Anda semua pernah dengar tak mengenai bayam brazil? Selalunya kalau sebut mengenai bayam, ingatkan bayam tu hanya mempunyai satu jenis. Tetapi tidak.. Kalau anda nak tahu, banyak rupanya khasiat bayam brazil ni!
Bayam Brazil atau nama saintifiknya Alternanthera sissoo merupakan spesies tanaman yang tergolong dalam keluarga Amaranthaceae. Suku bayam-bayaman atau Amaranthaceae merupakan salah satu suku tumbuhan berbunga. Ianya turut dikenali sebagai ‘bayam sambu’ dan ‘kobis samba’.
Sayuran ini begitu meluas di negara Brazil sehingga dinamakan bayam Brazil. Sejak tahun 2015, rakyat Malaysia mula menanam bayam ini secara landskap dan sebagai sumber sayur-sayuran. Bayam Brazil adalah salah satu tumbuhan yang paling cepat tumbuh dan mudah ditanam. Tumbuhan ini tumbuh sehingga 30 cm tinggi dan mempunyai saiz daun kira-kira 2 hingga 3.5 cm lebar.
Kandungan nutrisi bayam brazil
Meninjau perkongsian daripada Root Of Science, kandungan nutrisi bagi 100 grams Bayam Brazil mentah adalah seperti berikut:
Kalori: 23kcal
Protein: 2.86g
Lemak: 0.39g
Karbohidrat: 3.63g
Serat: 2.2g
Gula: 0.42g
Kalsium: 99mg
Zat Besi: 2.71mg
Magnesium: 79mg
Kalium: 558mg
Vitamin C: 28.1mg
Vitamin A: 469mcg
Vitamin E: 2.03mg
Vitamin K: 483mcg
Apa keistimewaan bayam ini berbanding bayam lain?
Mesti anda terfikir, bayam ini zahirnya kelihatan sama sahaja seperti bayam lain…jadi mungkin keistimewaannya juga sama. Tidak sama sekali! Keunikan bayam Brazil ini berbanding bayam yang lain adalah bayam ini mempunyai tekstur yang rangup dan boleh dimakan sebagai salad. Masyarakat di Brazil sering makan sayur ini secara mentah bersama tomato, bawang dan juga minyak zaitun. Selain dimakan secara mentah, ia juga sesuai untuk ditumis, direbus atau dikukus. Contoh masakan yang menggunakan bayam Brazil ialah:
Manfaat bayam Brazil adalah lebih kurang sama seperti sayur-sayuran hijau lain. Ianya mendatangkan banyak kebaikan dan bagus untuk kesihatan anda. Secara ringkasnya, dalam setiap 100 g bayam, terdapat 4-8 mg beta karotena, 60-120 mg vitamin C, serat, garam galian (kalsium, zat besi) dan asid folik. Berikut ialah manfaat kesihatan bayam Brazil yang boleh anda gunakan sebagai sebahagian daripada diet harian anda:
Anti-kanser
Bayam mengandungi sulfoquinovosyl diacylglycerol (SQDG) dan monogalactosyl diacylglycerol (MGDG) iaitu komponen yang mencegah pertumbuhan kanser. Manakala bayam Brazil pula mengandungi sebatian flavonoid yang tinggi yang mempunyai sifat anti kanser yang sangat baik. Menurut kajian lepas, kandungan flavonoid dalam bayam boleh mengurangkan risiko kanser sehingga 34%. Walaupun peratusannya tidaklah begitu tinggi, namun sekurang-kurangnya ia menjadi satu cara dan ikhtiar untuk mencegah pertumbuhan sel kanser dalam tubuh badan. Bak kata pepatah ‘mencegah lebih baik dari mengubati.’
Ads
Selain tu, terdapat beberapa kajian menyatakan bahawa sebatian flavonoid bertindak sebagai agen anti-kanser termasuk kanser prostat, kanser kulit, kanser payudara, kanser serviks, kanser rahim dan banyak lagi. Kandungan asid folik dalam bayam juga membantu mencegah mutasi sel yang boleh merosakkan DNA dan menyebabkan kanser.
2.Bagus untuk kesihatan mata
Bayam bazil mengandungi karotenoid iaitu zeaxanthin dan lutein, serta vitamin A. Zeaxanthin dan lutein membantu mengurangkan katarak yang merupakan penyebab utama kebutaan. Tambahan itu, bayam brazil ini membantu meningkatkan penjagaan mata dengan melindungi saraf optik dan menjadikan penglihatan lebih jelas. Malah, kandungan vitamin A ini dapat membantu meningkatkan pertahanan badan dengan membantu meningkatkan pengeluaran sel darah putih.
3. Menguatkan tulang
Ads
Bayam merupakan antara bahan yang boleh menyumbang vitamin K untuk kesihatan kita dengan kandungannya yang agak tinggi. Seperti yang dinyatakan di bahagian kandungan nutrisi diatas, bayam mengandungi kandungan vitamin K yang tinggi, iaitu 483 µg untuk 100 grams bayam mentah. Kalau anda nak tahu,tidak banyak makanan yang mengandungi vitamin K. Vitamin K ini membantu dalam proses pembekuan darah dan secara tidak langsung menggelakan pendarahan yang berlebihan. Di samping itu, vitamin K ini juga dapat membantu menguatkan otot dan mengurangkan gejala sakit sendi dan otot.
4. Mengekalkan kesihatan sistem pencernaan
Apabila anda tidak mengamalkan pemakanan seimbang dan ‘bedal’ sahaja makanan yang tidak sihat, ianya akan membawa kepada masalah berat badan. Disebabkan itulah, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi serat seperti bayam brazil ini sangat penting. Pengambilan serat seperti ini sangat penting kerana ianya membuatkan anda berasa lebih kenyang lebih lama.
Bayam brazil ini memberikan anda sumber bekalan serat yang mencukupi dan mengawal portion makanan anda. Sekiranya anda mempunyai serat yang cukup dalam badan anda, anda boleh mengatasi masalah sembelit juga. Ha.. banyakkan khasiatnya. Tambahan itu, kandungan seratnya yang tinggi ini dapat membantu pergerakan makanan melalui usus dan memperbaiki sistem penghadaman anda.
Ads
5. Membantu masalah penuaan
Siapa je taknak menghentikan masalah penuaan dan terlihat muda kan? Terutamanya wanita, mestilah mahu terlihat muda sentiasa. Selain vitamin A, vitamin K, sebatian flavonoid dan karotenoid, bayam brazil juga mempunyai sebatian antioksidan. SebatianantioksidandaripadavitaminC ini pula membantu melawanradikalbebasdalamsistemselmanusia.
Radikal bebas ini terhasil daripada proses metabolisma. Ia akan menyebabkan tekanan oksidatif dan seterusnya mempercepat proses penuaan dan meningkatkan risiko kanser dan kencing manis. Pengeluaranradikalbebas ini jugabolehdisebabkanolehpemakananyangtidaksihat,persekitaranyangtidaksihat,dangayahidupyangtidakseimbang. Disebabkan itulah, badankitabertindakbalasdenganmenunjukkanpenuaankulitdanfungsiorgan. Sebagai solusi kepada masalah penuaan ini, anda boleh lah mengamalkan pemakanan bayam brazil kerana ia mengandungi antioksidan yang mampu melawan radikal bebas serta mengurangkan risiko penyakit tersebut.
Ternyata, bayam brazil memiliki banyak khasiat dalam kesihatan. Mungkin, ini merupakan perkara baru juga buat anda. Antara khasiat kesihatan bayam Brazil ialah mampu melawan kanser, membantu penjagaan kesihatan mata, sumber vitamin K untuk tulang dan sendi yang lebih sihat, penjagaan sistem pencernaan, dan mencegah penuaan. Walau bagaimanapun anda perlu ingat bahawa bayam Brazil mempunyai kandungan asid oksalik yang agak tinggi, yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang. Oleh itu, pengambilan bayam brazil ini perlulah secara sederhana dan disertai sayur-sayuran dan makanan lain yang sama-sama berkhasiat.
Umum sedia maklum bahawa kejayaan seorang anak itu adalah kerana hasil usaha keras kedua ibu bapanya. Selain bapa, ibu adalah insan yang paling banyak pengorbananya dalam kehidupan seorang anak bermula dari saat melahirkan lagi.
Sehubungan itu, Allah mengangkat setingginya martabat seorang wanita yang digelar ibu. Malah, Islam melarang sama sekali untuk menyakiti hati ibu dan derhakalah seorang anak yang tidak menyantuni ibu dan bapanya.
Justeru, di sini Hijabista berkongsikan satu kisah inspirasi yang berlaku di India dan wajar dijadikan contoh serta pengajaran kepada hijabi yang juga anak di luar sana.
Replika ‘Taj Mahal’ Simbolik Penghargaan Kepada Jasa Dan Pengorbanan Ibu
Baru-baru ini, dunia digemparkan oleh seorang lelaki India berusia 49 tahun yang dikenali sebagai, Amrudeen Sheik Dawood yang telah membina replika Taj Mahal sebagai simbolik penghormatan kepada arwah ibunya, Jailani Bibi.
Dawood telah membina sebuah makam dari batuan marmar, seluas 743-meter persegi, di atas sebidang tanah seluas satu ekar di Tiruvarur, Tamil Nadu India.
Memetik laporan media antarabangsa, replika gah setinggi 12-meter pada platform 1.2 meter, dengan setiap empat menaranya mencapai ketinggian 14 meter. Lebar makam adalah lebih kurang 33 meter.
“Saya mendapat inspirasi dan ilham untuk membina replika ini daripada mercu tanda tapak warisan dunia UNESCO yang tersegam indah iaitu Taj Mahal.
“Tujuan saya mencipta makam yang diilhamkan oleh Mughal, adalah sebagai tanda penghormatan diatas segala pengorbanan ibu yang melahirkan dan membesarkan kami enam beradik seorang diri.
Jelas Dawood lagi, ini berikutan kematian mengejut ibunya itu pada 2020 akibat serangan jantung. Dawood memutuskan untuk membina sebuah tugu peringatan untuknya daripada mengebumikannya di tanah perkuburan konvensional.
Hasrat Dawood di sebalik membina replika Taj Mahal adalah untuk menyatakan cinta dan kasih sayang yang mendalam terhadap ibunya, mencerminkan pengorbanan yang dilakukannya untuk keluarga mereka.
Sekadar info, Jailani Bibi telah kehilangan suami ketika berusia 36 tahun, membesarkan enam anaknya, termasuk Dawood dan anak angkatnya Mohammed Abdul Khadar, sebagai ibu tunggal.
Dia mendedikasikan hidupnya untuk membesarkan keluarga dan menguruskan perniagaan arwah suaminya tanpa berkahwin lagi.
Untuk rekod, Taj Mahal asal merupakan sebuah monumen bersejarah, jauh lebih besar, dengan ketinggian hampir 60-meter pada platform 6.7 meter. Menaranya berukuran kira-kira 42-meter tinggi.
Madu sering menjadi tumpuan orang ramai kerana khasiatnya yang boleh memanfaatkan tubuh badan kita. Tetapi adakah penggunaannya secara berlebihan boleh juga memudaratkan kesihatan?
Ada yang alpa hakikatnya kita tidak boleh terlalu menggunakan madu secara berlebihan. Tambahan lagi pula, ada fakta yang menunjukkan beberapa kesan yang boleh terjadi pada tubuh badan jika pengambilan madu secara berlebihan.
Amalkan madu juga boleh dapat penyakit?
Secara lazimnya, masyarakat di Malaysia sangat sinonim dengan perkataan madu. Rasa yang manis, lazat, juga menenangkan itu sangat menjadi bahan alternatif untuk menjaga kesihatan oleh kerana manfaat yang boleh di peroleh. Bahkan, tercatat juga di dalam al-Quran, dalam surah ke-16 iaitu al-Nahl ayat 68 dan 69 dengan jelas menyebutkan tentang keberkesanan madu sebagai penawar.
Oleh kerana itu, madu sering di jadikan bahan utama untuk perubatan sejak kurun lamanya ketika 8000 tahun yang lalu. Kebanyakan orang mesir kuna, Rom, Yunani, Asyur, dan China menggunakan madu sebagai tujuan terapeutik seperti penyembuhan luka dan penyakit gastrousus.
Kini apa yang berlaku adalah madu yang di hasilkan bukanlah asli seperti yang ada buat seketika waktu dahulu. Kebanyakan madu yang di jual di pasaran telah bercampur aduk dengan madu tulen mahupun palsu. Madu tulen yang mengandungi 80% gula terutama dari fruktosa dan glukosa–mempunyai banyak kandungan seperti vitamin, mineral, asid fenolik, protein, dan enzim. Manakala, madu palsu yang juga di sebut sebagai ‘adulterated honey‘ mempunyai kandungan bahan asing yang menurunkan kualiti madu tersebut.
Kenapa munculnya madu palsu? Ini kerana pencemaran yang berlaku seperti perubahan iklim, penebangan pokok, dan sebagainya yang mengancam kitaran habitat lebah. Jadi kebanyakan koloni lebah semakin hilang dan ia menjejaskan pengeluaran madu bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.
Jika kita lihat semula pasaran jualan madu lebah pula, memang agak sukar untuk kenalpasti asli dan tiruan. Kesukaran ini yang membuatkan ramai orang tertipu dan tidak mendapat khasiat yang sebetulnya dari madu asli.
Jadi apa yang bakal berlaku jika mengamalkan madu lebah secara berlebihan tambahan pula ada yang palsu terjual di pasaran? Ayuh kita lihat beberapa asbab yang boleh berlaku:
Masalah pencernaan
Terdapat kesan jangka masa pendek kepada pengguna jika mereka mengambil madu lebah secara berlebihan. Perut akan susah untuk mencerna di sebabkan kandungan fruktosa di dalam madu yang mempengaruhi kemampuan usus juga penyerapan nutrisi darinya.
Mereka yang ambil secara berlebihan juga mungkin ada sakit perut, kembung perut, dan juga perut boleh menjadi cramp!
Kadar gula dalam garah meningkat
Meski pun ia menjadi alternatif dalam perubatan, tetapi kandungan gula yang ada di dalamnya boleh menjadi risiko kepada penyakit diabetes. Satu suapan madu boleh bertahan dan meningkatkan kadar hemoglobin A1C dalam dara. Kadar hemoglobin A1C boleh merisiko kita kepada penyakit diabetes.
Menaikkan berat badan
Ya, berat badan juga meningkat jika pengambilan madu di ambil setiap hari. Satu sudu madu (21 gram) boleh mengandungi sebanyak 64 kalori dan ia tergolong dengan golongan gula tambahan.
Pengambilan madu yang berlebihan sangat berkait rapat dengan penambahan berat badan. Jika di lihat semula pengurangan gula boleh mengurangkan berat badan.
Menyebabkan kerosakan pada gigi
Minum madu secara berlebihan juga merisikokan kesihatan gigi. Menurut kajian data dari USDA di Amerika Syarikat, sekitar 82% madu diperbuat dari gula. Gula pula boleh memberikan reaksi pada bakteria di mulut dan menghasilkan asid, yang di mana boleh membuatkan gigi menjadi sensitif. Selain dari itu, kelikatan madu yang senang menempel pada gigi juga boleh merosakkan gigi.
Mengambil madu sebagai bahan perubatan untuk kekal sihat itu bagus tetapi perlulah menggunakan dengan cermat. Pastikan jua diet anda seimbang supaya apa-apa pengambilan bahan semulajadi sebagai alternatif perubatan boleh membantu anda.
Pelakon dan pengacara popular, Neelofa sering jadi perhatian netizen. Malah kadang kala dia juga turut menjadi mangsa kecaman netizen kerana penampilannya dalam berfesyen yang kadang kala out of box. Namun baru-baru ini dia yang sedang mengerjakan ibadah umrah bersama keluarganya dan penampilannya yang mengenakan niqab jadi perhatian dan turut dapat pujian netizen.
Walaupun gambar di muat turun tanpa caption, namun dapat menggambarkan betapa seronok dan bahagianya pengacara Meletop ini yang sedang mengerjakan ibadah di rumah Allah ini.
Malah netizen juga turut memuji penampilan Neelofa yang disifatkan sangat cantik dan charming dalam busana berkenaan yang sangat menutup aurat.
Penampilannya sangat berbeza dann lain dari kebiasaan yang hanya melihat pelakon Suri Hati Mr. Pilot ini sering mengenakan turban dalam apa jua majlis dihadiri.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...