Umum mengetahui mengenai kisah rumahtangga penyanyi terkenal Indonesia iaitu Lesti Kejora yang telah menjadi mangsa keganasan rumah tangganya. Kejadian ini telah berjaya menarik perhatian ramai, bukan sahaja di Indonesia malahan Malaysia. Ramai warganet yang turut bersimpati melihat keadaan Lesti.
Lesti Kejora dan Rizky Billar telah mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar. Kisah ini telah tular awalnya selepas Lesti membuat laporan polis susulan dipukul suaminya, Rizky Billar. Terbaharu, Lesti dilaporkan telah dibenarkan untuk pulang ke rumah selepas empat hari ditahan di hopital bagi menerima rawatan kecederaan yang dialaminya itu.
Artikel berkaitan: Pantang Larang Dalam Rumah Tangga Yang Suami Isteri Kena Tahu. Ingat Pesan Ustaz Kalau Nak Kekal Hingga Jannah!
Menurut laporan detiknews, ini bukanlah kali pertama Lesti menjadi mangsa keganasan rumah tangganya.
“Dalam kenyataan awal, Lesti menjelaskan keganasan rumah tangga bukanlah kali pertama, tetapi sudah kerap berlaku dan ini adalah kemuncaknya”
Menurut Ketua Perhubungan Awam Polda Metro Jaya Kombes Pol E Zulpan, penyanyi dangdut Indonesia tersebut juga dilaporkan pernah dibaling bola biliard oleh suaminya. Pihak polis di sana juga sedang giat menjalankan siasatan sepenuhnya.
“Penyiasat telah mengambil keterangan saksi yang merupakan pembantu rumah pasangan tersebut dan juga pekerja Leslar Entertaiment. Polis juga telah mendapatkan bukti lain di CCTV rumah mereka” ujarnya.
Usai daripada kejadian tersebut, Lesti dilaporkan telah mengambil keputusan untuk tidak pulang ke rumah sebaliknya memilih kediaman lain yang lebih selamat dan telah merahsiakan lokasinya.
“Lesti tidak mahu serumah dengan Rizky kerana trauma. Lesti kini berada di tempat yang tidak perlu saya katakan tetapi dia berada di tempat selamat,” tambahnya lagi.
Isu keganasan rumah tangga
Banyak yang wanita boleh ambil pengajaran daripada kisah Lesti ini. Isu keganasan rumah tangga ini juga bukanlah sesuatu yang baru. Keganasan rumah tangga dikaitkan dengan perlakuan ‘penderaan’ terhadap pasangan, tidak kiralah penderaan secara fizikal, seksual, psikologi atau sosial. Pada awal kes ini tular, ramai warganet yang terkejut dan tidak menyangka pasangan yang selalu terlihat bahagia ini sebenarnya tidak sama seperti yang dibayangkan.
Tindakan yang boleh diambil oleh mangsa
Untuk pengetahuan anda, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah proaktif untuk menggubal Akta Keganasan Rumah Tangga pada tahun 1994. Akta ini digubal untuk melindungi mangsa yang terselamat dan juga mencegah keganasan rumah tangga daripada berlanjutan.
Di Malaysia, kita mempunyai satu pertubuhan yang aktif dalam memperjuangkan hak-hak wanita iaitu Pertubuhan Pertolongan Wanita. Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) ini ialah sebuah badan bukan kerajaan Malaysia yang berjuang untuk hak-hak wanita terutamanya terhadap keganasan terhadap wanita. Buat anda yang mungkin sedang menderita akibat keganasa rumah tangga, anda boleh cuba langkah dan garis panduan yang disarankan oleh WAO sendiri.
1.Hubungi talian kasih untuk mendapatkan bantuan
Jika anda ingin mendapatkan sebarang nasihat atau ingin melaporkan sebarang kes yang berkaitan keganasan rumah tangga, anda boleh menghubungi talian kasih. Keutamaan talian kasih ini adalah untuk MELINDUNGI mangsa.
2. Dapatkan pertolongan di Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC)
3. Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO)
4. Membuat laporan polis
Artikel berkaitan: Nak Rumah Tangga Bahagia? Rahsianya Ada Dalam Al-Quran!
Semoga segala urusan Lesti di masa hadapan dipermudahkan, seterusnya diberikan kesembuhan, kesihatan dan pulih daripada trauma yang dihadapi. Sesungguhnya Allah SWT sebaik-baik perancang… Untuk anda yang mengalami perkara yang sama, jangan lupa untuk selamatkan diri anda segera. Ambil tindakan, selamatkan diri, dapatkan pertolongan dan elakkan dari menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Sumber info dan gambar: DetikNews, Astro Awani dan Google
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://www.youtube.com/watch?v=r5D2xLDCdoQ
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI