Isi Kandungan
ToggleKebiasaannya kita pasti akan membuang gel pewangi selepas ia sudah mengecut kerana merasakan ia sudah tidak berfungsi lagi. Namun, tahukah anda sebenarnya ia masih boleh digunakan dan tetap memberikan haruman yang kuat pada persekitaran anda.
Nak tahu bagaimana? Jom kita ikuti langkah-langkah yang dikongsikan oleh Aine Soaudi ini!
Ini contoh gel pewangi yang telah mengecut.
Kemudian rendamkannya di dalam air.
Lihatlah, ia sudah kembang kembali seperti ke bentuk asal.
Yang ini juga contoh gel pewangi yang telah kembang kembali selepas direndam. Memang menjadilah teknik ini. Anda bolehlah mencubanya di rumah!
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
kredit: Facebook Aine Soaudi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Genggam Ijazah Sarjana Muda Pengajian Al-Quran & Al-Sunnah FARHATUL Raih CGPA 3.90 Cetus Inspirasi
Biarpun menggalas tanggungjawab sebagai seorang pempengaruh, aktivis kemanusiaan, penulis serta pendakwah, Johan Qariah Majlis Tilawah al-Quran dan Hafazan peringkat Antarabangsa (MTHQA) 2019, Nor Farhatul Fairuzah Panut berjaya menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan cemerlang.
Ikon inspirasi muda berusia 24 tahun ini baharu dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Majlis Konvokesyen UKM kali ke-52 baru-baru ini.
Nor Farhatul berjaya memperoleh Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 3.90
Menjengah ke akaun Instagram miliknya, Nor Farhatul yang mesra dengan panggilan Farha meluahkan kesyukuran atas nikmat kejayaan yang diraih dan berterima kasih kepada mereka yang memberi sokongan kepadanya selama ini.
“Alhamdulillah, syukur pada Allah atas segalanya.
“Terima kasih ya Rabb. Terima kasih mak dan keluarga, semua guru-guru, pensyarah Farha yang sangat Farha sanjungi. Kawan-kawan yang sangat Farha sayangi. Banyak memberi support system sepanjang Farha menempuh pembelajaran di Uni. Doakan Farha untuk masa mendatang.”
Dia akui, perjalanan untuk meraih kejayaan itu bukan mudah. Banyak pahit getir yang harus ditempuh.
“Setiap perjalanan pasti ada cabarannya. Yang penting yakin kepada Allah kita mampu laluinya.
“Sebagaimana firman Allah SWT: لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ Maksudnya: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. [Al-Baqarah:286] Sungguh, ujian itu diberikan kepada yang mampu.”
BACA JUGA: Dikurniakan Darjah Kebesaran Farhatul Fairuzah Luahkan Kesyukuran
Baru-baru ini, hasil kajiannya yang bertajuk ‘Amalan Pembelajaran Tarannum Profesional Dalam Kelas Pengajian Tarannum di Masjid Asy Asykirin KLCC’ mendapat pujian tenaga pengajar.’
Kajiannya itu yang dianggap bukan biasa-biasa setaraf kajian peringkat Master turut dibukukan.
Untuk info, Nor Farhatul memulakan pengajian di UKM pada tahun 2020.
Baru-baru ini juga, Nor Farhatul telah menerima tauliah mengajar pada usia 24 tahun. Alhamdulillah, rezeki!
Hijabista mendoakan agar impian Nor Farhatul untuk menyambung pengajian peringkat sarjana akan terlaksana seterusnya bergelar pensyarah dalam bidang al-Quran kelak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nad Zainal Dah Sedar, Tak Lagi Bergantung Pada Tiub Bantuan Pernafasan
Alhamdulillah, satu perkabaran gembira telah dikongsikan oleh Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz berhubung perkembangan terkini pelakon jelita, Nad Zainal yang sebelum ini ditidurkan di ICU akibat mengalami jangkitan kuman dan pendarahan paru-paru.
Menurut Ungku Ismail, Nad kini sudah sedar dan doktor memutuskan untuk mengeluarkan tiub bantuan pernafasan, sejak pagi semalam Nad sudah tidak lagi bergantung pada alat itu untuk bernafas.
Nad Dah Boleh Bercakap Dan Bergerak
Lebih menggembirakan apabila pelakon utama drama Cina Buta itu sudah mula menunjukkan perkembangan dan progres yang amat memberangsangkan, Nad kini sudah mula bercakap dan mampu bergerak, walaupun gerakannya masih terhad dan suara masih halus.
Perkembangan terbaru itu dikongsi pelakon, Ungku Ismail menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di Instagram, malam tadi.
Artikel berkaitan: Paru-Paru Berdarah, Nad Zainal Ditidurkan Di ICU, Mohon Doa Semua!
“Alhamdulillah, Nad banyak menunjukkan perkembangan dan proses penyembuhannya juga bagus. Dia bagaimanapun, masih di bawah pengawasan rapi doktor dan saya berharap semua akan mendoakan urusannya dipermudahkan serta lancar.
“Dia juga sudah boleh bercakap, cuma suaranya sangat kecil. Begitu juga dengan pergerakan, dia boleh memegang telefon bimbit, cuma tidak dapat menaip kerana sudah lama tidak menggunakan anggota tangannya,” katanya
Bagaimanapun, Ungku Ismail menjelaskan bahawa Nad masih dalam pemantauan doktor di ICU, kerana doktor mahu memastikanbagar keadaan kesihatannya lebih baik dan terus menunjukkan berkembang secara positif.
Selain itu, Ungku juga memanjatkan rasa syukur serta menzahirkan ucapan terima kasih kepada masyarakat serta peminat yang sentiasa mendoakan kesembuhan rakan gandingan serasinya itu.
“Sesungguhnya kekuatan doa itu sangat benar. Terima kasih saya ucapkan atas doa kalian yang tidak putus-putus untuk Nad dan saya juga ingin kembalikan doa itu pada kalian semua,” ujarnya.
Sumber: Instagram Ungku Ismail
Artikel berkaitan: Doktor Sahkan Nad Zainal Kini Kritikal – Ungku Ismail
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elak Jadi Mangsa Sihir Atau Santau, Wanita Ini Kongsi Cara Betul ‘Upload’ Foto Di Media Sosial
Perkembangan dunia digital masa kini membuatkan kita lebih senang muat turun gambar melalui medium sosial untuk disimpan sebagai kenang kenangan. Tapi ada kalanya apa yang kita muat turut itu boleh menyebabkan orang lain rasa tidak senang hati melihatnya. Ini yang boleh membawa kepada penyakit Ain (mata) yang viral dibicarakan di media sosial. Bukan tak boleh muat turun tetapi ada cara tersendiri bagi mengelakkan penyakit Ain ini. Perkongsian wanita ini di laman facebook memberitahu cara terbaik upload gambar bagi mengelakkan gambar kita disihir atau santau.
Kita peru sentiasa berwaspada dengan penyakit Ain (mata) ini kerana daripada matalah segalanya boleh terjadi perkara yang tidak elok.
Ini kerana dengan pancaindera yang satu itu kita melihat segala kebaikan dan keburukan orang lain.
Berjaga-jaga dengan pandangan kita kerana boleh melontarkan diri ke lubuk paling dalam. Boleh berlakunya pujian dan kemudiannya melahirkan sifat dengki melihat paparan kebahagiaan di media sosial contohnya.
Menurutnya terdapat beberapa tip yang boleh kita jadikan panduan sebagai muat turun foto di laman sosial masing-masing.
Perkongsian Nurul Hassanah ini mendapat lebih 3 ribu butang like dan hampir 7 ribu pula yang menekan share. Masing-masing berterima kasih atas perkongsian berguna ini terutama dalam era dunia digital tanpa sempadan.
Bismillah, malam ni saya nak berkongsi cara atau tips upload gambar di media sosial untuk mengelakkan gambar kita disihir/santau. Sebelum itu, ilmu ini kredit kepada ustaz halim (kalau tak silap), Mohon doakan kesejahteraan ustaz.
Tips pertama
– Rujuk gambar no 1. Make sure mata tidak melihat sharp pada kamera. Kita tengok sisi.
Tips kedua
– Rujuk gambar no 2. Wajah tak diambil semua, ada half lagi tu memang sengaja tak bagi nampak.
Tips ketiga
– Rujuk gambar no 3. Kalau mata pandang kamera secara sharp dan wajah bagi tengok semua, pastikan upload size yang sangat kecik. Ust azhar pun ada bagi tips ni.
Tips keempat
– Rujuk gambar no 4. Gambar di ambil secara separuh yakni tidak menampakkan bawah kaki. Pendek kata tak ambil satu badanlah.
Tips kelima (extra tips)
– Tidak mendedahkan nama penuh mak di media sosial.
Sesungguhnya sihir/santau masih diamalkan orang sekarang dan mudah sahaja untuk melakukannya hanya dengan sekeping gambar. Ust tak beritahu kenapa kena buat begini tapi ini sedikit ilmu untuk elakkan diri kita disihir melalui gambar. Ada “sebab” nya tersendiri. Apa-apa pun sama-sama lah kita dekatkan diri pada Allah agar diri kita sendiri menjadi benteng yang kukuh tak ditembusi benda syirik sebegini. Wallahualam.
Saya izinkan ilmu ini disebarkan pada keluarga & kawan-kawan. Semoga bermanfaat.
P/s: Status ini umum untuk perempuan dan lelaki. Tak upload lagi baik. Namun ada yang upload untuk tujuan muamalah/bisnes so bolehlah guna cara ini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI