Trend makan tiram mentah kian menjadi perhatian orang ramai. Semakin ramai yang mengidam untuk makan tiram mentah oleh kerana pengaruh perkongsian influencer di sosial media sehingga membuak perasaan ingin tahu dalam diri.
Namun, ramai juga yang telah jatuh sakit selepas menjamu makanan viral itu. Platform sosial media menjadi medan perbahasan mengenai trend memakan tiram mentah ini. Ada juga berpendapat hanya sekadar trend, ramai yang sanggup jatuh sakit.
Teringin nak rasa tiram mentah ‘membawa maut’
Ya, tidak di nafikan perasaan yang mebuak-buak apabila kita lihat ramai influencer serta perkongsian orang ramai di sosial media tentang trend makan tiram mentah ini. Sehinggakan ada yang boleh menempah tiram mentah terus di rumah.
Tiram ataupun Oysters, merupakan salah satu hidupan laut yang sangat di gemari orang ramai ini mengandungi vibriosis yang boleh membawa maut. Bakteria Vibrio ini selalu di jumpai di laut atau kawasan air masin di mana tiram hidup dan membiak. Kalau anda nak tahu, cara tiram untuk mendapatkan makanan adalah dengan menapis air dari kawasan persekitarannya, jadi bakteria yang sedia ada di dalam air akan terkumpul dalam tisu badan tiram.
Vibriosis merupakan satu jenis keracunan yang disebabkan oleh jangkitan dari kumpulan bakteria vibrio. Namun, ada sebilangan sahaja spesies bakteria Vibrio yang tidak meberhaya, tetapi sesetengah spesies boleh menyebabkan keracunan dengan gejala yang sangat teruk, seperti bakteria Vibrio vulnificus dan Vibrio parahaemolyticus. Gejala yang sering di dapati adalah cirit-birit dan muntah-muntah, tetapi jangkitan dari bakteria Vibriovulnificus boleh menyebabkan kematian.
Ramai yang telah jatuh sakit akibat mengikut trend makan tiram mentah tanpa di masak. Bahkan telah mendapat banyak kerisauan dari khalayak ramai, masih ada segelintir rakyat di Malaysia beranggapan jika tidak dapat rasa pada waktu sekarang, bila lagi.
Melalui perkongsian di @natashazlkh di Twitter, dia cuba untuk menyedarkan orang ramai terhadap keburukan dan kemudaratan yang boleh di bawa jika makan tiram secara mentah. Respon pengguna Twitter bernama @natashazlkh itu berniat untuk membalas tweet seorang influencer yang tular disebabkan makan tiram mentah dengan harga yang murah sebanyak RM6.00.
Ads
Oysters = filter feeders = can contain chemical contaminants ie. Heavy metals + Vibrio bacteria + other viruses
I dont really see people sharing this fact because oysters are usually seen as a boujee delicacy but there are health risks when eating oysters raw… https://t.co/omFk0mJfVQ
“Saya kurang melihat orang ramai berkongsi tentang fakta ini di sebabkan makan tiram mentah di anggap sebagai satu makanan ‘berada’ tapi akan ada akibat jika makan secara mentah…” katanya untuk mengingatkan orang ramai bahaya makan tiram mentah.
Ads
Menurut Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Labuan di pautan Facebook, jualan tiram mentah di gerai-gerai tepi jalan agak tidak sesuai kerana suhu penyimpanan tiram mentah perlu dititikberatkan. Penyimpanan tiram mentah perlu dalam suhu yang sejuk selepas di tangkap kerana tidak mahu ia cepat rosak.
Kadangkala, bila kita ikutkan trend yang viral, kita alpa tentang keselamatan dan kemudaratan yang boleh mengancam nyawa kita. Di sarankan supaya selepas ini kita harus berwaspada dalam menjaga kesihatan diri.
Sharifah Rose mula mengukir nama dalam industri sebagai pempengaruh media sosial tersohor sebelum mula menceburkan diri sebagai Pelakon. Ketika namanya sedang berada di puncak, wanita inspirasi hijabi ini telah mengasaskan peniagaan dibawah jenamanya sendiri iaitu ‘Harirose’.
Mengulas berhubung apakah yang membezakan Rose dengan pempengaruh serta pelakon BBNU yang lain, iaitu saat nama berada di puncak kemaruk mengeluarkan produk dan mengambil kesemb terjun ke kancah perniagaan, ini respon yang diberikan usahawanita muda ini!
Setiap Manusia Punya Keunikan Tersendiri! Diri Adalah Rumah Pertama
Menurut Rose, sebelum menceburi bidang lakonan, Rose terlebih dahulu bergiat aktif sebagai model pada 2016 selepas tamat Tingkatan 5 dan pernah menjadi model untuk jenama-jenama fesyen muslimah.
Kemudian mula diperkenalkan ke dalam industri Hiburan pada seawal usia 20-an dan menyerahkan dirinya kepada mata umum. Apa yang membuat Rose unik berbanding bakat lain di luar sana adalah dirinya sentiasa berpegang pada slogan serta tagline “Hari Ini, I Choose Myself”.
Jelasnya lagi, tagline sama juga digunapakai untuk mencerminkan jenama miliknya Harirose yang bertujuan sebagai peringatan untuk dirinya dan para peminat bahawa walaupun berbeza cara, kita tetap perlu mengambilkira pendapat dan suara orang ramai.
Sharifah Rose Ikut Resmi Padi, Tolak ‘Selfish & Self-Centered’
“Justeru, sentiasalah ikut resmi padi yang sifatya menunduk ke bumi. Rose sentiasa mengelakkan sikap pentingkan diri sendiri atau memilih diri sendiri dahulu (self-centered).
“Diri adalah rumah pertama kita, dan ia perlu dihias, disayangi dan dipupuk dengan cara yang betul, sebelum kita boleh memaparkan diri kita kepada umum, menerima tetamu dan membiarkan dunia luar masuk ke dalam rumah kita.
“Ini adalah nilai-nilai yang terpahat diri Rose dan diterjemahkan dalam setiap koleksi bagi jenama Harirose.
Harirose Refleksi Diri, Cebisan Memori Zaman Kanak-Kanak Sharifah Rose
Jelasnya lagi, tujuan dia berkecimpung dalam kancah perniagaan di usia muda, adalah untuk mengabadikan memori zaman kecil bersama ibunda tercinta, di samping memberi inspirasi kepada wanita diluar sana khususnya wanita muslimah untuk kuat dan menjadi diri sendiri!
“Saya mahu mencipta satu koleksi yang merakamkan perasaan zaman kanak-kanak saya bersama ibu.
“Semuanya kini telah bergerak pada kadar yang sangat pantas dalam hidup saya, oleh itu dengan adanya jenama ‘Harirose’ ini saya dapat mengenang semula memori yang terpahat dalam ingatan, serta kenangan indah yang penting buat diri saya.
“Saya mahu diingati selama-lamanya, kerana setiap koleksi ‘Harirose’ yang telah direalisasikan ini adalah cerminan kepada diri saya sendiri,” kata Sharifah Rose.
Untuk rekod, pada Mac 2022, Harirose jilid pertama mendapat sambutan dan reaksi yang memberangsangkan dan ia memutuskan untuk mengembangkan siri ini dengan reka bentuk dan warna baharu.
Menariknya, setiap reka bentuk selendang dan penjenamaan keseluruhan jenama ini dipengaruhi oleh falsafah estetika dan mencerminan peribadi pengasasnya, Sharifah Rose.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Secara umum, tidak ada makanan yang “baik” atau “buruk”, semuanya ada ada kepentigan secara sederhana. Tetapi terdapat beberapa makanan yang lebih buruk untuk kesihatan anda daripada yang lain dan harus dielakkan jika boleh.
Bagi wanita yang cuba hamil, ingin mengimbangi hormon mereka, atau ingin mengelakkan penyakit kronik, terdapat satu lagi lapisan komplikasi kesihatan yang perlu dipertimbangkan. Sesetengah makanan ini dikenali sebagai pengganggu hormon, manakala yang lain boleh meningkatkan peluang anda untuk menghidap penyakit kronik. Dan jika anda cuba hamil atau sedang menyusu, terdapat beberapa larangan utama dalam senarai ini.
Sama ada makanan ini mengacaukan kesuburan anda atau meletakkan anda berisiko untuk penambahan berat badan dan penyakit jantung, ini adalah beberapa pilihan yang tidak sihat yang tidak sepatutnya ada dalam pinggan anda. Pada asasnya, ini adalah makanan paling teruk untuk wanita yang perlu dielakkan.
Jika Anda Cuba Untuk Mengandung
Sama ada anda merancang untuk melahirkan bayi dalam tempoh lima bulan atau lima tahun, pastikan anda menjauhi makanan ini.
1. Alkohol (bukan islam)
Wanita yang minum sekurang-kurangnya satu minuman beralkohol setiap hari berisiko 50 peratus lebih besar untuk mengalami ketidaksuburan berbanding wanita yang tidak minum, menurut satu kajian yang dipercayai. Tukar koktel kegemaran anda dengan air berbuih dengan buah segar, sekurang-kurangnya sehingga anda selesai menyusu.
2. Daging merah
Jika stik berair atau daging rangup adalah sebahagian daripada diet biasa anda, ia boleh memberi kesan negatif kepada keupayaan anda untuk hamil. Wanita yang makan paling banyak protein haiwan mempunyai peluang 39 peratus lebih besar untuk menjadi tidak subur. Penyelidik yang sama mendapati bahawa orang yang mengambil jumlah protein berasaskan tumbuhan yang tinggi kurang berkemungkinan menghadapi masalah ketika cuba hamil.
3. Yogurt tanpa lemak
Jika anda peminat tegar yogurt lebih baik ambil yogurt Greek dengan sedikit lemak. Dan ia jelas, lebih baik. Yogurt tanpa lemak, terutamanya yogurt berperisa, boleh menjadi bom gula yang meningkatkan gula darah dan tahap insulin anda. Ia juga boleh menjejaskan keupayaan anda untuk hamil. Satu kajian bahawa wanita yang makan jumlah tinggi tenusu rendah lemak mempunyai risiko 85 peratus lebih tinggi untuk kemandulan ovulasi berbanding wanita yang makan sedikit atau tidak tenusu rendah lemak.
Jika Anda Cuba Menurunkan Berat Badan
Antara mengimbangi hormon dan menangani gangguan metabolik khusus wanita, menurunkan berat badan bagi wanita adalah amat sukar. Berikut adalah makanan yang perlu dielakkan untuk menurunkan berat badan.
4. Roti putih
Anda mungkin berpendapat roti putih adalah pilihan yang lebih baik, tetapi kedua-duanya adalah karbohidrat yang ditapis dan badan anda memproses karbohidrat yang ditapis sebagai gula. Karbohidrat ditapis telah dilucutkan daripada hampir semua seratnya, ini bermakna ia menyebabkan gula darah anda meningkat dan tahap insulin meningkat. Salah satu masalah bagi wanita yang mempunyai sindrom ovari polikistik, atau PCOS.
Wanita yang mempunyai PCOS berkemungkinan mempunyai rintangan insulin, yang bermaksud badan mereka tidak bertindak balas apabila insulin dihasilkan untuk memetabolismekan glukosa, seperti glukosa yang dihantar daripada karbohidrat ditapis. Ini membenarkan gula, darah tinggi dan pertambahan berat badan, terutamanya di kawasan perut. Wanita yang mempunyai PCOS dan rintangan insulin harus mengehadkan semua pengambilan karbohidrat yang ditapis, tetapi jika anda perlu mendapatkan roti, jadikan ia jenis 100% bijirin,
5. Diet Soda
Fikirkan soda diet adalah cara terbaik untuk mengurangkan kalori dan meningkatkan penurunan berat badan? Fikir semula. Sudah tentu, ia bebas kalori dan gula, tetapi ia penuh dengan bahan kimia dan bahan tambahan yang menakutkan. Dan ia sama buruk untuk perut anda seperti soda biasa. Individu yang minum soda diet secara kerap mempunyai hampir tiga kali ganda jumlah lemak perut dalam tempoh 9 tahun berbanding mereka yang tidak minum soda diet. Buang soda sama sekali dan teguk air berkilauan dengan buah segar. Lebih baik lagi, bancuh teh.
6. Jus buah-buahan
Ramai menganggap jus buah-buahan semulajadi mestilah sihat kerana ia diperbuat daripada buah-buahan. Dan pastinya, jus oren atau limau gedang segar yang diperah dilengkapi dengan vitamin dan mineral penting seperti vitamin C, tetapi ia juga sarat dengan gula. Oleh kerana penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu wanita, mati akibat komplikasi yang berkaitan setiap tahun, bom gula jenis ini harus dielakkan. Apa-apa sahaja yang mengandungi glukosa, fruktosa atau apa-apa jenis gula adalah tidak baik untuk jantung anda kerana ia meningkatkan keradangan dan keradangan menyebabkan penyakit kardiovaskular.
Gula cair lebih teruk untuk badan anda, ia akan meningkatkan gula darah anda dengan lebih cepat dan menggalakkan peningkatan insulin, yang akan membuatkan anda mengemaskan berat badan. Pilih untuk makan buah yang mengandungi serat penting yang akan membantu anda mengawal gula dalam darah anda.
Untuk Kesihatan Jantung yang Lebih Baik
Penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu wanita. Pastikan anda menjaga kesihatan jantung anda dengan mengelakkan makanan ini yang membebankan hati anda.
7. Biskut Sejuk Beku
Bukan sahaja gula menjadi punca utama penyakit jantung, tetapi juga lemak trans. Lemak trans dalam makanan yang diproses, ia masih bersembunyi dalam banyak makanan yang dibungkus. Biskut Buttermilk, walaupun label pemakanan menyenaraikan “0 gram” lemak trans, ia dibuat dengan minyak kacang soya terhidrogenasi, yang bermaksud terdapat jumlah surih lemak berbahaya ini dalam biskut. Itu bukan bermakna anda tidak boleh menikmati biskut lagi, tetapi cuba buat sendiri dari awal untuk hidangan sekali-sekala. Jika tidak, berpegang pada produk roti yang lebih baik untuk anda.
8. Krimer Kopi
Satu lagi sumber licik lemak trans ialah krimer kopi bukan tenusu, yang sering kali dibuat dengan minyak terhidrogenasi trans-lemak. Ramuan dalam rasa Coffeemate Original, contohnya, termasuk: pepejal sirap jagung, kacang soya terhidrogenasi separa atau biji kapas terhidrogenasi separa. Malah jumlah surih lemak trans yang diproses ini mungkin tidak baik untuk jantung. Lebih baik berpegang pada percikan susu penuh sebaliknya. Mencari sesuatu yang bukan tenusu? Cuba krimer yang dibuat dengan susu badam dan santan, tanpa pemanis atau perisa tiruan dan akan menambah rangsangan rasa berkrim pada kopi anda.
9. Marjerin
Seperti krim kopi, alternatif mentega seperti marjerin selalunya dibuat dengan minyak terhidrogenasi separa, salah satu sumber lemak trans yang paling biasa. Lemak jenis ini bukan sahaja dikaitkan dengan penyakit jantung, tetapi ia juga boleh mempercepatkan penuaan kulit! Lemak trans menjadikan kulit lebih terdedah kepada sinaran ultraungu, yang boleh mengundang penuaan kulit pramatang dan kedutan dalam. Langkau makanan berkolesterol tinggi ini dan kekalkan dengan minyak zaitun yang menyihatkan.
Untuk Kesihatan Keseluruhan yang Lebih Baik
Daripada osteoporosis kepada kesuburan, makanan ruji ini boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan wanita khususnya. Pastikan anda menjauhi makanan yang tidak baik untuk anda ini.
10. Kopi Ekstra Besar
Kopi, secara amnya, sihat; kajian telah menunjukkan ia boleh membantu anda hidup lebih lama, mengurangkan kebimbangan dan baik untuk jantung, serta pelbagai manfaat kesihatan yang lain. Tetapi ada kemungkinan untuk mempunyai terlalu banyak perkara yang baik.
Orang dewasa dengan selamat boleh mengambil sehingga 400 miligram kafein sehari, yang bersamaan dengan empat cawan 8 auns kopi, tetapi minum lebih daripada itu boleh menyebabkan perkumuhan kalsium, yang, dari masa ke masa, boleh menyebabkan osteoporosis. Wanita berisiko tinggi mendapat osteoporosis, nikmati kopi anda, tetapi cuba berpegang pada satu atau dua cawan.
11. Susu Tanpa Lemak
Vitamin D boleh membantu meningkatkan penurunan berat badan, melawan kemurungan dan mencegah tulang anda daripada mengalami osteoporosis. Tetapi D adalah vitamin larut lemak, bermakna ia memerlukan sedikit lemak untuk diserap. Memandangkan susu skim telah mengeluarkan semua lemak, lebih baik anda minum 2% atau susu keseluruhan untuk mendapat manfaat pelindung tulang daripada vitamin D. Susu skim juga telah dikaitkan dengan ketidaksuburan, jadi jika anda cuba mendapatkan mengandung lebih baik anda memilih susu yang mempunyai sedikit (atau semua) lemak.
12. Sayur dalam tin
Sayuran dalam tin menjadikan makan malam itu mudah, tetapi ia juga boleh menjejaskan kesihatan anda. Banyak tin dicampur dengan bisphenol A, atau BPA, bahan kimia industri yang digunakan dalam pelbagai bekas makanan dan minuman yang boleh menjejaskan fungsi sel dalam otak dan memberi kesan kepada perkembangan sistem saraf pusat.
Ia juga boleh membahayakan wanita terutamanya, mengganggu pengeluaran estradiol, hormon seks yang penting untuk perkembangan reproduktif. Pastikan anda menyemak semula label anda dan hanya beli tin dan plastik yang dilabel secara khusus. Tanpa berbuat demikian, anda akan mengambil beberapa daripada 50 Makanan Paling Tidak Sihat.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Masa itu emas. Pepatah Melayu ini barangkali amat sesuai untuk menggambarkan tentang kejayaan seorang anak muda berusia 33 tahun yang menjadi Johan Qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2022. Cerita kejayaan Sofizah Mousin bagaikan sebuah inspirasi kepada semua untuk menghargai masa yang ada.
Tidak memandang amanah dan tanggungjawab sebagai seorang guru Geografi sebagai batu penghalang untuk mencipta kejayaan, Sofizah yang diangkat sebagai Johan Qariah ini sentiasa mencari ruang dan kesempatan untuk melatih suaranya demi untuk memberikan yang terbaik sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1443H/2022M yang berlangsung sejak 12 hingga 17 Jun lalu.
Kongsinya, waktu yang seringkali digunakan untuk melakukan sesi latihan taranum ialah semasa memandu. Ternyata, kekangan masa bukanlah alasan untuk dirinya memberikan yang terbaik. Alunan suaranya yang memenuhi seluruh Dewan Besar, Pusat Islam Iskandar Johor itu sudah membuktikan bahawa dia ialah seorang juara.
Biasanya, saya buat latihan taranum dalam kereta, semasa memandu. Saya memang akan buat latihan suara sendiri setiap hari.
Tambahnya lagi, dia tidak menyangka akan kemenangannya itu kerana bukan sahaja disebabkan oleh kekangan masa malah anaknya juga mengalami masalah kesihatan, dua minggu sebelum pertandingan ini berlangsung. Tetapi, piala johan Qariah menjadi miliknya malam itu walaupun sudah tiga kali menyertai pertandingan ini di peringkat kebangsaan.
Alunan suaranya bukan sahaja memberi ketenangan kepada telinga yang mendengar, malah bacaan tajwid dan fasahah yang tepat menjadi kunci kemenangannya itu. Maka tidak hairanlah, wanita yang berkulit putih ini dinobatkan sebagai juara.
Berjaya membawa pulang wang tunai sejumlah RM15 ribu serta tambahan RM 10 ribu sebagai penghargaan untuk menunaikan haji, Sofizah yang tidak menjadikan faktor usia sebagai batu penghalang ini juga turut membawa pulang cenderamata dan sijil penghargaan.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...