Pasangan selebriti, Intan Ladyana dan Harris Alif telah selamat diijab kabulkan sebagai suami isteri di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada jam 10 pagi tadi.
Di pagi Jumaat yang indah ini, Harris telah menyerahkan mas kahwin berupa set perhiasan barang kemas dan sebentuk cincin berlian buat isteri tercinta.
Pihak pengantin perempuan telah memberikan sembilan dulang hantaran dan berbalas tujuh dulang daripada pihak pengantin lelaki.
Kelihatan sangat berseri, Intan tampil cantik berhijab dalam busana berwarna putih rekaan Hatta Dolmat.
Bahagia seorang ratu sehari!
Diberi tanggungjawab untuk menata hijab, Bella Hud telah memilih gaya loose buat pelakon filem Adnan Sempit itu bagi mengikut trend terkini selain merasakan ia sangat sesuai dengan bentuk wajah Intan.
Sama cantik, sama padan.
Moga Intan dan Harris dapat melayari alam perkahwinan dengan penuh rasa kebahagiaan dan juga kasih sayang. Didoakan agar hubungan ini kekal selamanya hingga ke syurga. Amin…
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Tak Bestlah Takde Lofa!’- Ramai Sedih Bila Neelofa Undur Diri Dari MeleTOP
Selebriti terkenal iaitu Neelofa telah mengumumkan pengundurannya sebagai pengacara rancangan MeleTOP pada malam semalam sewaktu siaran langsung rancangan tersebut.
Selepas tujuh tahun menjadi hos untuk program tersebut, dia mengatakan bahawa Disember ini adalah bulan terakhirnya bertugas sebagai hos di MeleTOP.
Neelofa dilihat turut menitiskan air mata sewaktu membuat pengumuman tersebut di saluran Astro Ria malam semalam.
Menurutnya, keputusan itu diambil kerana dia mahu fokus kepada perancangan lain dalam kerjayanya.
Ujarnya, ia sungguh sukar untuk dilakukan memandangkan dia sudah lama dan serasi dengan program berkenaan namun terpaksa kerana bakal terbabit dengan program baru yang dirancang oleh pihak Astro.
Telah bersiaran sebanyak 370 episod, Neelofa mula mengendalikan rancangan MeleTOP pad 30 Oktober 2012 bersama pasangan pengacaranya iaitu Nabil Ahmad.
Menyentuh mengenai siapa bakal menggantikan tempat Neelofa, Astro memaklumkan bahawa perkara itu akan diumumkan pada bulan Januari nanti.
Di laman sosial, ramai yang turut bersedih dengan pengumuman itu kerana berasakan Neelofa sudah terlalu sinonim dengan MeleTOP selain telah menjadi inspirasi buat kebanyakan penonton setia program tersebut.
.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bukan Kali Pertama Mengundi, Wanita Ini Kecewa Nama Tidak Berdaftar
Tanggal 19 November 2022 menjadi hari penantian setiap rakyat untuk menjalankan tanggungjawab untuk memilih pemimpin yang boleh dipercayai. Ramai yang tidak mahu melepaskan peluang untuk menyumbang dan berbakti bagi masa depan yang cerah.
Namun, hasrat seorang wanita tidak kesampaian apabila dia tidak dibernarkan untuk mengundi. Insiden itu berlaku di Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Tidak berdaftar di pusat mengundi?
“Ini kes pertama kami jumpa…”
I am still standing in Pondok SPR, SK Setiawangsa.@annabellybutton @amerhadiazmi pic.twitter.com/HQKbKxPhjt
— Aisha Ocasionalmente Corta AOC (@aisha_adam) November 19, 2022
Melalui perkongsian di laman sosial media Twitter, Aisha Adam, meluahkan rasa kecewanya oleh kerana tidak dapat untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa pagi semalam.
Dilaporkan oleh Says, Aisha menyatakan bahawa dia tidak tersenarai dalam manual pemilih berdaftar di pusat mengundi itu. Apabila di soal pada pegawai bertugas, mereka meminta Cik Aisha terus membuat rayuan kepada pengarah SPR.
Artikel berkaitan: ‘First Time’! Ramai Yang Bangga Hanis Dan Hairul Berkesempatan Mengundi, PRU14 Ralat dan Menyesal
Kejadian itu membuatkan wanita tersebut agak kecewa oleh kerana masalah dalam sistem pendaftaran undi. Dia juga terus membuat laporan polis berikutan kes tersebut.
“Saya dah 2 kali mengundi dan ini bukan first time saya mengundi,
“Yang peliknya, saya didaftarkan sebagai pengundi pos dan kertas undi saya dihantar ke Australia.” katanya.
Melalui temubual bersama Says, dia juga menyatakan makluman mengenai namanya didaftarkan sebagai pengundi pos dalam talian telah dikeluarkan tiga hari sebelum pengundian.
Baru selesai membuat laporan polis. Rupanya saya tidak keseorangan. Syabas kepada semua yang membuat laporan polis atas halangan-halangan yg dihadapi untuk mengundi hari ini. Andalah nadi demokrasi negara ini. Hidup Rakyat! pic.twitter.com/clnBCnkHHP
— Aisha Ocasionalmente Corta AOC (@aisha_adam) November 19, 2022
Artikel berkaitan: Ragam Siti Elizad Penat Beratur Mengundi Tapi Salah Sekolah, Buat Netizen Terhibur
“Saya menelefon pejabat SPR, tetapi tidak berjaya. Kemudian saya fikir, daftar pemilih telah dimuktamadkan, tetapi saya tetap berharap ia kemungkinan adalah satu kesilapan,
“Ini masalah besar. Ini maklumat peribadi saya dan pelanggaran data. Tambahan lagi, bagaimana SPR tiba-tiba boleh mendaftarkan saya sebagai pengundi pos? Ini penindasan terhadap hak pengundi.”ujarnya.
Sebelum ini, Aisha telah mengundi sebanyak dua kali pada pilihan raya umum 2013 dan 2018 menggunakan alamat dan maklumat peribadi yang sama, tiada pula masalah yang timbul.
Dia juga menunjukkan bukti yang menjelaskan nombor kad pengenalannya tidak di daftar ke akaun MySPR dalam talian yang memerlukannya untuk mengundi pos.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Janna Nick Dan Dini Schatzmann Selamat Bernikah Pagi Ini!
Pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Schatzmann selamat bernikah di sebuah lokasi tertutup di Langkawi, pagi ini.
Dengan sekali lafaz, Dini atau nama sebenarnya, Muhamad Dini Azan Schatzmann, 29, sah bergelar suami kepada Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 28, pagi tadi tepat jam 8:35 pagi.
Artikel Berkaitan : Hadiri Usrah Bersama Kilafairy, Penampilan Janna Nick Bertudung Litup Jadi Sorotan!
Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Janna iaitu Muner Abdullah dengan dihadiri Pengerusi Masjid Aisyah, Othman Yahya serta sepupu pengantin perempuan, Amir Fikri dan Amar Fikri.
Pada majlis indah yang diadakan di Masjid Aisyah itu, Dini turut menghadiahkan mas kahwin RM2,703 dan seutas rantai emas kepada Janna.
Jumlah mas kahwin adalah simbolik tarikh perkenalan pada 27 Mac 2019.
Dini mengucapkan syukur kepada Allah. Azan Schatzmann, 29, tidak sabar untuk memulakan hidup baru sebagai suami.
Beliau juga berharap agar setiap langkah mereka di dalam bahtera pengantin diberkati.
“Alhamdulillah, rasa terpaling bahagia dan lega apabila majlis pernikahan ini sudah selesai dan berjalan lancar.
“Maka bermulalah perjalanan baharu kami sebagai suami isteri,” katanya.
Dia berkata, majlis yang lebih tertutup dipilih kerana mahukan sesuatu yang privasi bersama keluarga dan teman rapat.
“Kami memang merancang perkahwinan yang bersifat peribadi dan privasi. Lebih bermakna untuk keluarga kami.
“Perkahwinan adalah sekali seumur hidup dan kami mahu jadikan majlis ini sesuatu yang indah sebagai memori kami berdua,” ujarnya
Terdapat ramai rakan-rakan artis yang hadir termasuk Izzue Islam, Nora Danish, Ain Edruce, Puteri Sarah Liyana, Nadia Brian, Mawar Rashid, Dayah Bakar dan ramai lagi.
Dini berkata, mereka memilih lokasi Koh Lipe, Thailand sebagai lokasi bulan madu.
“Kami tidak sempat untuk merancang berbulan madu di destinasi lebih jauh kerana penggambaran drama sudah bermula.
“Tetapi kesempatan bercuti ini kami tetap bercuti bersama di Koh Lipe. Ini adalah destinasi bulan madu pertama kami,” tuturnya.
Janna dalam pada masa sama turut berkongsi perasaan gementar dan risau untuk melangkah ke alam perkahwinan.
Janna pula meluahkan rasa gugup dan risau untuk berkahwin.
“Ini adalah satu fasa dan langkah terbesar sepanjang 28 tahun usia saya. Mengubah status daripada single ke isteri dan insya-Allah, seorang ibu.
“Saya juga mahukan satu majlis yang lebih dekat dengan saya sebagai Nurul Jannah. Meraikan fasa baharu saya bersama keluarga tercinta dan rakan-rakan,” katanya.
Mengenai kerjaya seni dan perancangan zuriat, Janna berkata, apabila dikurniakan cahaya mata, mereka akan meneruskan kerja seni dan bersedia pada bila-bila masa sahaja.
“Kita serahkan kepada Allah. Jika rezekinya awal, aalhamdulillah. Kami terbuka dan bersedia.
“Sekiranya ada rezeki, mungkin saya akan mula memperlahankan kerjaya seni dan fokus kepada perancangan keluarga,” katanya.
Terdahulu, penceramah, Ustaz Wadi Annuar, dan rakan artis dan saudara mara kedua-dua belah pasangan pengantin turut menghadiri majlis solat hajat dan bacaan Yassin pada sebuah majlis malam tadi.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI