Selari dengan perkembangan pantas teknologi, dapat kita lihat bahawa trend solekan juga mengalami perubahan sama, malah di aplikasi sosial seperti Tik Tok dan Lemon8 ramai menjadikan tresb solekan sebagai content hingga tular dan menjadi sorotan wargamaya khususnya wanita.

Bagi sesetengah orang tujuan bersolek hanyalah untuk menutup cela pada wajah dan sekadar untuk kelihatan lebih cantik dan menambah seri pada wajah. Namun, sedarkah anda? Trend solekan juga sebenarnya merupakan penanda garis masa bagi satu-satu era.

Sehubungan itu, bagi tahun 2023 ini! Hijabista bawakan kepada anda lima gaya solekan yang bakal menjadi sorotan ramai, sekaligus popular pada tahun ini!

1. Skintellectual atau Skinmalism

Lima Solekan Dijangka Bakal ‘Viral Dan Meletup’ Tahun Ini!

Skintellectual atau skinmalism akan terus popular dan menjadi pilihan bagi mereka yang lebih suka dilihat seperti ‘Bare face’ tapi sebenarnya menggunakan make-up dengan lebih ringan dan tidak gemar bersolek tebal.

2. Make Up Stail Y2K Kembali!

Lima Solekan Dijangka Bakal ‘Viral Dan Meletup’ Tahun Ini!

Walaupun terdapat lambakan trend make-up yang sudah jauh terkehadapan, namun dijangkakan trend make up pada tahun 2000-an ini bakal kembali mengulang sejarahnya, namun lebih moden dan trendy! Solekan berkilat gemerlapan ala Y2K dijangka akan terus diminati sepanjang tahun ini.

Ini demikian kerana, Gen-Z nampaknya belum puas untuk bereksperimen dengan idea solekan ini yang dilihat sangat funky dan sweet persis gaya ‘Barbie Doll’. Nak buat macam mana kan? Wanita dan Barbie berpisah tiada!

Ads

Artikel Berkaitan: Mudahnya Menanggalkan ‘Solekan’ Hanya Dengan Satu Sapuan Je!

3. Kilauan Mutiara ‘Bedazzled & Bejewelled’ Memukau!

Lima Solekan Dijangka Bakal ‘Viral Dan Meletup’ Tahun Ini!

Bukan setakat solekan yang hanya berkilat gemerlapan seperti Y2K dijangka akan menjadi trend, lebih advaced lagi adalah solekan yang menggunakan warna-warna ‘bold’ tetapi di tambah dengan ‘bedazzled & bejewelled’ yang bakal memukau dan menaikkan lagi seri di wajah, terutamanya untuk menghadiri majlis-majlis makan malam bertemakan ‘glamorous night’.

Bukan setakat batu kristal dan mutiara bermacam-macam warna akan menghiasi wajah khususnya pada bahagian mata, namun solekan ini juga akan disuai padan dengan aksesori berlian berkilauan yang sesuai tau!

Ads

4. Eyeliner Lebih ‘Advanced’

Lima Solekan Dijangka Bakal ‘Viral Dan Meletup’ Tahun Ini!

Penggaris mata (Eyeliner) dan pembayang mata (eyeshadow) amat sukar untuk dipisahkan sejak ianya menjadi trend dan dijangka akan terus meneraju trend solekan mata. Ini demikian kerana, penggunaan eyeliner adalah cara yang paling mudah untuk menonjolkan bahagian mata seseorang!

Malah, penggunaan eyeliner ini mampu mengubah bentuk mata seseorang mengikut bentuk mata yang diidamkan seperti mata bundar, mata besar, mata sepet, mata daring, mata sexy dan sebagainya.

5. Gincu ‘Glossy & Bright!’

Lima Solekan Dijangka Bakal ‘Viral Dan Meletup’ Tahun Ini!

Ads

Bagi solekan bibir pula, Hijabista menjagkakan bahawa gincu bibir dalam kemasan satin serta olesan pengilat bibir akan menjadi satu fenomena.

Selepas bertahun-tahun ‘dihantui’ trend gincu kusam kering dan matte, bibir dengan kemasan glos yang memberikan kesan mungil pada bibir bakal menjadi pilihan wanita-wanita di seluruh dunia untuk melengkapkan solekan di wajah mereka! Pasti ramai Hijabi di luar sana yang mendambakan bibir penuh seperti Kylie Jenner, justeru glos adalah jalan penyelesaian pantas dan mudah untuk dimiliki!

Sumber: Eh

Artikel Berkaitan: Magis Solekan Sempurna, Penting Ikut Turutan Yang Betul. Baru Lawa!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI