Nasi putih menjadi pilihan sebagai makanan utama atau makanan ruji bagi majoriti penduduk Asia secara umumnya dan rakyat Malaysia khususnya. Ia adalah sejenis makanan yang boleh dimasak dengan pelbagai cara.
Di Malaysia ini, hampir setiap hari kita makan nasi. Pagi makan nasi, tengah hari makan nasi, malam makan lagi nasi. Jika ada nasi tak habis, disimpan dan dipanaskan semula pada esok harinya.
Ia amalan biasa dalam mana-mana isi rumah, namun tahukah anda, lebihan nasi ini tetap berisiko menyebabkan keracunan makanan walaupun telah dipanaskan semula?
Memanaskan makanan sehingga suhu dan tempoh tertentu akan membunuh bakteria dan parasit. Namun suhu tinggi tidak memusnahkan sesetengah spora bakteria dan toksinnya.
Beras lazimnya mengandungi spora bakteria Bacillus cereus.
Ads
Spora ni tidak musnah apabila kita masak beras menjadi nasi. Jika nasi dibiar lama disuhu bilik, spora tadi membiak dan menghasilkan toksin. Toksin ini tidak akan musnah jika dipanaskan. Maka jika nasi tercemar dengan toksin ini dimakan, ia akan menyebabkan gejala sakit perut, cirit-birit dan muntah-muntah.
Ads
Bagi mengelakkan situasi ini, lebihan nasi haruslah disimpan dengan tatacara berikut:
■Segera disimpan di dalam peti ais/sejuk ■ Disimpan dalam kehangatan 60°C ke atas
Ads
Digalakkan juga memasak nasi dengan porsi yang sekadar cukup untuk hidangan yang akan dimakan pada hari yang sama, agar tiada lebihan nasi yang perlu disimpan. Perlu tahu juga, bukan hanya toksin Basillus cereus pada nasi sahaja yang tidak musnah dengan suhu tinggi, toksin dari bakteria lain juga begitu. Jadi berhati-hatilah. Semoga bermanfaat!
Sebelum itu personaliti ini tidak kisah dengan saiz bentuk badannya yang agak berisi. Namun dek kerana tuntutan tugasan menyebabkan Dayah Bakar berusaha untuk menurunkan berat badan kepada saiz ideal. Tidak menggunakan cara ekstrem tetapi lebih senang memilih cara yang lebih rileks dan tidak menyakitkan. Kalau dulu beratnya lebih 70 kilogram dan kini hanyalah sekitar 60 kilogram.
Menurut Dayah Bakar selama ini dia cuba menggunakan diet ekstrim untuk menurunkan berat badan tidak berjaya. Tetapi lebih kepada penggunaan mental positif.
“Dayah pernah cuba diet ekstrem tetapi tidak berjaya. Sebaliknya tukar kepada cara mental positif barulah ada kesannya. Bila fikir positif, kita tidak rasa pressure dan stress untuk kurus. Dayah guna naturally dengan makan nasi macam biasa.
“Dulu pernah Dayah stop makan nasi, tetapi tak menjadi. Dayah gemuk balik. Cuma Dayah cuba kurangkan kuantiti nasi. Daripada penuh jadi half. Dari half pula jadi suku. Dayah juga kurangkan pengambilan air manis. Hanya ambil sekali sahaja berbanding dulu siang, petang malam,” ujar Dayah berkongsi tip menurunkan berat badan secara natural.
Selain itu menurut Dayah dia juga turut mengamalkan exercise dan ia memberi semangat untuk menurunkan berat badan.
“Apabila makan sudah berkurangan, kerap exercise menyebabkan kalori terbakar. Dayah juga ada join kelas piloxing yang diajar oleh guru berpengalaman. Kelas ini sebenarnya campuran pilates dan boxing dan selama satu jam memang Dayah rasa nak menangis.
“Dayah akan berpeluh. Memang hasilnya tak sama kalau kita jogging selama dua jam. Cara ini memang boleh bakar lemak secara cepat. Dayah lakukan seminggu sekali dan hasilnya memang sangat berkesan,” ujarnya lagi.
Sebelum ini Dayah mengakui memang ramai yang berkata tentang saiz badannya yang agak berisi. Dia memang marah tetapi tidak berbuat apa-apa untuk mengatasinya.
“Sampailah satu hari Dayah ada meeting dengan pihak produksi yang memberitahu ingin sunting Dayah untuk beberapa program. Dayah melihat ia sebagai satu perkara yang positif.
“Mereka terima Dayah seadanya kerana bakat yang ada pada Dayah. Jadi Dayah fikir apa yang Dayah boleh bagi pada mereka ini. Dayah perlu beri yang terbaik kerana mereka telah beri peluang untuk Dayah,” tambahnya yang mula menjaga kesihatan dan berdisplin untuk tuntutan tanggungjawab yang diberikan.
Menurutnya lagi dia tidak perasa sebenarnya penurunan berat badannya sampailah ada orang perasan dan tegur perubahan fizikalnya.
“Hampir dua bulan melakukan semua itu dan perubahan drastik memang ketara pada diri Dayah. Bagi Dayah macam tetap rasa badan masih besar lagi, tetapi ramai yang kata perubahan diri Dayah.
“Prosesnya memang agak lama. Tetapi dayah puas hati kerana mengamalkan cara ini. Kalau orang lain gunakan cara eat clean, tetapi Dayah memang akan makan nasi setiap hari. Tak makan nasi sehari memang tak boleh.
“Dayah lebih gunakan pendekatan diet cara Islam, iaitu lebih bersederhana. Dari segi makan dan juga exercise. Tidaklah hanya kena makan sayur semata-mata, tetapi macam Dayah katakana tadi, portion kena jaga,” katanya yang belum puas dengan berat sekarang, tetapi Dayah tidak mahu bersifat psiko.
Dia yang akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi mahu menjadi pengantin yang ‘happy’ Dayah tidak mahu terlalu memikirkan soal saiz badan kerana apa yang penting melalui hari bahagia dengan penuh gembira.
Lagu ‘Langit Yang Sama’ Menjadi Viral, Bakat Dalia Semakin Mendapat Perhatian!
Dalia Farhana merupakan penyanyi yang cukup dikenali di media sosial kerana suaranya yang merdu. Apabila dia menyanyikan lagu-lagu sedih, ramai orang akan terharu dengan nyanyiannya.
Sebelum ini, Dalia Farhana sering membuat cover atas permintaan orang ramai dan dari situlah dia menjadi popular dalam media sosial.
Kali ini, lagu terbaru Dalia Farhana menjadi viral dan mendapat perhatian ramai. Tajuk lagu tersebut ialah Langit Yang Sama, dan ianya sungguh menarik.
Bakat Dalia atau nama sebenar Tengku Farhana Dalia Tengku Bahar Iskandar semakin mendapat perhatian. Baru-baru ini, suara Dalia mendapat perhatian ribuan orang yang mendengar perkongsian dalam media sosial dia menyanyikan lagu secara langsung.
Dalia kelihatan sangat teruja untuk menunjukkan lagu baharunya kepada seluruh dunia kerana ramai orang sebenarnya tidak tahu siapakah penyanyi sebenar lagu ini.
Lagu terbarunya yang telah ditonton sebanyak 2.2 juta kali sudah pasti membuatkan orang ramai tertarik kepadanya. Suara Dalia sudah tidak diragui lagi kerana telah membuatkan ramai orang tertarik kepadanya.
Ramai orang di YouTube menyukai lagu-lagu yang di cover oleh Dalia dan ada yang mengatakan ia membuatkan mereka berasa sedih.
Antara lagu yang melekat di hati peminatnya ialah Pulang, Bukti, Waktu Yang Salah dan Hanya Rindu. Ada juga yang mengatakan lagu-lagu jiwang itu sangat sesuai untuk dinyanyikan oleh Dalia Farhana.
Peminat Dalia sangat teruja dan akan terus menyokong Dalia.
Sekadar info, Dalia mempunyai jumlah follower TikTok sebanyak 529.3K dan 19.6juta likes ramai yang menyukai suara merdunya itu.
Diagnosis barah selalunya merupakan momen yang teruk dalam hidup seseorang. Terdapat ketakutan terhadap prognosis yang tidak menentu, kebimbangan tentang bagaimana individu yang dikasihi akan mengatasi dan pilihan rawatan yang menakutkan dan jargon perubatan yang membingungkan untuk menangani semuanya sekaligus.
Nampaknya penjagaan kulit adalah salah satu perkara paling mustahak untuk dipertimbangkan dan dalam banyak hal. Namun, perubahan pada kulit adalah salah satu kesan sampingan rawatan kanser yang paling sering dilaporkan, dan boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kesusahan.
Kemoterapi boleh menyebabkan sejumlah keadaan kulit yang biasanya termasuk perubahan warna, kepekaan, ruam dan kekeringan yang melampau. Namun, tidak jarang pesakit juga mengalami jerawat dan luka yang menyakitkan.
Penderita barah dan kulit akan mengalami kulit menjadi pucat, sering mengelupas dan dalam beberapa kes penghidapnya mendapat dermatitis. Ini mungkin disebabkan oleh rawatan atau jenis barah tertentu.
Selain daripada masalah emosi terhadap keadaan kulit dan kesan negatif yang timbul terhadap keyakinan diri dan kesejahteraan seseorang, terdapat juga peningkatan risiko jangkitan jika kulit mengelupas dan terdedah kepada bakteria luaran. Sudah tentu, ini sangat bermasalah semasa kemoterapi, yang mengganggu sistem imun, menjadikannya lebih sukar untuk melawan jangkitan.
Ubat kemoterapi biasanya boleh mempengaruhi kulit, jelas Pakar Dermatologi. Kulit bertanggungjawab untuk menjaga keburukan mikroba, alergen dan bahan kimia untuk mengekalkan keadaan kulit dengan baik seperti kelembapan, menjaga kulit lembut dan halus. Inilah sebabnya mengapa sangat penting untuk menjaga penghalang kulit ini semasa kemoterapi.
Empat petua terbaik untuk merawat kulit anda ketika menghidap barah.
Menggunakan SPF
Menurut para pakar, SPF spektrum luas yang tinggi adalah suatu keharusan kerana kemoterapi dan radioterapi dapat menjadikan kulit lebih rentan terhadap kerosakan UV. Lindungi badan anda dengan topi tebal dan pakaian berlengan panjang, terutama sekitar tengah hari ketika matahari berada di tahap paling kuat dan cuba hadkan masa yang anda habiskan di luar pada waktu terik matahari.
Menghindari bahan kering
Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa bahan pengawet dan buih tertentu yang digunakan dalam produk penjagaan kulit, kosmetik dan mencuci iaitu parabens dan natrium lauril sulfat, boleh merengsakan kulit dan menyebabkan kekeringan. Pilih formula bebas sulfat, terutamanya ketika memilih pembersih, dan pilih formula yang mengandungi banyak bahan pelembap seperti gliserin dan asid hyaluronik.
Bahan lain yang perlu dijauhi ialah minyak wangi. “Produk wangi yang kuat dapat menjengkelkan ruam atau menyebabkan dermatitis, kulit gatal dan mengelupas. Cari sepenuhnya tanpa aroma untuk mengelakkan risiko.
Elakkan alergen biasa seperti wangian, alkohol, pengawet dan minyak pati botani yang boleh menjengkelkan atau lebih buruk lagi juga menyebabkan reaksi alergi. Elakkan bahan keras yang menghilangkan lipid kulit dan menyebabkan kerengsaan dan penghalang kulit yang pecah.
Hentikan pengelupasan
Produk pengelupasan menghilangkan penumpukan sel mati pada kulit dan proses itu tidak akan berlaku ketika anda menjalani rawatan barah. Oleh itu, elakkan lulur, AHA,dan asid glikolat. Nasihat pakar, idea yang baik untuk menghentikan sebarang produk retinol, bukan hanya kerana ia bertindak sebagai pengelupasan tetapi juga kerana retinol menjadikan kulit lebih sensitif terhadap cahaya matahari.
Melabur dalam balm lip yang baik
Bibir dan mulut juga dapat dipengaruhi oleh rawatan barah, jadi berinvestasi pada balsem bibir. Gunakan satu dengan antioksidan dan Vitamin A, C dan E, kerana bahan ini membantu membina tisu baru.
SUMBER GAMBAR: PEXEL.COM
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...