“Cumi.. Cumi.. Cumi.. Cumi..Cumi.. Cumi..” Siapa tidak kenal dengan pelantun suara lagu Pematah Hati, Nabila Razali atau lebih mesra disapa Bella, yang pernah tular dan menggemparkan Malaysia satu ketika dahulu.
Terbaharu, tindakan penyanyi anak jati kelahiran Petaling Jaya itu yang memadam semua posting di laman Instagram telah mencetuskan tanda tanya dan perdebatan dikalangan para peminat.
Lebih memeranjatkan lagi apabila Bella kemudian memuatnaik, hantaran seolah-olah memberi gambaran bahawa dirinya kini sudah dimiliki.
Nabila Razali Kahwin Dengan Aisy Mateen?
Melihat laman Instagram Bella, terdapat beberapa keping gambar yang membentuk kolaj memaparkan Bella bersama seorang lelaki berbusana serba putih, seperti sedang meraikan hari bahagia mereka (perkahwinan).
Ads
Selain itu, menerusi muat naik di InstaStory hantaran beberapa keping foto
memaparkan suasana ‘majlis resepsi pernikahan’ yang berlangsung di tepi pantai sambil Bella memegang jambangan bunga tangan persis pengantin.
Malah, diruangan bio profil Instagram Bella, terdapat status dengan emoji berbentuk cincin, pengantin perempuan serta nama seorang lelaki ‘Aisy Mateen’ yang disertakan bersama simbol hati.
Bagaimanapun, pelantun Peluang Kedua itu, tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara ini, Bella juga menutup ruangan komen pada setiap posting di laman Isntagram miliknya.
Untuk rekod, pada Mac lalu, Nabila atau nama lengkapnya Nur Nabila Mohd Razali, 29, mendedahkan dirinya masih sakit akibat ‘terluka’ apabila ditinggalkan kekasih, lima tahun lalu.
Menurut Bella, pengalaman putus cinta tersebut berpunca dari kehadiran orang ketiga.
Ads
Jika benar Bella sudah mendirikan rumahtangga dan bukan gimik semata-mata Hijabista mendoakan agar masjid yang dibina kekal hingga syurga.
Sekarang ini tengah hangat mengenai isu jual beli kotak misteri di platform membeli-belah di atas talian. Ramai yang teruja untuk membelinya kerana mahu mengetahui apakah kejutan yang bakal diterima menerusi kotak misteri tersebut.
Ada juga yang menjual bungkusan yang telah sekian lama disimpan di warehouse kerana tidak dituntut oleh si pembelinya. Jika bertuah anda mungkin memiliki barang bernilai namun jika tidak, kemungkinan besar anda akan menerima sampah sarap sahaja!
Walaupun mendapat sambutan ramai, namun ramai sebenarnya yang terlepas pandang mengenai hukum jual beli kotak misteri ini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya, ikuti penerangan yang jelas daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dr Luqman Hj Abdullah ini.
Soalan
Assalamualaikum. Saya ada satu soalan. Sekarang ada trend satu jual beli barangan yang disebut sebagai “Mystery Box” di platform Shopee. Soalan saya, adakah dibenarkan umat islam terlibat dalam jual beli tersebut melihat kepada pembeli tidak tahu secara pasti apakah barangan yang bakal diterima? Mohon pencerahan.
Jawapan Ringkas
Jual beli sebegini tidak diharuskan dan terbatal di sisi Syarak kerana tidak menepati rukun dan syarat asas jual beli iaitu barang jualan mestilah diketahui dan ditentukan jenis barangannya secara spesifik yang diterima uruf.
Kesannya, pembeli perlu menyerahkan semula barangan kepada penjual dan penjual hendaklah memulangkan semula wang yang diterima.
Sebagai alternatif, sekiranya berlaku kesukaran dalam pemulangan barangan kerana telah digunakan atau sebagainya, maka perlu buat akad jual beli yang baru berdasarkan barang yang diterima dengan syarat pembeli meredai pembelian barang tersebut dan penjual juga meredai dengan nilai bayaran yang diberikan.
Huraian Jawapan
Sebagai gambaran ringkas, “Mystery Box” atau Kotak Misteri merupakan suatu produk yang tidak diketahui barangannya secara spesifik. Ia dijual dalam pelbagai platform antaranya Shopee, Lazada dan lain-lain. Juga dikenali dengan nama lain seperti “Kotak Teka-Teki” dan sebagainya. Kebiasaan modus operandinya, pelanggan akan membeli suatu barang yang diberi nama kotak misteri. Penamaan tersebut diberikan kerana pembeli berpotensi untuk memenangi suatu produk yang lumayan seperti telefon pintar yang mempunyai spesifikasi tinggi, alat solek berjenama, dan pelbagai lagi dengan nilai bayaran yang rendah.
Dalam masa yang sama, sekiranya pelanggan tidak bernasib baik untuk mendapat barang lumayan tersebut, mereka akan diberikan barang lain sebagai ganti yang mempunyai nilai yang lebih rendah daripada barangan yang diimpikan bahkan berkemungkinan mendapat barangan yang sangat rendah nilainya jika dibandingkan dengan duit yang dilaburkan[1].
Secara asasnya, bagi menentukan sesuatu jual beli atau perniagaan itu diterima oleh Syarak, ia hendaklah menepati dan memenuhi rukun dan syarat asas yang ditetapkan oleh Syarak.
Rukun-rukun jual beli ialah:
Pihak yang melakukan akad (Penjual dan Pembeli)
Sighah Akad (Ijab dan Qabul)
Barang jualan dan harganya
(Rujuk: al-Mu’tamad Fi al-Fiqh al-Syafie, 3/15)
Melihat kepada situasi di atas, jual beli tersebut tidak memenuhi rukun jual beli khusus berkaitan barang jualan. Huraiannya, para ulama menetapkan bahawa hendaklah setiap jual beli diketahui barang jualannya antara pembeli dan penjual.
Walaupun tidak disyaratkan mengetahui segenap aspek sehingga sekecil-kecil perkara barang tersebut, namun perlu diketahui maklumat asas berkenaan barang tersebut seperti jenis barangan, sifat dan bentuknya, dan lain-lain. Tidak dibenarkan menjual barangan yang tidak diketahui hakikat dan fizikalnya seperti “aku jual salah satu baju yang ada dalam kotak tersebut” kerana perniagaan sebegini mempunyai unsur ketidakjelasan yang keterlaluan (fahisy) dan boleh mengundang kepada pertelingkahan dan pergaduhan antara penjual dan pembeli.
(Rujuk: al-Fiqh al-Manhaji, 6/19)
Pada dasarnya, jual beli barangan yang tidak spesifik mengandungi unsur gharar yang diharamkan dalam Islam berdasarkan kepada hadis Nabi Muhammad S.A.W sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A:
Seterusnya, sesuatu barang itu dianggap sudah diketahui apabila memenuhi beberapa kriteria. Utamanya ialah barang tersebut sudah dilihat dan dipilih oleh pelanggan sendiri secara spesifik. Oleh sebab itu, di sisi mazhab Syafie jual beli yang dilakukan oleh orang buta tidak sah melainkan diwakilkan kepada orang lain yang sihat penglihatannya kerana unsur ketidakjelasannya sangat nyata dan keterlaluan.
(Rujuk: al-Mu’tamad, 3/29)
Tambahan pula, jual beli ini mempunyai unsur perjudian kerana bergantung kepada nasib semata-mata. Konsep yang diketengahkan menafikan hak pembeli dalam memilih barangan yang dikehendaki dan disukainya setimpal dengan harga yang telah dibayar. Justeru, situasi ini adalah melanggar prinsip-prinsip jual-beli yang sepatutnya ada seperti khiyar (pilihan).
Justeru, sebarang jual beli “mystery box” seperti yang digambarkan di atas adalah tidak sah dan terbatal. Kesannya, pembeli perlu menyerahkan semula barangan kepada penjual dan penjual hendaklah memulangkan semula wang yang diterima.
Sebagai alternatif, sekiranya berlaku kesukaran dalam pemulangan barangan kerana telah digunakan atau sebagainya, maka dicadangkan kepada kedua-dua pihak membuat akad jual beli yang baru dengan syarat pembeli meredai pembelian barang tersebut dan penjual juga meredai dengan nilai bayaran yang diterima.
Akhir kata, umat islam sewajarnya mengelakkan diri daripada terpedaya dengan sebarang jenis perniagaan yang mengandungi keraguan yang nyata walaupun dikhabarkan akan mendapat sesuatu yang lumayan kerana perbuatan tersebut boleh mengakibatkan mereka terjerumus ke dalam perkara yang dilarang dan ditegah oleh Syarak.
Cuaca panas adalah kurniaan Allah untuk alam semesta, usahlah ungkapkan keluhan di mulut tentang kepanasan. Inilah masanya untuk kita mengumpul sebanyak mungkin pahala sabar atas ujian kepanasan. Jadikan zikir dan ayat –ayat al quran penyejuk hati.
Ertinya: Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. (al-Baqarah: 153)
Daripada kita mengeluh panas, lebih baik kita berdoa.
(Lailaha illa Allah, Mā asyadda Harra Hazal Yaum, Allahumma Ājirni min Harri Jahannam )
Maksudnya: Tiada tuhan melainkan Allah, Alangkah panasnya cuaca pada hari ini, Ya Allah Ya Tuhanku Jauhkanlah aku daripada panasnya neraka jahannamMu
Gantikan Keluhan Dengan Zikir Ketika Berada dalam Cuaca Panas
“Panasla sekarang nih!”
“Tak larat lah nak keluar,…cuaca sekarang terik…”
“Sekarang cepat penat. Badan alah pada cuaca panas.”
Biasa dengarkan? Aku pun selalu keluar ‘remarks’ macam ni. Belakangan ni, cuaca memang panasnya lain macam sikit. Kat tempat aku, dah lama tak hujan. Terik matahari kat luar tu, kalaulah kita pecahkan telur dan biarkan…confirm boleh masak jadi telur mata kerbau! Hehehe boleh buat lunch
So, hari ni aku nak share dengan korang semua – ketika dalam kepanasan atau berada dalam cuaca yang panas zikirkanlah nama Allah ‘Ya Latif’ sepenuh hati dan berulang-ulang kali. ‘Ya Latif’ bermaksud Yang Maha Lembut. Nama Allah ini digunakan dalam banyak amalan lain contohnya untuk lembutkan hati anak-anak, redakan perasaan marah dan tatkala kita nak berdepan dengan orang yang sukar dibawa berbincang.
Aku belajar tentang zikir ‘Ya Latif’ untuk cuaca panas ni sejak zaman sekolah dulu. Kalau tak silap, dari salah sebuah buku Hajat (99 Nama Allah). Insya Allah, apabila dizikirkan berulang-kali, Allah akan kurniakan keselesaan pada kita. Walaupun panas terik, dengan izin-Nya, akan ada angin/udara lembut yang mendinginkan kita.
Sumber: Jantakhabar
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tahu tak? Layan Isteri Bercakap Boleh Buat Otak Bergeliga.
Serius tau, semakin kerap dengar celoteh isteri semakin otak ni jadi bergeliga, selalu idea fresh datang dengan sendiri. Padahal yang dia duk ngomel tu tak ada kaitan langsung dengan kerja pun..
Menurut kajian Profesor Madya Dr. Sabitha Marican dari UUM wanita boleh bercakap sekurangnya 20 ribu patah perkataan sehari. Orang lelaki pula hanya 7 ribu sahaja.
3 kali ganda lebih banyak !
Sebab itu bila kita layan isteri bercakap kebarangkalian otak kita jadi lebih bijak adalah 3 kali ganda lebih tinggi daripada kita duk berborak dengan kawan lelaki.
Bayangkan jika berborak dengan lelaki otak kita hanya akan memproses maklumat sebanyak 7 ribu patah perkataan sahaja. Mungkin kurang dari itu.
Berbanding borak dengan wanita otak kita di paksa untuk proses 20 ribu maklumat sekaligus. Lebih banyak memproses akan menbuatkan otak jadi lebih cepat berfikir.
10 KALI GANDA LEBIH CEPAT PROSES MAKLUMAT
Sebab inilah kenapa otak wanita 10 kali ganda lebih cepat memproses maklumat daripada otak lelaki kerana mereka dah berlatih bercakap 20 ribu patah perkataan sehari sejak kecil lagi..
Jadi memang tak hairanlah kalau isteri kita dalam kereta bercakap, basuh pinggan bercakap, lipat baju bercakap, malah tengah makan pun dia boleh bercakap. Sebabnya mereka ada quota yang perlu dipenuhi.
Lepas ni kalau nampak isteri berceloteh jangan marah, pasang telinga betul-betul sebab mungkin idea jutaan ringgit boleh datang tiba-tiba..
Kerana setiap patah yang keluar dari mulut isteri itu pembawa rezeki..
Mohd Fhais-Dulu pendiam, sekarang dah jadi peramah gara-gara dengar celoteh isteri setiap hari.
Kesimpulannya selepas ini, suami kenalah selalu layan isteri bercakap.
Sumber kredit: Mohd Fhais
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...