Pelakon serta pengacara popular, Mira Filzah selamat melahirkan putera sulung pada hari ini, 10 Mei 2022 jam 3.40 pagi tadi di sebuah pusat perubatan Kuala Lumpur. Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh suaminya sendiri, Wan Emir Astar di laman Instagramnya.
Menurut Wan Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, putera sulung mereka itu memiliki tarikh lahir yang sama seperti ibunya iaitu pada 10 Mei.
Isteri syurgaku Nur AMirah Filzah binti Badioezaman telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu pada tarikh 9 Syawal, bersamaan 10 haribulan 5 tahun 2022 pada jam 3.40 pagi.
Ads
“Bergema nyaring tangisannya..”
Tambahnya lagi, Mira dan juga bayi berada dalam keadaan yang sihat sejahtera dan turut menzahirkan rasa terima kasih kepada semua yang mendoakan.
Putera kami yang bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat, di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat wal’afiat.
Perkhabaran gembira itu mendapat perhatian ramai termasuklah dari penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang turut mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.
Ads
“Alhamdulillah..Tahniah buat keduanya.,” komen Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Antara barisan artis yang turut sama teruja dengan kelahiran putera sulung itu adalah Daphne Iking, Lisa Surihani, Lah Ahmad, Hafiz Hamidun dan Shama Ainaa.
Team Hijabista juga mengucapkan tahniah kepada pasangan romantis ini dan mendoakan agar Mira dan putera sulungnya berada dalam keadaan yang sihat sejahtera. InsyaAllah!
Pasti ada hari yang mana kita malas mahu mengenakan sebarang solekan pada wajah. Tetapi oleh sebab kondisi kulit wajah yang tidak mengizinkan menyebabkan kita jadi lebih ‘down’.
Terdapat beberapa cara yang mudah untuk mendapatkan wajah yang ‘presentable’ tanpa sebarang solekan. Hijabista temuinya dalam video ini. Ayuh, kita tonton:
Sumber: youtube.com (Sona Gasparian)
Tampak mudah bukan? Anda hanya perlu memastikan wajah anda di ‘prep’ sempurna sebelum keluar rumah. Selamat mencuba!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Khasiat dan kebaikan saffron dan kepelbagaian penggunaannya telah lama diakui. Selain manfaat kesihatan yang luar biasa, harga saffron yang tinggi adalah disebabkan oleh kesukaran untuk menuainya. Petani perlu menuai benang halus dari setiap bunga dengan tangan mereka.
Bunga ini mengandungi beberapa khasiat dan sebatian yang baik untuk kesihatan tubuh dan kulit wajah. Saffron mengandungi beberapa bahan seperti protein, lemak, serat, tenaga, kalsium, zat besi, fosforus, kalium, dan vitamin C.
Tahukah anda rempah saffron merupakan bahan masak yang termahal di dunia? Ya. Ini kerana Saffron diperolehi daripada tangkai putik (stigma) bunga tumbuhan dari species Crocus sativus (famili Iridaceae). Dan setiap bunga hanya mempunyai 3 stigma (rujuk gambar di bawah).
Untuk menghasilkan 450 g saffron, sekitar 75,000 bunga crocus diperlukan. Walaupun mahal, ia digunakan secara meluas sebagai bahan tambah pewarna, rasa dan bau dalam makanan. Saffron mengandungi lebih daripada 150 bahan kimia meruap dari kumpulan terpene berserta alkohol dan ester terbitannya.
Warna merah saffron disebabkan oleh hadirnya bahan kimia terbitan carotenoid, iaitu crocin. Rasa pahit saffron disumbangkan oleh bahan kimia picrocrocin dan bau manis jerami (seakan rumput kering) saffron adalah disebabkan oleh bahan kimia safranal.
Selain dari dijadikan bahan tambah masakan, ia juga digunakan sebagai bahan perawat. Kajian menunjukan Saffron boleh mengubah mood (merawat depresi dan PMS), membantu dalam merawat penyakit Alzheimer dan kanser, mengurangkan kekejangan otot dan pembengkakan luka juga bertindak sebagai antioksida.
Walau bagaimana pun, pengambilan saffron dalam kuantiti yang banyak adalah tidak selamat. 5g boleh menyebabkan keracunan, 12-20 g boleh menyebabkan kematian. Antara kesan sampingan pengambilan saffron adalah pening, loya dan muntah, ketidakselesaan perut dan alergi.
Disebabkan saffron boleh memberikan kesan kepada sistem saraf pusat, maka elakkan pengambilan saffron sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan. Mengambil saffron dalam kuantiti yang banyak oleh wanita mengandung juga mungkin boleh menyebabkan keguguran.
Kesan racun saffron ini disumbangkan oleh bahan kimia safranal dan crocin. Namun kesan racun ini mustahil dicapai hanya dalam penggunaan makanan biasa. Samalah juga seperti pengambilan MSG.
Jumlah yang biasa dicampurkan dalam masakan hanyalah sedikit sekitar ~0.033 g untuk 5 orang makan. Tambahan pula, penggunaan saffron yang banyak memberikan rasa pahit dan mengganggu keseimbangan rasa makanan.
Begitulah pentingnya tahu perkaitan kuantiti dan kesan racun sesuatu bahan. Maka, bersederhana lah dalam apa juga. Ambil tahu tahap kesihatan, dan peka dengan tindak balas badan terhadap apa juga makanan.
Sumber kredit: Dr Fatimah Salim Top image: Photo by victoria-bowers from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ramai diantara kita yang ingat kulit hanya memerlukan penjagaan yang teliti dan khusus ketika waktu panas terik atau ketika musim El Nino melanda negara sahaja.
Namun, sebaliknya kulit juga memerlukan perhatian khusus apabila tibanya musim hujan atau musim tengkujuh. Ini kerana Malaysia merupakan antara negara terkaya dengan taburan hujan dalam setahun.
Sehubungan itu, udara yang lembap ketika musim hujan juga bakal memberikan kesan kepada kulit wajah tau! Wajah akan mudah kelihatan kusam dan udara lembap ini juga merangsang pertumbuhan jerawat dengan lebih kerap.
Untuk mencegah terjadinya masalah pada kulit wajah, ada beberapa cara penjagaan kulit wajah yang hijabi lakukan khususnya ketika musim hujan. Nah ini dia beberapa tips yang Hijabista senaraikan!
1. Menjaga Kebersihan Wajah
Menjaga kebersihan wajah merupakan perkara utama yang perlu Hijabi lakukan untuk merawat kulit wajah. Ini kerana pada musim hujan udara yang lembap, sering membuat kulit mengeluarkan minyak berlebihan.
Minyak yang berlebihan ini yang sebenarnya menjadi punca jerawat dan jeragat membiak dengan subur pada kulit wajah. Untuk menghindari perkara ini dari berlaku, Hijabista menyarankan agar Hijabi membersihkan wajah 2-3 kali sehari. Gunakanlah produk pembersih wajah sesuai dengan jenis kulit anda dan pastikan produk tersebut selamat untuk digunakan.
Bila perlu hijabi juga amat digalakkan untuk melakukan teknik double cleansing agar memperoleh hasil yang lebih bersih.
2. Gunakan Toner
Saat musim hujan penggunaan toner juga penting, kerana ketika hujan kulit akan lebih terdedah kepada pertumbuhan bakteria dan kuman khususnya kulit wajah. Penggunaan toner terbukti dapat membantu membersihkan kulit dari sisa kotoran yang mengotori wajah dan membuat kulit anda rasa lebih segar. Waktu penggunaan Toner paling tepat adalah apabila anda selesai membersihkan wajah dan sebelum mengenakan solekan.
3. Gunakan Pelembap
Pada musim hujan udara cenderung lebih lembap, sehingga anda merasa tidak perlu menggunakan pelembap (moisturizer).
Anda ternyata SALAH! Ini kerana meski ketika hujan kulit tetap memerlukan pelembap sebagai sumber hidrasi atau nutrisi tambahan untuk mengekalkan kelembapan kulit.
Sebenarnya, udara yang lembap bakal membuat kulit anda menjadi lebih mudah kering. Oleh itu, gunakanlah pelembap dengan formula ringan agar ia dapat menyerap ke dalam liang kulit dengan lebih cepat.
Untuk pemilik kulit kering, gunakanlah pelembap yang mengandung minyak jojoba, madu atau ekstra almond agar kulit lebih lembap dan bebas dari kerengsaan.
Bagi pemilik kulit jenis berminyak pula, adalah disyorkan untuk menggunakan pelembap yang mempunyai dasar air atau berbentuk gel. Kerana hanya formula tersebut dapat membantu kulit tetap lembap tanpa membuat wajah anda kelihatan berminyak.
4. Gunakan Sunscreen
Walaupun kelihatan redup dan sejuk, tetapi sinar matahari pada musim hujan masih mengandungi sinaran Ultra Violet (UV).
Sinaran UV dapat membuat kulit wajah kusam, munculnya tompok hitam, dan pelbagai lagi masalah kulit. Jadi untuk mengatasi masalah ini, gunakanlah sunscreen agar kulit tetap dilindungi dari kesan buruk akibat sinar UV. Sunscreen sebaiknya digunakan setelah anda memakai pelembap, hijabista mengesyorkan anda menggunakan suncreen sekurang-kurangnya mempunyai Sun Protecting Factor (SPF) 25.
5. Jadikan ‘Exfoliate’ Sebagai Rutin
Liang pori tersumbat akan membuatkan kulit mengeluarkan minyak berlebihan dan menghasilkan jerawat serta jeragat, iaitu merupakan dua masalah kulit yang terjadi ketika musim hujan.
Salah satu cara untuk mengatasinya adalah dengan melakukan eksfoliasi kulit dan menjadikanya rutin. Lakukan eksfoliasi 2-3 kali dalam seminggu menggunakan produk dengan kandungan scrub lembut dan pilih yang sesuai dengan jenis kulit anda. Scrub akan membantu mengangkat sel-sel kulit mati dan mencegah pori-pori yang tersumbat.
6. Perbanyakkan Minum Air Masak
Udara dingin pada musim hujan membuat seseorang tidak merasa haus, walaupun begitu air masak merupakan antara keperluan tubuh yang tetap harus dipenuhi.
Kerana, air akan tersejat melalui kulit sekaligus membantu melembapkanya. Apabila, kemasukan air kedalam tubuh badan tidak mencukupi, bukan sahaja kulit malah kesihatan anda juga akan terancam. Justeru, meskipun pada musim hujan anda tetap perlu minum sekurang-kurangnya 2 liter air masak sehari.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...