Serius, admin memang cemburu melihat busana yang digayakan oleh pelakon Fazura ketika menghadiri pelancaran jenama Coach terbaru di New York baru-baru ini. Cantik sangat!
Pelakon Hero Seorang Cinderella ini memang dikenali sebagai seorang selebriti yang cukup bijak bergaya. Apa jua disarung pada tubuhnya memang jadi perhatian netizen.
Lihat sahaja di laman IG miliknya yang berjumlah 3M, setiap gambar yang dimuat turun pasti akan mendapat respon sehingga mencecah ribuan ‘like’.
Selain Fazura, ada juga beberapa selebriti lain yang memang sering jadi perhatian follower mereka.
Mereka bagaikan melihat diari artis yang diminati untuk mengetahui perkembangan terkini, apa mekap dan stail yang digayakan setiap hari.
Lihat #OOTD 10 artis BERHIJAB ini yang bukan sahaja bijak bergaya tetapi sering menjadi perhatian para netizen di laman sosial.
Apa yang admin perhatikan, jika selebriti itu sudah bersuami atau mempunyai anak, gambar yang dimuat turun akan mendapat like hingga ada yang mencecah ratusan ribu like. Misalnya Hanis Zalikha dan juga Bella Dally.
Ads
Begitu juga dengan artis wanita muda yang meningkat naik seperti Wany Hasrita. Penyanyi muda ini nyata semakin diminati ramai. buktinya setiap gambar dimuat turun pasti mendapat komen cukup positif.
Memang tidak dinafikan, selebriti ini bagaikan idola untuk mereka lebih bijak bergaya dan yakin dengan diri sendiri.
Ada juga selebriti yang rajin berkongsi tip dan memberitahu jenama apa yang sedang mereka gayakan pada hari itu. Maklum apa yang digayakan mereka pastinya menjadi ikutan follower masing-masing.
Oleh kerana pelakon Laudya atau Bella baru sahaja berkahwin dengan Engku Emran, admin turut senaraikan dia antara artis berhijab yang mendapat respon cukup baik dari followernya.
Siapa tak nak kulit wajah jadi gebu, putih dan licin tanpa sebarang kehadiran jerawat. Wajah kalau dah glowing, hanya dengan sedikit solekan ringkas mampu membuatkan penampilan begitu terserlah.
Biasanya wanita di negara jiran kita iaitu Siam sahaja yang memiliki kulit licin sebegini. Jarang kita lihat wajah mereka mempunyai masalah jerawat atau jeragat.
Rupa-rupanya, wanita di sana mengamalkan penggunaan masker beras pulut yang dibuat sendiri. Kalau sebelum ini hanya dengar sedap dibuat kuih seperti seri muka, tetapi juga boleh dijadikan masker untuk mendapatkan kulit glowing dan gebu.
Jom kita amalkan petua buat masker daripada beras pulut yang dikongsikan pengguna di facebooknya, Ella Shaari. Tidak susah untuk membuatnya dan hanya perlu beberapa bahan yang memang ada di dapur rumah sendiri.
Bahan-Bahan:
4 sudu besar beras pulut – 4 sudu besar
2 sudu besar Rose Bud – 2 sudu besar
1 sudu besar susu tepung – 1 sudu besar
Sedikit air mawar / Facemist Bunga Kampung
Cara-cara membuatnya:
1. Blend kering semua satu persatu
2. Blend sampai jadi halus.
3. Kite bancuh ketiga2 bahan tersebut. Bancuh ikut keperluan.
Kemudian baru campurkan air mawar. Agak² tahap kepekatan tu. Janji senang nak sapu.
Sapukan pada seluruh wajah, boleh juga digunakan pada seluruh badan. Sekurang-kurangnya 30 minit.
Sebelum bilas dengan air bersih, basahkan masker dan lulur dahulu sebentar. Siap. Kali pertama buat pun dah rasa best kulit.
Khasiat masker rose + beras pulut
Putih gebu
Glowingkan kulit
Awet muda
Hilangkan parut
Haluskan kulit
Rose bud mengandungi 2x Vit C berbanding buah oren .
Susu tepung pula bagi effect cerah dan melembab .
Lakukan rawatan 2 atau 3 kali seminggu untuk hasil superb glow dan cerah gebu.
Untung² body pun boleh snow white gitew
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Banyak perawatan kulit yang anda gunakan, tapi tidak memberi apa-apa kesan. Mungkin sudah waktunya untuk bertukar ke beberapa produk yang dipercayai berkesan. Masukkan pembersih asid salisilik, penyelamat kulit pelbagai fungsi yang memotong minyak dengan mengelupaskan kulit, menjaga jerawat dan garis-garis halus.
Asid salisilik adalah asid hidroksi beta (BHA) dalam kategori bahan aktif yang disebut salisilat, berasal dari kulit pohon willow, yang diperakui dermatologi. Berbanding dengan asid alfa hidroksi (AHA) yang hanya mengelupas lapisan permukaan kulit, BHA seperti asid salisilik menembusi minyak dan bekerja keras untuk mengeluarkan liang. Berfungsi memecah sel kulit mati dan melarutkan kekotoran yang menumpuk. Sifat pengelupasannya juga dapat membantu menguruskan psoriasis, bahkan warna kulit dan memerangi tanda-tanda penuaan dengan mengurangkan hiper-pigmentasi.
Sekiranya anda pernah berjerawat, kemungkinan anda pernah menggunakan sesuatu yang mengandungi asid salisilat sebelumnya. Ia terdapat dalam rawatan spot, serum dan juga pelembap, jadi mengapa menggunakannya dalam pembersih?
Apabila anda membasuh bahan aktif daripada membiarkannya dalam jangka masa panjang, ia dapat mengurangkan kerengsaan dan kekeringan. Selain itu, tidak seperti rawatan topikal, apabila anda membasuh pembersih, anda “menghilangkan” lapisan atas sel kulit mati, yang merupakan nilai tambahan, kata ahli dermatologi.
Tetapi jika anda mempunyai kulit yang sangat kering dan mudah meradang, asid salisilat walaupun dalam bentuk pembersih mungkin tidak sesuai untuk anda. Mereka yang mempunyai jerawat cystic, di bawah kulit mungkin tidak melihat kulit yang lebih jelas setelah menggunakannya. Walau bagaimanapun, mereka yang mempunyai kulit berminyak dan mudah pecah harus mencubanya.
Cara memilih dan menggunakan pembersih asid salisilik yang terbaik
Eksperimen dengan tekstur:
Secara amnya, pembersih gel menyerap minyak dan pencuci dengan buih sangat bagus apabila anda memerlukan sesuatu untuk benar-benar meresap ke dalam kulit. Namun, hanya kerana kulit anda berminyak tidak bermaksud anda tidak akan mendapat manfaat daripada mencuci yang menghidrat dan berkrim.
Perhatikan potensi:
Sebilangan besar pembersih asid salisilik OTC mengandungi 2% bahan aktif, yang merupakan jumlah standard. Tetapi ia masih perlu diperhatikan, kerana semakin kuat peratusannya, semakin besar potensi kerengsaan.
Perhatikan minyak dan hidrator:
Sekiranya pembersih asid salisilik mengandungi hidrator seperti shea butter atau ceramides, sifat oklusi mereka sebenarnya dapat meningkatkan kekuatan asid dengan menjeratnya ke dalam kulit. Ramuan yang menenangkan seperti teh hijau, lidah buaya, allantoin dan niacinamide dapat menenangkan kerengsaan. Elakkan dari bahan berasaskan minyak yang mungkin memperburuk jerawat.
Pengelupas tambahan adalah kelebihan:
Keberkesanan asid salisilik dapat ditingkatkan apabila digabungkan dengan AHA seperti asid laktik atau glikolik.
Setelah memilih pembersih, mulakan dengan penggunaan harian pada waktu malam. Sekiranya kulit anda bertoleransi, anda boleh meningkatkan penggunaannya menjadi dua kali sehari. Terutamanya jika anda berurusan dengan maskne. Setelah membersihkan, perbaiki penghalang kulit anda dengan pelembap dan berhati-hati dengan topikal seperti rawatan tempat, terutamanya jika ia adalah kekuatan preskripsi. Anda harus berhati-hati untuk mula menggabungkan produk-produk ini, kerana anda boleh mendapat reaksi. Sekiranya ragu-ragu, berjumpa dengan doktor anda terlebih dahulu.
Berikut adalah senarai membeli-belah pilihan terbaik yang disyorkan oleh pakar dermatologi.
1. CeraVe Renewing SA Cleanser
Pembersih dari CeraVe, yang disyorkan oleh pakar. Ia mengandungi peratusan rendah asid salisilat, ceramida dan niacinamide dan bebas wangian. Rumusannya cukup berkrim sehingga terasa tidak kering juga.
Jenama lain yang dipercayai oleh kulit, pembersih ini sama berkesan seperti yang disarankan oleh pakar. Dengan asid salisilat 2%, ia akan melawan jerawat tanpa menyebabkan kerengsaan terlalu banyak.
Pencuci wajah klasik berbotol oren ini mungkin paling dikenali di pasaran kerana fungsinya. Pembersih mengandungi teknologi MicroClear yang membantu meningkatkan asid salisilat untuk mengurangkan jerawat. Pakar dermatologi akan menyarankan pencuci ini untuk wajah yang berminyak.
Ini adalah pembersih yang hebat dan berpatutan yang mempunyai duo kuasa – asid salisilik dan arang semula jadi yang membantu membersihkan liang dan menyerap minyak yang berlebihan. Rumusannya juga bebas minyak menjadikannya ideal untuk kulit berminyak dan rawan jerawat.
Pembersih berbuih ini mengelupas dengan lembut dengan asid salisilat 0.5% dan mengandungi ekstrak soya untuk menenangkan dan melembapkan. Ia juga bebas minyak dan bukan komedogenik, yang bermaksud ia dirancang dengan mempertimbangkan kulit yang rawan jerawat.
6. La Roche-Posay Effaclar Purifying Foaming Gel Cleanser
Yang satu ini merupakan kekuatan penurunan dari pembersih gel La Roche-Posay dan cenderung menyebabkan kerengsaan. Namun, campuran asid salisilik dan AHA menjadikan liang yang tidak tersumbat menjadi mudah. Zinc pidolate berfungsi membersihkan pori-pori anda dengan lembut sambil mengembalikan keseimbangan pH kulit anda.
Langkah pertama dalam barisan Paula’s Choice CLEAR, mencuci ini mempunyai tekstur gel yang bagus dan hanya 0.5% asid salisilat, menjadikannya pilihan pemula yang ideal.
Pembersih jerawat Murad tinggi dengan penarafan empat bintang di sphora namun belum lagi menembusi pasaran Malaysia. Ia mengandungi dua jenis asid salisilat untuk melawan jerawat yang keras. Jerawat segera dirawat selepas dibilas, ditambah ekstrak teh hijau untuk menenangkan kemerahan dan melindungi dari kerosakan alam sekitar.
Bermacam-macam cara seseorang itu mahu mendapatkan berat badan ideal. Ada yang menggunakan cara suntikan buang lemak, makan supplemen, berpuasa dan ada juga yang langsung tidak jamah nasi. Sebenarnya diet dengan menolak nasi adalah salah. Ini kerana tubuh kita masih perlukan sumber karbo (nasi) untuk memberi tenaga pada tubuh.
Jangan terus menolak nasi sebaliknya gunakan kaedah suku-suku separuh atau ambil sumber karbo ini hanya sebesar penumbuk sahaja. Atau boleh juga makan nasi tetapi dengan cara masak yang menyihatkan dan rendah kalori.
Seperti perkongsian wanita ini Sha Rini di laman sosial Facebook yang memberi tip diet makan nasi goreng tetapi dengan cara menyihatkan.
Malah dia yang pernah mengalami berat badan berlebihan tetapi akhirnya dapat bentuk badan ideal ini turut memberi tip diet dengan makan mi atau spageti.
Menurutnya untuk kurus kena pilih makanan yan sedap tapi menyihatkan, bukan sedap tapi beri mudarat pada badan.
Tips Diet Nasi Goreng
——————————-
Ehh diet boleh makan nasik goreng meh??
Boleh. Dengan syarat masak sendiri. Hehe.
Kenapa kalori nasik goreng kat kedai biasanya mencecah 400-600 kalori 1 hidangan? Padahal ayam pun tak brapa nampak, udang sotong apatah lagi. Rupanya sebab terlebih portion nasik, minyak dan perasa tambahan seperti kicap dan sos.
1 sudu besar minyak makan ada 120kcal. Tu satu sudu. Kalau kat kedai dia pakai senduk bhai! tambah plak kicap sos sebagai perasa. Extra lagi kalori.
The more you put in, the higher the calories.
Itu logik.
Maka, ni dia tips masak nasik goreng kurang kalori
Guna non stick pan ye
Nasi 1/2cup – 80-100kcal
Minyak 1/2tbs – 60kcal
Bawang2 kira 50kcal
Telur sebiji – 70kcal
Sayur2
Total basic nasik goreng ni hanya 280kcal.
Kalau macam gambar kat bawah ni Keknie guna ayam 100g ganti telur so tambah 150kcal, tolak telur (70) so total jadi 360kcal macam tu.
Kalau untuk sarapan, 280kcal dah ok.
Kalau untuk lunch atau dinner boleh tambah telur mata sebijik atau isik ayam/seafood 50-100g. Ikut keperluan masing2.
Nah. Boleh aje makan nasik goreng dan kurus.
Mee goreng pun boleh adjust guna resepi tu guna vits mee kuning premier atau spagetti.
Nak kurus boleh aje makan sedap. Yang penting pilih sedap yang berkhasiat, bukan sedap yang mudarat. Ok?
Keknie.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...