Seringkali berdepan dengan masalah kesukaran untuk tidur (insomnia) meskipun badan merasa penat dan letih bukanlah masalah yanh harus dipandang enteng kerana ia bakal menjejaskan tahap kesihatan tubuh badan.
Ini kerana, sekiranya anda berdepan masalah sukar untuk tidur, sekaligus menjadikan fikiran tidak tenteram maka ketenangan diri serta waktu tidur akan terjejas.
Kesannya, badan akan menjadi lesu dan tidak bermaya kerana tidak mendapat tidur dan rehat yang mencukupi.
Amalkan Doa Seperti Saranan Rasulullah
Dalam Islam, setiap masalah yang kita hadapi pasti ada penawarnya. Sudah pasti penawarnya ada di dalam kitab Al-Quran yang sememangnya menjadi rujukan utama buat kita sebagai umat Islam.
Ada satu doa yang ingin Hijabista kongsikan khusus buat anda yang mengalami masalah sukar untuk tidur, seperti saranan Rasulullah S.A.W.
اللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُومُ، وهَدَأَتِ الْعُيُونُ، وَأَنْتَ حَيٌّ قَيُّومٌ، يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ أَنِمْ عَيْنِي وأهْدِئْ لِيَلِي
Maksudnya:
Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau maha berkuasa, Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini .
Sedikit penerangan mengenai doa mudah tidur ini, ia diriwayatkan oleh At-Tabraniy dan Ibn al-Sunni, dari Hajjaj bin Imran As-Sadusiy, dari Amru bin Al-Husain, dari Muhammad bin Abdillah dari Thaur bin Yazid dari Khalid bin Ma’dan dari Abdul Malik bin Marwan bahawa:
bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Nabi saw tentang penyakit tidak boleh tidur malam yang menimpanya, lalu baginda saw mengajarnya doa di atas.
Artikel berkaitan: Amalan Doa Buat Anda Yang Punyai Perasaan Rindu Yang Membuak-buak Kepada Seseorang
Menurut hadith riwayat Ibnus Sunni, Zaid bin Thabit r.a yang mengalami masalah sukar untuk tidur (Insomnia) akhirnya dapat tidur dengan nyenyaknya berkat beramal dengan doa yang diajar oleh Nabi saw ini .
Jadi, bagi kamu yang seringkali mengalami masalah susah untuk tidur atau Insomnia, bacalah doa ini supaya diberi ketenangan di malam hari, mendapatkan tidur yang lena serta sentiasa berada dalam perlindungan Allah yang maha esa.
Artikel berkaitan: Amalan Doa-doa Yang Membantu Legakan Sakit Perut Ketika Awal Haid
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Si Pematah Hati Akui Pernah GOYANG Waktu Mula-Mula BERHIJAB, Tapi Berjanji Akan Kekal ISTIQOMAH
Gara-gara video memangis ditinggalkan kekasih yang dimuat turun memberi impak cukup luar biasa pada dirinya. Ini sebenarnya adalah gimik untuk pelancaran video lagu Pematah Hati milik bekas bintang Akademi Fantasia, Nur Nabila Mohd Razali. Kini Nabila yang sinonim dengan panggilan ‘cumi-cumi’ ini boleh tesenyum kerana video lagu berkenaan sudah mendapat tontonan mencecah 12 juta. Penyanyi dan pelakon ini memang bijak bergaya dan cukup stailo walaupun berhijab. Namun sebelum itu hatinya pernah ‘goyang’ waktu mula-mula berhijab.
Tika pertama kali menyatakan hasrat berhijab pada 2002, Nabila akui cukup teruja. Namun bukan semudah itu untuk terus kekal menjaga aurahnya. Pelbagai rintangan perlu dilaluinya untuk menetapkan hati dalam menjaga penampian sebagai gadis Muslimah.
“Sejak tahun 2012, iaitu setahun sebelum saya menyertai rancangan realiti Akademi Fantasia (AF). Itupun sempena Maal Hijrah pada tahun tersebut kerana pada pengamatan saya, rasa hormat rakan-rakan sekeliling amat berbeza antara kita berhijab dengan tidak.
“Sebelum berhijab, mereka terlalu senang untuk dekat dengan saya dan tidak terlalu menjaga batas pergaulan. Bermula pada detik itu, saya merasakan mahu buka buku baru. Terfikir juga sampai bila mahu berpenampilan tanpa hijab. Umur pula semakin meningkat. Walaupun masih belum sempurna, saya yakin ia merupakan satu langkah untuk mula menjadi manusia yang lebih baik.
Artikel Berkaitan: Cara Amira Othman Tampil Elegan & Sopan Walau Berhijab
“Rakan-rakan yang rapat dengan saya memang sudah lama menggalakkan saya untuk berhijab. Ada juga sindiran-sindiran manja daripada mereka. Apabila difikirkan semula, apa salahnya untuk saya menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslimah. Apa yang saya dapat lihat, cara mereka bergaul dengan saya juga agak berbeza daripada sebelumnya.
“Kadang-kadang ada juga terbawa-bawa perangai lama, namun mereka memberi teguran dan menasihati saya. Ibu dan ayah pula jenis tidak kisah tetapi mereka mengingatkan saya untuk terus istiqomah dan tidak hanya separuh jalan. Itu merupakan satu amanah untuk dijaga dan tiada alasan untuk toleh ke belakang semula. Selagi mana boleh dijaga, kita perlu jaga.
“Bagi saya, untuk kekal istiqamah adalah satu perkara yang amat sukar. Lebih-lebih lagi jika dikelilingi rakan-rakan yang ‘hot’, kadang-kadang hati akan goyang juga. Walau bagaimanapun, apa-apa dugaan yang mendatang ia sebenarnya berbalik kepada hati sendiri. Hati perlu kuat dan kena berbalik semula kepada niat kita untuk berhijab. Apabila memulakan langkah untuk berhijab, rasa malu terbit sedikit demi sedikit untuk meninggalkan amalan wajib yang lain.
“Sewaktu berada di Akademi Fantasia, rasa tergugat jugalah kena sentiasa berjaga-jaga dalam berpakaian dan bergaul. Dalam bab berfesyen, saya rasa sudah tiada masalah sekarang kerana sudah ramai pereka-pereka fesyen yang sudah mula menghasilkan busana-busana yang sesuai buat mereka yang berhijab. Walaupun berhijab, masih boleh mengikut trend.
Nabila yang kini semakin sibuk memenuhi undangan nyanyian dia dia gembira video lagu Pematah Hati berjaya mencuri hati pendengar di laman youtube. Dia juga turut menyimpan harapan untuk menjadi insan lebih baik untuk dunia dan akhirat.
Nabila juga berharap tahun 2018 membuka lembaran untuk mengulangi pencapaian cemerlang tahun sedbelumnya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Makan Pisang 5 Biji Sehari, Rahsia Diet Wanita Ini Berjaya Turun Berat Badan 40 Kg Dalam Masa 8 Bulan
Tak dinafikan agak sukar untuk mereka yang mempunyai berat badan berlebihan mahu mendapat berat ideal. Lebih-lebih lagi apabila sukar membendung nafsu makan terutama jika melihat pelbagai sajian menyelerakan di atas meja.
Namun itu semua tidak jadi masalah jika kita berazam atau target untuk mendapat berat ideal. Seperti perkongsian mudah wanita ini, Sophia Safian yang hanya mengamalkan diet dengan makan pisang sebelum mengambil apa-apa makanan.
Menurut Sophia selepas melahirkan anak ketiganya dia mengalami pertambahan berat badan mendadak sehingga mencecah 90 kg. Oleh kerana mempunyai rangka besar agak sukar untuknya mendapat berat ideal. Paling terbaru dia berjaya lenyapkan 40 kg dalam masa 8 bulan setelah mengamalkan diet seimbang.
ARTIKEL BERKAITAN: Gadis Ini Kongsi Tip Turun Berat Badan, Buat Transformasi Hebat Awal & Akhir Tahun!
DIAJAK DIET OLEH TEMAN BAIK
Kebetulan pula teman baiknya mengajak dia untuk sama-sama kurus sebelum raya tahun ini. Dengan ajasan teman baiknya itu, Sophia kemudiannya menjalani diet makan pisang selama 2 minggu. Selepas itu memang ketara perbezaannya. Tubuhnya nampak sedikit kurus dan susut.
Menurutnya juga sebelum memulakan diet pisang ini, dia bukan jenis orang yang secara membuta tuli berdiet. Sebaliknya dia membuat research terlebih dahulu apa berkaitan diet pisang ini.
Malah dia turut mengkaji apa yang menyebabkan dia tidak gembira selama ini dan salah satu puncanya adalah kerana bertubuh gemuk. Dan setelah membuat research tentang pisang yang merupakan makanan penghuni syurga seperti yang disebut dalam Al-Quran, barulah dia mengamalkan diet ini.
Sophia memilih pisang selain kurma, buah tin dan anggur kerana buah ini tidak bermusim dan mudah untuk didapati.
Menurutnya dia menggunakan kaedah diet pisang ini setelah terbaca satu aritkel di mana seorang pharmacist dari Osaka, Jepun, Sumiko Watanabe yang mencipta diet sarapan pagi dengan pisang untuk suaminya Hitoshi Watanabe.
Rupanya method diet pisang ini pernah jadi viral pada 2008 di Jepun kerana suaminya berjaya menurunkan berat badan sehingga 16.8 kg. Dan ketika itu sesiapa yang merasakan dirinya gemuk telah pergi membeli pisang dengan banyaknya.
Berbekalkan disiplin dan komited dengan apa diusahakan, Sophia Safian berjaya menghilangkan 30 kg dalam masa 4 bulan. Sebelum itu dia mempunyai berat 90 dan kini beratnya sekitar 63 kg. Paling terkini ketika ditimbang sekitar Mac lalu, beratnya sudah mencecah 59.95 kg.
Semoga tercapai impian Sophia untuk mendapat berat ideal sebelum menjelang Syawal tahun ini. Dan bagi sesiapa yang mahu mengamalkan diet sihat boleh cuba cara yang dilakukannya.
Ayuh, kita baca perkongsiannya:
Assalamualaikum salam pagi Ahad semua!
Okey lah memandangkan entri hakak semalam sampai ada yang pm inbox tanya hakak makan pisang apa, nahh pagi ni hakak tempek gambar rupe pisang yang hakak amalkan untuk DIET PISANG 12 HARI.
JENIS PISANG: CAVENDISH (Bahasa Melayu tak tau pisang ni depa panggil pisang apa)
Yang buat hakak ni sanggup nak mengeksperimen DIET PISANG ni bila hakak ade terbaca seorang Pharmacist dari Osaka, dia yang create MORNING DIET BANANA untuk husband dia nama Hitoshi Watanabe.
Method MORNING DIET BANANA (12 Days Banana Diet) pernah VIRAL tahun 2008 sehingga Jepun pernah pecah rekod shortage of banana tahun tersebut gara-gara si suami Hitoshi Wanabe tu tadi berjaya turun berat badan sehingga 16.8 kg. So masa tahun tu semua yang merasakan diorang “GEMUK”, semua pakat memborong pisang cavendish gara-gara teruja nak kurus macam Hitoshi. Memang terujaaa beb baca, nak tau lebih lanjut korang boleh google jer.
BANGUN PAGI
1. Minum 200ml air masak suam (fungsi untuk detox dan tidak lah mengejut buah pinggang awak tiba2 nak kena proses air manis dulu)
2. Makan 2 biji pisang dan minum secawan air masak suam (nanti korang akan rase macam kembang je dalam perut tu sbb pisang kaya dengan fiber)
3. Sarapan pagi boleh apply diet atkins jika perlu. Hakak pulak selang seli kan makan sosej goreng/omellete/roti wholemeal + salad + mayo
TENGAHARI
1. Sebelum makan tengahari makan dulu 1 atau 2 biji pisang lagi (supaya awak tak rasa nak makan banyak pun waktu tengahari)
2. Boleh apply diet atkins jika perlu. (Tapi hakak ni anak dah 3 ada anak kecik lagi umur 3 tahun so kalau tak makan nasi hakak boleh menggigil. Jadi hakak limitkan makan nasi hanya setengah senduk, 1/2 pinggan WAJIB lauk sayur/ulam + 1/4 lagi ayam/ikan bakar)
MAKAN MALAM SEBELUM 6PM
1. Boleh apply diet atkins jika perlu (hakak pulak petang2 macam ni hakak suka makan biskut Weetameal, so bila perut dah rasa kembang hakak stop makan biskut. Ataupun petang2 hakak suka makan sup sayur/tomyam sayur, nasi seboleh2nya elakkan).
2. Then malam sebelum tidur makan lagi sebiji pisang.
**Mesti minum air putih banyak, nak tahu berapa jumlah liter sehari korang patut minum, setiap 25kg jisim berat badan memerlukan 1 liter air sehari. So kalau berat korang 50kg, minum 2 Liter atau lebih pun tak pe. If berat 75kg mesti minum 3 Liter air atau lebih. Selamat mencuba!
Tetapi sebelum itu, Sophia juga turut memberi beberapa tip ekstra jika mahu cepat kurus perlu ada teman yang boleh diajak bersama-sma mengamalkan diet ini.
TIPS PERUT KEMPIS: Rajin-rajinlah amalkan minum air lemon suam waktu pagi dan bila-bila masa saja (tidak campur gula). In shaa Allah perut korang akan kembali flat walaupun sebelum ni lepas beranak perut menggeleber jer.
Nak lagi bagus campurkan dengan halia boleh buang angin dalam badan, sebab bila kita tengah diet ni tak mustahil angin mudah masuk badan sebab kita kurang makan. Alang-alang nak kurus & cantik tu, tak rugi kalau amalkan penjagaan kesihatan dalaman & luaran. Baru lah lengkap. Seminggu sekali boleh amalkan juga minum air manjakani (tips mengikat hati suami )
Selamat mencuba!
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: FACEBOOK SOPHIA SAFIAN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elak Efek Yang Mengerikan Pada Wajah, Ini 5 Tanda Kulit ‘Over’ Eksfoliasi
Eksfoliasi wajah mempunyai banyak manfaatnya. Mulai dari membersihkan pori-pori, mengangkat sel kulit mati, membantu memaksimakan proses regenerasi, sehingga mampu membuat kulit glowing. Tetapi sekiranya ritual ini sering dilakukan, efeknya juga mengerikan. Kulit boleh mengalami ‘over’ eksfoliasi.
Bagaiman anda tahu sekiranya kulit wajah ‘over’ eksfoliasi? Semak tanda-tanda ini, mana tahu anda mengalaminya!
1. Wajah kemerahan dan iritasi
Wajah kemerah dan iritasi termasuk tanda kulit ‘over’ eksfoliasi yang paling kerap dialami wanita. Pada dasarnya, lumrahnya wajah kemerah setelah pengelupasan kulit. Tetapi sekiranya kemerahan tidak juga hilang setelah beberapa jam bahkan setelah berhari-hari, itu tandanya kulit anda mengalami ‘over’ eksfoliasi.
Ada beberapa kes, kemerahan yang terjadi boleh terus meradang dan terasa panas, menandakan skin barrier telah rosak kerana terlalu sering dieksfoliasi.
2. Kulit sangat kering dan mengelupas
Sering mengeksfoliasi wajah akan membuat kulit dehidrasi dan sangat kering. Bahkan pada beberapa bahagian juga boleh mengelupas. Jadi, penting aplikasikan skincare yang bersifat hidrasi dan moisturizing setelah melakukan ritual eksfoliasi, supaya wajah terjaga kelembapannya.
3. Produksi minyak di wajah bertambah
Ciri-ciri wajah over eksfoliasi pada setiap orang berbeza. Bagi pemilik kulit berminyak dan kombinasi, wajah mungkin tidak kering atau mengelupas.Tetapi produksi sebum semakin meningkat. Perkara ini terjadi kerana kulit berusaha memproduksi minyak berlebih sebagai langkah untuk mengembalikan kelembapannya.
4. Berjerawat
Encuba pelbagai skincare anti acne tapi jerawat tak kunjung hilang? Mungkin kulit anda ‘over’ eksfoliasi. Rutin melakukan eksfoliasi wajah memang boleh mencegah pembentukan jerawat. Tapi, sekiranya kerap, skin barrier akan melemah dan kehilangan kemampuannya untuk melindungi diri dari bakteria mahupun infeksi. Punca membuat jerawat terus berkembang dan susah dihentikan.
5. Wajah tampak berkilap
Wajah glowing atau bersinar secara semula jadi mungkin jadi dambaan ramai wanita. Tetapi hati-hati kalau kulit anda sudah terasa tipis dan terlihat transparan.
Ini ertinya lapisan kulit sudah terkikis terlalu banyak kerana pemakaian produk eksfoliator. Anda juga harus lihat, adakah wajah glowing kerana terawat sempurna, atau berkilap kerana lapisannya sudah tipis.
Inilah beberapa ciri wajah ‘over’ eksfoliasi yang harus anda kenali. Sebaiknya lakukan proses ini 2-3 kali dalam seminggu sahaja. Sekiranya anda memilih menggunakan chemical exfoliator, jangan lupa untuk mencari produk dengan kadar acid yang rendah terlebih dahulu ya!
Cara Menyembuhkan Wajah Iritasi dan Mengelupas Akibat ‘Over’ Eksfoliasi
Ritual eksfoliasi wajah memang baik untuk menghilangkan kulit kusam. Tetapi sekiranya dilakukan terlalu kerap, baik physical ataupun chemical exfoliant boleh merosakkan lapisan pelindung kulit.
Akibatnya, wajah jadi iritasi, muncul kemerahan, dehidrasi, bahkan mengelupas, atau sering disebut dengan ‘over’ eksfoliasi. Lebih parah lagi, over exfoliated skin terkadang juga terasa panas dan mendorong tumbuhnya jerawat.
Biar kondisi wajah tidak terlalu parah, cuba 4 langkah mudah ini.
1. Hentikan pemakaian produk exfoliator
Sekiranya anda merasakan tanda-tanda kulit wajah over exfoliated seperti muncul kemerahan, iritasi, terasa gatal, panas, timbul jerawat, ataupun mengelupas, langkah pertama yang harus dilakukan adalah menghentikan pemakaian produk exfoliator.
Exfoliator yang dimaksud termasuk chemical exfoliant seperti peeling gel, exfoliating toner, dan produk yang mengandung AHA, BHA, PHA, juga physical exfoliant seperti facial scrub dan cleansing brush.
2. Hidrasi wajah
Setelah menghentikan pemakaian produk eksoliator, perbaiki lapisan pelindung semula jadi di wajah dengan cara mengembalikan kelembabannya. Skin barrier yang terhidrasi dengan baik akan kembali menguat dan mampu melindungi lapisan kulit dari pelbagai faktor luar.
Perkuat kembali skin barrier dengan cara menggunakan produk yang bersifat hydrating. Contohnya hydrating toner dan skincare lainnya yang mengandung kolagen, hyaluronic acid, glycerin, dan ceramide.
3. Hindari skincare yang mengandung alkohol
Kulit ‘over’ eksfoliasi tentunya sangat sensitif dan terdedah. Untuk itu, anda harus memakai produk skincare yang bebas dari wangian dan alkohol. Selain itu, anda boleh merawat kulit yang mengalami ‘over’ eksfoliasi dengan skincare khusus kulit sensitif. Produk-produk tersebut biasanya lebih lembut, selesa, ringan, dan minima risiko iritasi.
4. Selalu pakai sunscreen
Sudah tahu kan kalau kulit yang ‘over’ eksfoliasi itu sangat sensitif? Ya, supaya tidak bertambah parah pastikan untuk selalu memakai sunscreen secara merata dan aplikasikan minima 20 minit sebelum anda keluar rumah.
Dan jangan lupa, pilih sunscreen terbaik yang sesuai dengan kulit. Karena ini boleh melindungi wajah dari paparan sinar UV yang berisiko membuat iritasi kulit semakin parah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI