Setiap pasangan suami isteri perlu menyemarakkan hubungan agar tidak bosan di antara satu sama lain. Namun, setiap hubungan ada pasang surutnya. Tentu ada sahaja pertengkaran yang akan berlaku. Cuma anda perlu bijak mencari cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Jika ada sebarang ketidakpuasan hati, luahkan dan selesaikan dengan cara yang baik.
Meskipun hubungan suami isteri memerlukan sifat saling memahami antara satu sama lain, anda perlu lakukan beberapa tip lain untuk mencipta hubungan yang lebih intim dan mesra. Barulah rumah tangga lebih harmoni.
1. Biasakan Diri Mencium Pasangan
Mencium pasangan dapat menguatkan lagi hubungan suami isteri. Setelah seharian penat bekerja, anda harus ketepikan segala masalah dan tamatkan hari anda dengan sesuatu yang indah. Dengan mencium pasangan anda, anda boleh selesaikan segala masalah yang ada di dalam hati.
2. Berbicara Tentang Perasaan & Hubungan Bersama
Antara kunci dalam sesebuah perkahwinan adalah berkongsi tentang cinta atau perasaan sebelum tidur di atas katil. Sekiranya anda meluahkan segala perasaan dan bercakap dari hati ke hati, ia dapat meningkatkan kualiti tidur dam hubungan antara suami dan isteri.
3. Urut Pasangan
Ketika anda berdua di atas katil, sila letakkan telefon anda di sisi. Gunakan masa yang ada untuk bermanja dan bermesra bersama suami. Salah satu cara yang boleh anda lakukan adalah urut pasangan anda. Setelah penat bekerja, tidak salah rasanya ringankan sedikit beban yang ditanggung oleh suami. Suami pun suka, pahala pun dapat!
Sumber: Aliff Channel
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
8 Tahun Jadi Ustaz Selebriti Terpalit Gosip Nak Kahwin Dua. Ini Jawapan IM Asyraf Buat Ramai Wanita Kecewa!
Sepanjang lapan tahun bergelar ‘Ustaz Selebriti’, Imam Muda Asyraf mengakui memang tidak terlepas dari dihambat gosip atau dakwaan tidak berasas. Terbaru beliau dikaitkan mahu berkahwin lain dengan seorang gadis muda yang juga merupakan pekerja di butiknya. Namun jawapan diberikan ini pastinya turut mengecewakan ramai wanita di luar sana yang menaruh hati kepadanya.
Tatkala di tanya padanya berhubung dakwaan ini, bapa kepada tiga cahaya mata itu menafikan mahu mencari isteri muda kerana belum mampu untuk memikul tanggungjawab tersebut.
“Mana ada. Sebelum ini saya ada dengar khabar angin ini tetapi apa saya boleh katakan sekarang saya belum mampu lagi. Semua lelaki teringin tetapi saya tiada perancangan ke arah itu.
“Keluarga sedia ada ini pun saya rasa belum cukup mampu untuk memberikan sepenuh masa, apatah lagi untuk tambah ‘cawangan’. Saya rasa tumpuan diberikan untuk keluarga saya sekarang.
“Tetapi siapa yang ada perancangan silakan jika mampu. Saya rasa belum cukup mampu untuk merancang nak ada gosip dengan sesiapa. Setakat yang ada sekarang ini nak balik rumah pun tak sempat,” ujarnya yang telah mendirikan rumah tangan dengan isteri tersayang, Nur Hussa Yussof sejak 2010 dan dikurniakan dua anak lelaki, Aisy Raihan dan Aisy Abdurrahman serta seorang perempuan, Setiaku Aisyah.
Mengakui cukup beruntung mempunyai isteri yang memahami tugasnya dalam mendidik masyarakat melalui medium dakwah.
Justeru beliau sebenarnya agak tidak selesa untuk menceritakan semua hal rumah tanga di media massa kerana baginya orang bukan sekadar lihat apa yang disampaikan tetapi juga fokus kepada cara hidup kita.
Bukan mudah untuk bergelar selebriti, apatah lagi jika personaliti di bawa lebih kepada pembawakan Islamik. Namun itu bukan alasan untuk lari dari tanggungjawab dalam menyebarkan ilmu kepada semua lapisan masyarakat.
Bagi Imam Muda Asyraf atau lebih dikenali dengan Ustaz Selebriti, beliau sebenarnya berterima kasih kepada pihak Astro yang telah ‘create’ dirinya dengan title begitu. Malah diam tak diam sudah hampir 8 tahun berada dalam industri ini dalam situasi berbeza.
Berdepan tempoh 8 tahun itu untuk terus kekal kukuh dan ‘maintain’ bukanlah satu tugas yang mudah. Malah jika salah sedikit perilaku atau komen dikeluarkan boleh menyebabkan dirinya berada dalam imej yang tidak bagus.
Bagaimanapun Imam Muda Asyraf mengakui pelbagai dugaan dihadapi sepanjang menjadi ‘public figure’ dan sering dihambat gosip, tetapi baginya ia adalah satu perkara biasa.
“Perlu ada kekuatan untuk berdepan masyarakat, media dan sebagainya. Setakat ini segala cabaran dapat saya tangani dengan baik.
“Kalau nak ikutkan memanglah seronok, glamour atau jadi ustaz nakal, tetapi saya memandang lebih jauh kerana apa yang saya bawa bukan sekadar nama sendiri tetapi gelaran ustaz itu sndiri,” ujarnya ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka dan pemenang peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold Serai Mas di Ruang Shah Alam.
Menurutnya juga memang ada yang bergurau dan menghubunginya beberapa kali untuk bertanyakan soalan, tetapi biasanya akan dijawab dengan baik. Jika ada rasa yang tidak kena perbualan terhenti di situ sahaja.
Sebagai seorang ustaz juga Imam Muda Asyraf akan berusaha mengelak menggunakan status itu sebagai tiket untuk mudah di dampingi mana-mana wanita hinggakan timbul dakwaan tidak berasas. Beliau sebaliknya meletakkan dirinya sebagai ustaz yang hanya menjalankan tugas sebagai pendakwah
Dalam majlis berkenaan, Imam Muda juga turut dilantik menjadi duta bagi produk Jus Hidayah Gold. Mengambil masa lama untuk menerima tawaran diberikan sebelum itu dan hanya bersetuju setelah perbincangan dilakukan di kedua-dua belah pihak.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM IMAM MUDA ASYRAF
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Hidangan Deepavali ‘Wajib Cuba’ Yang Hijabi Boleh Nikmati.
Setiap perayaan di Malaysia, pasti diserikan dengan juadah menarik serta aneka hidangan makanan yang enak. Hidangan ini sekaligus mencerminkan identiti kaum itu sendiri. Mesti rakan-rakan beragama hindu kini sedang sibuk menyiapkan sajian untuk beraya bersama keluarga dan sahabat handai.
Bersempena sambutan Deepavali yang berlangsung hari ini, jika anda dijemput untuk merayakan perayaan tersebut bersama-sama, terdapat pelbagai juadah istimewa dan unik yang boleh sis nikmati tau!
6 makanan istimewa Deepavali yang WAJIB hijabi cuba!
- Laddu
Sumber Gambar: Google
Laddu adalah sejenis ‘pemanis mulut’ yang sering disajikan pada perayaan Deepavali, kerana penyediaan yang mudah, dengan menggunakkan tiga bahan utama seperti tepung, minyak sapi atau mentega dan gula yang dicampur bersama kekacang serta kismis kering.
Laddu kemudian akan dibentuk bulat, sebesar saiz bola golf untuk memudahkan ianya dimakan, rasa Laddu yang lemak-lemak manis menjadikkanya dessert kegemaran ramai.
- Idli
Sumber Gambar: Google
Idli pula adalah sejenis makanan sampingan bagi perayaan Deepavali, antara bahan utama untuk menyediakan Idli adalah vigna mungo iaitu sejenis kekacang dan nasi. Sekali pandang Idli kelihatan seperti putu piring kerana saiznya seakan sama.
Idli selalunya dicicah bersama ‘sandhini’ atau chutney iaitu sejenis kuah berwarna putih mempunyai rasa lemak masam. Selain itu, Idli juga lazat dinikmati bersama kari ayam atau kuah dhal.
Artikel berkaitan: Cara Untuk Elakkan ‘Craving’ Makanan Manis, Betul Ke?
- Maruku
Sumber Gambar: Google
Maruku adalah sejenis snek yang tidak asing lagi dikalangan masyarakat melayu di Malaysia. Kerana rasanya yang rangup dan berempah membuatkan ia menjadi kudapan pilihan ramai untuk dinikmati sewaktu bersantai atau menonton televisyen.
Muruku merupakan snek goreng tidak ubah seperti kerepek yang diperbuat daripada campuran lentil hitam, tepung beras serta diperasakan bersama bahan perasa seperti cili dan biji karom (ajwain) untuk memberikan rasa yang enak.
- Jalebi
Sumber Gambar: Google
Sekali pandang jalebi ini kelihatan sama seperti maruku, tapi dari segi rasa ia amat berbeza, kerana jalebi merupakan satu lagi hidangan ‘pencuci mulut’ yang sangat manis. Ini kerana setelah siap dimasak, Jalebi akan disira dengan air gula yang dibancuh likat dan pekat.
- Tosai (Dosa)
Sumber Gambar: Google
Hidangan ini sering dinikmati oleh rakyat Malaysia ketika sarapan pagi di kedai mamak, tidak kira melayu atau cina pasti pernah menikmati keenakan Tosai. Bagaimanapun pada perayaan Deepavali, Tosai merupakan antara menu utama yang disajikan kepada tetamu.
Menariknya, pada Deepavali, di dalam tosai terdapat inti kentang dan bawang yang telah digoreng sehingga rangup, serta dimakan bersama sandhini (chutney).
- Panipuri
Sumber Gambar: Google
Panipuri merupakan antara makanan tradisi yang popular dihidangkan ketika Deepavali, berbentuk seperti bola golf yang ringan seperti bola pingpong. Tekstur panipuri amat rangup ketika dimakan dan memberikan rasa masam, manis, lemak dan pedas ni memang sedap sehingga anda ketagih menikmatinya.
Keenakkan pani puri ini pasti membuatkan anda terleka dan menghabiskannya tanpa sedar, yang pastinya satu memang tak cukup! Confirm makan bertambah-tambah sampai puas.
Panipuri ni merupakan makanan kegemaran min setiap kali tibanya perayaan Deepavali, bagaimana pula dengan anda? Hidangan istimewa Deepavali yang mana satu pilihan hijabi? Kongsikan dengan kami di ruangan komen tau.
Happy Deepavali Semua!
Sumber Gambar: Google
Artikel berkaitan: Telur Balut Enak Di Makan? Ketahui Hukum Memakan Makanan Eksotik Ini
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ingin Cuba ‘Work From Anywhere’? 5 Negara Ini Tawarkan Peluang Yang Cukup Menarik!
Pandemik Covid-19 telah banyak mengubah cara kehidupan di seluruh dunia yang lebih kearah penggunaan teknologi moden. Banyak juga kelebihan dan kemudahan yang diperkenalkan sejak dari itu.
Gaya pekerjaan juga tidak seperti dahulu, ada sesetengah syarikat yang masih lagi mewujudkan WFH iaitu work from home. Ada juga yang memberikan kebebasan sehingga bekerja di mana-mana iaitu WFA (Work From Anywhere), membolehkan anda hidup sebagai pekerja nomad digital di luar negara!
Artikel berkaitan: Melancong Tanpa Rabak Poket, Lelaki Ini Kongsi Jelajah 6 Negara 12 Lokasi Dengan Bajet Kurang 7K. Mana Nak Dapat?
Merantau sambil bekerja dengan tenang…
Work From Home suatu norma baharu gaya bekerja selepas diperkenalkan ketika Pandemik Covid-19. Apa yang lebih menarik lagi beberapa syarikat yang memberikan kebebasan Work From Anywhere ini turut menyediakan visa kepada pekerjanya untuk ke luar negara.
Visa nomad digital itu merupakan permit yang membolehkan pekerja untuk bekerja dari jauh (remote) di luar negara tanpa perlu membayar cukai. Terdapat beberapa buah negara yang memperkenalkan cara pekerjaan ini, antaranya:-
1. Colombia
Negara colombia menawarkan visa nomad digital yang paling mudah diantara negara-negara di dunia. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan menunjukkan bukti pendapatan sebanyak AS$684 (RM2,810.93) sebulan dan perlu membayar sebanyak AS$52 (RM227.69) bagi yuran pendaftaran.
Visa selama 2 tahun ini diberikan kepada pekerja untuk meneroka negara Colombia dari Medellín, hab nomad digital yang turut dikenali sebagai ‘City of Eternal Spring’ ke Cartagena yang penuh dengan warna-warni hinggalah ke Valle del Cocora yang cukup indah!
2. Ecuador
Negara Amerika Selatan ini menawarkan visa nomad digital yang cukup mudah seperti Colombia. Visa itu juga juga mempunya kadar masa yang sama iaitu 2 tahun.
Namun, visa nomad digital Ecuador mempunyai kadar bayaran serta kelayakan yang lebih tinggi berbanding Colombia. Tetapi ia masih berpatutan untuk ramai mengunjungi yang rata-ratanya dari negara seperti Amerika Syarikat, Kanada dan United Kingdom.
Bagi memohon visa nomad digital di Ecuador, seseorang individu itu perlulah mempunyai AS$1,284 (RM5621.86) selama sebulan dan membayar yuran permohonan sebanyak AS$460 (RM2012.27).
3. Hungary
Visa nomad digital yang ditawarkan negara ini kepada mereka yang ingin tinggal dan bekerja di Eropah timur. Visa ini juga sah selama 1 tahun dan boleh melanjutkan lagi masa.
Bukti pendapatan perlulah mempunyai sebanyak AS$2,048 (RM8958.98) sebulan dan membayar yuran permohonan sebanyak AS$112 (RM489.94). Kos sara hidup di Budapest City juga rendah berbanding ibu kota Eropah yang lain. Anda boleh menikmati kehidupan yang menyeronokkan dengan sedikit kemewahan di Hungary.
4. Croatia
Salah satu visa nomad digital yang terbaik di Eropah adalah dari negara Croatia. Negara ini telah menjadi salah satu negara yang diberikan nama hab nomad digital teratas pada tahun 2023!
Croatia sahaja telah banyak menarik berjuta-juta pelancong setiap tahun kerana keindahan pulau dan pantai yang indah, taman negara yang menakjubkan, serta bandar bersejarah yang menawan seperti Dubrovnik.
Visa nomad digital Croatia memerlukan anda menunjukkan pendapatan sekurang-kurangnya AS$2,465 (RM10783.14) selama enam bulan. Anda juga perlu mempunyai AS$29,588 (RM129432.71) dalam akaun bank anda. Tempoh masa visa ini hanyalah 1 tahun sahaja.
Artikel berkaitan: Kalau Melancong Ke Myeongdong Korea Jangan Lupa Shopping Barang Kosmetik Dan Skincare, Murah & Berkualiti
5. Costa Rica
Costa Rica juga menjadi salah satu negara yang cukup menarik menawarkan visa nomad digital untuk dipohon. Negara ini juga menjadi destinasi pelancongan yang utama di Amerika Tengah kerana pantai yang indah, hutan yang subur, juga terdapat hidupan liar dan kepelbagaian biologi. Anda perlulah menunjukkan sekurang-kurangnya AS$3,000 (RM13123.50) sebulan bagi memohon visa nomad digital ini.
Sumber: CNBC Indonesia
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI