Umum sedia maklum selepas mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak negara, Haziq Nadzli pelakon yang popular menerusi drama Nur, Eyra Hazali telah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.
Namun, baru-baru ini keletah anak lelaki sulungnya, Muhammad Hayder Qhalish mencuri perhatian netizen dengan gelagat comelnya, merengek mahukan “gift lion” daripada pelayar Tik Tok.
Netizen Teruja Lihat Gelagat Hayder Mahukan “Tik Tok Gift”
@perempuan.mulia Rezeki ya dapat banyak gift dari tokmat. Hayder minta lion lagi, terus dapat . Papanya yang happy teruks 🤣 #hayderqhalish #eyrahazali #haziqnadzli #fyp ♬ original sound – Waaa.
Menerusi, sebuah hantaran pengguna akaun @waaa di Tik Tok baru-baru ini, memaparkan eyra, haziq dan hayder sedang melakukan siarang langsung Tik Tok (Tik Tok Live) untuk meluangkan masa melayan para peminat keluarga kecil mereka.
Pada video tersebut, dapat dilihat para peminat eyra dan haziq membanjiri live tersebut dengan menghantar pelbagai hadiah buat selebriti kesayangan mereka itu. Malah, Hayder sempat merengek mahukan “gift lion” daripada para pelayar.
Artikel berkaitan: Syukur Diberi Rezeki Lebih, Eyra Hazali Hadiahkan Proton X70 Buat Ibu Bapa Tersayang
Rengekkan Hayder yang comel itu mengundang rasa geram netizen ketika melihat gelagat anak sulung Eyra yang tampan ibarat anak kacukan itu. Justeru, seorang pengguna yang dikenali sebagai Tok Mat telah memberi hadiah ‘lion’.
Hadiah lion yang muncul untuk beberaoa detik itu, mengundang rasa tida puas Hayder melihatnya, sehingga dia merenggek mahukan gift itu sekali lagi. Hantaran gift kali kedua dari Tok Mat itu berjaya meraih perhatian Hayder sehingga anak kecil itu mengukir senyuman di bibir.
Minta “Gift Lion” Macam Minta Mainan RM2
Instagram Eyra Hazali
Meninjau komen yang ditinggalkan pada pelayar Tik Tok pada hantaran itu, rata-ratanya merasa gembira dan teruja dengan keletah Hayder yang merengek mahukan gift mahal dan kerajinan Tok Mat melayan kehendak anak sulung Eyra itu.
Tidak kurang juga yang terhibur dengan keletah polos Hayder yang tidak mengetahui hadiah lion tersebut adalah mahal dan sudah mencukupi jika memperolehinya sekali sahaja.
“Dia minta macam harga RM 2,” seloroh Netizen.
Untuk rekod, pasangan Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki Muhammad Hayder Qhalish dan Muhammad Endra Haqimie.
Sumber: Tik Tok @waaa & Instagram Eyra Hazali
Artikel berkaitan: Islam Itu Mudah, Eyra Hazali Kongsi Panduan Solat Sambil Dukung Anak
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Ada Niat Untuk Tidak Berkahwin. Ini Penjelasan Perkahwinan Yang Ditetapkan Tuhan.
Pernahkah terdetik di hati kita apabila berfikir mengenai tujuan dan niat untuk membina masjid, kadang-kadang hadir perasaan takut dan tidak yakin dengan diri sendiri.
“Adakah mahligai yang bakal dibina ini akan berkekalan sehingga ke akhirnya?”
“Adakah pasangan yang aku pilih ini benar-benar jodoh aku?”
“Bagaimana kalau suatu hari nanti masing-masing berubah dan sudah tak saling mencintai, adakah berdosa untuk membubarkan sesebuah perkahwinan?”
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا
“Wahai manusia sekalian bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.”
(Surah An-Nisa, 4:1)
Dan macam-macam lagi persoalan yang bermain di benak fikiran kita. Dengan membina sebuah mahligai, kita merasakan bahawa kita sedang bertaruh dengan diri kita sendiri, bertaruh dengan kehidupan dan masa hadapan masing-masing.
Jadi, benarkah kata-kata yang sering diutarakan oleh sesetengah golongan yang berpendapat bahawa perkahwinan itu sebuah perjudian?
“Berjudi kan haram, jadi bagaimana dengan situasi aku ini yang sedang berjudi dengan kehidupan dan perkahwinan aku?”
“Takutlah nak kahwin, sebab dah macam mempertaruhkan masa depan sendiri.”
Wahai pembaca, berhentilah menidakkan yang halal dan membenarkan yang haram. Perkahwinan itu sendiri bermaksud sebuah ikatan yang suci dan halal hukumnya malah perkahwinan digalakkan dalam Islam apabila seseorang itu yakin dengan dirinya untuk membina masjid. Malah, Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa sesiapa yang berkahwin maka dia telah mengikuti sunnahnya melalui sebuah riwayat yang telah diriwayatkan oleh Anas RA yang berbunyi:
عَنْ أَنَسٍ أَنَّ نَفَرًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَسَأَلُوا أَزْوَاجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَعَنْ عَمَلِهِ فِي السِّرِّ فَقَالَ بَعْضُهُمْ لاَ أَتَزَوَّجُ النِّسَاءَوَقَالَ بَعْضُهُمْ لاَ آكُلُ اللَّحْمَوَقَالَ بَعْضُهُمْ لاَ أَنَامُ عَلَى فِرَاشٍ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِفَقَالَ مَا بَالُ أَقْوَامٍ قَالُوا كَذَا وَكَذَا لَكِنِّي أُصَلِّيوَأَنَامُ
وَأَصُومُ وَأُفْطِرُ وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَفَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي
“Bahawa beberapa orang dari sahabat Nabi SAW menanyakan dengan rahsia kepada isteri-isteri nabi tentang amal (ibadat) nabi, kemudian di antara sahabat itu ada yang mengatakan: “Saya tidak akan mengahwini perempuan.” Yang lain mengatakan: “Saya tidak akan memakan daging.” Yang lain mengatakan lagi: “Saya tidak akan tidur di atas hamparan (tikar). Setelah diberitakan kepada Nabi SAW, baginda mengucapkan: “Mengapa ada beberapa orang mengatakan begini dan begini? Tetapi aku sembahyang dan tidur, puasa dan berbuka dan mengahwini perempuan. Sebab itu siapa yang tidak menyukai sunnahku, maka orang itu tidak termasuk golonganku.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Berdasarkan sebuah hadis yang lain, Rasulullah SAW telah bersabda bahawa, sesiapa yang telah menikah, maka dia telah menyempurnakan sebahagian daripada agamanya dengan hadis berikut:
إِذَا تَزَوَّجَ الْعَبْدُ فَقَدِ اسْتَكْمَلَ نِصْفَ دِينِهِ؛ فَلْيَتَّقِ اللهَ فِي النِّصْفِ الْبَاقِي
Maksud: “Apabila seseorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah berusaha menyempurnakan sebahagian agamanya, oleh itu hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada sebahagian lagi yang berbaki.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)
Oleh itu, janganlah kita menetapkan niat untuk tidak berkahwin sehingga ke hari tua kerana perkahwinan itu dianjur dalam Islam malah Allah menyukai hamba-hambaNya yang membina masjid.
Perkahwinan sebuah perjudian itu hanyalah sekadar perumpamaan. Kita melihat banyak perkahwinan yang berlaku di sekeliling kita, malah kita juga melihat ramai yang menghadapi penceraian setelah merasakan bahawa rumahtangga itu tidak mampu dipertahankan lagi.
Malah, sebuah penceraian itu juga merupakan takdir terhadap seseorang yang perlu dilalui. Jangan salahkan apa yang terjadi, namun, muhasabahlah dengan setiap yang berlaku, mungkin akan jumpa hikmahnya. Jangan berputus asa dan terus melabel perkahwinan itu sebagai sesuatu yang merugikan seperti perjudian kerana hakikatnya tidak.
