Mempunyai seseorang untuk berkongsi bebanan yang ditanggung bersama selama lapan tahun dan tidak berkira kudrat untuk bersama menguruskan ibu yang diserang strok sehingga lumpuh seluruh badan merupakan satu kelegaan buat Nurfatin Amira Abdul Razak.
Menurut Fatin, lelaki yang dikahwininya, Muhammad Syaamil Sabarudin ibarat ‘menantu kiriman tuhan’ kerana sudi menerima dirinya dan keluarga seadanya serta sabar membantu menguruskan kedua ibu bapa, tanpa pernah mengeluh sedikitpun.
Ketika ditanya kepada Syamil, apa yang membuatnya sabar dan sanggup berkongsi bebanan dengan isterinya meskipun telah mengetahui kepincangan keluarga sebelah isteri sebelum bernikah lagi, ini respon yang diberikan.
“Saya sudah anggap emak mentua sama seperti ibu sendiri malah tiada beza taraf kedua-duanya.
“Jadi macam mana jaga ibu bapa kandung, begitulah saya jaga mentua,” kata Muhammad Syaamil Sabarudin lapor media tempatan.
Mengulas lanjut, Syaamil berkata apa yang membuatkan dirinya tertarik dan akhirnya mengambil keputusan untuk menikahi isterinya selain atas dasar cinta, adalah kerana sifat empati melihat wanita yang dicintai itu bertungkus lumus menguruskan ibunya seorang diri.
Justeru, selepas lapan tahun mengenali hati budi masing-masing Syaamil mengambil keputusan untuk menikahi Nurfatin Amira pada Januari tahun lalu.
“Saya berkenalan dengan isteri pada 2015 ketika ibunya sihat sebelum diserang strok tahun berikutnya, akibat darah tinggi serta kencing manis.
“Jadi, sebelum berkahwin lagi, saya sudah melihat susah payah isteri dan kasihan melihat dia menguruskan sendiri semuanya memandangkan emak (ibu mentua) terlantar, tidak dapat bercakap malah matanya juga kabur.
“Oleh kerana itu, saya tiada masalah untuk bawa sekali ibu mentua tinggal bersama selepas berkahwin kerana selagi terdaya, saya akan bantu isteri.
Malah, Syaamil menjelaskan sejak kecil dia pernah melihat ibunya menjaga nenek sejak kecil lagi, sehubungan itu dia memahami kepayahan serta kesusahan menguruskan orang sakit.
Menurutnya lagi, cabaran terbesar untuk menguruskan pesakit yang kronik lumpuh seluruh badan, bukanlah satu perkara yang mudah, serta memerlukan kesabaran yang tinggi.
Tambahan pula, ibu mertuanya tidak boleh bercakap dan mereka mengalami kekangan komunikasi kerana perlu mengambil masa untuk memahami apa yang dimahukan ibu mertuanya itu.
Ads
“Cabarannya mesti ada lebih-lebih lagi apabila menjaga pesakit terlantar yang tidak boleh bercakap kerana ada kalanya kita tidak faham apa dia mahu.
“Tambahan, emak tidak boleh bercakap dan apabila sakit, dia akan tunjuk perasaan dan memberontak hingga isteri pernah beberapa kali tertekan.
“Bagaimanapun, saya dan isteri perlu banyakkan sabar dan cuba faham emosi emak. Daripada segi tugas pula, isteri lebih banyak menjaga ibunya namun saya akan bantu lakukan kerja berat seperti angkat dan alihkan daripada katil ke kerusi roda untuk duduk atau mandi,” ujarnya.
Bersyukur Dijodohkan Dengan Lelaki Ikhlas Seperti Suami
Sementara itu, isterinya, Nurfatin Amira menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan suami yang ikhlas dan boleh menerima ibunya daripada awal perkenalan hingga kini.
“Daripada awal perkenalan lagi saya sudah cakap dengan dia (suami) yang emak saya sakit jadi tiada masa untuk keluar ‘dating’ kerana perlu jaga emak sepenuh masa.
Ads
“Saya pernah meminta suami untuk mencari orang lain sebagai pengganti kerana kalau berkahwin mungkin tidak boleh fokus sepenuhnya padanya (suami) kerana perlu bahagikan masa tetapi dia tetap setia dan tunggu saya.
“Jujurnya saya tidak yakin pada mulanya dan risau jika dia malu dengan keadaan keluarga saya.
“Lama kelamaan, saya nampak keikhlasan suami terima emak serta sikapnya yang lebih dahulukan ibu bapa dan pada masa sama beri layanan baik kepada saya,” dedahnya.
Sekadar info, video Syaamil yang membantu menguruskan ibu mertuanya itu tular di laman sosial setelah di muatnaik oleh isterinya sendiri menerusi laman Tik Tok akaun @xxmeeraxx kini telah ditonton seramai 999.3k dengan 94.8 tanda suka.
Buat masa ini trend #10yearchallenge terus jadi viral. Rata-rata di media sosial ramai yang muat turut gambar perbezaan 10 tahun dahulu berbanding sekarang. Masing-masing ceria melihat perbezaan dulu dan sekarang. Salah satunya adalah pengguna laman sosial facebook yang turut muat turut foto perbezaan bukan 10 tahun dulu tetapi setahun yang lalu.
Menurut pemilik akaun facebook Umi Aniza Amani dia membuat sendiri cabaran setahun membabitkan perubahan fizikalnya.
Dalam tempoh setahun itu dia ternyata berjaya menurunkan berat badan sebanyak 26 kg dalam tempoh Disember 2017 hingga Disember 2018. Dia yang dulunya mempunyai berat badan dari 105 kg turun kepada kepada 79 kg sahaja.
Cara yang dilakukannya adalah dengan cabaran pengambilan makanan tanpa gula. Dalam tempoh itu dia memang berhenti mengambil minuman teh ais, milo ais dan semua yang berasaskan susu pekat, air bergula serta kuih-kuih manis.
Manakala untuk pengambilan nasi pula dia hanya amalkan ambil suku-suku separuh. Walau bagaimanapun menurutnya dia juga perlu istiqomah untuk proses menurunkan berat badannya itu.
Paling penting dia juga sudah meninggalkan grup ‘obesiti’ tetapi masih lagi dalam grup ‘big size’.
1 years challenge without “sugar”… berjaya… bulan disember 2017 till disember 2018..
105kg-79kg…just totally stop teh ais milo ais semua yg berasaskan susu pekat,air bergula,kuih2 manis…istiqomah insyallah..
Nasi makan macam biasa..suku2 separuh..still in “big size”group but dah “left group” obesiti
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Baby Aqasha Alhaq, berusia 4 bulan, yang tercampak keluar akibat kemalangan di Lebuhraya Plus arah Sungkai pada 11 Julai lalu kini semakin sembuh. Dikhabarkan bahawa bayi comel ini kini sudah mampu mengangkat tangannya, menghisap jari dan menggaru-garu kepala.
Melalui catatan ibu Baby Aqasha Alhaq dilaman Facebook miliknya, Natasya Nadia berkongsi perkembangan tentang bayinya itu.
Kaki kiri under traction, kaki kanan semakin sembuh. Selepas kedua-dua kaki sudah sembuh akan proceed untuk plastic surgery bahagian punggung akibat lebam (blister) yang agak besar.
Syukur bahagian kepala tiada retakan. Cuma pendarahan dalaman dan sedang diberi ubatan. Aqasha Alhaq kini masih dirawat dan dipantau di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Berikut perkongsian lengkap Natasya Nadia tentang perkembangan Baby Aqasha Alhaq:
Assalamualaikum semua. Setelah lebih 24jam jaga anak baru bertukar shift sgn kak ipar. Baru sempat nk update Adek Aqasha Alhaq : Kaki kiri under traction Kaki kanan akan natural healing. Selepas kedua2 kaki ada positive healing akan proceed ke plastic surgery bahagian punggung akibat lebam (blister) yang agak besar. Syukur kepala semua tak da crack. Cuma on medication utk pendarahan yg kecik. Adek aktif mcm dulu kuat sembang. Main toys lasak kemain. Cuma merengek nak direct breastfeeding bila mama dia yg jaga. Yang lain Alhamdullilah anak kuat mama ni. Tq semua. Tq doc, nurse yg bantu mama setiap kali nk tukar pampers, tlg time mama down sgt2. Maaf lahh org kurang upaya jaga anak terpaksa minta bantuan kerap Tq semua.. Mohon doakan kesembuhan adek yaaa
HIJABISTA: Kita sama-sama doakan moga Baby Aqasha Alhaq segera sembuh dan dapat menjalani kehidupan harian seperti bayi yang seusia dengannya.
Trio adik beradik iaitu Omar Mukhtar, Fatimah dan Ali pasti tidak asing lagi di minda anda jika anda merupakan pengikut setia akaun @thefamily.uk di instagram dan facebook. Walaupun masih kecil, mereka telah mengecap populariti luar biasa setelah video mereka viral di laman sosial. Selain bijak berhadapan dengan kamera, mereka juga terkenal kerana kepetahan berbicara bahasa melayu lebih-lebih lagi dalam dialek Kelantan walaupun membesar di United Kingdom (UK).
Baru-baru ini, abang sulung mereka, Omar Mukhtar yang baru berusia 11 tahun telah berjaya memasuki sekolah King Edward’s School (KES) yang merupakan antara sekolah terbaik di UK. Ini merupakan pencapaian yang sangat membanggakan kerana bukan calang-calang orang yang boleh masuk ke situ!
Hari yang dinantikan telah tiba . Secara rasminya saya adalah pelajar King Edward. Saya berasa begitu teruja dan gembira! Terima kasih Tuhan kerana menjadikan mimpi ini satu kenyataan! Terima kasih ayah,ibu dan seluruh ahli keluarga yang ada di sisi pada hari yang sangat istimewa ini! Saya harap saya boleh terus membuat kamu semua bangga!
Terima kasih semua untuk doa dan segala ucapan. Tiada perkataan yang mampu menggambarkan betapa saya menghargai sokongan anda! Moga Tuhan merahmati anda dan keluarga.
Nampak budak dalam gambar ini ? Itulah saya pada pada tahun 2017- 18 Mac untuk lebih spesifik! Saya hanya berusia 10 tahun pada masa itu. Saya masih ingat lagi perasaan pertama kali saya menjejakkan kaki ke King Edward’s School (KES) untuk Hari Terbuka mereka. Saya rasa seperti Harry Potter yang sedang menjejakkan kaki ke Hogwarts! Saya rasa seperti ada satu pertalian di antara saya dan sekolah itu. Saya boleh membayangkan diri saya menjadi pelajar sekolah itu, meneruskan pengajian di Universiti Oxford dan seterusnya. Dulu segalanya rasa hanya seperti sebuah mimpi kerana sangat susah untuk memasuki KES, hampir mustahil! Tapi dengan pertolongan Tuhan, kerja keras dan sokongan semua, saya mampu lulus peperiksaan dengan jayanya. Bukan itu sahaja, saya juga bersyukur diberikan biasiswa penuh daripada 125 pelajar! Saya sangat bersyukur kepada Tuhan atas peluang yang telah Dia kurniakan ini untuk saya gembirakan ibu bapa saya.
Jadi, mengapa KES ? Kerana ia merupakan antara sekolah terbaik di UK! Ia sebenarnya telah ditubuhkan pada tahun 1552 oleh King Edward VI dan sekarang hampir berusia 500 tahun. JRR Tolkien, penulis terkenal siri ‘The Lord of The Rings’ & ‘The Hobbit’, dan banyak lagi orang terkenal merupakan alumni sekolah itu atau lebih biasa dipanggil, ‘Old Edwardians’. Sesetengah daripada mereka merupakan pemenang Anugerah Nobel! Banyak pelajarnya menyambung di Oxford dan Cambridge-begitu menginspirasikan!
Moga terus menjadi contoh dan inspirasi buat adik-adiknya!
Terima kasih kerana menunjukkan contoh terbaik buat adik-adik kamu! Kamu adalah ikon terbaik untuk mereka, bukan hanya dalam penulisan tapi dalam keseluruhan karakter. Kami bergitu bersyukur dikurniakan kamu sebagai anak lelaki sulung. Teruskan bersinar dan pimpin Fatimah dan Ali untuk terus menggapai bintang!
Kepada Fatimah & Ali,
Teruskan percaya kepada diri sendiri, sentiasa rendah diri dan teruskan memberi inspirasi!
Kepada Tuhan,
Terima kasih kerana kurniakan kami dengan 3 orang anak yang sangat hebat! Mereka tak pernah gagal membuatkan kami bangga dan memberikan senyuman di wajah kami setiap hari. Teruskanlah membimbing kami supaya kami dapat memimpin mereka menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat. Amin.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Dipilih Penyanyi Wanita Malaysia Terbabit Dalam Konsert Udit Narayan In KL Kilafairy Mahu Arwah Ibu Jadi Saksi Pencapaian Epik Bersama Legenda Bollywood“Saya mahu arwah...