Berhijab semestinya wajib buat wanita yang beragama Islam. Buat mereka yang baru belajar dan berhijrah untuk memakai hijab dan ingin meneruskan istiqomah dalam berhijab bukanlah sesuatu perkara yang mudah tetapi pada dasarnya kita mestilah faham dan memasang niat dengan betul dalam memakai hijab sama seperti penyanyi bernama Mila ini yang masih kekal istiqomah dalam berhijab.
Lagu popular “Persis Mutiara” seringkali kita dengar dahulu yang dinyanyikan oleh Mila Jirin atau dikenali sebagai pemenang Akademi Fantasia musim ke-5 dan kini merupakan seorang usahawan berjaya. Seperti yang kita tahu penyanyi Mila ini mula berhijrah untuk memakai hijab beberapa tahun yang lalu atas asbab rambutnya rosak kerana telah melakukan macam-macam pada rambutnya. Itulah niat pada asalnya.
Kelihatan dirinya sangat manis apabila bertudung semenjak dari awal lagi. Semalam, di akaun Instagram Mila menunjukkan videonya yang berkongsi pengalamannya memakai tudung pada mulanya kerana dia ingin sorok rambut yang rosak dan dia sangat bersyukur apabila niatnya dibetulkan oleh Allah untuk tidak berbolak balikkan hatinya itu. Dia juga menunjukkan rasa syukurnya kerana masih kekal berhijab walau dalam keadaan apa sekalipun.
“Saya bersyukur pada Allah antara asbab saya bertudung dan alhamdulillah hati saya tidak berbolak balik setelah bertudung” katanya di dalam video tersebut.
“Allah membetulkan niat saya yang pada awalnya tidak betul. Padahal tahu je memang kena bertudung lama dah”
Ads
Antara yang diperkatakan oleh Mila Jirin dalam video tersebut. Dan pada masa yang sama Mila juga memberitahu tentang antara salah seorang sahabat atau rakan artis baru-baru ini telah diuji oleh Allah. Percakapan Mila didalam video tersebut tidaklah memberi provokasi tetapi dia lebih kepada mengajak supaya kita lebih mendoakan yang baik baik.
“Hari ini saya baca ada sahabat kita yang diuji oleh Allah. Mungkin Allah sedang bolak balikkan hatinya dan kita sebagai orang yang membaca kita doakan baik baik buat dia”
“Moga Allah berinya hidayah & bombing dia kea rah kebaikan kerana tiada manusia yang sempurna” Kata Mila
Ads
Benar sungguh apa yang diperkatakan oleh Mila Jirin itu. Sebagai manusia biasa, tidak salah untuk kita mendoakan buat mereka yang diuji dan terlalai sedikit kerana manusia itu tidak sempurna. Selain dari itu, jika kita diuji dengan sedemikian atau susah untuk kekal beristiqomah, mungkin kita boleh mencari jalan untuk terus berdoa dan kekal beristiqomah. Dibawah ini adalah doa yang kita sama sama boleh amalkan untuk kekal beristiqomah dan kuat diuji:
Robbanaa laa tuzighquluubanaa ba’da idz hadaitanaa wahablanaa min ladunka rohmah, innaka antal wahhaab
“Wahai Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).”
Sejurus dengan itu, terdapat 5 perkara yang disarankan oleh Ustaz Ahmad Lutfi buat kita untuk kekal beristiqomah dalam memakai hijab dan menutup aurat dengan sempurna
Ads
1. Mengingati mati
Jika kita mengingati mati pasti kita akan merenungkan bahawa hijab merupakan kain kafan kita yang pertama atau terakhir saat kita mati nanti. Oleh itu, sentiasa kita beringat bahawa mati itu tidak diketahui dan belum terlambat untuk kita lakukannya.
2. Menghitung nikmat Allah
Saat kita lalai akan keseronokan dan nikmat yang kita miliki. Sesungguhnya Allah itu pemberi nikmat yang banyak buat diri ini. Tetapi kita jarang sekali ingin membalas apa yang diperintah oleh Allah iaitu memakai hijab secara sempurna dan mengikut syariat Islam.
3. Bergaul lah dengan orang beriman
Dengan siapa kita berkumpul akan menitikberatkan bagaimana diri kita. Jadi bersama sama lah dengan golongan yang menitikberatkan hal agama islam dan cuba jauhkan diri dengan orang yang mengajak kita melakukan keburukan atau perkara yang sia-sia.
4. Berubah mengikut kemampuan
Ramai yang merasakan jika ingin berubah, kita perlu berubah secara drastik. Apa yang kita perlu tahu adalah, berubah itu mengambil masa dan melakukan kebaikan itu sudah pasti diberi ganjaran oleh Allah. Maka, bersederhanalah dalam melakukan sesuatu agar mudah perjalanan untuk kita mengubah diri kepada kebaikan.
5. Sentiasa Berdoa dan anggaplah doa itu senjata mukmin
‘ALLAH ITU MAHA MENDENGAR DAN MAHA MENGETAHUI” Percayalah jika kita sentiasa berdoa dan mengadu pada Allah dan meminta di bawa kepada jalan kebaikan. Dengan izin Allah kita akan dibantu. Jika saat kita terasa diuji untuk membuka hijab, berdoalah walaupun hanya sedikit kerana Allah sentiasa akan mendengar luahan hambaNya.
Meskipun kita tahu bahawa penjagaan rambut buat wanita yang bertudung itu sukar tetapi kita jangan risau dan pasti ada jalan penyelesaiannya. Membuka hijab bukanlah alasan yang boleh diberikan oleh kerana kita memakai tudung. Sentiasa berdoa dan memastikan diri ini berbalik pada agama dan sentiasa mengingati perkara yang dilarang di dalam islam. Semoga kita semua kekal beristiqomah memakai hijab.
Kulit yang bersinar dan bersih merupakan asas kepada kecantikan yang natural. Nasib baik kulit yang sihat, bersinar dan sihat ini mampu dicapai dengan panduan rutin penjagaan wajah yang betul.
Namun apa yang penting untuk memastikan kulit kekal sihat setiap pagi, hijabi perlulah tidur yang mencukupi. Jom hijabista kongsikan lima perkara yang wanita berkulit sihat buat setiap pagi.
1. Mencuci wajah dua kali sehari
Jika anda sememangnya mengamalkan rutin ini, tahniah! Anda berada di jalan yang betul untuk mendapatkan kulit yang sihat dan bersinar. Mencuci wajah dua kali sehari adalah rutin yang ideal dan ia seharusnya dilakukan secara konsisten. Liang pori kulit wajah lebih mudah tersumbat dengan kotoran, toksin dan banyak lagi yang boleh menyebabkan kulit anda merengsa. Dengan cucian dua kali (pagi dan malam) ia akan memudahkan kulit anda untuk menyingkirkan sel kulit mati. Syaratnya, dapatkan pencuci wajah yang sesuai dengan kondisi kulit anda. Normal, kering, berminyak atau kombinasi, periksa dan ketahui kulit anda sebelum membeli pencuci muka yang sesuai.
2. Menyapu SPF tanpa gagal
Surprisingly tidak ramai di antara kita yang memakai SPF atau sunscreen ini secara konsisten. Tahukah anda ianya sangat penting untuk kesihatan kulit wajah? Jangan sesekali anda skip langkah ini kerana sinar UV mampu merosakkan sel kulit yang boleh mengakibatkan timbul tanda-tanda penuaan pra-matang. Masih belum terlambat untuk anda masukkan rutin ini ke dalam regimen kecantikan harian anda.
3. Menambah produk antioksidan
Biasanya antioksidan ini datang dalam bentuk serum dan ia mampu menghalang dan melambatkan proses penuaan pra-matang. Antioksidan ini juga mampu melindungi kulit wajah anda dari radikal bebas, pencemaran dan juga stres. Pakai serum anda setiap hari di bawah sunscreen dan juga pelembap.
4. Merawat bintik seperti pro
Tidak kiralah bintik itu bintik hitam atau jerawat, rawat ia sebelum ia menjadi lebih teruk. Wanita yang memiliki T-zone yang berminyak selalu mendapati pipi mereka lebih kering. Gunakan krim anti jerawat yang ditambah asid salisilik pada kawasan yang berminyak manakala gunakan produk melembap pada kawasan yang kering.
5. Memakai produk mekap yang betul
Tidak bermakna satu-satu produk mekap yang popular itu ideal untuk kulit anda. Kita semua memiliki kondisi kulit yang berbeza dan memadankan produk mekap dengan kondisi kulit anda sangat penting dalam memastikan kemaslahatan kulit wajah anda. Anda boleh sahaja bertanya kepada pakar dermatologi anda atau cari di dalam internet mahupun blog kecantikan akan bahan yang boleh dan tidak boleh anda pakai.
Nota kaki : Rutin penjagaan wajah yang konsisten dan juga produk yang berpadanan dengan kondisi kulit anda akan membuatkan kulit anda sihat dan bersinar. Tidak perlu berbelanja beribu ringgit untuk membuat rawatan di klinik atau spa.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Awal tahun ini menyaksikan penampilan Ruby Che Wan, adik kepada Che Ta yang berhijrah sepenuhnya setelah balik mengerjakan haji bersama suami tersayang tahun lalu. Sejak itu, Ruby gemar sekali berkongsi ilmu dengan followernya di laman instagram. Malah foto dimuat turun juga seperti memberi gambaran dia sudahpun mengenakan niqab sepenuhnya. Ramai memuji kecantikannya dalam pakaian niqab berkenaan.
Menurut Ruby melalui temubual bersama Majalah Nona, dia melakukan transformasi diri dengan melabuhkan sedikit tudung selepas pulang dari mengerjakan haji tahun lalu.
Sebenarnya dia pernah terfikir untk berbuat demikian setelah beberapa kali mengerjakan umrah sebelum itu.
Menurutnya berada di tanah suci dan kembali ke Malaysia seperti berada dalam dua dunia berbeza. Malah turut merasakan pakaian dan amalan sepatutnya sama walau di mana berada.
“Oleh sebab itu apabila pulang sahaja mengerjakan haji tahun lalu saya nekad untuk mengubah penampilan. Perubahan ini bukan untk menunjuk alim dan sebagainya, tetapi mahu menyarung pakaian yang mudahkan kita untuk bawa solat tidak kira masa dan tempat,” ujarnya.
Sejak itu juga dia mula serasi menyarung pakaian yang dibuatnya sendiri. Ini adalah kerana takut tukang jahit bajunya tidak faham dengan keinginannya.
Ini menyebabkan Ruby lebih senang mereka dan menjahitnya sendiri sesuai dengan citarasanya yang selesa menyarung baju yang labuh dan longgar.
“Dulu saya tidak suka menjahit dan hanya tahu reka pakaian sahaja. Tetapi sekarang ini saya yang reka dan jahit sendiri baju digayakan. Baju saya pakai ini tidak ada dijual di mana-mana,” katanya lagi apabila ditanya wanita lain di mana mahu mendapatkan baju seperti yang dipakainya ketika menghadiri majlis bersama suami.
Oleh kerana kedua-duanya berasal dari negeri jelapang padi, jadi tidak ada malah untuk mereka pulang di kedua-dua belah pihak. Tahun ini akan beraya di rumah Lan dulu dan selepas solat sunat Aidilfitiri barulah akan pulang ke rumah maknya di Alor Star.
Biarpun kini penampilan sudah berubah, tetapi aktivitinya tetap berjalan seperti biasa.Selain sibuk menguruskan kerjaya seni suamina, Ruby juga turut menguruskan syarikatnya RCW Beauty Empire yag terkenal mengusahakan produk Lotion Putih Ajaib.
Kegembiraan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata apabila usaha penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu ‘Teringin’ berjaya menurunkan berat badannya. Usaha yang dilakukan hampir setahun itu membuahkan hasil.
Berikut perkongsian Shima di laman Instagramnya.
Assalamualaikum dan selamat petang semua.Ini adalah gambar terbaru saya yang di ambil pada 21/11 yang lepas. Syukur Alhamdulillah saya berjaya menurunkan berat badan saya ke 49.2kg.
Terima kasih saya ucapkan kepada keluarga sahabat2 dan adik2 saya yang sentiasa mendoakan dan memberkan kata2 semangat pada saya. Love you all
Terima kasih saya ucapkan kepada Anas Abdullah designer tersohor Malaysia yang mencipta busana yang sangat cantik ini untuk saya. Memang cun !! Thank you my dear @anasabdullah.kl
Setelah hampir setahun kalau tak silap saya. Saya bergelut menahan nafsu makan Ya, bukan sesuatu yang mudah bagi saya, but then again, nothing is going to be easy.. Yang penting, kita harus yakin dan berusaha, In Shaa Allah
Saya juga yakin ada di antara peminat2 saya yang menghadapi masalah berat badan seperti saya. Apa yang boleh saya pesan di sini ialah, pergi lah rujuk dengan doktor masing2 terlebih dahulu kerana ianya amat penting buat kita.
Jaga lah kesihatan dan pemakanan anda semua, In Shaa Allah. Yakin lah….jangan putus asa ya.
Dalam postingnya sebelum ini, Shima ada berkongsi tentang perjalanan misi menurunkan berat badannya.
Assalamualaikum dan selamat petang semua. Alhamdulillah misi dan target saya berjaya! Yayyyy! Jaga pemakanan dan tiada jalan pintas ye.
Asal berat saya ialah 85 kg tahun lepas , turun ke 75 kg tahun ini kemudian saya usaha lagi. Kuatkan semangat saya dan kuatkan disiplin diri. Saya juga mendapat dorongan yang padu dari adik2 angkat saya, rakan2 terdekat.
Alhamdulillah…..saya mula pada bulan 1 kalau tak silap dan sekarang dan dah bulan 11 Maka anda kira sendiri la ye, berapa lama. No short cut boys and girls!
Kalau saya boleh, pasti anda juga boleh! Yes YOU can! In Shaa Allah.Alhamdulillah …. kesihatan saya ok, biasa la tiada sesiapa yang sihat, lebih2 lagi pada yang ada spine problem macam saya.
What a journey it has been. It was hard, but then again, nothing is easy I overcame it
I’m back boys and girls. Assalamualaikum dan terima kasih semua.
Tahun ini jenama fesyen terkenal tanah air, LEEYANARAHMAN menampilkan koleksi eksklusifnya sempena lebaran 2025 dengan cara tersendiri. Dengan kapasiti besar, LEEYANARAHMAN memilih Stadium Merdeka...