Macam-macam cara untuk buat kulit jadi cantik dan glowing. Tambahan lagi untuk penampilan lebih menarik Syawal nanti. Memandangkan semua barang mahal termasuk penjagaan diri, apa kata kita buat sendiri masker yang menjadi salah satu kemestian dalam penjagaan wajah.
Menurut perkongsian di laman facebook Faridatul Hadawiah, cara buatnya cukup mudah dan memang boleh dibuat stok. Masker ini menjadikan kulit anda lebih licin, cerah, dan berseri-seri.
Insya-Allah amalkan ia sebagai rutin harian (sebulan sekali) terutama kepada kulit yang bermasalah.
Actually semua dah tahu kan tomato ni memang sangat-sangat bagus untuk skin especially skin yang bermasalah.
Yaya amalkan masker tomato beku ni dalam sebulan lebih macam tu dan alhamdulillah kesannya memang sangat-sangat KETARA
Siapa yang kulit selalu jadi TUMPUAN JERAWAT tu memang sangat2 sesuai gunakan masker ni sebab memang membantu tau.
Kalau ada masalah liang pori besar @ masalah skin yang lain memang sesuai buat masker ni sebab ia sesuai untuk semua jenis kulit
Yaya suka sebab kulit MAKIN CERAH + hidung iolss licin hokay
Itu tandanya masker ni mampu singkirkan sel-sel kulit mati dan juga whitehead + blackhead
Eh jangan terkejut kalau hangpa kena marah dengan mak hangpa sebab curi tomato kat dapur Sebab kita tak gunakan bahan lain selain tomato
Takmo cakap panjang-panjang meh Yaya kongsikan bahan-bahan yang diperlukan dan cara buat masker tomato beku yang sangat la MUDAH.
Yaya sertakan cara-caranya di setiap gambar dan video Di bawah.
Bahan-bahan :
2 biji tomato
Cara-caranya :
1) Potong tomato tadi kepada 2 @ 4 bahagian supaya senang nak blender ( potong kecik2)
2) Masukkan tomato kedalam blender
NOTA: JANGAN CAMPUR DENGAN AIR, BIARKAN TOMATO TADI HASILKAN JUSNYA SENDIRI
3) Kisar sampai halus
So masa nak guna nanti just keluarkan satu2 je.
4) Masukkan tomato yang dah dikisar ke dalam bekas air batu
5) Masukkan ke bahagian beku dalam peti ais
Okay yang nak yaya cadangkan korang buat malam so biarkan semalaman dan peti beku bagi keras
Okay ni adalah video tutorials cara nak gunakan masker tomato beku tadi
1. Make sure muka korang kering okay sebelum buat masker ni
2. Keluarkan 1 kiub tomato beku. Jangan lebih2 satu je cukup
3. Sapu kiub tomato tadi ke seluruh kulit wajah.
4. Tak perlu nak keluarkan tunggu cair ke apa tau. Lepas keluarkan daripada tempat beku terus apply kat muka. Baru la rasa nikmat dia. Sejuk2 gituwww.
5. Tunggu 15-20 minit @ sehingga kering
NOTA: Okay masker ni korang boleh buat sama ada 1 kali sehari (pagi) @ 2 kali sehari (pagi + malam)
SELAMAT MENCUBA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI