Syukur ke hadrat Ilahi kita sempat diberikan kesempatan untuk menjemput dan merasai bulan Ramadan pada tahun 2023. Ibadah berpuasa juga satu ibadah yang cukup cantik dalam pembentukkan peribadi seseorang dalam sebulan.
Sebelum berpuasa syarat sah wajib puasa adalah niat yang dilafazkan pada malam sebelumnya itu. Namun sering menjadi masalah untuk mereka yang ragu-ragu adakah perlu niat pada setiap malam walaupun sudah niat 30 hari terus?
Menjadi tanda tanya setiap kali menjelang bulan Ramadan, ianya menjadi tanggungjawab bersama untuk terus menyebarkan ilmu supaya kita bersama belajar dari membuat kesilapan.
Menurut Laman Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat beberapa pandangan mengenai isu ini daripada para ulama’. Ia terbahagi kepada dua pendapat iaitu:
Pandangan Pertama: Boleh Niat Terus Sebulan
Ini merupakan pendapat daripada al-Imam Zufar dan al-Imam Malik. Menurut mereka niat puasa sebulan umpama niat solat yang hanya dilafazkan pada permulaan solat. Ianya tidak perlu diulangi pada rakaat-rakaat yang lain.
Ads
Maka, ia hanya perlu dilafaz pada awal permulaan niat. Begitu juga pendapat mereka mengenai puasa yang berturutan seperti puasa kafarah dan juga puasa kafarah bagi had zihar.
Maksudnya:Barangsiapa yang tidak berniat (pada malam hari) sebelum terbit fajar, maka tiada puasa baginya (pada hari tersebut).
Riwayat Abu Daud (2454). Status Hadith: Sahih.
Puasa itu dilakukan pada setiap hari dan merupakan satu ibadah yang bersendiri (mustaqil). Ia tidak terikat antara satu hari bersama hari-hari yang lain. Maka, puasa hari berikutnya juga tidak rosak sekiranya pada hari ini rosak.
Ads
Ia pula berbeza berbanding ibadah solat dimana satu rakaat pertama yang terbatal, maka terbatallah keseluruhan solat itu.
Kesimpulannya, menurut pejabat Wilayah Mufti Persekutuan ia bergantung pada mazhab kita iaitu mazhab al-Syafi’ie dimana perlulah dibaca niat pada setiap malam untuk berpuasa. Tetapi tiada masalah untuk niat sebulan cuma ini sebagai langkah berjaga-jaga untuk menjaga ibadah puasa anda.
Isteri kepada penyanyi Justin Bieber iaitu Hailey Bieber tidak pernah lari dari menjadi pusat perhatian dek kerana kecantikan yang dimiliki oleh model tinggi lampai yang juga personaliti media sosial terkemuka berasal dari Amerika Syarikat ini.
Malah, rutin kecantikkan Hailey bermula dari perawatan kulit wajah, penampilan, solekan hinggalah kepada hiasan kuku semuanya sering menjadi sorotan para peminatnya di seluruh dunia.
Hanya Dua Bahan Je Sis! Kulit Akan Jadi ‘Instant Glowing’
Pada majlis pelancaran Rhode Skin Glazing Milk The Essential Prep Layer, baru-baru ini Hailey Bieber kembali mencuri perhatian dan tumpuan orang ramai apabila dia mendedahkan tip kecantikan dan rahsia bagaimana dia memiliki kulit glowing dan memukau, tidak hanya pada bahagian wajah, malah keseluruhan tubuh badanya.
Tips kecantikan berkenaan dikongsikan Hailey menerusi satu muatnaik video di laman Instagram miliknya, di mana dia mendedahkan ‘Rahsia’ kecantikannya, ketika berada di New York City.
“Saya akan menunjukkan kepada Anda hacks yang saya suka lakukan dengan Glazing Milk di tubuh saya.”
“Saya akan mengambil Glazing Milk di tangan, dan kemudian saya akan mengambil liquid highlighter, jenama Chanel, kuantiti higlighter mengikut citarasa anda dan campurkan ke dalam Glazing Milk” ucapnya sambil mengoleskan campuran itu ke seluruh lengan dan bahu dalam video berkenaan.
Hijabista difahamkan untuk melaksanakan tips kecantikan ini, Hailey hanya menggunakan dua bahan sahaja iaitu Rhode Skin Glazing Milk The Essential Prep Layer dan Chanel Les Beige Sheer Healthy Glow Highlighting Fluid untuk membuat campuran berkenaan yang menjadi rahsia kepada kulit ‘glowing’ miliknya. Hijabi juga boleh menggunakan liquid highlighter apa pun sesuai citarasa anda.
Setelah campuran dioleskan pada kulit anda, kedua produk ini bakal memberikan kesan kulit yang glowing serta tampak lebih sihat sekaligus menganjalkan kulit dari ujung kepala hingga kaki. Menarik bukan? Selamat mencuba sis! Lepas ni tak perlu lagi pakai filter ‘glass skin’ sebab dengan tips dari Hailey ini, kulit hijabi pasti glowing dan bercahaya!
Baru sahaja bergelar isteri pada Sabtu lalu, kini Neelofa diangkat sebagai Tokoh Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith pula. Dia menerima anugerah tersebut bagi kategori tokoh berpengaruh mega oleh Kerajaan Kelantan sempena sambutan Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2021.
Walaupun begitu dia tidak dapat hadir ke majlis yang diadakan kerana sedang berada di Langkawi. Untuk pengetahuan pembaca, Hari Sayyidatina Khadijah merupakan program tahunan yang mengiktiraf peranan dan juga sumbangan wanita dalam pembangunan di negeri itu.
Sebagai acara yang disambut secara tahunan, program tersebut dilihat sebagai satu langkah dalam menonjolkan personaliti wanita serta kecemerlangan mereka di dalam bidang masing-masing.
Acara ini dianjurkan oleh Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan dan pada tahun ini anugerah tersebut disampaikan oleh Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff yang merupakan Timbalan Menteri wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia serta Ahli Parlimen Rantau Panjang, Kelantan.
Jenama telekung terkenal tempatan yang menjadi impian setiap wanita Islam memilikinya, Siti Khadijah tetap unggul di pasaran. Melangkah satu tapak yang luar jangkaan, terkini, Siti Khadijah sudah mempunyai sebuah mesin layan diri pertama yang terletak di lorong menuju surau RnR Seremban ke arah Utara.
Mesin tersebut bukan sahaja menjual telekung , malah mempunyai pelbagai jenis sejadah, kopiah, beg untuk telekung, stokin wanita dan juga kopiah buatan jenama tersebut.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Menurut pengasas jenama telekung tersebut, Padzilah Enda Sulaiman dengan adanya mesin layan diri tersebut ia bukan sahaja memudahkan sesiapa sahaja untuk menunaikan tuntutan solat, bahkan orang ramai boleh menggunakannya untuk membeli ‘buah tangan’ kepada insan yang tersayang. Adanya mesin tersebut, merupakan hasil buah fikiran dan kerjasama pasukan Siti Khadijah sendiri, tambahnya lagi.
Warganet yang melihatnya ramai yang berasa bangga dan kagum dengan kewujudan mesin layan diri Siti Khadijah itu.
Lebih menarik lagi, salah seorang pasukan Siti Khadijah yang menjayakan mesin layan diri itu berkongsi gambar pelanggan pertama yang menggunakan mesin tersebut merupakan seorang pemuda yang membelikan telekung sebagai hadiah untuk ibunya setelah sekian lama dia tidak dapat balik beraya di kampung.
Jika anda dalam perjalanan ke Utara, bolehlah singgah R&R Seremban untuk merasai pengalaman sendiri bagi mendapatkan produk-produk Siti Khadijah dengan lebih mudah hanya menggunakan mesin layan diri sahaja.
Difahamkan, Siti Khadijah akan menambah lagi mesin layan diri tersebut di beberapa lokasi lain pada masa akan datang.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siti Khadijah, jenama yang sinonim dengan kualiti dan keselesaan produk pakaiannya mengumumkan keraian ulang tahun ke-15 dengan majlis perasmian Laman Khadijah - The Home...