Dengan berkahwin sahaja kita sudah mendapat pahala apatah lagi berusaha untuk menjadi pasangan yang baik. Berbeza dengan perjudian yang betul-betul merugikan diri sendiri malah berdosa jika dilakukan.
Perkahwinan Itu Qada’ Dan Qadar
Perkahwinan itu sebenarnya sebuah qada’ dan qadar yang telah Allah tetapkan untuk kita. Setelah Allah meniupkan roh kepada kita, Allah telah menulis jodoh, rezeki serta ajal sejak kita empat bulan di dalam kandungan lagi. Malah, Allah juga ada menyebutkan bahawa perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik serta sebaliknya.
Mafhum: “(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat; dan (sebaliknya).” (Surah An- Nur 24:26)
Bagaimana pula dengan kehidupan seorang yang baik dan solehah, contohnya ustazah yang telah jatuh ke tangan lelaki yang buruk akhlaknya seperti drama Ustaz Hamadi dan Aisyah dalam Nur? Dan ada juga nasib lelaki yang malang dapat isteri mata duitan atau tidak bersyukur dengan suami sendiri. Adakah itu juga takdir yang Allah tetapkan terhadap seseorang?
Ya, kerana itu semua adalah ujian yang telah ditimpakan oleh Allah terhadap seseorang. Sayangnya Dia terhadap hambaNya sehingga ingin mengangkat darjat seseorang dengan memberikan ujian yang begitu hebat.
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ شَوْكَةٍ فَمَا فَوْقَهَا إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً أَوْ حَطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةً
Maksud: “Dari ‘Aisyah dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada satu pun musibah yang menimpa seseorang muslim berupa duri atau yang seumpamanya melainkan dengannya Allah akan mengangkat darjat atau menghapus kesalahannya.” (Hadis Riwayat Muslim)
Perumpamaan perkahwinan itu suatu perjudian kerana kita tidak mengetahui nasib yang bakal terjadi terhadap rumahtangga tersebut, kita tidak tahu adakah anak yang bakal dilahirkan itu akan menjadi anak yang baik akhlaknya atau sebaliknya, kita tidak tahu adakah kita mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai suami atau isteri dengan baik atau tidak.
Sedarkah anda, jika anda berpendapat bahawa perkahwinan itu sebuah perjudian, kehidupan anda juga boleh jadi sebuah perjudian. Dalam tidak sedar, kita meletakkan diri kita di lembah yang tidak tahu sejauh mana curamnya boleh membunuh kita.
Contohnya, kita tidak tahu harta yang dikumpul ini sempat digunakan sampai bila. Kita tidak tahu adakah pekerjaan yang kita lakukan ini bersesuaian dengan diri atau tidak. Semuanya bergantung kepada nasib yang kita pertaruhkan.
Sebenarnya, ia juga merupakan qada’ dan qadar yang telah Allah tetapkan kepada kita dengan usaha yang kita lakukan. Semuanya adalah berdasarkan pergantungan dan doa kita terhadap Allah. Allah telah menyuruh hambaNya supaya tidak mudah berputus asa dengan kehidupan dan menyalahkan takdir yang telah terjadi. Doa, usaha dan tawakkal merupakan salah satu kunci dalam kehidupan yang boleh dijadikan panduan. Allah sendiri menetapkan supaya berdoalah hanya kepadaNya untuk kehidupan yang sejahtera.
Mafhum: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.” (Surah Ghafir, 40:60)
Dalam ayat lain, Allah ada menyebut mengenai perlunya setiap hamba itu berusaha untuk sesuatu:
Mafhum: “Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya. Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak); Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang sempurna.” (Surah An-Najm, 53:39)
Dalam ayat di atas sudah cukup untuk menjelaskan bahawa kita perlukan usaha untuk melalui kehidupan ini. Allah tidak pernah merendahkan usaha seseorang malah ia akan diberikan ganjaran dan pahala yang setimpal. Tidak ada satu pun yang dilakukan dalam dunia ini secara sia-sia.
Oleh disebabkan itu, manusia disyaratkan untuk beristikharah dan beristisyarah sebelum membuat sesuatu keputusan. Ia juga merupakan salah satu usaha kita dengan kehidupan ini. Dengan meletakkan pergantungan terhadap Allah, itu membuktikan bahawa kita sebenarnya hanyalah hamba yang lemah yang mengharapkan bantuan daripada sang Pencipta.
Kesimpulan
Perkahwinan dan kehidupan sebagai suatu perjudian hanyalah sebuah perumpamaan yang dicipta supaya kita lebih berhati-hati dengan setiap keputusan yang bakal dilakukan. Perkahwinan dan penceraian yang berlaku adalah salah satu usaha kita untuk mentaati perintahNya dan menyempurnakan sifat kita sebagai manusia yang dicipta secara berpasang-pasangan.
Jangan takut dengan perkahwinan, tetapi berusahalah untuk menjadi pasangan yang baik dengan melaksanakan tanggungjawab dalam sesebuah perkahwinan.
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
Mafhum: Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakan di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah Al-Mulk, 67:2)
SUMBER: Tazkirah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penggemar Telur! 17 Perkara Ini Yang Harus Anda Ketahui Sebelum Membelinya
Melihat telur adalah salah satu sumber protein yang paling popular, ada beberapa perkara asas yang harus anda ketahui sebelum memakannya. Sekiranya anda pernah mempunyai alasan untuk meragui bahawa telur adalah antara sumber protein yang paling popular.
Telur adalah makanan utama sarapan pagi, makanan penting dan makanan ringan. Tetapi di sebalik populariti telur yang meluas, anda mungkin tidak begitu biasa dengan fakta yang kurang diketahui mengenai telur.
Mengapa telur coklat lebih mahal daripada putih, anda akan terpesona dengan maklumat yang sangat menarik ini. Bersedia untuk kita meletakkan perkara yang remeh. Jom semak!
1. Kuning dan putih mempunyai jumlah protein yang sama
Fakta ini pasti mengejutkan anda! Putih telur dan kuning telur masing-masing mengandungi 3 gram protein. Oleh itu, sementara kita secara tradisional mengaitkan putih telur dengan protein, tidak mempunyai kelebihan berbanding dengan warna kuning telur. Perbezaan utama adalah kalori. Walaupun sebiji kuning telur mengandungi 3 gram protein untuk 60 kalori, sebiji kuning telur memberikan anda 3 gram protein dengan hanya 15 kalori. Oleh itu, meninggalkan kuning bermakna anda boleh mendapatkan jumlah protein yang sama dengan kalori yang lebih sedikit. Oleh itu, kerana kandungan mikronutrien yang baik untuk kuning telur, anda disarankan memakannya.
2. Telur ‘bebas sangkar’ mungkin berasal dari ayam yang tinggal di kandang
Ramai pengguna menganggap label “bebas sangkar” pada kadbod telur bermaksud ayam yang bertelur ini mempunyai kemampuan untuk berkeliaran di ladang. Malangnya, itu jauh dari kebenaran. “Bebas Sangkar” hanya bermaksud ayam harus memiliki minimum 120 inci persegi seekor. Ayam betina sering tinggal secara eksklusif di dalam rumah, sama ada di lumbung besar yang dikenali sebagai kandang burung atau dijangkiti ke dalam sangkar “diperkaya” yang lebih besar yang memungkinkan untuk melakukan beberapa tabiat semula jadi.
3. Seberapa tebal kulit telur akan bergantung pada usia ayam peliharaan
Kesalahpahaman umum bahawa telur coklat mempunyai kulit lebih tebal daripada telur putih. Pada hakikatnya, ketebalan telur hanya bergantung pada usia ayam, sementara ayam muda bertelur dengan cengkerang yang lebih keras. Ayam tua bertelur dengan kulit yang lebih nipis, ketebalan ini akan berlaku tanpa mengira baka ayam atau warna telur.
4. Warna kulit telur tidak menunjukkan kelebihan pemakanan
Telur biru, hijau, dan coklat semuanya kelihatan lebih unik dan menarik daripada telur putih, tetapi hanya kerana telur putih kurang warnanya tidak bererti telur jenis ini kekurangan nutrisi. Perbezaan warna kulit telur hanya disebabkan oleh genetik. Oleh itu, jika ayam bertelur biru dibesarkan dalam keadaan yang sama dengan ayam bertelur putih, tidak akan ada perbezaan dalam pemakanan atau rasa antara telur yang berlainan warna.
5. Warna kuning telur menunjukkan perbezaan pemakanan
Kuning telur akan bervariasi warna dari kuning pucat hingga oren tua hingga merah terang berdasarkan diet ayam. Kerana ayam betina bebas sering makan makanan berpigmen dan berkhasiat dari serangga hingga rumput, telur dari ayam ini sering mempunyai kuning telur yang lebih kaya. Sebaliknya, ayam konvensional yang diberi bijirin akan menghasilkan kuning yang lebih ringan.
Adapun perbezaan nutrien antara warna kuning telur? Kiraan protein dan lemak akan tetap sama tanpa mengira warna kuning telur, tetapi terdapat peningkatan 100 kali ganda nilai mikronutrien karotenoid antioksidan tertentu seperti lutein dan beta-karoten pada kuning telur yang diberi makanan yang lebih padat nutrien (seperti pada ayam betina yang dipelihara).
Kuning gelap yang kaya akan mengandungi lebih banyak antioksidan kuat, sebatian yang membersihkan racun berbahaya yang mendorong keradangan dan penyimpanan lemak. Kajian lain menunjukkan bahawa diet sihat yang sama yang menghasilkan kuning telur kaya akan telur dengan kadar omega-3 yang sihat untuk jantung dan kurang kolesterol.
6. Gumpalan telinga ayam dapat meramalkan telur warna apa yang akan mereka letakkan
Aneh, tetapi benar: warna cuping telinga ayam ya, ayam mempunyai cuping telinga adalah petunjuk yang baik untuk warna kulit telur yang akan dilahirkannya. Secara umum, ayam dengan cuping telinga putih biasanya bertelur putih, sementara ayam dengan cuping telinga merah atau coklat bertelur.
7. Tidak setiap telur dalam kadbod anda mempunyai ukuran yang sama
Walaupun kadbod anda mengatakan bahawa anda mendapat telur “Besar”, tidak setiap telur di dalam kotak kertas itu berukuran sama. Daripada memerlukan ukuran dan berat tertentu untuk telur individu, USDA mempunyai garis panduan untuk berat telur setiap selusin.
Gred Telur Ayam mengikut Berat
AA | Lebih dari 70 gram |
A | 65-70 gram |
B | 60-65 gram |
C | 55-60 gram |
D | 50-55 gram |
E | 45-50 gram |
F | Dibawah 45 gram |
Fakta keseronokan bonus! Ukuran telur bergantung pada usia ayam betina. Semakin tua ayam, semakin besar telur yang dihasilkannya.
8. Semua telur mula berwarna putih
Walaupun terdapat perbezaan warna pada masa matang, semua telur mulai putih dalam perkembangannya!
9. Ayam ‘jarak jauh’ tidak boleh melangkah keluar
Telur “bebas” pastinya selangkah di atas “bebas sangkar”, tetapi istilahnya masih sedikit mengelirukan. Walaupun ayam betina “bebas” mempunyai pilihan untuk pergi ke luar, kenyataannya banyak ayam betina sebenarnya tidak mengembara di luar lumbung mereka kerana pintu kecil, hanya dibuka untuk waktu yang terhad, atau tidak dapat menampung seluruh kawanan.
10. Anda dapat melihat berapa umur telur anda dengan menguji daya apungnya
Bagaimana untuk mengetahui sama ada telur baik dengan ujian pengapungan telur. Kulit telur berliang. Itu bermaksud mereka membenarkan udara bergerak melaluinya. Seiring usia telur, mereka mengambil udara dan mengembangkan poket udara. Secara umum, anda boleh menguji kesegaran telur dengan memasukkannya ke dalam secawan air. Sekiranya telur terapung, ini menunjukkan telur itu sudah tua dan mempunyai poket udara yang besar, jadi anda harus memakannya. Sekiranya ia berada di bahagian bawah, telur biasanya selamat dimakan. Untuk lebih yakin dengan kesegaran telur, anda boleh mencium bau telur sebelum memakannya. Sekiranya baunya busuk, anda harus buang sahaja.
11. Telur gred AA adalah yang terbaik
Telur berkualiti AA mempunyai putih telur yang “jelas dan tegas”, sedangkan putih telur berkualiti hanya “bersih dan cukup tegas.” Kerana telur berkualiti AA mempunyai putih telur yang paling kuat, telur AA segar adalah telur terbaik untuk perburuan, kerana anda akan menjatuhkan keseluruhan telur yang retak ke dalam air. Semakin kuat kulit putih, semakin kurang putih akan masuk ke dalam air yang sedang mendidih.
12. Anda mungkin tidak akan pernah melihat telur kelas B di kedai
Telur berkualiti B jarang sekali dijual di kedai. Telur ini mempunyai kualiti yang sangat rendah. Telur jenis ini mempunyai kuning rata, putih nipis dan kadang-kadang mempunyai bintik darah sehingga telur tersebut akan digunakan secara komersial dalam produk telur cair dan serbuk.
13. Jangan bergantung pada telur untuk omega-3
Sekiranya anda tahu bahawa asid lemak omega-3 mengurangkan keradangan, meningkatkan fungsi kognitif dan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, maka anda mungkin berfikir bahawa telur yang diperkaya omega-3-berasal dari ayam yang makanannya dilengkapi dengan biji rami atau minyak ikan – adalah pilihan terbaik.
Tidak ada cara untuk membuktikan bahawa telur mempunyai lebih banyak omega-3. Sekiranya anda ingin meningkatkan pengambilan, perhatikan telur organik dan pastur (yang secara semula jadi mengandungi kira-kira 30 miligram omega-3), ikan berlemak liar atau biji chia.
14. Telur coklat lebih mahal daripada putih, tetapi bukan kerana lebih sihat
Ya, telur coklat biasanya lebih mahal daripada telur putih, tetapi, tidak seperti yang anda sangka, harganya yang tinggi tidak ada kaitan dengan kualitinya. Telur coklat lebih mahal kerana ayam yang bertelur secara fizikal lebih besar daripada ayam yang bertelur putih. Kerana ayam yang lebih besar memerlukan lebih banyak makanan, petani harus menghabiskan lebih banyak makanan. Pada gilirannya, kenaikan kos pengeluaran setiap telur diberikan kepada pengguna.
15. Anda tidak perlu mengambil berat tentang kolesterol lepas makan telur
Kajian klinikal menunjukkan bahawa kolesterol makanan yang terdapat pada telur mempunyai pengaruh sederhana terhadap kolesterol darah. Ini sangat rendah, sebenarnya, bahawa Garis Panduan Diet 2015-2020 telah menghilangkan had kolesterol diet 300 mg, merujuk kepada fakta bahawa semua bukti yang ada menunjukkan tidak ada hubungan antara penggunaan kolesterol makanan dengan tahap kolesterol darah. Anehnya, makan telur sebenarnya dapat membantu menurunkan kolesterol anda.
16. Telur adalah salah satu daripada beberapa sumber makanan vitamin D
Sebilangan besar orang “mengambil” vitamin D melalui pendedahan cahaya matahari. Oleh itu, anda juga boleh mengambil vitamin D melalui makanan – tetapi pilihan anda agak terhad. Selain minyak hati ikan kod, sarden, salmon, dan susu, telur adalah antara sumber makanan terbaik dan sedikit vitamin yang meningkatkan imun ini.
Untuk memastikan anda mendapat makanan vitamin D ini, jangan bakar telur anda. Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Food Chemistry, ketika telur diacak dan kemudian dipanggang dalam oven 350 ° F selama 40 minit, hanya 39 hingga 45 persen vitamin D telur yang dipelihara. Sebaliknya, apabila anda menggoreng atau merebus telur, anda dapat mengekalkan 82 hingga 88 peratus vitamin D.
17. Bendalir warna putih adalah tanda telur yang baik
Tali putih kerinting yang berkumpul di tepi kuning telur disebut chalazae. Mereka sebenarnya membran berpintal yang bergabung dengan kuning telur ke hujung cangkang. Serat ini bukan sahaja boleh dimakan sepenuhnya, tetapi kehadirannya sebenarnya adalah petanda yang baik: Chalazae yang lebih menonjol, telurnya lebih segar.
SUMBER: Eat this, not that
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Antara Tuala Wanita Yang Ada Di Pasaran, Perlu Ambil Tahu Supaya Tak Tersalah Pilih Nanti!
Setiap bulan, semua wanita yang normal akan mengalami kitaran haid dan ia memerlukan anda untuk memakai tuala wanita. Terdapat pelbagai jenama dan jenis tuala wanita yang berada di pasaran. Antara jenama yang popular adalah Kotex, Whisper, Libresse, Laurier dan banyak lagi.
Selain jenama, anda perlu tahu jenis-jenis tuala wanita yang ada di pasaran supaya tidak tersalah pilih di kemudian hari. Tersalah beli nanti, anda pula yang susah.
Slim Vs Maxi
Kadar haid setiap individu adalah berbeza. Ada yang sedikit dan ada juga yang banyak. Sekiranya darah anda sedikit, pakai sahaja tuala wanita jenis slim dan jika darah anda banyak, sebaiknya pakai tuala wanita yang lebih tebal iaitu maxi.
Pantyliner
Pantyliner adalah tuala wanita yang mempunyai ukuran yang lebih kecil dan nipis daripada tuala-tuala wanita yang lain. Selalunya, pantyliner akan digunakan sebelum dan selepas datang bulan.
Namun, anda tidak digalakkan memakai setiap hari kerana dibimbangi muncul bakteria pula.
Ekstra Panjang
Khusus untuk malam hari, anda digalakkan memakai tuala wanita ekstra panjang. Posisi ketika anda baring dan pergerakan sewaktu tidur akan menyebabkan pergeseran. Oleh sebab itu, anda memerlukan tuala wanita yang lebih panjang, sekitar 28cm – 40cm.
Dengan Sayap
Sesetengah individu suka memakai tuala wanita yang mempunyai sayap kerana ia akan melindungi bahagian tepi seluar dalam agar tetap bersih.
Tuala Wanita Bergel
Terdapat tuala wanita yang mengandungi gel. Fungsi gel tersebut adalah untuk memaksimumkan penyerapan agar permukaan tuala wanita tetap kering. Daya penyerapan gel adalah lebih tinggi berbanding kapas.
Pewangi Vs Tanpa Pewangi
Pantyliner dan tuala wanita yang dijual di pasaran juga ada yang mengandungi pewangi. Tujuan pewangi tersebut adalah untuk menutup bau yang kurang senang dari darah haid anda. Anda digalakkan menggunakan tuala wanita yang tidak mempunyai pewangi kerana pewangi hanya akan mengakibatkan iritasi pada kulit.
Tuala Wanita Reusable
Tuala wanita ini diperbuat daripada kain dan anda boleh menggunakannya kembali selepas ia dicuci bersih. Tuala wanita reusable ini dikatakan lebih sihat dan eco-friendly.
Walaupun ia diperbuat daripada kain, ia memiliki lapisan untuk meyerap serta anti-bocor. Sesuai untuk anda yang memiliki kulit sensitif.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI