Hidayah Allah itu hadir tanpa diduga dan tidak mengira siapa insan yang akan dipilih menerima-Nya. Bersyukurlah siapa yang menerima Nur dari-Nya kerana Dia Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.
Bagi selebriti Sharifah Sofia Syed Hussein, bersyukur kerana dirinya terpilih untuk menerima hidayah Allah walaupun sudah enam tahun berlalu. Hijabista mengatur sesi fotografi dengan pelakon sitkom popular Spanar Jaya ini yang nyata masih cantik dan peramah seperti dulu ketika masih bergelar seorang pelakon.
Dia yang wajahnya sudah lama tidak muncul di kaca televisyen, kini memilih untuk bekerja sebagai seorang Program Koordinator untuk satu Conservation Group Company atau dikenali dengan nama Syarikat Pencinta Alam.
Ada masanya memang rasa up and down
Mula berhijab pada tahun 2013, tetapi Sharifah Sofia begitu teruja apabila ditanya pengalamannya dalam penghijrahan yang dilakukan.
“Ketika saya mula berhijrah tujuh tahun dulu, anak saya baru berusia setahun lebih. Penghijrahan ini bukanlah benda yang saya sudah fikirkan lama-lama. Atau benda yang tiba-tiba berlaku disebabkan saya nampak cahaya di mana-mana. Saya juga tidak mengalami apa-apa mimpi sebagai petanda seperti sesetengah orang.
“Tapi hidayah itu datang bila saya tiba-tiba bangun pagi dan terus rasa nak pakai tudung. Dan bermula pada hari itu saya sudah mula berhijab. Sepanjang tempoh itu saya tak nafikan ada masanya agak down disebabkan tiada sokongan dari pihak lain,” ungkapnya memulakan perbualan.
Menurut Sofia juga jika tiada dorongan memang boleh menyebabkan semangat menjadi drop. Tetapi cepat-cepat akan diisi dengan pergi ke kelas atau majlis ilmu untuk meningkatkan lagi iman dan hubungan dengan Allah.
Ads
“Tapi yelah iman kita ibarat roller coaster ada masanya memang up and down. Tetapi kita yang harus bijak menanganinya untuk memastikan diri kekal istiqomah. Ketika mula-mula saya berhijab dulu, bukan keluarga yang mendorong. Malah ada antara family yang tak nak cakap dengan kita pun bila tahu diri sudah berhijab.
“Ada yang menjauhkan diri sebab dia tidak tahu apa sebabnya orang nak pakai tudung. Jadi memang banyak dugaan semasa kita baru mula-mula bertudung. Malu juga ketika itu nak keluar rumah. Bukan itu sahaja, malah ada kawan-kawan yang menghilangkan diri dan ada juga yang mendiamkan diri.
“Memang banyak benda berlaku pada kita. Tapi rasa lega bila faham kenapa semua benda ini berlaku pada kita. Dia yang mengambil dan memberi apa yang Dia mahukan supaya boleh memberi kita pengajaran,” ujar Sofia menceritakan dugaan selepas berhijab.
Pernah rasa nak buka tudung
Namun begitu ada juga yang menaikkan semangat dan ada juga melunturkannya sehingga terasa malas untuk bangun dari katil menyempurnakan solat.
Tambah Sofia lagi, sepanjang berhijab ini juga dia mengakui pernah rasa untuk membuka tudungnya.
“Memang selalu juga kita rasa macam nak buka tudung. Sebab kita juga rindu pada benda-benda lama yang sering dibuat dulu. Termasuk kawan-kawan lama. Tetapi sebab-sebab tertentu yang tak boleh menentukan sebab apa kita nak bukak hijab. Jadi terus berteguhlah untuk memakainya.
“Bangun pagi pakai juga. Nak keluar rumah pun pakai jugak hijab. Walaupun terdetik dalam fikiran untuk buka hijab tetapi sampai sekarang alhamdulillah masih kekal bertudung. Biarpun sudah bertudung, tetapi fesyen kegemaran Sofia masih yang sama, sportshoes, jeans, t-shirt dan itu memang ‘fesyen’ Sofia dari dulu lagi.
“Dari dulu lagi kalau ada yang kenal Sofia, Sofia bukan jenis suka mengikut perkembangan fesyen atau macam trendy la. Mereka panggil Sofia, sporty Sofia sebab gemar pakai yang simple sahaja. Sofia memang bukan jenis stailista,” ceritanya lagi yang mengakui turut rindu untuk kembali berlakon.
Rindu untuk berlakon
“Lebih lima tahun Sofia tak berlakon. Rindu dari segi pekerjaa itu, tetapi bab lain memang tidak. Terus terang Sofia memang jenis tak mengejar populariti walupun bagi sesetengah orang bagus sebab bila orang jumpa kita tanya bila nak kembali berlakon. ‘You pelakon yang bagus’.
“Namun insya-Allah kalau jumpa story dan skrip yang bagus memang Sofia akan fikirkan untuk kembali ke dunia lakonan. Tetapi niat itu mestilah kerana Allah. Buat masa ini Sofia bahagia dengan apa yang Sofia lakukan, kehidupan ditemani dua anak perempuan yang comel dan bijak,” ujar Sofia yang selesa kini bergelar ibu tunggal. Namun dia juga turut berdoa pada Tuhan agar satu hari nanti diketemukan dengan Imam yang baik bukan sahaja untuk dirinya tetapi demi anak-anak.
Ads
Berhijab kerana Allah Taala
Biarpun masih baru dalam penghijrahan ini, tetapi Sofia turut menitipkan pesanan buat hijabi di luar sana bagaimana untuk kekal istiqomah dalam berhijab.
“Pesanan untuk mereka yang baru berhijab, bersabar dan bertabah. Pada mulanya nampak senang. Ada masa memang up and down. Banyak yang akan difikirkan bila kita sudah berhijrah. Banyak dugaan yang tidak akan kita jangka.
“Jadi bila berlaku perkara tidak sepatutnya, duduk sekejap dan fikirkan betul-betul kenapa kita bertudung. Ingatlah bila kita buat penghijrahan itu kerana untuk satu sahaja, iaitu Allah SWT. Perlu ingat berhijrah hanya untuk yang satu dan only Allah Taala,” jelasnya sebelum mengakhiri perbualan.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
KREDIT FOTO: YANTI SHARUDDIN
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Mesti ramai di antara kita yang mengamalkan penggunaan mask wajah agar kulit kekal sihat dan jelita. Tetapi ramai juga yang ingat semakin lama kita pakai mask itu, semakin baik kesannya untuk wajah kita. Salah tu!
Sebenarnya, kita mestilah menanggalkan mask itu mengikut waktu yang ditetapkan. Mengikut perkongsian @NaufalAntezem yang mendapat hampir 5 ribu retweet di twitter, dia telah menceritakan kesan memakai mask terlalu lama mengikut pengalamannya. Jom kita baca.
Kebiasaannya tempoh masa yang disarankan adalah 15 hingga ke 25 minit.
Ramai juga yang ingat lebih baik pakai sehingga tidur. Itu amalan yang silap kerana boleh mengeringkan kulit wajah.
Kelembapan itu akan hilang jika dibiarkan terlalu lama. Set alarm pada telefon jika takut terlajak!
Untuk cantik, kita mesti banyak mengikut aturan yang betul tau. Jangan mengikut andaian sendiri nanti hasilnya tidak seperti yang diharapkan pula. Selamat bercantik hijabi!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Walaupun anda memakai pelitup muka, kepingan bibir kering tidak menyenangkan tetapi bernasib baik ia mudah diperbaiki dengan produk yang tepat yang mempunyai manfaat pada bibir anda.
Sebilangan besar individu mengosok bibir dengan produk yang mengandungi campuran gula dan minyak. Gosokkan bibir dengan lembut untuk menghilangkan serpihan kulit, mencegah rekahan dan memberi anda kanvas halus untuk olesan gincu atau gloss.
Rutin kecantikan 30 saat
Gel petroleum adalah pilihan hebat untuk digunakan dalam skrub bibir DIY. Ia tebal mudah dikendalikan dan sangat sesuai untuk menutup air ke kulit bibir nipis. Sekiranya anda memilih pilihan yang lebih semula jadi, anda boleh menggunakan minyak kelapa dan bukannya petroleum gel.
Celupkan kapas ke Vaseline hingga dilapisi lapisan nipis.
Masukkan kapas yang sama ke dalam gula yang telah anda tuangkan ke dalam pinggan. Gula kastor halus berfungsi paling baik.
Basahkan bibir anda dengan sedikit air untuk melembutkan kulit kering.
Gosokkan kapas dengan lembut di bibir anda dengan bulatan kecil.
Sapu lebihan produk dengan tisu bersih.
Ikuti dengan lip balm atau gincu.
Sekiranya anda mempunyai masa tambahan 10 minit, anda mungkin ingin mencuba topeng bibir untuk penghidratan tambahan:
Sempena ulang tahun ke-27, Laniege satu-satunya jenama yang memberikan penyelesaian untuk masalah-masalah bibir anda. Lima penyelesaian fungsional eksklusif LANEIGE yang disukai oleh pengguna di seluruh dunia sebagai pelembab, pencerahan, anti-penuaan, penjagaan tidur dan asas solekan.
EDISI TERHAD LANEIGE LIP SLEEPING MASKS
Meraikan ulang tahun ke-27, Laneige melancarkan Lip Sleeping Mask kegemaran kultus dalam 2 perisa Edisi Terhad – Peach Iced Tea dan Gummy Bear sebagai tambahan kepada perisa terlaris semasa di Berry, Grapefruit dan Apple Lime.Lip Sleeping Mask diperkaya dengan vitamin C dan antioksidan, Berry Mix Complex TM menawarkan campuran raspberry, strawberry, cranberry, dan blueberry yang berkhasiat manis dan wangi memanjakan deria.
Teknologi Moisture WrapTM yang dipatenkan Laneige menawarkan asid hyaluronik dan mineral untuk membentuk lapisan pelindung di atas bibir untuk mengunci kelembapan dan bahan aktif. Lapisan yang menenangkan ini topeng bibir semalaman pada waktu tidur membantu mengurangkan kegatalan apabila anda bangun keesokkan harinya bibir terasa segar, kenyal, dan lembut pada sentuhan.
Cara penggunaan: Dengan menggunakan aplikator, sapukan topeng bibir yang menghidrat dengan lembut pada bibir pada waktu petang dan biarkan
semalaman. Lap dengan lembut atau bersihkan pada waktu pagi.
Kerana populariti yang luar biasa untuk Laneige Mini Skincare Fridge yang diperkenalkan tahun lalu dan sempena menyambut ulang tahun ke-27, pembeli dengan pembelian melebihi RM720 untuk produk Laneige dengan harga biasa di mana-mana butik atau kaunter Laneige dari 1 hingga 31 Oktober 2021 berhak mendapat Laneige Mini Skincare Fridge eksklusif percuma (bernilai RM200).
Kolabratif istimewa LANEIGE X Licky Chan
Tahun ini, jenama itu mengambil satu langkah lebih jauh untuk bekerjasama dengan jenama ais krim tempatan digemari, Licky Chan, yang diasaskan oleh sekumpulan individu inovatif yang ingin mendorong sempadan di dunia masakan. Dengan menggunakan konsep “cow to cone”, susu segar dari ladang tempatan di Pahang.
Rasa ais krim dalam Peach Iced Tea dan Gummy Bear yang diilhami oleh Lip Sleeping Masks edisi terhad yang akan dilancarkan mulai 1 Oktober dan seterusnya. Nikmati selera anda dengan ais krim ini sepenuhnya pengalaman bersama dengan Laneige Lip Sleeping Mask anda. Tebus baucar Licky Chan eksklusif bernilai RM20 di butik dan kaunter Laneige di Lembah Klang dari 1 – 31 Oktober 2021 dengan sebarang pembelian di atas RM200.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ajal, maut, jodoh dan pertemuan semunya di tangan tuhan, pelbagai usaha telah di lakukan namun mungkin kurang berdoa. Berikut adalah kompilasi beberapa amalan dan doa yang yang boleh anda amalkan bagi dipermudahkan untuk bertemu jodoh.
Namun setiap ketentuan itu datangnya daripada Allah s.w.t., dan kita sebagai hambaNya hanya mampu berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakkal kepadaNya. Mudah-mudahan dengan setiap amalan dan doa yang dilakukan ini akan memudahkan anda untuk mendapat jodoh yang beriman dan terbaik untuk diri anda. Yang pentingnya, jangan sekali-kali putus asa untuk berdoa. Wallahualam!
1. Amalkan membaca doa Nabi Zakaria a.s. (surah Al-Anbiya, ayat 89)
Ertinya: “Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya ‘ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau adalah Waris Yang Paling Baik’.”(QS. Abiya/ 21: 89)
Selain itu, adalah lebih baik juga jika anda lanjutkan doa tersebut dengan doa berikut ini:
“Ya Allah… Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, kuruniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh, Amin… Amin… Ya Rabbal Alamin.”
2. Amalkan ayat 131 dan 132 daripada Surah Toha selepas solat setiap solat fardu, bermula dari
“Walaa tamuddanna’ainaika illa ma mata’na bihi azwajanminhum zahratul hayattu linaftinahum fiih, warizqo robbikaa hairu wa abqa, wa’ mur ahlakaa bisSolaati,wastabir ‘alaiha, laa nas aluka rizqo, nahnu narzukuqa, wal’aqibati lit taqwa…….”
Ertinya:
“Jangan lah pandangan mata kamu terpesona melihat perhiasan kehidupan (yang Kami beri kepada orang2 kafir) yang menjadi ujian padanya. Dan rezeki kurniaan daripada tuhanmu (Allah) itulah lebih baik dan kekal(balasan Syurga). Dan suruhlah /arahkan ahlimu (keluarga dan anak2 serta org terdekat) mengerjakan solat, dan bersabarlah kamu atas perkara itu. Tidak lah Kami minta rezeki dari mu, tetapi Kamilah (Allah) yang mengurniakan rezeqi kepadamu dan ‘akibat kesudahan baik itu adalah bagi mereka yang bertaqwa”
3. Perbanyakkan amalan membaca selawat Nabi Muhammad s.a.w seperti di bawah ini.
Hendaklah dibaca paling minimum 1000 kali dalam sehari semalam. InsyaAllah doa anda akan termakbul oleh Allah SWT.
Ertinya: Ya Allah, semoga kesejahteraan dan keselamatan tercurah kepada junjungan Nabi Muhammad saw., dan segenap keluarga beliau.
4. Doa bagi mendapat bakal isteri yang baik – amalkan membaca surah al-Furqan, ayat 74
Ertinya:: “Ya Tuhan kami, anugerahlah kami, isteri kami dan keturunan kami, sebagai penyayang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang-orang yang bertakwa (Muttaqin)”
5. Baca Surah Yusuf, ayat 4
Pada semangkuk atau segelas air, kemudian sapu air itu pada muka. InsyaAllah doa akan dimakbulkan.
6. Cubalah membaca Surah Yusuf
Baca pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Gunakan air itu untuk mandi pada tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut. InsyaAllah doa akan dimakbulkan.
7. Amalkan membaca surah Yassin pada setiap malam.
Sebelum membaca, niatkan di dalam hati supaya Allah SWT menyegerakan jodoh, memberikan jodoh yang terbaik dan beriman untuk anda.
8. Surah al-Fatihah
Surah ini juga mengandungi banyak faedah dan keberkatan jika sentiasa diamalkan. Salah satu kebaikan yang datang daripadanya ialah dikurniakan jodoh. Amalkan membaca surah ini sebanyak yang mungkin sambil berniat diberikan jodoh yang baik dan beriman kepada Allah SWT.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...