Ramai wanita kini memilih untuk memakai kanta lekap berbanding cermin mata kerana ia mudah dan tampak lebih cantik. Buat hijabi, tentunya tudung akan lebih mudah untuk dibentuk jika tidak memakai cermin mata.
Tetapi, memakai kanta lekap ada kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Sekiranya ia tidak dijaga dengan baik, mata anda akan mudah terkena jangkitan. Sekiranya anda tetap mahu menggunakan kanta lekap, sebaiknya beli di kedai-kedai optik kerana ia lebih meyakinkan. Elakkan daripada membeli secara online atau membeli kanta lekap tanpa kelulusan.
Inilah yang terjadi kepada seorang gadis bernama Nik Nur Adibah Athirah yang mengalami luka besar pada kornea matanya akibat membeli kanta lekap di kedai biasa. Menurut perkongsiannya di Facebook, dia hanya memakai kanta lekap tersebut dalam dua hingga tiga jam tetapi tiba-tiba rasa sakit dan mata menjadi kabur selepas dia membuang kanta lekap tersebut.
Pada awalnya, dia ingatkan ia hanya perkara biasa dan akan sembuh selepas tidur. Tetapi tidak dan bertambah teruk hingga mata jadi berair. Dia kemudian pergi ke hospital dan doktor mengesahkan kedua-dua belah matanya mempunyai kesan luka.
Ikuti perkongsiannya dan diharapkan ia menjadi iktibar kepada hijabi di luar sana.
Sebelum ni baca kisah orang , kali ni terkena kat diri sendiri. Awal 2018 yg agak menyedihkan.
Ads
29/12/17
Pakai lens, dalam 2 – 3 jam lepas tu tiba-tiba rasa sakit, tapi tak dapat nak buang lagi sebab ada kat luar. Sampai rumah lebih kurang pukul 8, buang lens tu dan mata dah jadi kabur. Mula-mula tu ingat biasa, mungkin lepas tidur nanti jadi okey balik.
30/12/2017
Nak pergi kerja mata mata kabur lagi, pakai cermin mata pun kabur lagi. Lebih kurang tengahari, mata sebelah kanan, rasa tak selesa dan sakit, macam ada benda asing masuk dalam mata. Check tengok dan basuh dgn air. Tapi takde apa-apa.
Mata sakit lagi dan jadi berair. Mata sebelah kanan tak dapat nak bukak macam biasa, boleh bukak sikit dan akan berair sakit balik. Petang tu call ma, datang amik kat tempat kerja sebab tak dapat nak balik sendiri, mata kabur + sakit tak dapat nak bukak.
Malam tu, mata jadi lagi sakit kena banyak tutup mata. Azabnya rasa sampai nangis sebab sakit dan tak dapat nak tengok apa-apa . Mata tak boleh kena cahaya atau benda yang silau macam skrin handphone & TV. Titis eyemo pun tak jadi
Ads
31/12/2017
Pergi klinik , masukkan ubat dalam mata dan nampak ada kesan garisan tercalar. Pastu buat vision test. Banyak huruf yang tak nampak, penglihatan dah kabur. Masa ni memang tak boleh kena cahaya langsung, jalan sambil tutup mata dan pimpin tangan ma. Tak dapat nak tengok apa-apa. Boleh buka mata kejap-kejap jadi sakit dan berair. Kalau kena cahaya, mata jadi sakit hingga ke kepala.
Doktor di klinik buat surat dan suruh refer ke bahagian kecemasan di hospital. Pergi ke bahagian kecemasan, Doktor check dan nak pergi ke bahagian pakar tapi masa tu dah lewat Doktor pakar dah takde. Dan doktor di bahagian kecemasan mintak refer saya ke Doktor di wad Oftamotologi.
Doktor kat situ check dan titiskan ubat. Nampak ada kesan luka di kornea mata. Luka kat mata kanan dan kiri. Tapi yang bahagian kanan lagi besar luka. Doktor bagi ubat titis dan krim untuk letak kat dalam mata. Dan esok kena datang lagi jumpa doktor mata.
1/1/2018
Mata sebelah kiri pun rasa sakit jugak . Dua-dua mata tak dapat nak bukak lagi. Mata pedih, kabur, berair dan tak boleh kena cahaya lagi. Kat rumah semua lampu dalam rumah saya tutup. Pergi hospital, jalan pun tutup mata lagi. Nasib ada ma tolong pimpin. *terima kasih ma*
Ads
Doktor check mata, luka sebelah kanan dah makin kecil tapi tak pulih sepenuhnya lagi. Doktor pesan lepas titis buat kena tutup dulu mata. Tak boleh banyak pergerakan mata sebab tisu-tisu akan tumbuh yang baru. Masa makan pun makan sambil pejam mata. Masa jalan pernah sampai terlanggar pintu.
2/1/2018
Mata masih lagi kabur dah boleh buka sikit-sikit. Sakit dah kurang sikit tapi mata tak boleh kena cahaya lagi.
3/1/2018
Mata dah makin ok , dah boleh kena cahaya tapi masih kabur sikit.
4/1/2018
Ada appointment jumpa doktor. Untuk check mata dan bahagian saraf. Alhamdulillah semua ok. Cuma mata masih merah, doktor cakap nanti kesan merah akan hilang.
Doktor pesan kalau boleh jangan pakai contact lens, sebab cara jaganya susah & mata mudah terkena jangkitan kalau silap pakai.
Jangan pakai contact lens yang sembarangan tanpa kelulusan. Kalau nak pakai jugak beli di kedai optimetrist dan dengan penjagaan yang betul tapi sebaiknya pakai cermin mata berbanding contact lens.
Dah ramai yang kena mcm ni. Boleh mengakibatkan terkena ulser mata dan berkudis dalam mata .
Sebelum ni saya dah pernah pakai contact lens, tapi tak selalu pakai. Pernah pakai yg beli di optimetrist dan di kedai-kedai biasa . Dan kali ni tak bernasib baik, beli di contact lens di kedai biasa dan terkena macam ni.
Kalau nak pakai contact lens untuk saja-saja, lebih baik jangan kalau rasa sayangkan mata. Sakit bila hilang nikmat penglihatan.
Pesanan utk diri sendiri dan orang lain.
Walaupun pengalaman hijabi ini telah lama berlalu, hijabista mahu semua hijabi diluar ambil iktibar supaya tidak membeli contact lens di kedai yang sebarangan patah lagi di atas talian. Semak kesahihan jenama di pasaran dan rujuk pada pakar apabila terjadi perubahan ketara pada mata anda.
Trend makan tiram mentah kian menjadi perhatian orang ramai. Semakin ramai yang mengidam untuk makan tiram mentah oleh kerana pengaruh perkongsian influencer di sosial media sehingga membuak perasaan ingin tahu dalam diri.
Namun, ramai juga yang telah jatuh sakit selepas menjamu makanan viral itu. Platform sosial media menjadi medan perbahasan mengenai trend memakan tiram mentah ini. Ada juga berpendapat hanya sekadar trend, ramai yang sanggup jatuh sakit.
Teringin nak rasa tiram mentah ‘membawa maut’
Ya, tidak di nafikan perasaan yang mebuak-buak apabila kita lihat ramai influencer serta perkongsian orang ramai di sosial media tentang trend makan tiram mentah ini. Sehinggakan ada yang boleh menempah tiram mentah terus di rumah.
Tiram ataupun Oysters, merupakan salah satu hidupan laut yang sangat di gemari orang ramai ini mengandungi vibriosis yang boleh membawa maut. Bakteria Vibrio ini selalu di jumpai di laut atau kawasan air masin di mana tiram hidup dan membiak. Kalau anda nak tahu, cara tiram untuk mendapatkan makanan adalah dengan menapis air dari kawasan persekitarannya, jadi bakteria yang sedia ada di dalam air akan terkumpul dalam tisu badan tiram.
Vibriosis merupakan satu jenis keracunan yang disebabkan oleh jangkitan dari kumpulan bakteria vibrio. Namun, ada sebilangan sahaja spesies bakteria Vibrio yang tidak meberhaya, tetapi sesetengah spesies boleh menyebabkan keracunan dengan gejala yang sangat teruk, seperti bakteria Vibrio vulnificus dan Vibrio parahaemolyticus. Gejala yang sering di dapati adalah cirit-birit dan muntah-muntah, tetapi jangkitan dari bakteria Vibriovulnificus boleh menyebabkan kematian.
Ramai yang telah jatuh sakit akibat mengikut trend makan tiram mentah tanpa di masak. Bahkan telah mendapat banyak kerisauan dari khalayak ramai, masih ada segelintir rakyat di Malaysia beranggapan jika tidak dapat rasa pada waktu sekarang, bila lagi.
Melalui perkongsian di @natashazlkh di Twitter, dia cuba untuk menyedarkan orang ramai terhadap keburukan dan kemudaratan yang boleh di bawa jika makan tiram secara mentah. Respon pengguna Twitter bernama @natashazlkh itu berniat untuk membalas tweet seorang influencer yang tular disebabkan makan tiram mentah dengan harga yang murah sebanyak RM6.00.
Oysters = filter feeders = can contain chemical contaminants ie. Heavy metals + Vibrio bacteria + other viruses
I dont really see people sharing this fact because oysters are usually seen as a boujee delicacy but there are health risks when eating oysters raw… https://t.co/omFk0mJfVQ
“Saya kurang melihat orang ramai berkongsi tentang fakta ini di sebabkan makan tiram mentah di anggap sebagai satu makanan ‘berada’ tapi akan ada akibat jika makan secara mentah…” katanya untuk mengingatkan orang ramai bahaya makan tiram mentah.
Menurut Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Labuan di pautan Facebook, jualan tiram mentah di gerai-gerai tepi jalan agak tidak sesuai kerana suhu penyimpanan tiram mentah perlu dititikberatkan. Penyimpanan tiram mentah perlu dalam suhu yang sejuk selepas di tangkap kerana tidak mahu ia cepat rosak.
Kadangkala, bila kita ikutkan trend yang viral, kita alpa tentang keselamatan dan kemudaratan yang boleh mengancam nyawa kita. Di sarankan supaya selepas ini kita harus berwaspada dalam menjaga kesihatan diri.
Usaha bersama pengarah drama, Shahrulezad Mohameddin bersama pelakon Fasha Sandha nenganjurkan solat hajat dan doa selamat khas buat rakan artis mereka, Nad Zainal, kini berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).
Perkongsian dari Shahrulezad di laman media sosial Instagram miliknya itu memaklumkan usaha Fasha Sandha mengelolakan majlis solat hajat dan doa selamat untuk kesembuhan Nad Zainal.
Katanya, Fasha Sandha bertungkus lumus untuk mengusahakan majlis itu dari lokasi masjid sehingga makan dan minum para tetamu. Shahrulezad juga menjelaskan Fasha bersungguh-sungguh menghubunginya malam sebelum hari kejadian.
“Terima kasih buat Fasha Sandha yang bersusah payah mengatur semua ini. Dia call saya malam sebelumnya,
“Dia yang beria buat semua ini dari cari lokasi masjid sehinggalah ke urusan makan dan minum, Semua ini dilakukan atas sebab ramai yang sayangkan Nanad (Nad Zainal),
“Semoga Allah SWT memakbulkan dia tulus ikhlas dari kami semua.” titipnya di ruangan kapsyen itu.
Majlis itu diadakan khas bagi memanjatkan doa dan mengharapkan kesembuhan serta bukti rasa sayang mereka terhadap Nad Zainal.
Pengarah drama itu juga membuat satu inisiatif tabung kecemasan buat pelakon itu untuk membiayai kos rawatan perubatan di hospital pakar. Tujuannya lagi untuk cuba meringankan beban keluarga pelakon itu.
Sumber: Instagram budakijat dan Siakapkeli
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk kekal bertenaga sepanjang bulan Ramadan. Ada yang mengamalkan pengambilan suplemen dan ada juga menggunakan cara alami atau petua tertentu. Bagi pelakon dan pengacara popular, Neelofar juga tidak terkecuali mengamalkan cara alami untuk kekal aktif, bertenaga dan paling penting kenyang sepanjang seharian berpuasa.
Menurut Neelofa dia mengamalkan minum jus yang dibuat sendiri. Cara ini telah diamalkan sejak awal Februari lalu dan berterusan hingga kini.
“Saya sudah mula amalkannya (minum jus) sejak bulan dua hari itu hinggalah sekarang. Pada bulan pertama itu saya hanya buat jus saleri. Kemudian pada bulan berikutnya pula saya potong semua sayuran seperti bayam, kale, cucumber, beetroot, ginger dan saya juga tambahkan epal untuk hilangkan rasa pahit.
“Alhamdulillah selepas beberapa minggu, saya terasa kelainannya. Penglihatan saya jadi lebih jelas dan ada banyak energi. Saya cuba teruskan lagi, explore baca banyak lagi buku dan tengok lagi banyak resipi.
“Dan untuk Ramadan ini saya bukan sahaja akan buat jus ini, tetapi juga smoothie. Supaya lebih lama tahan rasa kenyang tu,” ujarnya yang memang begitu menjaga kecantikan dan kesihatannya.
Neelofa antara selebriti berkulit cantik dan sentiasa kekal aktif ini ditemui ketika majlis pelancaran eksklusif Naelofar X Guardian dengan memperkenalkan 3 koleksi ‘tote bag’ Musim Panas cukup istimewa.
Kolaborasi julung-julung kali ini sempena Ramadan antara Naelofar dan Guardian ini menyaksikan koleksi dengan tiga pilihan corak yang menawan seperti Nature Beauty, Red Blossoms dan Floral Serenity.
Setiap hijabi berpeluang untuk memilikinya dengan setiap pembelian barangan Guardian bernilai RM20 untuk jenama terlibat dan juga belian RM30 untuk jenama lain. Pembeli berpeluang bawa pulang ‘tote bag’ edisi terhad ini dengan harga RM17.90 sahaja.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ratu Rock negara, Ella terus mengorak langkah dalam bidang perniagaan dengan memilih bidang fesyen Muslimah.
Memiliki labelnya sendiri iaitu RockQueen yang ditubuhkan sejak tiga tahun...