Alhamdulillah, satu perkabaran gembira telah dikongsikan oleh Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz berhubung perkembangan terkini pelakon jelita, Nad Zainal yang sebelum ini ditidurkan di ICU akibat mengalami jangkitan kuman dan pendarahan paru-paru.
Menurut Ungku Ismail, Nad kini sudah sedar dan doktor memutuskan untuk mengeluarkan tiub bantuan pernafasan, sejak pagi semalam Nad sudah tidak lagi bergantung pada alat itu untuk bernafas.
Nad Dah Boleh Bercakap Dan Bergerak
View this post on Instagram
Lebih menggembirakan apabila pelakon utama drama Cina Buta itu sudah mula menunjukkan perkembangan dan progres yang amat memberangsangkan, Nad kini sudah mula bercakap dan mampu bergerak, walaupun gerakannya masih terhad dan suara masih halus.
Perkembangan terbaru itu dikongsi pelakon, Ungku Ismail menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di Instagram, malam tadi.
Artikel berkaitan: Paru-Paru Berdarah, Nad Zainal Ditidurkan Di ICU, Mohon Doa Semua!
“Alhamdulillah, Nad banyak menunjukkan perkembangan dan proses penyembuhannya juga bagus. Dia bagaimanapun, masih di bawah pengawasan rapi doktor dan saya berharap semua akan mendoakan urusannya dipermudahkan serta lancar.
“Dia juga sudah boleh bercakap, cuma suaranya sangat kecil. Begitu juga dengan pergerakan, dia boleh memegang telefon bimbit, cuma tidak dapat menaip kerana sudah lama tidak menggunakan anggota tangannya,” katanya
Bagaimanapun, Ungku Ismail menjelaskan bahawa Nad masih dalam pemantauan doktor di ICU, kerana doktor mahu memastikanbagar keadaan kesihatannya lebih baik dan terus menunjukkan berkembang secara positif.
Selain itu, Ungku juga memanjatkan rasa syukur serta menzahirkan ucapan terima kasih kepada masyarakat serta peminat yang sentiasa mendoakan kesembuhan rakan gandingan serasinya itu.
“Sesungguhnya kekuatan doa itu sangat benar. Terima kasih saya ucapkan atas doa kalian yang tidak putus-putus untuk Nad dan saya juga ingin kembalikan doa itu pada kalian semua,” ujarnya.
Sumber: Instagram Ungku Ismail
Artikel berkaitan: Doktor Sahkan Nad Zainal Kini Kritikal – Ungku Ismail
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI