentiasa rasa tak cukup.
- Sering bergaduh dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan saudara-mara.
- Istidraj iaitu pemberian nikmat yang banyak oleh Allah, namun tak diredhai-Nya.
- Hati tak tenang dan tak bahagia.
- Semakin jauh daripada Allah.
- Tak rasa bersalah ketika melakukan dosa.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Awas Ya, Sekarang Saya Sudah Kurus!’ – Melly Goeslaw Kenang Saat Jadi Mangsa Diskriminasi Badan Gempal

Penyanyi terkenal dari Indonesia iaitu Melly Goeslaw terkenan ketika saat dia sering menjadi mangsa buli atau diskriminasi ketika dirinya bertubuh gempal. Awas ya, sekarang Melly sudah kurus!
Siapa sahaja yang tidak mengenali penyanyi terkenal dan penulis lagu daripada Indonesia ini. Bukan sahaja di Indonesia, malahan artis ini juga sangat terkenal ini Malaysia.
Melly Goeslaw telah melahirkan berbagai karya musik dan lagu hit di antaranya ialah Gantung, Ada Apa Dengan Cinta, Ketika Cinta Bertasbih, Aku Bukan Untuk Mu, Kubahagia dan banyak lagi.
Artikel berkaitan: Dua Tahun Tidak Dapat Pekerjaan Bila Mula Berhijab, Melly Goeslow Tidak Patah Semangat.
Pernah Jadi Mangsa Diskriminasi!
Siapa sangka penyanyi yang memiliki julukan Queen of Soundtrack ini pernah menjadi mangsa diskriminasi. Ingatkan orang biasa sahaja yang akan menjadi mangsa. Terdahulu, Melly Goeslaw pernah mendedahkan di sebuah TV program Indonesia bahawa dia pernah menjadi mangsa buli.
Kejadian buli tersebut berlaku ketika sebuah acara di mana ramai artis lain yang terlibat mendapat baju tajaan namun tidak untuk dirinya.
“Ada beberapa pereka fesyen yang tidak mahu membuat baju baru untuk saya. Mungkin sebabnya adalah susah nak buat ‘cutting‘ yang bersesuaian untuk orang yang bertubuh gempal. Tak mengapa.. ” ujarnya seperti yang dipetik daripada Suara.
Dalam masa sama, dia juga mendedahkan terdapat dua orang pereka fesyen yang sehingga kini masih belum menyiapkan bajunya selepas dengan alasan terlupa.
“Ada dua pereka fesyen yang saya ingat sangat, sejak saya tempah sehingga sekarang bajunya masih belum disiapkan. Walaupun sudah dua tahun” katanya.
Melly juga sempat berseloroh memberi amaran bahawa “Awas, sekarang saya sudah kurus. Tak perlu lah nak reka baju untuk saya”. Ha.. berhati-hati ya pereka fesyen ya dimaksudkan itu. Siapa makan cili, dia terasa pedasnya. Bagaimanapun, penyanyi itu menyatakan bahawa dia tidak pernah menyimpan dendam terhadap mana-mana pihak.
“Ya, pada dasarnya hidup ini berputar dan dalam dunia hiburan yang kecil ini, kita pasti akan bertemu lagi. It’s okay” ujarnya sebagai penutup.
Diskriminasi berat badan seperti yang terjadi kepada penyanyi terkenal Indonesia ini adalah satu REALITI. Ia boleh berlaku di mana-mana. Mungkin ada yang berpendapat melakukan ‘body shaming’ atau sikap tidak ‘mengendahkan’ ini dapat memberi motivasi kepada mangsa untuk mengurangkan berat badan.
Artikel berkaitan: Wanita Gempal Pun Boleh Je Melaram, Mari Cuba Trik Ini Antaranya Pilih Pakaian Satu Warna
Namun sebenarnya tidak, sebaliknya ia mampu mengakibatkan hilang motivasi dan menambahkan tekanan. Tak baik tau.. Oleh itu, kita mestilah hentikan sebarang bentuk body shaming dan diskriminasi kepada individu bertubuh gempal. ‘Everyone is beautiful in their own way.’
Sumber info dan gambar: Suara dan Melly Goeslaw
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI