Baru-baru ini kecoh dilaman sosial berhubung kemelut rumahtangga pasangan selebriti terkemuka tanah air yang semakin goyah dilanda badai, sehingga berlakunya tuntutan cerai dilaman sosial dengan alasan tidak dapat berbincang kerana di sekat sang suami serta tidak sanggup bermadu ‘kasih’ bersama wanita lain.
Namun, tahukah anda apakah hukum sekiranya wanita nekad menuntut penceraian dengan alasan ‘tak sanggup dimadukan’ ini? Hijabista terpanggil untuk menjelaskan hukumnya agar hijabi lebih cakna, sekiranya situasi sama menimpa diri anda!
Haram! Isteri Minta Cerai Kerana Tak Sanggup Bermadu
Hijabista berkongsi penjelasan dan sudut pandang dari agamawan, Ustaz Emran Ahmad berhubung isu ini.
Ustaz Emran berkata, adalah haram bagi seorang wanita menuntut penceraian sekiranya menolak untuk dimadukan dan tidak mempunyai alasan yang munasabah dan kukuh yang dapat diterima syarak.
“Hukumnya ialah haram dan termasuk dalam golongan berdosa, kerana tidak menerima poligami dan enggan tunduk dan patuh kepada perintah Allah swt yang memberi kebenaran kepada kaum Adam untuk berkahwin lebih dari satu (berpoligami),” katanya.
Tambah Ustaz Emran lagi, perkara ini demikian kerana, sebuah hadis sahih ada menyatakan:
“Sekiranya mana-mana wanita minta ditalakkan (cerai) daripada suaminya tanpa sebab yang kukuh, maka terhalanglah dia daripada mencium haruman syurga.” (Hadis riwayat Abu Daud)
“Perbuatan mana-mana wanita tidak kira samada dia merupakan isteri kepada orang kenamaan, artis mahupun agamawan (Ustaz) yang meminta cerai dengan alasan tidak rela dimadukan suaminya, adalah salah dan tidak boleh dicontohi atau diberikan galakan oleh khalayak umum,” ujarnya.
Wanita-Wanita Yang Minta Talak Tanpa Sebab, Terkutuk, Tercela Dan Tak Cium Bau Syurga!
Malah, apa yang lebih menakutkan menurut hukum Islam, para isteri yang meminta-minta cerai dari suaminya adalah terkutuk dan dicela. Serta wanita-wanita ini tidak akan dapat mencium bau syurga di akhirat kelak.
Ustaz Emran turut berkongsi beberapa hadis lagi yang menyebut: “Mana-mana wanita yang meminta cerai daripada suaminya tanpa mempunyai sebab yang diterima Islam, maka diharamkan baginya untuk mencium bau syurga.” (Riwayat al-Hakim, 2/200, hadis sahih).
Justeru, katanya, para wanita hendaklah sentiasa bermuhasabah diri dengan menjadikan Al-quran dan As-sunnah sebagai panduan hidup mereka, dan tidak membuat keputusan mengikut hawa nafsu dan perasaan semata-mata, kerana hawa nafsu inilah yang akan menjerumuskan manusia kelembah paling hina.
Ads
5 Sebab Yang Membolehkan Wanita Minta Cerai, Menurut Ustaz Azhar Idrus
Mengulas isu sama, dalam perkongsian ceramah dilaman Youtube miliknya. Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus mendedahkan beberapa sebab yang memboleh wanita meminta cerai atau memfailkan fasakh kepada suami dan diterimapakai dalam Kanun-Kanun Syariah di Malaysia.
Ads
Suami larang melakukan perkara atau kerja yang wajib. Contohnya seperti suami melarang isterinya untuk menunaikan solat atau sembahyang, suami melarang isteri untuk menutup aurat.
Suami meminta atau menyuruh isteri melakukan perkara yang haram. Contohnya, suami menyuruh isteri minum ketum, minum arak dan perkara-perkara yang berlanggar dengan syariat Islam sehingga mendatangkan kemudharatan kepada si isteri.
Suami melakukan penderaan fizikal dan mental terhadap isteri. Contohnya, suami pukul dan dera isteri sampai berdarah-darah, melakukan keganasan rumah tangga seperti sepak terajang sehingga mencederakan anggota badan isterinya.
Suami gagal memberi nafkah Zahir dan Batin kepada Isteri. Contohnya, suami culas memberikan isteri nafkah yang selayaknya seperti makanan yang mencukupi, pakaian dan tempat tinggal yang selesa. Termasuklah, nafkah batin yang selayaknya kepada isteri.
Suami di penjara. Jika suami melakukan jenayah atau disabitkan kesalahan atas apa juga sebab hingga dipenjarakan, isteri boleh meminta fasakh atau cerai jika tempoh penjara sang suami melebihi tiga tahun dan keatas.
Pernah berpeluang Terbang ke Amerika Syarikat untuk menjadi salah seorang penceramah pada Persidangan IMSA-MISG yang diadakan di Boston, Amerika Syarikat pada 23 hingga 27 Disember lalu.
Pelakon tanah seberang yang popular dengan watak Anna Althafunnisa menerusi filem Ketika Cinta Bertasbih yang juga kakak kepada pempengaruh media sosial, Ria Ricis ini menegaskan bahawa baginya, peluang menghadiri kongres di AS meninggalkan kesan yang amat istimewa.
Perspektif ‘Jejak Kaki’ Ke Luar Negara Berubah!
Sudah menjadi kebiasaan apabila memiliki akaun media sosial, pastinya ingin berkongsi sesuatu yang indah bersama pengikut, malah ramai selebriti berbuat demikian begitu juga orang ramai.
Setiap perjalanan pasti menuntut pengalaman yang berlainan, pendakwah bebas dari Indonesia ini mempunyai misi melawat Amerika Syarikat yang pastinya setiap pengikutnya mendambakan cerita terkini darinya.
“Ke luar negara sebenarnya bukan sekadar mengunjungi tempat-tempat pelancongan dan mengambil foto di tempat-tempat ikonik ini,” tulis Oki Setiana Dewi di akaun Instagram.
Malah Keluar dari negara sendiri sebenarnya memahami kebesaran Tuhan kerana mencipta bumi yang begitu luas dan manusia yang pelbagai,” sambung isteri Ory Vitrio.
MISG ialah kumpulan pengajian Islam Malaysia yang diasaskan di Illinois pada 1976 manakala IMSA adalah singkatan bagi Persatuan Pelajar Muslim Insonnesia aka Persatuan Pelajar Muslim Indonesia yang ditubuhkan pada 1998, di Missouri, Amerika Syarikat, pada konvensyen tahunan MISG.
Misi IMSA adalah membantu masyarakat Islam Indonesia di Amerika dalam memajukan kapasiti intelektual dan spiritual bagi masyarakat baik di AS mahupun ketika pulang ke Indonesia nanti.
Membawa keluarga dan anak-anak, Oki juga diduga kesihatan anak yang tidak berapa sihat dan dengan izinNya segalanya dipermudahkan.
Oki juga meluangkan masa lawatan wajib selain tempat ikonik, jika berkesempatan mengunjungi masjid, kampus, masyarakat Indonesia.
Berkesempatan bertemu dengan para ilmuan di sana Oki juga berbesar hati memberi ceramah untuk komuniti Indonesia yang bermastautin di luar negara.
Perjalanan yang melelahkan namun membahagiakan, perkongsian perjalanannya di luar negara ramai yang titipkan semoga pendakwah ini terus sihat dan dilindungiNya.
Rumah menjadi tempat utama melepaskan lelah setelah seharian berada di pejabat. Namun begitu, apa rasa jika kita balik kerja penat-penat rumah pula berselerak? Lagi-lagi kepada mereka yang dah berumahtangga dan ditambah lagi dengan kehadiran anak-anak kecil. Rumah jarang sangat berkemas, kan?
Hijabis yang workaholic balik lewat petang, mana lah nak ada mood nak mengemas rumah. Jawapannya hujung minggu waktu paling sesuai mengemas rumah. Belum lagi masa yang dipenuhi dengan aktiviti sosial di luar.
Tapi, siapa sanggup nak menghabiskan masa satu hari mengemas rumah sedangkan masa begitu boleh digunakan berekreasi bersama keluarga dan teman?
Jangan bazirkan masa dan penatkan badan. Hijabi kena bijak menguruskan masa dan paling penting kena bijak memilih peralatan rumah untuk meringankan beban. Jadi, bagaimana hendak elakkan perkara ini berlaku?
Tip Kemas Rumah Dengan Cepat Dan Menjimatkan Masa
1. Fokus Pada Ruang Paling Sukar
Tidak perlu bersihkan seluruh rumah, pastikan anda fokus pada tempat yang paling sukar. Maksudnya ialah tempat yang paling berselerak, atau tempat yang paling kita sukar hendak kemas. Caranya, pastikan kita buat kerja yang besar, yang jelas dengan mata kasar dahulu dan benda-benda kecil dan teliti, lakukan kemudian.
Contoh, bilik utama, kerana bilik ini selalu kita kunjungi dan menjadi ruang rehat hijabi. Manakala yang sudah berumahtangga, dahulukan ruang bermain anak-anak. Susun atur semua perkakas dan peralatan mainan. Percayalah, jika benda yang besar ni dah buat, maka benda-benda kecil ibarat ‘petik jari’ sahaja.
2. Pastkan Basuh Baju Setiap Hari
Jangan simpan baju hingga hujung minggu sebab kita sendiri tahu akibatnya kan? Hijabi yang bekerja kebiasaanya mesti tunggu hujung minggu nak buat semua.
Bosan dengan rutin ni, asal Sabtu sahaja mesti membasuh, menyidai dan melipat. Apa kata selepas ini cuba jadikan amalan; setiap petang atau malam, basuh baju. Kalau ahli keluarga ramai, banyak lah kan walaupun hanya sehari.
Jika baju terpakai tak banyak, buat 2 hari sekali. Kita sendiri akan nampak, rumah kita bersih & kemas dari timbunan baju terpakai dalam baldi atau belum dilipat. Untuk meringankan beban latih anak-anak dan suami buat aktiviti ini. Minta mereka lipat baju masing-masing dan simpan di tempat sendiri. Mudah kan?
3. Buka Tingkap, Biarkan Udara Dan Cahaya Masuk
Jika cuaca mengizinkan, buka tingkap dan biar udara dah cahaya matahari keluar masuk. Kadang-kadang udara yang tak segar ni boleh buat rumah kita nampak kotor. Jika ada tetamu nak datang dalam masa terdekat, boleh gunakan penyegar udara atau nyalakan lilin wangi di seluruh rumah kita.
4. Pilih ‘Pencuci’ Yang Mainkan Peranan Penting
Guna kelebihan produk pencuci yang ada dalam pasaran. Spray shower mandi, permukaan sinki, lantai, dinding dan biar dulu beberapa minit untuk bahan pencuci itu bertindak balas dengan kesan kotoran.
Buat kerja lain terlebih dahulu, kemudian selesaikan semula. Hasil tindak balas tersebut mungkin kita hanya perlu mengelap atau menyiramnya sahaja. Tak perlu susah payah menyental atau memberus.
Produk itu sendiri dah memainkan peranan memudahkan kerja dan menjimatkan masa kita. Selamat pada tangan, sangat berkesan pada kotoran dan semulajadi.
5. Cuci Kotoran dengan Segera
Jika ada kesan tumpah, cuci dengan segera. Kita hanya akan melibatkan sedikit masa menyental kotoran tersebut dibandingkan dengan kesan tumpah yang dah dibiarkan lama.
Begitu juga dengan kotoran pada pinggan mangkuk. Jangan biar ‘bermalam’ dalam sinki dapur. Selepas makan, buang sisa makanan dan basuh terus. Bayangkan jika kita biar tidak berbasuh semalaman.
Esok paginya, jadi kerja pulak nak rendam dulu supaya senang cuci. Haruman kurang enak akan merebak ke seluruh dapur. Bertambah pula kerja lain kan.
Dalam Islam pun ada menegaskan, jangan biarkan pinggan mangkuk yang dah digunakan tidak berbasuh. Sisa makanan yang dibiarkan di dalam bekas tidak berbasuh menjadi habuan syaitan, kerana syaitan suka makanan kotor dan busuk. Islam amat menggalakkan kebersihan dan benci pada sifat pengotor dan perkara-perkara yang boleh mendatangkan penyakit.
6. Pilih Gajet Sebagai Pembantu Rumah
Pilihan gajet rumah adalah tindakan paling bijak hijabi untuk menjimatkan masa dan mengurangkan bebanan kerja.
Pembersih Vakum Robotik Neatsvor, sebuah pembersih vakum pelbagai guna, sebuah inovasi yang diketuai oleh Neatsvor dan A&S, A&S oleh Pembersih Vakum Robotik Neatsvor boleh melakukan kerja-kerja seperti memvakum, menyapu dan membersihkan lantai. Dilengkapi dengan teknologi kecekapan pembuatan, pembersih vakum ini boleh melakukan lebih daripada satu kerja pada satu masa.
Kerjasama pertama A&S dengan Neatsvor ini juga memperlihatkan A&S memperluaskan kepelbagaian produk yang ditawarkan di pasaran. Dengan membawa nama A&S oleh Pembersih Vakum Robotik Neatsvor, A&S akan menangkap pasaran yang lebih luas, terutamanya di bandar dimana pengguna sering mencari alternatif dalam membantu mereka dalam melakukan kerja rumah.
A&S oleh Neatsvor Pembersih Vakum Robot V390 mempunyai berat sekitar 2.5kg, dilengkapi dengan ciri-ciri seperti penyapu atau penyeret pintar, persamaan mop, pengecasan automatik, perancangan pintar dan kawalan WiFi. Ia boleh menyesuaikan kuasa sedutannya secara automatik, mengikut mod pembersihan yang berbeza.
Sementara itu, A&S oleh Neatsvor Pembersih Vakum Robot X500 memiliki empat mod pembersihan yang direka untuk memenuhi keperluan yang berbeza. Ianya boleh dikawal dengan menggunakan aplikasi ataupun alat kawalan jauh. Ciri-cirinya termasuklah menyapu atau penyeret pintar, persamaan mop, kuasa sedutan yang kuat, perancangan pintar dan kawalan WiFi. Kedua-dua pembersih vakum mempunyai kapasiti 600ml kotak debu.
A&S juga akan melancarkan A&S Pembersih Vakum Tangan Tanpa Kord S100 dan A&S Pembersih Tanpa Kord Cleany A100. A&S Pembersih Tanpa Kord Cleany A100, yang beratnya lebih kurang 1.41 kg, mempunyai ciri-ciri seperti kuasa sedutan yang kuat (sekitar 8,000 Pa), pembersihan satu kunci, fungsi sentuhan, penapis HEPA, dan tanpa kord.
Manakala, A&S Pembersih Tanpa Kord Cleany S100 boleh diposisikan dengan baik dalam keadaan lurus bagi menyeimbangkan berat yang optimum dan mudah dialihkan. Seberat 1.42 kg, ia dilengkapi penapisan mesin HEPA keseluruhan dan sedutan yang kuat, lebih kurang 20,000 Pa. untuk membersihkan di mana sahaja. Ia juga mudah dipegang dan dibawa.
Mudahkan! Sekiranya hijabi bijak dalam merancang masa dan peralatan membersihkan rumah, semuanya akan berjalan dengan lancer tanpa bebanan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sering kita lihat isu penganiayaan terhadap penghantar makanan seperti Grab Food atau Food panda. Namun, ada juga masalah berbangkit dari perkhidmatan itu sendiri kepada pelanggan yang menggunakan khidmat ini.
Tular sebuah perkongsian dari Penghantar Grab sendiri menegur penghantar makanan yang lain untuk hantar makanan terus ke depan rumah pelanggan. Ini kerana ramai yang enggan melakukannya meski pun telah di request oleh pelanggan.
Menurut perkongsian dari pengguna TikTok @grab_nizam, dia ada menghantar makanan kepada seorang pelanggan yang duduk di sebuah pangsapuri. Dia juga menyatakan pelanggannya itu duduk di tingkat 4 dan memintanya untuk hantar ke depan rumah.
Pelanggannya itu merupakan seorang wanita yang di gelar ‘Auntie’ adalah orang kurang upaya (OKU). Katanya, ramai rider yang enggan untuk menghantar makanan ke depan rumahnya kerana pangsapuri itu tiada lif keatas.
“Auntie ini complain ramai rider tak mahu naik ke atas tingkat 4 kerana tiada lif,
“Kalau suruh naik rider akan bagi macam-macam alasan. Tapi tahu tak kenapa dia suruh naik? Auntie ni OKU! Pleaserider jangan sibuk kejar order sahaja.” tulisnya dalam video itu.
“Apa Salahnya Kita Mudahkan Urusan Orang?”- Wargamaya
Isu ini juga turut menjadi perhatian buat wargamaya ekoran mereka juga pernah alami masalah ini. Ada juga yang bersyukur kerana masih ada rider yang baik seperti Nizam (pemilik video itu).
“Kita mudahkan kerja orang, orang mudahkan kerja kita bang. Semoga dimurahkan rezeki abang,
“Selalu bagi tip dekat rider kalau mereka hantar sampai depan pintu. Even tingkat 1 pun aku akan bagi tip sebab mereka dah susah-susah hantar makanan dekat kita,
“Entah, dulu elok sahaja sebelum pkp naik sampai atas. Drop dekat bawah sebab PKP, sekarang rasanya tak valid dah tinggal dekat bawah alasan PKP.” ujar komen-komen wargmaya susulan isu ini.
Tidak semua penghantar makanan yang berkelakuan seperti itu, tetapi mungkin minta dipertimbangkan untuk memahami satu sama lain. Jaga hubungan kita agar urusan kita bersama dimudahkan.
@grab_nizamKalau rasa x berminat ramai lagi org nak keje rider nih jgn disebabkan segelintir punya peel semua rider terpalit sama♬ Commando – Mavokali
Menurut Cat atau nama penuhnya Catriona Norhayati Bahrin Ross berkata dalam pengurusan berat badan dan penjagaan kesihatan, perlu menitik beratkan kepada tiga kriteria. Iaitu