Penyanyi muda yang baru berusia 22 tahun, Masya Masyitah dikenali ramai, setelah tular menjadi mangsa fesyen, kerana acapkali berpenampilan ‘luarbiasa’ dari imej gadis berhijab.
Bagaimanapun, perkara itu sedikitpun tidak mematahkan semangat hijabi muda ini untuk terus bangkit menjadi sumber inspirasi, kepada golongan seusianya dengan memaparkan aset yang dimiliki hasil dari titik peluh dan jatuh bangunnya dalam industri seni tanah air.
Menerusi hantaran di laman Instagram baru-baru ini, Masya membuatkan rata-rata peminatnya merasa takjub, melihat gambar dirinya bersama sebuah kereta mewah jenis Porsche 718 Cayman.
“Tiada apa yang mustahil atas dunia ini… semua perkara boleh dilakukan dengan keyakinan,” tulis penyanyi lagu Teman Bintang itu.
Kereta mewah tersebut dipercayai dimiliki Marsya apabila dia pernah memaparkan dirinya sedang memandu kenderaan itu dalam satu muat naik di Instastory.
Meninjau ke ruangan komen pada posting tersebut, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum dengan kesungguhan Masya untuk mempunyai kehidupan yang selesa, malah ada diantara mereka yang melabel Masya sebagai ‘Jutawan Muda’.
Untuk rekod, Porsche yang dimiliki oleh Masya Masyitah adalah dari model 718 Cayman GT4 dan 718 Spyder hadir dilengkapi dengan enjin 4.0 liter aspirasi natural flat-six berserta transmisi enam nisbah kelajuan.
Ads
Porshe jenis ini dianggarkan bernilai lebih kurang RM 700,000, salute lah dekat sis Masya ni!
Sebagai seorang wanita, secara normalnya akan mengalami beberapa keadaan yang melibatkan keluarnya darah dari bahagian faraj. Namun begitu, ada 3 kategori darah yang perlu diketahui kerana terdapat perbezaan dari segi hukumnya.
Apakah perbezaan antara darah Darah Haid, Istihadah, & Nifas. Panduan ini perkongsian dari lamanAku Islam yang merujuk pada (Ahkam ‘Ibadah al-Mar’ah, ‘Umdah al-Qari jilid 3 halaman 217. Al-Haid wa Ahkamuhu, Dr. Kamil Musa Halaman 20. As-Syarkawi ‘ala Syarh at-Tahrir jilid 1 halaman 217. Ahkam al-Haid wal Istihadhah. Abdul Hajjaj halaman 100) menerangkan asas berkaitan darah haid, nifas dan istihadah. Juga akan menerangkan hukum perkara berkaitan:
Bagaimana tempoh suci dikira?
Bagaimana permulaan tempoh nifas?
Ibadah yang diharamkan
Darah Haid
Pengertian Haid
Haid ialah darah kotor yang keluar dari rahim perempuan yang bukan darah penyakit. Dari segi rupa, darah haid berwarna gelap, kelihatan lebih kental dan berbau hanyir Perempuan yang berada dalam keadaan haid atau nifas diharamkan solat dalam tempoh berkenaan. Mereka juga tidak perlu menggantikansemula solat yang ditinggalkan itu.
Tempoh Haid
Tempoh haid berlaku sekurang-kurangnya sehari semalam iaitu 24 jam. Tempoh paling lama adalah lima belas hari. Kebiasaannya tempoh haid pada kebanyakkan wanita berlaku selama enam atau tujuh hari.
Diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bersabda kepada Hamnah binti Jahsin r.ha. yang bermaksud:
Kamu didatangi haid enam atau tujuh hari dalam pengetahuan Allah, kemudian mandilah.
— Hadis riwayat Ahmad
Haid berwarna merah kehitaman, kuning tua atau berwarna coklat. Sekiranya yang keluar itu berwarna putih, maka tidaklah dipanggil haid dan perempuan itu bukannya mengandung.
Ciri-Ciri Utama Darah Haid
Nabi Muhammad SAW telah menyifatkan darah haid dengan beberapa sifat tertentu:
Dalam keadaan pekat
Dalam keadaan seperti terbakar akibat kepanasan
Keluar dengan perlahan-lahan dan tidak mengalir seperti cairan yang biasa mengalir
Mempunyai bau yang busuk ditambah pula dengan warnanya yang hitam dan sangat merah
Tempoh Suci Dari Haid
Tempoh haid paling sekejap ialah satu hari, dan tempoh yang paling lama ialah 15 hari. Manakala tempoh pada kebiasaan adalah enam atau tujuh hari. Sekurang-kurangnya tempoh suci itu, mesti 15 hari 15 malam – ertinya antara dua haid mestilah 15 hari paling kurang tetapi tidak ada batasan tentang tempoh maksimumnya.
Darah Nifas
Pengertian Nifas
Nifas ialah darah yang keluar daripada rahim perempuan selepas melahirkan anak (bersalin). Tetapi sekiranya bayi masih belum keluar kesemuanya, maka belum lagi dikatakan darah nifas tetapi darah yang keluar itu dikira darah penyakit. Darah daripada rahim perempuan yang keguguran anak juga dipanggil darah nifas. Tempoh sekurang-kurangnya satu lahzah (iaitu sedetik). Kebiasaannya 40 hari dan tempoh maksimum 60 hari. Maka tidaklah wujud 44 hari sebagaimana kepercayaan orang melayu.
Tempoh Nifas Bagi Perempuan Yang Melahirkan Anak Kembar
Bagaimana dengan perempuan yang melahirkan anak kembar? Sekiranya seseorang perempuan melahirkan anak kembar, dua atau lebih, tempoh nifasnya dikira bermula daripada kelahiran anak yang terakhir dan bukannya anak yang pertama. Ini bererti, walaupun selang masa kelahiran anak pertama dan terakhir adalah lama, namun masa nifas tetap dihitung sejak kelahiran anak yang terakhir.
Darah yang keluar pada kelahiran yang pertama dianggap darah haid (sekiranya kebiasaan haidnya tepat dengan ciri, dan tempoh biasa berlakunya haid). Jika tidak, ia dianggap sebagai darah istihadah.
Perkara-perkara yang diharamkan ketika haid & nifas
Terdapat beberapa perkara yang diharamkan dilakukan ketika seseorang itu dalam tempoh haid atau nifas.
Antaranya adalah:
Solat (sembahyang)
Membaca, menyentuh dan membawa al-Quran
Tawaf
Puasa (wajib qada puasa)
Bersetubuh
Bercerai. Tetapi talaknya jatuh.
Masalah Haid & Nifas
Orang yang sedang haid atau nifas boleh membaca sedikit ayat al-Quran seperti basmalah dengan niat zikir. Begitu juga beberapa ayat dalam kategori pendinding diri seperti ayat kursi dan surah-surah 3 Qul. Selain itu, tidak haram bagi seorang wanita yang haid melintasi masjid. Ini sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dan lainya:
Daripada Aisyah r.ha. bahawa dia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda kepadaku:”Ambilkan untukku sejadah di masjid”. Lalu aku berkata: “Sesungguhnya aku dalam keadaan haid”.
Sabda Rasulullah:”Sesungguhnya haidmu itu bukannya di tangan kamu”
— Hadis riwayat al-Bukhari (245) dan Muslim (316)
An-Nasa’i pula meriwayatkan daripada Maimunah r.ha. bahawa dia berkata: Salah seorang daripada kami bangun membawa sejadah ke masjid, lalu dia menghamparkannya sedangkan di dalam keadaan haid”
Hadis riwayat an-Nasa’i (1/147)
Darah Istihadah
Pengertian Istihadah
Sekiranya darah yang keluar melebihi daripada kebiasaan, contohnya melebihi maksimum haid seperti 15 hari maka darah yang lebih itu dikira istihadah atau darah penyakit. Orang yang berdarah penyakit wajib menunaikan solat dan amalan-amalan lain sebagaimana orang biasa juga. Istihadah ialah darah yang keluar dari faraj perempuan bukan semasa haid atau nifas.
Ia disifatkan sebagai darah penyakit. Tiap-tiap darah yang keluar dari rahim yang melebihi atau kurang dari haid atau nifas, maka darah itu dikira sebagai istihadah. Perlu diingatkan bahawa perempuan yang darahnya keluar sebagaimana yang tersebut, tidak dikenakan sebarang larangan seperti orang haid dan nifas. Mereka hanya perlu sentiasa memperbaharui wuduk tatkala hendak mengerjakan ibadah solat dan lain-lain yang diwajibkan berwuduk.
Solat Orang Beristihadah
Orang yang beristihadah jika hendak mengerjakan solat perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:
Berwuduk hanya apabila telah masuk waktu solat setelah membersihkan darah berkenaan serta meletakkan sesuatu balutan terlebih dahulu, lalu terus bersolat. Dia tidak boleh menunggu melainkan untuk solat berjemaah.
Mereka hanya boleh solat satu fardu dan beberapa solat sunat sahaja.
Semoga kekeliruan antara 3 jenis darah ini terungkai. Oleh itu, jika masih terdapat kekeliruan, ajukanlah soalan kepada yang pakar kesihatan mahupun pakar agama untuk mendapat kepastian.
Selebriti yang juga usahawan terkenal, Neelofa telah menyumbang sebanyak 15 katil elektronik buat kegunaan pesakit Covid-19 di Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Melaka.
Menerusi laman Facebook Aznil Hisham, dia telah memuat naik ucapan terima kasih daripada Dr Abdul Rahman Abdul Kadir yang mewakili Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital di atas sumbangan yang telah diberikan oleh pelakon drama Red Velvet tersebut.
Menurut Aznil, dua minggu lepas hospital itu kekurangan katil dan memerlukan 10 katil bagi kegunaan pesakit Covid-19.
“2 minggu lepas, DARK bagi tau bahawa hospital beliau kekurangan katil. Namun dengan takdir Allah, seorang hamba Allah menyumbang katil elektronik yg bernilai RM 6 000 sebuah.
“Yang diminta 10 buah katil. Tapi diberi 15 buah katil. Berikut adalah ucapan terima kasih DARK kepada insan yang bermurah hati ini. Hanya Allah sahaja membalas kebaikkan puan,” tulisnya.
Dr Abdul Rahman Abdul Kadir juga telah merakamkan penghargaan buat selebriti tersebut dan mendoakan agar amalannya itu diberkati dunia dan akhirat.
“Alhamdulillah, terima kasih tidak terhingga kepada Puan Neelofa atas sumbangan katil elektronik untuk kegunaan pesakit covid di Hospital Melaka. Semoga Allah mengganjari amal jariyah ini dengan pahala dan kebaikan di dunia dan akhirat.
“15 katil itu telah ditempatkan di zon Dekon Hospital Melaka dan telah digunakan sepenuhnya serta merta untuk merawat pesakit Covid 19,” luahnya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pelakon Nadya Syahera mempunyai prinsip tersendiri sebelum menerima apa-apa tawaran khsusnya yang berkaitan dengan kecantikan wajah.
Ibu kepada dua cahaya mata yang juga bekas model ini menjelaskan, dia sebolehnya tidak mahu mengulangi kesilapan lalu yang mahu tampil cantik secara drastik tanpa memikirkan kesan sampingannya.
Nadya Syahera Enggan Pengalaman Buruk Berulang
“Saya pernah mengalami satu pengalaman yang tak elok susulan menggunakan produk wajah yang ‘asal boleh’. Sebab itu penting untuk kita ketahui apa kandungan yang terkandung di dalamnya sebelum aplikasi.
“Saya pernah guna produk yang ada merkuri, kulit menggelupas yang tidak hilang dan sebagainya. Apa pengalaman yang saya alami itulah yang akan saya kongsi kepada semua. Sebab itulah sebelum menerima apa-apa produk kecantikan untuk riviu, saya akan selidik dulu,” katanya kepada MH.
Bintang berusia 30 tahun itu berkata demikian ketika ditemui pada sidang media di Quill City Mall, Kuala Lumpur.
Tak Mahu Bersekongkol Tipu Pengguna & Followers Review Produk Berbahaya
Nadya menambah, dia juga tidak mahu menipu pengguna selain mengakui akan kepentingan untuk tahu mengenai kandungan sesebuah produk.
“Sebab kalau hanya main ambil tanpa ambil tahu apa kandungannya, bimbang nanti kalau orang lain yang pakai, saya yang akan kena balik.
“Jadi saya lebih senang untuk berkongsi berdasarkan kepada pengalaman, bukan hanya main karang atau tulis di media sosial.
“Tak baik buat begitu. Mereka (klien) bayar saya jadi takut kalau duit yang diterima tak berkat. Rezeki yang ada itu saya akan kongsi dengan anak-anak dan keluarga. Kalau hasilnya tak berkat, macam mana tu?
“Malah sebelum saya terima tawaran ini, saya beritahu kepada pihak klient untuk cuba menggunakan produk ini kira-kira hampir dua bulan untuk melihat keberkesanannya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...