Kebiasaannya kita sering membuang banyak sisa makanan seperti kulit buah mahupun batang sayur kerana tanggapan bahawa ianya dah menjadi ‘sampah’. Tapi sebenarnya ‘sampah’ itu boleh dijadikan satu bahan yang sangat berguna!
Eco Enzyme cairan hebat
sumber gambar dari waste4change.com
Dikenali sebagai Eco Enzyme ataupun garbage enzyme merupakan satu cecair hasil dari fermentasi sampah organik yang memiliki berbagai fungsi antaranya sebagai pembersih lantai, sayur dan buah, perangkap serangga dan juga boleh dijadikan sebagai penyubur tanaman.
Eco Enzyme ini juga terkenal dengan kandungan alkohol atau asid asetat yang boleh dijadikan sebagai bahan disinfektan. Kandungan alkohol atau asid asetat yang terkandung dalam cairan ini terjadi disebabkan oleh proses metabolisme bakteria dalam sisa buah dan sayur.
Banyak manfaat Eco Enzyme buat anda!
Seperti sifatnya yang boleh digunakan sebagai bahan disinfektan, Eco Enzyme turut mengurangkan penggunaan bahan kimia malah boleh juga mengurangkan kos perbelanjaan daripada membeli bahan-bahan pembasmi kuman.
Ads
Tiada lagi pembaziran kerana Eco Enzyme boleh menggantikan bahan pencuci baju, cecair pembersih lantai, tandas, dapur, piring, penghalau serangga malah ia boleh digunakan untuk membasuh badan dan rambut.
Oleh kerana sifat dan nutrisi yang terkandung daripada saki-baki sayur dan buah dalam proses pembuatan Eco Enzyme, ia juga turut dapat dijadikan sebagai penyubur tanaman.
Buat sendiri cairan sampah hanya di rumah
Proses pembuatan Eco Enzyme sangat mudah kerana bahan-bahan yang anda perlukan semuanya telah ada di rumah anda.
Jenis-jenis ‘sampah’ juga hanya terdiri daripada baki sayuran dan buahan. Sisa daging tidak sesuai digunakan untuk membuat Eco Enzyme kerana ia cepat membusuk dan menghasilkan patogen pada suhu yang tidak terkawal.
Peralatan dan bahan
Sisa sayur-sayuran dan buah-buahan (segar)– seperti daun, batang, kulit, dan biji.
Gula merah
Air
Bekas kedap udara
Langkah-langkah:
Ads
Air, bahan-bahan seperti sisa sayur-sayuran dan buah-buahan, dan juga gula merah di sukat mengikut nisbah 10:3:1 (Sebagai contoh, 10g gula merah, 30g sisa sayur/buah, 100g air).
Sisa sayuran dan buahan perlu di potong kecil.
Campurkan ke semua bahan-bahan ke dalam bekas kedap udara. Perlu pastikan bahawa bekas yang anda gunakan perlu ada ruang dan tidak memenuhi bekas tersebut kerana bimbang gas dari proses fermentasi akan meningkat dan boleh meletup.
Tutup bekas dan biarkan selama 3 bulan di kawasan yang tidak terdedah daripada matahari.
Langkah penjagaan bahan Eco Enzyme
Di peringkat awal proses fermentasi, bekas mengandungi bahan Eco Enzyme perlulah di buka kira-kira sekali dalam seminggu untuk mengeluarkan gas yang terperangkap bagi mengelakkan bekas daripada meletup.
Apabila telah capai tempoh 3 bulan, cecair Eco Enzyme akan bertukar menjadi coklat gelap dan mempunyai bau seperti cuka. Jika cecair bertukar menjadi warna hitam, masukkan gula untuk ulangi proses fermentasi. Jika terdapat cacing atau serangga di dalam bekas, biarkan sahaja keran ia akan terurai sendiri dalam cecair itu.
Anda boleh gunakan cecair Eco Enzyme itu dengan menapis cecair dari bahan-bahan dalam bekas itu. Sisa baki dalam bekas itu boleh dijadikan baja sebagai penyubur tanaman.
Jadi sis semua boleh cuba buat di rumah bila ada banyak ‘sampah’ yang boleh di kitar semula jadi bahan ajaib.
Viral baru-baru apabila penyampai berita di TV3, Hawa Rizwana yang dikatakan menggunakan ‘kabel’ melalui ayahnya apabila mendapat tempat di stesen Media Prima.
Ayahnya Profesor Datuk Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman yang merupakan bekas Pengacara Selamat Pagi Malaysia sekitar tahun 1990-an dan kini berkhidmat sebagai Pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
Namun dakwaan itu disangkal penyampai Buletin Utama yang kecil molek ini. Dia yang merupakan pembaca berita di BU sejak 1 Januari lalu yang mana bakatnya mula dikesan selepas tamat praktikal di stesen berkenaan pad 2017 lalu.
Hawa yang juga mula menjadi viral dan bualan netizen kerana dikatakan memiliki paras rupa seiras pengacara serta pelakon popular Neelofa.
Sekali pandang memang gadis yang memiliki ijazah Sarjana Muda Komunikasi & Pengajian Media (Kewartawanan) dari UiTM ini seiras Ratu Trend ini dengan gayanya ber OOTD yang simple dan sangat menarik.
Ayuh, kita lihat OOTD gadis manis ini yang sangat yakin dan bersemangat tinggi setiap kali muncul menyampai berita terkini di saluran Buletin Utama.
Minggu lepas, pelakon dan juga model, Dynaz Mokhtar telah selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan pilihan hatinya, Shazrik Din di kediaman Dynas di Shah Alam. Dynas yang sebelum ini telah empat tahun hidup sebagai ibu tunggal dan mempunyai sepasang anak hasil perkahwinan terdahulu. Sungguh ayu melihat penampilan Dynas yang cantik dan seperti wanita Melayu terakhir menggayakan kebaya warna biru lembut. Ditambah solekan bersesuaian menyerlahkan sisi jelita wajah pelakon serba boleh ini.
Biarpun ramai yang memilih untuk menggayakan kurung moden atau dress, tetapi Dynas selesa menggayakan busana tradisional rekaan kebaya dari fabrik songket untuk majlis pertunangannya ini. Baju yang indah ini adalah dari rekaan pereka Syaiful Baharim yang dibuat cukup teliti dan begitu kemas sekali. Kebaya labuh ini turut diperindahkan dengan tampalan manik keemasan.
Penampilan Dynas lebih terserlah dengan gaya solekan serta selitan bunga di tepi rambut yang disanggul rapid an menampakkan sisi sebenar wanita Melayu klasik. Apatah lagi dengan kehadiran tepak sireh sebagai simbol dan budaya dalam kaum Melayu untuk sesebuah majlis pertunangan atau pernikahan. Gayanya yang simple ini turut mengundang ucapan tahniah dari followernya dan memuji kecantikan Dynas di majlia pertunangannya itu.
Pasangan ini dijangka akan melangsungkan perkahwinan pada April tahun depan. Keduanya telah berkenalan selama tiga tahun sebelum mengikat tali pertunangan dan kemudiannya perkahwinan. Baik Dynas dan tunangnya gembira hubungan ini direstui keluarga terutama kedua anak Dynas yang terbuka menerima kehadiran Shazrik.
Untuk majlis perkahwinan nanti, pasangan ini akan mengadakan secara tertutup dan kecil-kecilan sahaja. Hanya akan dihadiri oleh keluarga dan teman rapat keduanya nanti. Admin doakan semoga perkahwinan kedua ini nanti akan kekal dan berbahagia hingga ke jannah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Gaya anggun aktres dan pengacara terkenal, Lisa Surihani berhijab memang mencuri perhatian ramai. Semua yang melihatnya pasti akan berasa cair dengan pesonanya yang memang memukau.
Tidak kiralah apa jua gaya tudung yang dikenakannya, semuanya tetap on point! Sesetengah wanita mungkin berasa tidak yakin apabila memakai tudung bawal sebegitu namun Lisa telah membuktikan bahawa kalau kita yakin pastinya kita akan kelihatan cantik walau apa jua yang kita pakai.
Jom kita lihat 10 gambar menarik Lisa Surihani berhijab!
Tweet dari sis @NazninAlias ini mendapat perhatian netizen terutama sekali kaum Hawa. Betullah apa yang dikatakannya. Penulis pun sebelum ini rasa kurang yakin nak menggayakan tudung seperti itu!
Lahir pada 23 Mac 1986, Lisa yang merupakan satu-satunya anak perempuan dalam adik beradiknya ini memang mempunyai kecantikan semulajadi yang asli.
Wow sangat gaya yang ini!
Semuanya cantik! Aaaa susahnya nak pilih??
Manis berbaju kurung bersama ibunya yang tercinta, Siti Amirah. So sweet!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...