Kulit manusia mengandungi banyak mikroorganisma yang hidup, ia termasuklah dengan kulat. Kebiasaannya, ia tidak membawa apa-apa yang bahaya kepada manusia, meski pun rasa yang tidak selesa. Namun, ada juga kulat yang boleh mula aktif dan menyerang kulit manusia!
Situasi ini kadang kala tidak dapat kita kawal kerana ia berlaku secara tiba-tiba. Tetapi anda boleh lakukan beberapa benda unutk mengatasi daripada ia berlaku, mencegah lebih baik dari mengubati.
Kulat tumbuh di kulit muka?
Sumber gambar dari Canva
Seperti yang anda sedia maklum, badan kita mempunyai bilangan mikroorganisma yang banyak di atas permukaan kulit. Kulat juga menjadi salah satu mikroorganisma yang hidup tetapi kebanyakkannya tidak mengancam kepada kita. Namun, ada sesetengah kondisi kesihatan yang berlaku apabila kulat mula aktif tumbuh dan muncul di permukaan kulit yang membuatkan kulit seseorang individu itu meradang.
Antara beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah ini adalah seperti:-
- Sistem imuniti yang menurun
- Terlalu banyak mengambil makanan yang manis dan berkanji
- Ada hubungan kontak rapat dengan mana-mana individu yang sudah di jangkiti oleh kulat, serta menggunakan barang-barang peribadi mereka (tuala, sikat, dan sebagainya)
- Persekitaran yang panas dan juga lembap
Sumber gambar dari Canva
Berikutan adalah bagaimana kulat boleh muncul atas permukaan kulit yang membuatkannya menjadi aktif dan mula menyerang manusia. Ada juga fenomena yang tidak di ingini di mana kulat muncul pada kulit wajah! Setiap kondisi bagi setiap individu akan berbeza, ini termasuklah seperti:-
- Kulat tumbuh pada kesan luka, naik ruam dan ulser
- Kawasan yang di jangkiti menjadi sangat gatal dan meradang
- Kulit menjadi menggelupas
Menurut UNANSEA, kajian makmal di lakukan kepada mereka yang menghidap masalah kulat di muka ini. Tujuannya untuk mengenalpasti secara terperinci dengan tepat bagi memastikan rawatan yang sesuai. Analisis akan di lakukan pada sampel kulit yang telah di jangkiti.
Artikel berkaitan: Seluar Dalam Boleh Expired Tau! Risiko Kena Jangkitan Kulat Jika Guna Terlalu Lama
Adakah kulat di muka berbahaya? Cara yang di syorkan oleh doktor
Sumber gambar dari Canva
Pada peringkat awal, pembiakan kulat di muka secara semula jadi tidak berbahaya kerana ianya akan menyerang sel-sel kulit mati (epidermis). Walau bagaimanapun, jika anda segera mendapatkan rawatan dengan kadar yang cepat selepas mengetahui ada kulat di muka, ia boleh mengurangkan risiko yang boleh menjadi lebih teruk.
Kulat bukan sahaja boleh merebak pada muka, malah, ia juga boleh merebak kepada sesetengah bahagian badan. Dalam kes yang berisiko tinggi, ia boleh menganggu sistemm organ-organ dalaman yang membawa kepada patologi di saluran darah.
Jadi kebiasaan untuk mereka yang menghadapi masalah ini, mereka seharusnya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan selanjutnya. Doktor akan memastikan rawatan dan ubat yang sesuai hanya berdasarkan keputusan makmal.
Sumber gambar dari Canva
Rawatan tersebut akan memerlukan seseorang individu itu untuk mengambil beberapa ubat-ubatan dan juga krim khas. Pil yang paling popular di berikan adalah Orungal, DIflucan, Lamisil, dan lain-lain. Ia membantu mengubati masalah jangkitan kulat dari dalaman supaya ia lebih berkesan dan bergantung kepada dos yang di syorkan.
Manakala, untuk kegunaan dari bahagian luaran, doktor akan memberikan ubat krim yang sesuai. Kebiasaannya, doktor akan memberikan krim Mikoket atau Mikonazol, ia berfungsi untuk menghalang pembiakan kulat sekaligus menghampuskan kulat yang ada pada permukaan kulit.
Sebagai langkah berjaga-jaga anda perlulah tahu untuk tidak berkongsi penggunaan barang peribadi, seperti sikat, tuala, atau apa-apa yang berkaitan yang di gunakan pada permukaan kulit, supaya elak dari berisiko untuk di jangkiti kulat. Anda juga perlu memantau persekitaran anda dalam keadaan yang bersih dan tidak lembap kerana ia juga membantu untuk menghalang pertumbuhan kulat yang boleh muncul di permukaan kulit.
Sumber info dan gambar: UNANSEA dan Canva
Artikel berkaitan: Bibir Anda Kering Tanda Hidap Cheilitis? Jangan Biarkan Begitu Sahaja Dan Cari Solusi
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI