Membantu orang yang berada di dalam kesusahan amat digalakkan dalam ajaran Islam. Sebenarnya tidak rugi pun anda membantu kerana pastinya kebaikan dan pahala akan pergi kepada anda semula.
Inilah yang terjadi kepada seorang lelaki bernama Sharul Hafidz yang telah membantu seorang pakcik dengan memberi selipar kepunyaannya kerana pakcik tersebut didapati berkaki ayam ketika menaiki komuter.
Lebih membuatkan lelaki ini kecewa apabila beberapa orang gadis yang turut berada di dalam komuter itu telah mentertawakan pakcik tersebut serta membuat instastory yang menunjukkan pakcik itu berkaki ayam.
Ketika pakcik itu duduk di sebelah Sharul Hafidz, barulah dia berani untuk bertanya tentang keadaan pakcik yang berkaki ayam itu. Rupa-rupanya selipar pakcik itu telah dihanyutkan arus air longkang ketika sedang menunaikan solat Maghrib. Alahai, kesiannya…
Dek rasa kasihan terharap situasi yang dialami pakcik itu, Sharul Hafidz telah memberi selipar kepunyaannya. Perbuatannya itu bagaimanapun telah mengundang reaksi seorang makcik sehingga dia menerima rezeki yang tidak dijangka.
Ikuti perkongsian Sharul Hafidz tentang situasi ini. Benar, rezeki Allah tidak pernah salah alamat.
Saw this pakcik earlier menggigil dalam train sejuk sebab hujan. Berkaki ayam je. Ada satu group perempuan ni dorang buat story superzoom (tak perlahankan pun audio), fokus kat kaki pakcik tu sambil ketawa sesama dorang.
Saw this pakcik earlier menggigil dalam train sejuk sebab hujan. Berkaki ayam je.
Ada satu group perempuan ni dorang buat story superzoom (tak perlahankan pun audio), fokus kat kaki pakcik tu sambil ketawa sesama dorang.? pic.twitter.com/cyF3uDzCg0
— ? (@sharulhafidz) January 17, 2018
Aku kesiankan pakcik ni tapi nak tanya dia takut jugak sebab aku pun mulanya fikir dia ni ada problem ke apa kan.
Tapi lepas sampai satu stesen tu, seat sebelah tempat aku diri ni kosong, so pakcik tu duduk kat situ, betul-betul sebelah aku. Waktu tu aku fikir banyak kali jugak. Nak tanya ke tak? Nak tanya ke tak?
So lepas dekat 2 minit fikir aku tanya jelah. Aku memang jenis lambat buat keputusan bab nak tegur orang tak kenal ni.
“Aaa pakcik. Mana selipar pakcik?” Pakcik tu terus angkat muka dia pandang aku.
“Selipar kena hanyut arus longkang waktu solat Maghrib tadi.”
Okay first aku terkejut sebab pakcik tu normal, bukan tak betul macam yang aku fikirkan. Negatif betul. Then terkejut rupanya selipar hilang sebab solat Maghrib.
Kali ni aku tak fikir lama-lama, terus aku keluarkan selipar dari dalam beg and bagi kat pakcik tu. Tapi time nak bagi tu aku fikir balik. Kalau aku bagi selipar aku, habislah kasut aku basah nanti nak redah hujan naik motor. Ahh basah pun basah la. Dah ada niat nak tolong dia.
Pakcik tu bila dia ambil je selipar tu, muka dia macam bahagia ke apa ntah. Tapi dia tak tundukkan kepala dia dah. Maybe tadi segan orang duk gelak-gelakkan dia sambil rakam video. You look good and handsome now pakcik, hahaha.
Pakcik tu bila dia ambil je selipar tu, muka dia macam bahagia ke apa ntah. Tapi dia tak tundukkan kepala dia dah. Maybe tadi segan orang duk gelak-gelakkan dia sambil rakam video.
You look good and handsome now pakcik hahahah. pic.twitter.com/5pH1IKW4Kf
— ? (@sharulhafidz) January 17, 2018
Then tiba-tiba datang sorang makcik ni pulak, dia datang ke sebelah aku and tegur aku.
“Dik nah akak bagi ‘gula-gula’ kat adik sebab tolong pakcik ni. Kesian pakcik tu sejuk takda selipar, yang lain semua ketawakan dia.”
Time tu budak-budak perempuan yg buat story tu diam je.
And guess what. Ni ‘gula-gula’ yang makcik tu maksudkan. Dia bagi duit weh bapak banyak. Nak tolak, dia tak bagi. Pakcik yang dapat selipar tadi pun syorkan aku ambil je duit tu. So aku terima lah. Weh bapak segan. Orang sekeliling tengok je apa yang terjadi.
And guess what. Ni ‘gula-gula’ yang makcik tu maksudkan. Dia bagi duit weh bapak banyak. Nak tolak, dia tak bagi. Pakcik yang dapat selipar tadi pun syorkan aku ambil je duit tu. So aku terima lah.
Weh bapak segan. Orang sekeliling tengok je apa yang terjadi. ? pic.twitter.com/79EXxXUE33
— ? (@sharulhafidz) January 17, 2018
Makcik tu siap kata, ambil la duit tu buat beli selipar baru ganti yang tadi. So aku pun berterima kasihlah kat makcik tu. So perjalanan diteruskan macam biasa sampailah aku tiba di stesen yang aku nak berhenti.
Sampai je kat stesen ni, ada kedai MyNews.com. Aku ternampak ada jual selipar murah. So dengan duit dapat tadi aku boleh la beli selipar baru, ganti balik selipar aku yang bagi pakcik tu tadi. Oh ya siap boleh beli air fevret, hewhew.
— ? (@sharulhafidz) January 17, 2018
So nak redah hujan time tu, hujan lebat gila and bahaya kalau redah sekarang. Aku ambil masa kejap untuk muhasabah balik apa yang terjadi tadi sambil minum Hershey’s.
Allah bagi ganjaran bila aku tolong pakcik tu. Dia gantikan selipar aku yang dah lama tu dengan selipar yang baru. Bersyukur sangat bila dapat ganjaran cash dari Allah macam ni.
Aku harap pakcik tu gembira, macam mana aku gembira tolong dia dan ditolong semula oleh makcik pemurah tadi. And harapnya makcik yang pemurah tu Allah akan hantarkan orang lain pulak untuk bagi satu kebaikan pada makcik tu.
And bukan kami bertiga je. Even budak-budak perempuan yang ketawakan pakcik tu pun harapnya dapat la bukti bila kita buat baik ni, kita akan dibalas dengan kebaikan jugak. Orang yang ada dalam gerabak tu yang tengok kejadian tadi pun dapat belajar something jugak. InsyaAllah.
Aku punya berangan ni, aku terfikir something. Kalau dalam gerabak ni kami ditunjukkan dengan kebaikan macam ni, gerabak-gerabak yang lain ada tak orang buat kebaikan utk penumpang-penumpang lain kat situ?
Cuba bayangkan kalau setiap gerabak kita saksikan kebaikan even satu kebaikan je contohnya give seats to those yang memerlukan, bukan orang yang buat tu je yang dapat manfaat, tp orang lain dlm tu pun dapat tengok indahnya buat baik. Dan train ni pun dikepung dengan kebaikan.
And bila train ni telah dikepung dengan kebaikan, keluar je train masing-masing sebarkan kebaikan tu kepada orang lain dan orang lain tu teruskan beri kebaikan kepada orang yang lain. Aku jadi paling excited bila bayangkan end up kita kepung dunia ni dengan kebaikan hahahaha.
Semoga Allah terus letakkan kita dalam persekitaran yang baik, supaya kita dapat terus buat baik dan jadi superhero untuk orang lain. Thanks for today! Alhamdulillah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI