Pada petang 5 Ogos 2022, berwalikan ayahanda pengantin perempuan, pasangan ini telah selamat diijabkabulkan di samping keluarga terdekat.
“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir.” (QS. Ar-Rum: 21).
Kami memohon doa kalian semua – agar kita sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT.
Mengenakan busana tradisional rekaan Fiziwoo dan serta menggayakan hijab dari Bawal Exclusive, Nurul Izzah tampak ma is seperti biasa. Terdahulu beliau pernah berkahwin dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim dan dikurniakan 2 cahaya mata.
ARTIKEL BERKAITAN: Stail Gaya Tudung Bawal DS Wan Azizah & YB Nurul Izzah Trend Ikutan Hijabi
SUMBER FOTO: PINOGRAPHY
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Betul Ke Wanita Keras Kepala Calon Isteri Terbaik. No 11 Akan Membuat Anda Kagum!
Wanita ini dilahirkan dengan sifat yang tersendiri. Ada yang pendiam, peramah, kasar dan ada juga yang keras kepala. Apa sahaja yang dia cakap betul dan tiada orang boleh melawan keputusannya. Malah mereka yang jenis begini sukar untuk dikawal kerana segala kemahuannya mesti dituruti.
Jom semak sifat sebenar wanita jenis keras kepala ini dan mereka ini sebenarnya adalah calon terbaik untuk dijadikan seorang isteri
1. Tahu Apa Yang Diinginkan
Wanita keras kepala benar-benar tahu apa yang dia mahu dan mempunyai kemahuan besar untuk meraihnya. Ia tegas dengan apa yang dirasakannya dan apabila hal tersebut menyangkut pada orang-orang yang dicintainya, ia tidak akan muda menyerah. Jatuh cinta pada wanita keras kepala bermakna ia juga akan keras kepala dalam mencintai anda. Ia akan tetap mencintai anda dengan maksimum.
2. Berjaya Kawal Emosi
Wanita adalah makhluk yang penuh dengan emosi. Hal terbaik dari wanita keras kepala adalah ia dapat mengawal emosinya. Ia tahu betul apa yang membuatnya bersemangatdan akan berjuang mati- matian untuk terus mendapatkannya. Berkaitan dengan wanita keras kepala ertinya adalah anda akan merasakan pelbagai emosi, kerana wanita keras kepala adalah seorang yang sangat emosional, dalam cara yang positif.
3. Akan Mendorong Anda Menjadi Lebih Baik
Kadang-kadang, orang lain lebih tahu yang terbaik untuk diri anda, berbanding diri anda sendiri. Ia akan berjuang untuk anda ketika ia tahu apa perkara yang baik untuk anda. Ia tidak kenal lelah ketika hal itu berkaitan dengan kesihatan, keselamatan, dan kebahagiaan anda.
Ia tidak akan menyingkir dan membuat anda menghancurkan diri sendiri. Sebaliknya, ia akan menjadi salah satu orang yang terus mencari cara untuk mencintai anda dan membuat anda lebih mencintai diri sendiri.
4. Seorang Yang Tabah
Seorang wanita bersifat keras kepala kerana ada alasannya. Mungkin kerana ia telah berjuang begitu keras untuk sesuatu yang dimilikinya sekarang, atau pernah memperjuangkan sesuatu yang tidak mudah. Apa pun alasannya, ia keras kepala kerana suatu tujuan. Ia adalah seorang wanita yang kuat dan akan menjadi seorang tabah terhadap hal yang diinginkannya. Hal ini tidak hanya akan memberi inspirasi kepada anda, namun juga membuatnya menjadi pasangan yang hebat untuk anda.
5. Jelas Pendiriannya
Wanita ini bukan jenis yang tunduk patuh. Ia bukan orang yang akan menurut kepada anda kerana takut, kasihan, atau lemah. Wanita ini mempunyai pilihannya sendiri dan menjaganya tetap jelas untuk anda. Apabila ia tidak sependapat dengan anda, ia akan mengatakannya kepada anda, dan ia akan memberikan anda sebuah kejujuran.
6. Akan Membuat Segala Hal Menjadi Menarik
Ia adalah orang yang keras kepala, termasuk membuat beberapa konflik. Namun, siapa yang ingin jatuh cinta kepada orang yang selalu menurut? Tentu saja, tarikh dengan wanita keras kepala bermakna banyak perkara akan menjadi sukar, namun itulah seninya, ia membuat semua perkara kelihatan mengghairahkan, rumit, dan nyata.
7. Dia Boleh Berempati
Kadang-kadang, anda boleh berbalah, namun satu perkara tentang wanita keras kepala adalah ia sangat pandai dalam perbalahan. Kerana sifat keras kepalanya, ia dapat mengetahui cara untuk melihat di sudut pandang yang berbeza. Tentu saja, ia berlangsung pada perasaannya sendiri, namun bukan bermakna ia tidak akan mempertimbangkan perspektif anda. Ia mungkin tidak selalu bersetuju dengan anda, namun ia berlangsung pada apa yang dipercayainya, dan dunia anda akan berputar-putar. Inilah yang terpenting.
8. Percaya Diri Sendiri
Untuk menjadi orang yang keras kepala, anda harus merasa percaya diri terhadap apa yang anda percaya dan bertahan dengan hal tersebut. Dan seorang wanita dengan kepercayaan diri itu seksi.
9. Sangat Emosional
Ia keras kepala dan emosional, yang bermakna ia mempunyai keinginan dan impiannya sendiri. Keinginan dan impian inilah yang membuat ghairah, termasuk anda. Ia bukanlah orang yang akan menyerahkan segala hal pada nasib. Ia akan berjuang untuk anda dan memberikan hubungan yang luar biasa.
10. Seorang Yang Tidak Berputus Asa
Ia keras kepala untuk anda, bahkan ia akan membuat anda menjadi keutamaan utama. Ia akan tetap mencintai anda, bahkan ketika ia marah atau anda membuatnya kecewa. Dan kerana ia keras kepala, ia tidak akan berputus asa untuk anda.
11. Akan Membuat Anda Rasa Kagum
Seorang wanita keras kepala akan membuat anda kagum. Ia sering tidak sependapat, namun wanita ini akan mencintai anda sepenuh hati. Gila, bukan? Tidak ada salahnya untuk mencari seseorang yang akan membuat anda gila, dalam cara yang positif.
Sumber: Via Buletin Daily
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jual Tudung Bukan ‘Back Up’ Karier Seni, Mira Filzah Berniaga Sejak Belajar Lagi
Pernah menjadi duta jenama tudung terkenal, kini Mira Filzah Bintang Popular ABPBH 32 mengambil keputusan menceburi dunia perniagaan menghasilkan jenama tudungnya sendiri
Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman seorang ibu dan isteri, giat membina empayar perniagaan dan pada masa sama, dia masih mahu meneruskan karier dalam bidang lakonan. Kongsinya lagi bidang ini bukanlah usaha untuk memperlahankan karier seni, memandangkan umurnya baru menganjak 30.
“Saya tidak anggap perniagaan ini sebagai ‘back up’. Saya fikir, Insya-Allah panjang lagi perjalanan dalam dunia seni. Masih banyak yang saya mahu buat dan teroka.
ARTIKEL BERKAITAN: “Tudung Bagi Nampak Macam ‘Puan Amirah’ Sikit”, Mira Filzah Akur Kehendak Suami Tapis Penampilannya
“Pada usia sekarang serta status sebagai ibu dan isteri, ia tidak menghalang saya bergerak lebih jauh dalam industri seni. Saya baru 30 tahun, jauh lagi perjalanan saya.
“Saya tengok selebriti lain pada usia 40 tahun pun masih berlakon dan boleh melakukan yang terbaik. Jadi, saya anggap perkara ini sebagai impian dan cita-cita yang sudah lama tersimpan,” katanya.
Pernah menceburi bidang pengacaraan, namun Mira lebih selesa menumpukan karier seni dalam lakonan. Tambahnya lagi drama komedi bersiri yang terbaharu mendapat sambutan memberangsangkan iaitu Imam Instant Ustazah Scammer adalah satu ‘exercise’ selepas hampir setahun tidak berehat melahirkan anaknya, Wan Khair Amir pada 10 Mei tahun lalu.
“Saya kembali berlakon ketika Amir berusia lapan bulan. Alhamdulillah, dia sudah berusia hampir setahun sekarang. Jadi, niat saya untuk terus aktif berlakon,” katanya
Bermula dari suka-suka
Bertemu pada majlis pelancaran jenama tudung sendiri, Mira Filzah mengulas mengenai perniagaan hijab, Mira yang sudah lama menyimpan impian membangunkan jenama hijabnya sendiri.
“Sebenarnya, saya sudah lama berminat dalam bidang perniagaan, iaitu sejak saya belajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM), pada usia 18 tahun.
“Ketika itu, saya menjual secara suka-suka sahaja. Pada 2016, saya lancarkan tudung sendiri dan saya guna jenama MF Shawls dalam drama Cinta Si Wedding Planner.
“Alhamdulillah, perniagaan itu baik. Namun, saya terpaksa tutup tidak lama kemudian kerana tidak menang tangan.
“Akhirnya, selepas beberapa tahun berehat, saya fikir ini tahun terbaik untuk memulakan semula apa yang sudah lama saya tinggal dan impikan,” katanya yang cukup gementar dalam melancarkan jenamanya sendiri.
Mira mengaku berhadapan banyak cabaran merealisasikan pelancaran produk sendiri seperti jadual yang padat dengan komitmen penggambaran.
ARTIKEL BERKAITAN: Ekspresi Keperibadian Yang Anggun, Mira Filzah Perlukan Keselesaan Setiap Helaian Yang Digayakan
Tidak mahu beri tekanan
Dunia perniagaan punyai pelbagai cabaran, berbekal ilmu yang sedikit, Mira akui dia perlu belajar dari ‘scratch’ tentang produksi, material dan selok-belok pemasaran.
“Kecintaan saya terhadap keusahawanan dan fesyen bermula semasa zaman universiti, sekitar tahun 2011, yang juga merupakan kemuncak era blog saya. Saya sentiasa mempunyai bakat untuk terjun ke dalam bidang keusahawanan sambil meneruskan kerjaya saya sebagai model bebas, yang membawa saya untuk mula melakukan penggambaran katalog saya sendiri dalam Myvi lama yang pernah saya pandu semasa pelajar. Kasih sayang dan sokongan berterusan daripada orang yang saya sayangi memberi inspirasi kepada saya untuk meneruskan minat saya dan memulakan jenama saya sendiri,” kata Mira Filzah, Pengasas & Pengarah Kreatif MIRA FILZAH.
Sudah menjadi kebiasaan sekiranya jenama hijab milik selebriti dijual pasti ianya laku dalam beberapa jam kemudian. Bagi Mira ini bukan satu tekanan tetapi, si cantik manis ini menjadikan mereka sebagai rujukan.
“Kalau mereka boleh buat , Mira pun boleh dan mereka ini sebagai panduan. Untuk keluaran awal tudung Mira tidak mensasarkan ‘sold out’ dalam masa terdekat dan lebih menumpukan penjualan fasa demi fasa,” ujarnya.
Perancangan menjual hijab yang dirangka selama setahun lepas, Mira tidak mahu memberi tekanan pada pembeli mahupun diri sendiri, pelancaran hari ini untuk pengenalan jenama tudung Mira Filzah.
Selesa tanpa menjejaskan gaya
Berikutan kejayaan MF Shawls, jenama tudung yang juga diasaskan oleh Mira pada zaman awal keusahawanannya, ia menyingkap semangatnya untuk mencipta karya yang melengkapi wanita fesyen sederhana pada skala nasional dan global. Debut pertama jenama itu mempamerkan 3 koleksi elegan, iaitu Rise Collection, Sweet Dreams Collection, dan Go-To Scarf, dalam pelbagai warna lembut dan berani yang paling mewakili personaliti dan imej Mira yang memikat.
“Era MIRA FILZAH ini adalah kelahiran semula, penjenamaan semula, dan permulaan yang baru. Impian saya untuk MIRA FILZAH adalah untuk menjadi jenama pilihan di Malaysia dan berkembang secara global, In Shaa Allah. Saya berharap dapat mewujudkan komuniti yang memberi inspirasi dan wanita yakin yang akan bersatu untuk menyokong dan memberi inspirasi antara satu sama lain.”
“Sebagai seorang wanita, saya percaya bahawa setiap wanita berhak berasa selesa tanpa menjejaskan gaya, dan jenama kami komited untuk merealisasikannya. Saya teruja untuk membuat keputusan yang positif perbezaan dalam kehidupan wanita melalui jenama ini dan melihatnya berkembang seindah perjalanan MIRA FILZAH,” ujarnya.
Mira memastikan untuk terlibat dalam setiap langkah, dari proses reka bentuk sehinggalah estetika disampaikan kepada peminatnya mempunyai sentuhan peribadinya sendiri dan strategi kehadiran media sosial jenama itu walaupun jadual sibuknya sebagai wajah kempen Raya Swarovski Asia Tenggara 2023, dan juga duta jenama kepada jenama terkenal seperti Coway, Uniqlo, Secret Recipe, Downy, Febreze, Mamypoko dan Friso Gold.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Krim Paling Best Untuk Cepat Kecutkan Jerawat, Bajet Bawah RM30
Kehadiran jerawat di kulit wajah memang boleh menyebabkan seseorang itu berada dalam mood stres. Lebih-lebih lagi jika jerawat yang tumbuh itu besar, jadi kemerah-merahan dan bernanah. Namun sebenarnya sebelum jerawat jadi lebih teruk, kita boleh halangnya jadi lebih besar.
Jerawat muncul pada kulit wajah adalah disebabkan oleh hormon stres yang terjadi pada tubuh anda. Hormon stres ini akan menghasilkan kelenjar minyak berlebihan dan menyumbat liang pori.
Bukan hanya hormon stres sahaja, malahan PMS (Pre-Menstrual Syndrome) juga menjadi salah satu sebabnya. Cara untuk mengatasi jerawat dengan berkesan adalah meminum air kosong seperti yang disyorkan oleh pakar kesihatan dan menyapu krim jerawat bersesuaian.
Disenaraikan pelbagai jenis krim yang elok digunakan bagi menghalang jerawat tumbuh lebih besar.
1. OXY 5 Acne Pimple Medication
Krim jerawat dari farmasi – halang penghasilan minyak pada kulit wajah
Harga – RM9.81
- Mengandungi 5% Benzoyl Peroxide yang berfungsi untuk membunuh bakteria dalam jerawat pada kulit serta liang pori dengan pantas dan berkesan.
- Krim ini juga dapat menyeimbangkan minyak semulajadi yang berlebihan pada wajah dengan membantu mencegah pertumbuhan jerawat.
- Bebas daripada bahan kimia merbahaya dan tidak mengandungi haruman.
2. SKIN & LAB Dr. Spot Clear Don’t Touch Trouble Spot
Sesuai untuk kulit kering, krim ini memberi lembapan sepanjang hari
Harga – RM19.90
- Krim jerawat dari SKIN & LAB ini berfungsi untuk mencegah dan mengawal jerawat serta sebum daripada terhasil secara berlebihan pada kulit wajah.
- Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering dan mengalami masalah jerawat.
- Krim ini bertindak dengan cepat pada cela akibat jerawat juga membantu mengurangkan kemerahan.
3. AIKEN Tea Tree Oil Pimple Cream
Krim jerawat terbaik untuk kulit sensitif – daripada bahan semulajadi
Harga – RM10.50
- mengandungi minyak Tea Tree (Melaleuca alternifolia) untuk membantu melindungi kulit dari jerawat secara semula jadi tanpa mengelupaskannya seperti krim jerawat lain.
- Krim bebas minyak ini amat sesuai untuk jenis kulit yang berminyak dan sensitif.
- Dirumus khas untuk menyembuhkan kulit jerawat serta menghilangkan minyak berlebihan, mengawal kesan sinar (matte effect) dan menapis liang pori dari tersumbat.
4. Himalaya Acne & Pimple Cream
Krim jerawat sesuai untuk kegunaan kulit wajah kaum lelaki
Harga – RM23.00
- Krim ini bukan sahaja dapat menghapuskan kesan jerawat, malahan menyembuhkan serta mencegah masalah kulit bermasalah.
- Dengan mengandungi Silk cotton tree, sifat astringen dan penyejuk yang terdapat dalam krim ini berfungsi untuk mengawal kadar pertumbuhan jerawat di masa hadapan.
- Diperkaya dengan Aloevera dan five-leaved Chaste Tree yang bertindak untuk menyembuhkan dan melembutkan kulit serta mengurangkan keradangan.
5. CLINELLE Blemish Clear
Terbaik untuk kulit remaja, boleh digunakan semasa menjalani aktiviti luar
Harga – RM23.13
- Krim anti-cela ini yang bertindak untuk memyembuhkan kulit akibat jerawat secara berkesan, tidak menjadikannya iritasi.
- Dengan mengandungi agen pembersih yang berkuasa untuk mengawal pengeluaran sebum yang berlebihan dan mengalakkan peredaran mikro untuk pembaharuan sel.
- Ekstrak botani semulajadi yang terdapat dalam krim ini membantu merangsang penyembuhan dan pembaharuan sel-sel kulit.
- Pro Vitamin B5 dan asid Salicylic membantu memelihara kulit dari pertumbuhan jerawat dan cela. Sesuai untuk remaja yang mempunyai masalah kulit jerawat yang teruk.
6. HIRUSCAR Anti Acne Spot Gel
Krim untuk menghilangkan kesan parut jerawat dengan baik
Harga – RM25.30
- Gel lutsinar krim jerawat ini dapat menyelesaikan masalah kulit jerawat dalam beberapa kali sapuan.
- Ia mengandungi asid Salicylic untuk memulihkan kulit dari masalah jerawat dan membantu mencegah kadar pertumbuhan jerawat, mengecutkan saiz jerawat dan memperbaiki masalah kulit dengan cepat tanpa membuatkan kulit wajah terasa pedih.
- MPS mengekalkan kelembapan kulit dengan tambahan Vitamin C, ia membantu mencegah jerawat serta kesannya.
- Diperkaya dengan ekstrak semula jadi untuk mengurangkan keradangan, kemerahan dan kesakitan pada kesan jerawat.
7. COSMODERM Tea Tree Oil Anti Blemish
Krim yang sesuai untuk merawat pertumbuhan jerawat di badan
Harga – RM12.90
- Krim perawatan dari Cosmoderm ini sangat terkenal di kalangan pengguna yang mempunyai kulit bermasalah seperti jerawat dan parut.
- Ianya dapat mengurangkan jerawat, blackheads dan whiteheads sekaligus tanpa menyebabkan kulit anda menjadi kemerahan.
- Dengan formula unik daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan, krim ini dapat menghapuskan kesan jerawat dalam masa yang singkat.
- Tidak sesuai untuk kulit sensitif kerana bahan kandungannya mungkin akan menyebabkan radang kulit dan menjadi lebih bermasalah.
SUMBER: PRODUCTNATION.CO
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI