Badan mula terasa lesu dan ‘lemau’ apabila tibanya hari Isnin–mana tidaknya, sudah sakan menikmati percutian hujung minggu kini terpaksa kembali kepada realiti. Tetapi fenomena Monday Blues ini sememangnya suatu perkara yang tidak asing tidak kira bagi yang bekerja atau sekolah.
Jadi adakah anda antara mereka yang tertanya fenomena Monday Blues ini hanya rekaan semata-mata? Ataupun ianya sekadar alasan untuk bersikap malas pada permulaan minggu yang baru?
Fenomena atau hanya sekadar alasan?
Kenapa hari isnin tiap kali menjadi satu hari yang sangat di benci oleh ramai orang? Adakah ia berpunca di sebabkan permulaan minggu baru buat semua kerana bakal menghadapi mesyuarat tak menentu, kerja yang semakin bertambah, bahkan, perlu memikirkan soal kehidupan seharian?
Ada perkongsian di Hellodoktor yang menerangkan lagi mengenai keadaan Monday Blues ini. Menurutnya, terdapat kajian yang di jalankan oleh laman web Gallup pada tahun 2015 menunjukkan peratusan sebanyak 32% pekerja di Amerika Syarikat yang di percayai komited dengan pekerjaan mereka. Melalui kajian ini mereka membuat kesimpulan bahawa jika seseorang itu tidak suka akan pekerjaan mereka, kebarangkalian mereka akan mengalami Monday Blues.
Ads
Hal ini di percayai kerana fenomena tersebut merupakan fenomena dari segi psikologi. Jadi bagi setiap hari yang anda lalui tetapi merasakan ia merupakan perkara yang sama berulang kali, mungkin itu merupakan satu tanda buat anda untuk mencari kerja yang anda suka dari meneruskan dalam pekerjaan yang anda ada sekarang.
Tunggu dahulu!–Fenomena ini juga ada di kaji oleh pengeluar makanan Marmite di United Kingdom, mereka mendapati kebanyakan ‘mangsa’ kepada fenomena ini adalah mereka yang berusia di antara 45 hingga 54 tahun. Monday Blues ini juga boleh di lihat dalam pelbagai cara berpandu kepada kelakuan pekerja itu seperti selalu datang lambat ke pejabat, menjadi kurang produktif sepanjang hari, dan ada juga yang hanya terukir senyuman mereka pada waktu tengahari.
Meski pun ia di anggap sebagai fenomena yang mengacau dari segi psikologi, tetapi anda boleh mengubahnya dengan niat permulaan dalam diri anda. Anda boleh cuba untuk mulakan perubahan itu dengan beberapa cara, sepertinya:
Jaga waktu tidur di hujung minggu: Mengikut nasihat pakar perubatan tidur, Dr Gregory Carter, elakkan untuk menggunakan konsep ‘ganti’ tidur di hujung minggu malah ikut sahaja jadual tidur awal dan bangun pada waktu yang sama. Ini kerana ia boleh menganggu ritma sirkadian (kitaran masa tidur) anda dan kesukaran anda untuk terus ubah jadual itu.
Makan coklat: Coklat buat anda rasa gembira? Ya! Kajian oleh Astrid pada tahun 2013 menunjukkan kandungan coklat yang mempunyai hormon serotonin boleh merangsang perembesan endorfin.
Rancang percutian anda: Elakkan dari pergi ke tempat yang membuatkan anda terfikir mengenai pekerjaan anda, rancang percutian yang boleh menenangkan diri dan alihkan perhatian anda dari fenomena Monday Blues.
Kondisi ini boleh menjadi dengan lebih teruk jika anda kerap menerapkan dalam diri untuk sentiasa stres dan tidak suka dengan kehidupan yang anda hadapi. Ingat–perubahan diri janganlah di paksa, pastikan anda pentingkan soal kepentingan mental anda terlebih dahulu. Jangan lupa makan coklat juga!
Walaupun tiada tangan, Norfarrah Syahirah Shaari tidak pernah menjadikannya sebagai kekurangan malah membuktikan pada semua yang dia juga boleh melipat cebisan kain dengan sempurna dengan menggunakan jari kaki.
Dengan tanda pagar #darikomunitiuntukkomuniti, videonya yang tular dalam media sosial meraih hampir 5,000 tontonan selepas dikongsikan penyanyi yang juga penyampai radio Kool FM, Haiza atau nama sebenarnya Rohaizah Nordin.
Video berdurasi 1 minit 59 saat itu menarik perhatian ramai lebih-lebih lagi menjadikan sesiapa yang melihatnya terkesima dengan keupayaan gadis luar biasa itu.
Lincah sahaja melihat jari jemari kaki kakitangan Kolej Komuniti Teluk Intan kelainan upaya itu menjahit kelengkapan perlindungan diri (PPE) petugas perubatan barisan hadapan (frontliner).
“Ramai yang nak tengokkan macam mana saya menjahit guna kaki. Ok, saya tunjuk skill saya menjahit guna kaki je dengan cara saya sendiri. Semangat nak menjahit baju PPE Frontliner ni.
“Ni je yang mampu saya dan team staf kolej komuniti Teluk Intan serta beberapa sukarelawan tukang jahit sekitar Teluk intan yang semangat nak membantu. Semoga urusan kami dipermudahkan, amin,” jelasnya.
Siapa sangka, dirinya juga yang merupakan seorang penceramah motivasi itu terus memberikan inspirasi kepada orang ramai dengan beberapa videonya yang tular memandu kereta dan tutorial memakai selendang serta telekung.
Projek amal dan tanggungjawab sosial (CSR) #DariKomunitiUntukKomuniti itu melibatkan 10 sukarelawan yang juga kakitangan Kolej Komuniti Teluk Intan termasuk Norfarrah Syahirah.
Aktiviti menjahit PPE untuk frontliner Hospital Teluk Intan dan Klinik Kesihatan Teluk Intan oleh team sukarelawan itu bersama 30 tukang jahit komuniti yang tinggal di sekitar 10 kilometer dari kolej terbabit.
Sebanyak 400 meter kain PPE yang dipotong di kolej dan di rumah beberapa tukang jahit dikumpulkan sebelum diagihkan kepada sukarelawan untuk dijahit di rumah masing-masing.
Nama Perdana Menteri Yang ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sebut dalam sebuah program realiti televisyien Who Wants To Be A Millionaire di India baru-baru ini. Ramai yang kagum orang di luar negara juga ketahui apa yang berlaku di Malaysia.
Rancangan Who Wants To Be A Millionaire sebenarnya pernah popular di negara kita buat seketika dahulu. Ramai yang sudah tahu selok-belok permainan rancangan realiti TV ini kerana memerlukan kepandaian untuk memenangi sejumlah wang yang begitu mudah.
Game show ini juga menjadi salah satu rancangan yang cukup menjadi perhatian orang ramai buat seketika dahulu. Dato’ Jalaluddin bin Tan Sri Haji Hassan juga merupakan hos yang cukup dikenali kerana sangat bagus untuk mengelolakan rancangan ini.
Di India pula, rancangan ini di kelolakan oleh seorang pelakon Bollywood yang cukup terkenal iaitu Amitabh Bachchan. Tular pula baru-baru ini dari klip rancangan itu apabila salah satu soalannya menyebut nama DSAI kepada pesertanya.
Sumber dari Kosmo Online
Wah cukup hebat sekali sehinggakan fenomena pertukaran perdana menteri yang baru dikenali cepat di serata dunia. Min yang tengok pun dah rasa bangga ramai kenali Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Mereka letak dekat soalan senang sebab ramai tahu DSAI” – warganet
Menjadi kepastian ramai yang akan memberikan pelbagai reaksi yang pelbagai apabila klip ini tersebar di Twitter. Ada yang teruja sehinggakan takut di cop fanatik pula kerana pengenalan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim di kaca TV negara India.
“Memang satu dunia menunggu dan raikan Anwar Ibrahim sebagai PM,
“Hahaha…hebat wei…sampai jadi soalan Who Wants To Be A Millionaire. Saya gagal menahan diri untuk impressed,
“Diorang letas as level soalan senang tu sebab satu dunia dah tahu,
“Lain macam popular PMX (Perdana Menteri ke-10) Malaysia!.” antara kata-kata yang teruja melihat klip pautan video itu.
Memiliki wajah yang cerah tidak semestinya memerlukan anda menggunakan rawatan wajah menggunakan bahan alami atau sebarang krim pemutih wajah. Anda boleh melakukannya tanpa sebarang ubat dengan hanya menjalani perintah agama sahaja.
Dalam Islam, mendapatkan wajah yang berseri dan awet muda itu cukup mudah, asalkan anda rajin melaksanakan ibadah seperti solat dan lain-lain lagi. Hijabista kongsikan tip yang berguna untuk anda kekal cantik dan berseri dengan hanya mengikut apa yang digalakkan di dalam Islam.
Basahkan Wajah Dengan Berwudhu’
Berwuduk merupakan perkara yang akan kita lakukan sebelum bersolat. Berwuduk bermakna membasuh anggota badan mulai daripada wajah hingga kaki. Ia tidak hanya buat anda bebas dari kotoran tetapi baik untuk kecantikan kulit terutamanya wajah. Tidak hairanlah orang yang selalu berwuduk nampak lebih berseri, segar dan awet muda.
Sentiasa Tersenyum
Senyum bukanlah satu perkara yang sukar, malah sangat mudah. Senyum juga termasuk dalam ibadah dan sebab itu kita sangat digalakkan untuk sentiasa senyum. Selain mendapat pahala, anda juga akan tampak lebih cantik, manis dan berseri apabila senyum hingga membuatkan anda kelihatan muda. Siapa tak nak nampak muda kan?
Bersihkan Diri Dari Perasaan Dengki Dan Iri Hati
Perasaan iri hati dan hasad dengki ini tentu sahaja ada dalam diri setiap manusia. Namun, anda perlu bijak mengawalnya agar ia tidak menguasai diri. Jika anda perasan, individu yang suka mendengki ini memiliki wajah yang kusut dan kusam hingga menyebabkan mereka kelihatan lebih tua kerana jarang tersenyum. Jadi, hindari sikap iri hati agar jiwa tetap terjaga dan sentiasa damai. Apabila hati bersih, fikiran pun jadi lebih tenang.
Dalam Islam, menyayangi anak yatim sangat digalakkan kerana ia juga merupakan salah satu cabang untuk anda ke syurga. Sebenarnya, menyayangi anak yatim akan membuatkan hati anda menjadi lebih lembut dan penuh dengan kasih sayang. Kelembutan akan terpancar melalui wajah hingga anda terlihat cantik luar dan dalam.
Dirikan Solat Di Awal Waktu
Solat merupakan kewajipan bagi setiap umat Islam kerana ia merupakan tiang agama. Ternyata gerakan dalam solat boleh membantu wajah anda kelihatan lebih segar dan berseri, terutamanya gerakan sujud. Ketika sujud, darah akan mengalir ke seluruh wajah dan memasuki otak sehingga tidak hanya menyihatkan, malah bermanfaat juga untuk kecantikan wajah.
Kemesraan yang ditunjukkan oleh keluarga Lesti Kejora dan Rizky Billar kembali meraih perhatian ramai. Bakal menyambut kelahiran anak kedua, pasangan yang dikenali sebagai Leslar...