Dunia media sosial adalah suatu tempat yang ada kalanya merakamkan momen yang indah, ada saat juga menjadi medan perbahasan antara beberapa pihak. Tambahan lagi, masalah ini juga berpunca dari kekurangan common sense dalam diri seseorang.

Baru-baru ini ramai yang tahu Neelofa kecewa dengan segelintir warganet yang bersikap sambil lewa mengenai gurau senda yang melebih-lebih. Beberapa rakan artis dan juga adiknya sendiri bersetuju bahawa sikap ini sudah melampau.

Bergurau melampaui batas, tidak ada ‘common sense

Neelofa Kecewa Dengan Gurauan Melampau Warganet, Izara Turut Rasai Sebagai Seorang Ibu

Kini ramai yang sudah tahu dan gembira apabila pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa, kini telah membuat satu posting di Instagram satu klip video kompilasi gambar anaknya, Muhammad Bilal. Tidak di sangkal lagi, Bilal sememangnya comel dan manis seperti yang di ramal oleh orang ramai.

Mungkin itu berita gembira buat kita semua tetapi tidak pada pihak Neelofa dan Suaminya. Tular beberapa hari lepas gambar ‘bocor’ Bilal di laman media sosial dan ramai yang cuba untuk mendapat kepastian tentang hal itu.

Demikian juga, ada yang sanggup membuat satu suntingan gambar yang bertujuan untuk bergurau tetapi sudah melampaui batas. Neelofa juga meluahkan rasa kecewa apabila ada yang tergamak untuk bertindak berlebih-lebihan.

Artikel berkaitan: Kongsi Wajah Bilal Sepenuhnya, Neelofa Titipkan Doa Semoga Afiyyah Sentiasa Untuknnya…

Ads

Foto tersebut juga menerima pelbagai komen yang negatif daripada warganet. Berikutan Neelofa tampil membuat story di Instagram mengeluarkan kenyataan supaya hentikan perbuatan tersebut.

Neelofa Kecewa Dengan Gurauan Melampau Warganet, Izara Turut Rasai Sebagai Seorang Ibu
Sumber gambar dari mStar

“Edit muka anak saya sampai jadi bukan rupa dia, lepas itu sebar gambar yang edit fake itu…dan macam-macam orang komen jahat pada anak saya. Dah puas hati?

“Tak tahu nak rasa apa, Allahuakbar,” ujarnya.

Lantas Neelofa juga tidak mensia-siakan peluang untuk memberikan sedikit nasihat kepada warganet mengenai kelakuan yang tidak sepatutnya di lakukan. Katanya di instastory itu, janganlah membuat sedemikian semata-mata untuk memuaskan hati sahaja.

Ads

“Jangan kita melampau dalam buat sesuatu perkara…mengubah atau edit rupa paras anak kecil semata-mata nak puaskan kehendak hati,

“Benda ini dah timbulkan macam-macam fitnah dan kata-kata yang tidak baik,” katanya lagi berkenaan isu itu.

Turut di rasai kekecewaan dari seorang ibu

Bukan sahaja dari Neelofa sahaja yang kecewa dengan perbuatan segelintir warganet yang membuat sedemikian, malah, rakan artis, Izara Aishah turut meluahkan rasa marah terhadapat perbuatan itu.

Pelakon dan juga usahawan, Izara, 30, tidak menafikan perbuatan individu tersebut tidaklah wajar di lakukan. Apatah lagi, individu tersebut sanggup mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada seorang bayi kecil yang tidak berdosa.

Ads

Izara juga turut menyuarakan pendapat bahawa perbuatan ini tidak beretika dan ianya tidak masuk akal kerana menganggu seorang bayi. Jadi tidak sepatutnya sebagai orang dewasa yang boleh berfikir secara rasional untuk membuat perkara tersebut.

Setiap manusia mempunyai kelebihan mereka masing-masing begitu juga dengan kisah mereka. Tidak seharusnya kita terus menghencap seseorang atas dasar tidak puas hati yang tersemat di hati.

Sumber info: mStar

Artikel berkaitan: Hampir 4 Juta Tontonan, Izara Aishah Kongsi Tutorial Hijab Labuh Lepas Peminat Request

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI