Umum sedia maklum bahawa penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin (Tok Ti) merupakan antara anak jati kelahiran pahang yang mempunyai bakat yang tidak perlu dipertikaikan lagi.
Malah, isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa itu juga pandai membawa diri dalam industri seni hingga dirinya disayangi dan diminati ramai.
Baru-baru ini menerusi muatnaik di laman Instagram miliknya Tok Ti berkongsikan video memapaparan anak sulungnya, Siti Aafiyah yang membuat persembahan di konsert tadika.
Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Rata-rata netizen yang menyaksikan video berkenaan mengaku terhibur melihat gelagat Aafiyah yang comel menyanyi dan menari bersama rakan-rakan.
“Semalam anak ibu Aafiyah buat persembahan sempena Graduation Day, Aafiyah menghafaz dan menari. Ibu tak dapat hadir kerana tugas yang perlu diselesaikan di Singapore. Alhamdulillah.. Aafiyah berikan yang terbaik, bukan main dia menari ye.. Thank You Ayah dah temankan Aafiyah.. Love you!” Tulis Siti di ruangan kapsyen.
Bagaimanapun, Siti memanjatkan rasa penuh kesyukuran kerana anaknya yang comel dan bijak itu telah berusaha memberikan yang terbaik pada persembahan konsert pertama tadikanya.
Ads
Lebih mencuri perhatian apabila anak sulung Tok Ti itu begitu bersemangat menari dengan begitu lincah sekali. Comel sungguh Aafiyah!
Sekali pandang gelagat Aafiyah ni saling tak tumpah seperti ibunya, memang berbakat! Pandai betul Aafiyah menari sambil menyanyi.
Netizen yang teruja melihat perkongsian rakaman yang dimuat naik penyanyi kesayangan Malaysia itu telah meninggalkan tanda suka sehingga video itu kini mencecah lebih 300 ribu tontonan.
Ads
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati ramai antara wargamaya yang memuji bakat yang diwarisi oleh Aafiyah.
Setiap kali masuknya awal bulan Islam, maka akan tersebarlah hadis-hadis yang menceritakan akan kelebihan bulan tersebut. Ia sentiasa disebut atau disebarkan oleh sebahagian masyarakat kita pada hari ini.
Bulan Rejab merupakan salah satu bulan yang mulia dan ia termasuk di dalam bulan-bulan Haram sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW.
Apakah terdapat kelebihan atau amalan tertentu (khusus) dalam Bulan Rejab berdasarkan pendapat para ulama’?
Photo by Konevi from Pexels
Di sini dinyatakan beberapa pendapat para ulamak berkaitan kelebihan bulan Rejab, antaranya ialah:
*Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: “Tidak ada disebut di dalam hadith yang sahih (yang boleh dibuat hujjah) akan kelebihan bulan Rejab, berpuasa padanya, berpuasa daripadanya disebabkan sesuatu perkara yang tertentu dan solat yang khusus”. [Tabyin al-‘Ajab, 9]
*Imam Ibn al-Qayyim mengatakan: “Setiap hadith yang menyebut berkaitan puasa di bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu di dalam bulan tersebut adalah satu pendustaan yang direka”. [al-Manar al-Munif, 96]
*Imam al-Syaukani pula berkata: “Tidak ada disebut berkaitan amalan pada bulan Rejab secara khusus di dalam sunnah yang sahih, juga yang hasan dan juga yang dhaif (dhaif ringan). Bahkan, kesemua yang diriwayatkan berkaitannya secara khusus adalah palsu lagi dusta dan teramat dhaif”. [al-Sail al-Jarrar, 297]
*Imam Ibn Rejab berkata: “Tidak ada yang sahih pada kelebihan berpuasa di bulan Rejab yang khusus daripada Nabi SAW dan juga tidak ada yang khusus daripada sahabat Baginda SAW”. [Faidh al-Qadhir, 4:210]
Setelah dilihat dan menekuni pendapat para ulamak dalam masalah ini, cenderung untuk mengatakan bahawa bulan Rejab tidak mempunyai apa-apa kelebihan yang khusus daripada hadis-hadis yang sahih seperti amal ibadat tertentu.
Walaupun begitu, ini tidak menghalang seseorang itu untuk melaksanakan amalan seperti berpuasa, solat sunat, bersedeqah dan lain-lain lagi dengan syarat tidak beri’tiqad (mempercayai) bahawa amalan ini mempunyai kelebihan-kelebihan yang khusus atau tertentu. Ini kerana, bulan Rejab termasuk di dalam bulan-bulan haram yang mana diketahui akan kelebihan bulan-bulan haram berbanding bulan-bulan yang lain.
Maksudnya: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa”.
Di antara kelebihan yang terdapat di dalam bulan Haram ini ada disebutkan oleh al-Hafiz Ibn Kathir di dalam tafsirnya, yang mana beliau telah menukilkan pendapat daripada Ibn Abbas RA yang menyatakan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan yang lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan di dalam bulan Haram ini adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain. [Tafsir Ibn Kathir, 4:130]
Berdasarkan soalan di atas, hadis di atas adalah palsu dan tidak diketahui asalnya daripada kitab-kitab hadis yang muktabar. Ini merupakan salah satu pendustaan yang direka dan disandarkan di atas nama Nabi SAW. Bahkan, hadis ini juga turut digunakan pada bulan-bulan Islam yang lain seperti Zulhijjah, Sya’ban, Ramadhan, Muharram dan sebagainya.
Kesemua hadis yang menceritakan tentang kelebihan memberitahu akan kemasukan awal bulan-bulan Islam ini adalah palsu. Justeru itu, penyebaran hadis ini perlu dihentikan dengan serta-merta sama ada melalui meja-meja penceramah dan juga media sosial serta ia tidak boleh lagi disebarkan melainkan untuk menyatakan akan kepalsuannya.
Hukum Meriwayatkan Hadis Palsu
Para ulama menyatakan bahawa tidak dibolehkan atau haram bagi kita meriwayatkan hadis palsu apabila diketahui akan keadaannya (palsu) melainkan bagi menjelaskan akan kepalsuannya. Ini merupakan pendapat Imam Ibn Salah, Imam al-Nawawi, al-Suyuthi dan ramai lagi termasuk ulama-ulama hadith masa kini. Hukum ini terbina berdasarkan kepada hadith-hadith yang menceritakan berkaitan larangan keras Rasulullah SAW terhadap pendustaan di atas nama Baginda SAW.
Maksudnya: “Barangsiapa yang berkata di atas namaku yang mana aku tidak perah mengucapkannya maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” [Riwayat al-Bukhari (109)]
Maksudnya: “Janganlah kamu berdusta di atas namaku, kerana ia iaitu yang berdusta di atas namaku tempatnya adalah neraka.” [Riwayat al-Bukhari (106) dan Muslim (1)]
Maksudnya: “Sesiapa yang menyampaikan daripadaku sesuatu hadith yang pada sangkaannya adalah dusta maka dia adalah termasuk dalam kalangan pendusta.” [Lihat: Muqaddimah Sahih Muslim]
Tanggungjawab Dan Peranan Kita
Sebagai seorang mukmin yang cinta kepada Rasulullah SAW seharusnya bagi kita menjaga nama dan diri Rasulullah SAW daripada dicemari dengan pendustaan dan pemalsuan golongan yang tidak bertanggungjawab. Ini merupakan bukti dan tanda cinta serta kasih kita kepada Rasulullah SAW sebagaimana di dalam sebuah hadis:
Maksudnya: “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia kasih kepadaku lebih daripada dia kasih kepada ibubapanya, anakya dan manusia keseluruhannya.” [Riwayat al-Bukhari (15)]
Di samping itu juga, menjadi kewajipan kita semua sebelum membaca, menulis, mengajar, menyampaikan atau menyebarkan sesebuah hadis Nabi SAW, ia perlulah dikenalpasti terlebih dahulu akan sumber dan status (hukum) hadith tersebut. Ini kerana, bimbang dengan tidak menyatakan sumber dan hukum hadith tersebut, akan menyebabkan kita termasuk ke dalam ancaman Nabi SAW. Dengan cara ini, ia akan menjaga kesucian agama ini dan juga daripada penyelewengan golongan-golongan yang ingin menghancurkan Islam.
Kesimpulan
Kesimpulannya, hadis palsu merupakan peringkat hadis dhaif yang paling buruk sebagaimana yang telah disebutkan oleh Imam Ibn Salah:
Maksudnya: “Ketahuilah olehmu bahawa sesungguhnya hadith palsu adalah termasuk di dalam hadith-hadith dhaif yang paling buruk.” [Lihat: al-Muqaddimah, 98]
Photo by Tayeb MEZAHDIA from Pexels
Tambahan pula, hukum meriwayatkan hadis palsu adalah haram melainkan bagi menyatakan akan kepalsuannya dan akibatnya akan dicampakkan ke dalam neraka di akhirat kelak. Semoga Allah SWT memelihara lidah-lidah kita daripada berdusta di atas nama Nabi SAW.
Sempena kemasukan bulan Rejab ini, marilah sama-sama kita mempertingkatkan amalan baik kita dan semoga Allah SWT sentiasa memberi kita taufiq dan hidayah-Nya dalam setiap amalan yang kita lakukan agar ia tidak bercanggah dengan al-Quran dan juga sunnah Rasulullah SAW. Wallahua’lam.
Siapa tidak kenal dengan selebriti ini yang memang lincah dan aktif sekali sifatnya. Sharifah Sakinah yang baru melahirkan anak sulung tahun ini mempunyai cara tersendiri untuk kekal cantik. Percaya atau tidak sepanjang 28 tahun, dia tidak pernah memakai pencuci muka dalam menjaga kecantikan diri. Bukan tidak percaya tetapi dia ada rahsia tersendiri yang diamalkan selama ini.
Bagi pelakon yang juga adik kepada Shira Ijoy, walaupun bertaraf selebriti yang perlu menjaga kecantikan kulit wajah kerana ia adalah aset utama, tetapi pendiriannya agak bebeza. Begitu juga Sakinah turut menolak pemakaian penyegar dan pelempab yang perlu ada dalam penjagaan regim kecantikan bagi kaum wanita.
Dia yang memang dikenali dengan gaya hidup sihat memberitahu dirinya lebih mementingkan soal kesihatan dari kecantikan. Malah falsafah dirinya juga cukup mudah, apabila anda sihat, kecantikan dalaman itu akan menyerlah sisi cantik luaran diri.
Bercakap pada Rojak Daily, wanita ini akan memastikan dirinya setiap hari berpeluh. Memperuntukan 30 minit berlari di atas treadmill ataupun joggingdi taman, minum air putih yang banyak dan itulah rutin penjagaan kecantikannya.
Menurutnya bila berpeluh, dia merasakan dirinya sihat dan cantik. Malah Sakinah juga tidak percaya produk penjagaan wajah yang mempunyai kandungan bahan kimia yang tinggi.
Malah kebanyakan wanita yang beranggapan bahawa cantik itu harus putih tetapi Sakinah tidak percayakan sebarang produk yang mampu mengubah wajah dan membuatkan kulit jadi putih.
Dia lebih yakin dengan wajah natural, penggunaan solekan yang minimal serta gaya hidup sihat yang akan memberikan keserian pada wajah anda yang sebenar.
Walau bagaimanapun menurut Sakinah dia juga pernah berhadapan dengan masalah kulit teruk pada tahun lalu apabila jerawat menyerang wajahnya. Untuk mengatasi masalah itu, dia setiap hari bersenam, berpeluh dan minum air putih banyak untuk menghilangkah masalah jerawat berkenaan.
Namun ia jadi bertambah teruk hinggalah dia bertemu dengan satu jenama kecantikan dari Indonesia. Menurutnya kulit wanita Asia ini kebanyakan kering dan berminyak serta berjerawat disebabkan cuaca panas.
Jadi perlukan penjagaan kulit dari orang Asia sendiri untuk menjaga kulit wajah. Bermula dengan penggunaan produk ini hinggalah dia dilantik untuk menjadi duta bagi jenama kecantikan terbesar di Indonesia ini. Dengan penggunaan bahan-bahan organik dan sihat menyebabkan dia tertarik dengan tawaran diberikan.
Tahniah diucapkan pada Sakinah dan semoga dia boleh mendidik wanita di luar sana tentang kecantikan dan kesihatan secara semula jadi tanpa ghairah mengubah bentuk dan warna asal kita.
Macam-macam cara dan bahan digunakan untuk membuat masker. Dan salah satu perkongsian di laman facebook dari Dura Zain yang menggunakan bahan-bahan dapur untuk membuat masker. Agar pelik sedikit kerana menggunakan tepung kacang kuda yang dicampurkan dengan bahan lain. Petua ini juga rupanya diamalkan oleh wanita India dan juga Pakistan.
Rose water: Anti radang, ada soothing efek dan seimbangkan ph kulit. Kedai Arab banyak jual rose water ni. Jojoba oil/Olive oil: Mesra kulit dan melembutkan sel-sel mati yang keras supaya proses sental daki tidak sakit dan gembira. Hasilnya kulit jadi licin bebas whitehead dan biji-biji kasar.
Hasilnya akan membuat wajah tampil berseri. Bukan itu sahaja, ia juga boleh digunakan untuk membuang sel mati, bulu-bulu halus di muka, kurangkan lebihan minyak dan juga cegah jerawat serta jeragat.
Petua tradisional yang diamalkan oleh wanita dari India dan Pakistan ini memang menjadikan kulit mereka sentiasa kelihatan halus dan mulus.
Buat sendiri face mask dari bahan celah kabinet dapur je. Saya beri nama dia #DIY#instant_whitening_facemask sebab lepas pakai muka boleh jadi lebih cerah berseri gittew. Pakai bedak pun rata je. Ishh memang bestlah haihh.
Elok sangat untuk buang sel mati, bulu-bulu halus di muka, kurangkan lebihan minyak di muka, cegah jerawat dan jeragat. Ini petua lama dari Wanita kaum india dan pakistan untuk kecantikkan kulit.
Patutlahh retis bollywood lawo-lawo kan? Hehe. Ok jom tengok bahan apa yang perlu dan cara buat.
Bahan-bahan:
1 Sudu besar tepung kacang kuda(gram flour)
1 sudu besar rose water/susu
1 sudu kecil jojoba oil/olive oil
epung kacang kuda a.k.a gram flour: Popular di India, selamat untuk semua jenis kulit.
Cara membuat:
Cara buat dan cara pakai boleh refer kat video dan gambar ye.
Sila #share untuk manfaat bersama. Sama-sama berseri hari raya nanti. Kulit dah bersih senang nak make up cun cun. Yeaaay
By,
Dura Zain a.k.a Kak Jemari mulus
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini pasangan selebriti terkenal Indonesia, Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-4.Untuk menjadikan detik itu lebih manis dan...