Terjawab sudah segala teka-teki, pelbagai gambaran dipamerkan mengambarkan Bilal anak pengacara terkemuka Neelofa. Namun, pelbagai gambaran yang kurang mengenakkan membuat hati seorang ibu terguris.
Pertama kali mendedahkan wajah sepenuhnya anakanda Bilal, Neelofa titipkan doa dan rasa cintanya untuk permata kurnianNya.
ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa Muat Naik Lagi Gambar ‘Sipi’ Bilal, Tetap Di Puji Kecomelannya Walaupun Kena ‘Intai’
Cinta dan sayang pada anakku Bilal
Antara kecintaan tertinggi & teragung ummi di dalam hidup ini…
Tiada yang lebih menyayatkan hati selain anak ummi ini disakiti,
pasti semua ibu kasih dan cinta kan anak mereka apatah lagi sewaktu mereka kecil
Bilal anak ummi sayang..
Allah zahirkan kamu dalam hidup ummi dan abah begitu sempurna
Jika kekayaan yang nak dibangdingkan maka kaulah yang paling berharga buat ummi dan abah
Jika keselesaan yang ditaruhkan
Tiada taruhan yang dapat dibandingkan dengan senyumanmu
Sungguh ini adalah hadiah yang Allah kurniakan dalam hidup ummi menjadi penyejuk mataku
Syukur yang tiada penghujung padaMu ya Allah
Ummi doakan Bilal menjadi asbab agama tersebar seluruh alam
Terima kasih wahai Allah Yang Menzahirkan anak ini kepada kami…
Semoga Afiyyah sentiasa untuknnya
Semoga fakih dia dalam agama…
Semoga doanya adalah seperti disebut nabi :ولد صالح يدعو له
Doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya
الهم امين
Tersentuh dengan luahan Neelofa, semoga perkongsian ini tiada lagi anasir negatif dan kita sepatutnya titipkan doa yang baik-baik juga menghormati privasi individu selebriti mahupun bukan selebriti. Didiklah jiwa lebih dekat dariNya agar tiada perasaan yang akan mencampakkan kita ke lembah neraka.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/y4YtfHAcqbY
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI