Baru-baru ini dunia dan seluruh umat Islam dikejutkan dengan musibah gempa bumi dahsyat yang menimpa saudara se-Islam di tanah Turkiye.
Gempa bumi berukuran 7.8 skala ritcher itu, merupakan bencana alam terdahsyat yang pernah melanda Turkiye, hingga meranapkan banyak bangunan pencakar langit sekaligus mengorbankan ribuan nyawa.
Liza Hanim Luah Rasa Simpati, Kongsi Detik Melawat Bumi Andana, Turkiye!
Kebanyakkan individu yang mendengar perkhabaran sedih berkenaan turut menzahirkan rasa simpati terhadap bencana yang menimpa itu.
Tidak terkecuali penyanyi yang popular dengan lagu Jeritan Batinku, Haliza Hanim Abd Halim atau lebih dikenali sebagai Liza Hanim yang turut berkongsi momen pernah menjejakkan kaki ke salah satu bandar yang teruk terjejas dilanda gempa itu.
Perkongsian berkenaan dibuat menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini. Pada hantaran tersebut, Liza memuat naik sekeping foto memaparkan dia dan suami sedang berswafoto di lapangan terbang wilayah tersebut.
“Kami berdua pernah diberi rezeki untuk menjejakkan kaki ke bumi Adana.Sangat tenang dan rakyatnya ramah dan tak lekang senyuman,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Selain itu, Liza turut mendoakan agar segala urusan menyelamatkan mangsa yang tertimbus dipermudahkan, khusus ditujukan kepada semua yang terlibat dalam bencana alam di wilayah berkenaan.
Artikel berkaitan: Susah JALAN Atas Pasir Punca LIZA HANIM Turunkan Berat Badan. Baca Perkongsiannya HILANG 20Kg!
“Kini Adana adalah salah satu kawasan Ground Zero, gempa bumi dahsyat yang telah melanda Turkiye.
“Tiada upaya selain menghulurkan doa buat semua mangsa, semoga yang masih hidup berjaya diselamatkan segera, dan semoga yang telah pergi mendapat tempat di syurga firdausi.
“Semoga para penyelamat juga dilindungi serta diberi kekuatan luar biasa,” doanya.
Sekadar info, media antarabangsa dan tempatan melaporkan angka kematian akibat gempa bumi dahsyat itu kinj telah hampir mencecah 6,000 dengan lebih puluhan ribu mangsa tercedera.
Sehubungan itu, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah agar operasi mencari dan menyelamat serta usaha lain dapat dijalankan dengan pantas.
Sumber : Instagram Liza Hanim
Artikel berkaitan: Majlis Gilang Gemilang, Himpunkan Wajah A List, Menariknya Semua Mengayakan Songket Serba Klasik
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Belum KAHWIN Tapi Macam Hamil 7 Bulan Kerana Bawa ‘CYST’ Seberat 5 Kg. Satu Puncanya Makan Ubat KURUS
Ujian Allah itu datang tanpa kita ketahui. Kalau sebelum ini seseorang itu sentiasa sihat dan aktif, tetapi tiba-tiba jatuh sakit hingga tidak mampu berjalan. Walau apa juga dugaan yang diberi, hadapi segalanya hadapi dengan tenang. Jangan sesekali marah dengan Tuhan kerana Dia hanya mahu menguji insan yang disayanginya. Seperti perkongsian gadis ini yang baru sahaja menjalani pembedanan membuat cyst di ovary kanan. Cyst yang dibawa selama ini bukan kecil tetapi seberat 5 kg dengan sebesar 28 cm dan Amalina Che Hasin diibaratkan seperti wanita yang mengandung tujuh bulan.
Walaupun diduga sebegitu oleh Tuhan, tetapi gadis ini bersyukur kerana segala urusannya dipermudahkan Tuhan. Ikuti kisahnya yang tahu mengalami cyst ketika ia sudah membesar tetapi tiada sebarang komplikasi berlaku sepanjang pembedahan.
Dalam perkongsiannya Amalina menasihati jika ada tanda-tanda tidak normal berlaku pada seseorang, cepat-cepat mendapatkan rawatan doktor. Ini kerana cyst ini boleh datang tanpa kita sedari dan boleh muncul kembali walaupun telah membuangkanya.
Setiap wanita kena tahu cyst atau kanser. Dapat tahu derita cyst besarnya kira-kira 28cm dan seperti wanita mengandung
CYST ATAU KANSER ?
WANITA JANGAN AMBIL RINGAN.
PENYAKIT INI DATANG TANPA KITA SEDARI DAN BOLEH MUNCUL KEMBALI.
Alhamdulillah. Harini genap 7 hari lepas major operation untuk buang cyst di ovari kanan. Syukur Ya Allah, pembedahan berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi. Lepas pembedahan pun tak ada komplikasi lain, tak bleeding, tak perlu transfer darah. Alhamdulillah, Allah datangkan ujian tapi Dia permudahkan.
Gambar kat bawah ni lah saiz cyst yang dah dikeluarkan. Seberat 5kg, sebesar 28cm. MashaAllah, waktu pertama kali dapat berita, demam seminggu. Emosi sebenarnya okay je, tapi mungkin badan dah semakin lemah. Tak sangka selama ni bawak makhluk sebesar ni dalam perut ? Doctor kata umpama orang mengandung 7 bulan. Syukur, walaupun lambat dapat tanda2 sakit, lambat bertindak pergi check up, walaupun terpaksa jugak operate, semuanya berjalan lancar. (saya jenis terlalu positif, dan takut doktor, dah banyak kali family ajak pergi klinik, tapi selalu berdegil, jadi lepasni kita kena letak sikit rasa negatif dalam diri terutama bab kesihatan, yang mana boleh elak kita elak awal awal) – JANGAN TAKUT DOKTOR
Rupanya sudah lama cyst ini ‘hidup’ lama dalam tubuh badan. Sekitar dua hingga tiga tahun di sebelah ovari kanan. Buang ovari berkenaan dan hanya tinggal ovari sebelah kiri sahaja. Masih dalam keadaan baik dan ada peluang untuk hamil.
Doktor kata, kemungkinan benda ni dah hidup around 2-3 tahun dah dalam badan. Duduknya di sebelah kanan ovari. Tube dan ovari kanan dah dibuang sepenuhnya. Syukur, masih ada rahim dan ovari kiri berfungsi dengan baik. Alhamdulillah, masih ada cahaya dan berita baik untuk diri ni. Doktor jugak terpaksa buang appendik dan sedikit lapisan lemak sbb berisiko utk ada jangkitan pada ovari sebelah kiri pula. Syukur, saya masih sempat elak dari merebak ke kiri walaupun saiznya dah membesar.
Emak ada tanya punca, tapi doktor pun tajk dapat pastikan kerana masih dalam kajian. Kemungkinan ia bukan cyst biasa tapi kanser.
Umi tanya doktor pakar sendiri masa hari terakhir dekat wad ‘Doktor, apa punca cyst ni boleh datang’ Lepastu doktor kata ‘Kalau saya tahu saya dah share, tapi saya pun taktahu, sebab actually penyakit ni masih dalam kajian’. Oleh sebab tu, kita pun main google je lah. Sebab nak bagi peringatan jugak pada org sekeliling tentang bahayanya penyakit ni. Sebab ada possibility benda ni bukannya cyst biasa, tapi kanser.
Mulanya doktor kata 50-50 ke arah kanser. Tetap kekal positif sehinggalah akan dapat keputusan dari makmal nanti.
Macam kes saya ni, dah run blood test before operation. Doktor kata 50-50 ke arah kanser. Tapi selepas operation baru dapat tahu, sbb cyst ni akan hantar ke makmal untuk diorang pastikan memang kanser atau bukan. Hari terakhir jumpa doktor, doktor kata sekarang dia letak saya dalam 3 possibility :
- Normal cyst
- Ovarian kanser
- Borderline
Tapi ikut pemerhatian doktor, dia tengok cyst ni mcm bukan kanser. Syukur, saya positif je. Sebabnya tanda-tanda kanser pun kurang pada diri saya. Kita anggap dia takde je lah ya Positif positif dan positif. Keputusan keluar pada 23/4 ni atau 4/5 nanti. InshaAllah mudah mudahan result baik baik je.
*Kepada semua kawan2 yang terbaca yang ada mak, kakak, adik, saudara mara, kekasih, rajin rajin lah ajak mereka buat check up, kita bersedia sebelum dia semakin membesar jadi mcm kes saya. Buat ultrasound je dah dapat tahu dia ada ke tak kat situ.
Macam mana saya dapat tahu?
Saya memang bawa motor pergi kerja hari2, jalan pulak tgh buat construction, mmg lubang banyak, terhentak hentak atas motor, terus rasa ngilu, senak dan sakit di bahagian bawah perut kiri dan kanan. Selepas tu saya terus buat check up di klinik swasta. Dah dpt keputusan baru refer ke hospital sbb taknak tunggu lama kalau terus ke hospital, mmg akan ambil masa yg lama. Yg ni bersyukur tunggu 3 minggu je tunggu dari tarikh mula2 refer hospital, dah dpt tarikh operate, sebab cyst dah besar sgt dan boleh pecah.
Cara bagaimana nak kesan.
Update : Sebab ramai tanya apa tanda2 dan punca. Ini saya share berdasarkan pengalaman saya dan jugak apa yg doktor pakar cakap ya. Sbb cyst ni ada banyak jenis, yg aktif, yg tidak, yg biasa, yg kanser, yg satu ketul, yang lebih dari satu ketul, yg fibroid, yg ada semasa preggy. Jadi mungkin tanda2 dia berbeza pada semua org. Untuk saya tanda2 nya :
1. Senggugut yang teruk setiap kali dtg bulan
(Terpaksa mc, makan ubat, bertungku, tak makan sehari atau dua, muntah, demam)
2. Mudah kejang pada kaki
3. Mudah lesu dan letih walaupun tak buat kerja berat
4. Benjolan pada sekitar perut (mcm saya dah terlalu besar, dah penuh satu abdomen, benjolan dah dpt rasa sikit je dari bawah dada, dah ada benjolnya)
5. Sakit pada sekitar bahagian bawah perut, kiri atau kanan (saya sakit kedua dua belah sbb cyst terlalu besar walaupun kedudukannya di ovari kanan)
6. Benjolan pada payudara (saya tak ada, tapi doktor check jugak, sbb cyst boleh timbul jugak di payudara)
Ini pula adalah punca-puncanya. Salah satu ambil suplemen kurus dan putih sepanjang 2 tahun.
Punca2 : (doktor pakar pun kata masih dalam kajian, tapi menurut soalan2 yg di tanya pada saya, kemungkinan ini lah beberapa puncanya)
1. Supplement (saya ada ambil supplement kurus dan putih sepanjang 2 tahun masa study)
2. Pemakanan (ayam, cheese, soya, ikan keli, ikan haruan, daging) – sebenarnya makanan favourite saya rupanya.
3. Keturunan (jika kanser) – mcm saya arwah maklong ada kanser
4. Period yang tidak teratur atau sakit (saya hanya senggugut teruk, tapi period sgt teratur setiap bulan, lain org lain tandanya, jadi kena periksa kalau ada masalah period)
5. Ubat perancang kehamilan (saya tak ambil sebab belum kawin) -ni saya dengar doktor marah patient dekat wad saya duduk tu, dia ada cyst, dia ambil ubat perancang kehamilan, doktor mmg bising sangat2 – ubat utk elak mengandung atau nak mengandung, dua dua bahaya.
Gadis ini juga ingatkan kaum wanita untuk buat ujian ultrasound di mana-mana klinik berhampiran.
Punca dia mmg tak banyak. Sbb tu doktor pun kata masih dalam kajian. Jadi baik kita buat ujian ultrasound je dekat mana2 klinik atau hospital swasta. Saya buat di klinik panel office saya, Poliklinik Desilva, hanya RM50 sahaja kos. Kebetulan doktor yang merawat mmg doktor pakar sakit puan. Kos untuk klinik lain saya tak pasti. Saya belum berkahwin, jadi buat ultrasound je. Utk yg dah berkahwin selalu doktor suggest buat ujian pap smear lebih efektif. Tp ultrasound pun dah memadai utk peringkat awal check up.
Hanya buat di hospital kerajaan kerana kos lebih murah berbanding swasta. Doktornya juga baik-baik & layanan sangat memuaskan walau wad kelas ketiga.
Ada yang bertanya, berapa kos pembedahan saya. Alhamdulillah, saya hanya pergi hospital kerajaan Ampang. Sebab kes ni terlalu emergency, doktor takut cyst pecah, saya tunggu seminggu je untuk operate. Bil saya hanya RM60 sahaja termasuk operation, warded dan ubat2. Kos sebenar RM 1,660. Subsidi, sebab tu murah. Kalau swasta saya dengar pengalaman org lain dan melalui banyak pembacaan, kos anggaran bermula 5k-30k. Bergantung pada kes. Alhamdulillah syukur sekali lagi. Hospital Ampang adalah salah satu hospital terbaik untuk pakar bahagian sakit puan. Syukur hospital sebelah rumah saya je. Doktor yg rawat saya mmg ramai. Ternyata pakar disini memang ramai dan sangat2 baik. Thanks doktor dan nurse. Walaupun wad kelas ketiga, tapi layanan sangat sangat baik.
Tapi untuk permulaan saya nasihatkan jangan terus ke hospital kalau taknak tunggu lama. Buat dulu pemeriksaan di klinik swasta atau klinik pakar sakit puan. Dah dapat keputusan ultrasound, minta copy daripada doktor, doktor akan bagi. Bawak keputusan tu ke hospital berdekatan. InshaAllah, lebih cepat mereka akan refer kita ke bahagian pakar sakit puan.
Pesannya juga tolong sayangi diri dan jangan biar berlarutan. kita perempuan mudah terdedah bermacam jenis penyakit terutama kanser.
Terlalu ramai yg pm saya komen bagitahu saya dan kongsi punya pengalaman atau masalah yg sama. TOLONG, TOLONG, TOLONG sayang diri kita, kalau ada tanda2 kalau ada masalah perempuan, jangan biarkan berlarutan, cepat2 buat check up. Kita perempuan mudah terdedah dengan mcm mcm jenis penyakit terutama kanser. Allah, minta dijauhkan dari kita semua.
Semoga perkongsian saya dapat beri manfaat kepada ramai lagi org kat luar sana. Bagi yang alami masalah yg sama, ada juga yang lebih kritikal berbanding saya, saya doakan awak semua diberi kesihatan yang baik, cepat sembuh dari sakit yg ada. Mudah mudahan ? Terima kasih jugak pada yg mendoakan kesihatan saya. Maaf kalau terlepas pandang, tak balas. Semoga doa kalian mendapat balasan baik dariNya dan mengiringi diri saya. Thanks !
Hijabista sempat menghubungi Amalina untuk bertanyakan perkembangan terkini. Dia sekarang sedang berehat setelah menjalani pembedahan. Amalina juga berharap dengan perkongsian kisah ini akan memberi panduan dan manfaat kepada hijabi di luar sana.
“Alhamdulillah kak share lah. Moga moga perkongsian saya ni dapat beri panduan dan manfaat pada yang lain”.
SUMBER: FACEBOOK AMALINA HASIN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Apabila Terlalu Berhajat Pada Pandangan Manusia Sebenarnya Inilah Riak Tanpa Sedar Yang Kita Sedang Buat
Riak adakalanya hadir dalam keadaan yang bercampur-baur seperti beribadah kerana Allah, tetapi dalam masa yang sama terselit kemahuan untuk dihargai dan dipandang oleh manusia.
Banyak saluran merealisasikan sifat riak dalam amalan. Sebagai contoh, Contohnya, solat dengan niat untuk dikenali dan dilihat sebagai hamba Allah yang abid dan kuat beribadah. Kala membaca al-Quran, suara yang sedap lunak dan elok bacaannya. Menjadi qari yang disanjung, kemudian hanyut dengan pujian. Itu juga riak.
Berikut perkongsian dan kupasan daripada Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria
BERHAJAT PADA PANDANGAN MANUSIA
Sebahagian kisah ‘Perihal Riak’ yang kita rasa kita tidak terkena walhal kita mungkin sedang melakukannya. Baca perlahan-lahan dan berulang untuk dapat kefahaman. Riak adalah melakukan sesuatu atau meninggalkan sesuatu bukan kerana Allah.
Buat sesuatu/tinggalkan sesuatu (untuk menunjukkan diri kita tidak suka menunjuk-nunjuk atau tidak suka riak) juga termasuk dalam perbuatan riak. Eh, macam mana itu yer? Allahu Akbar. Begitulah halus jarum Iblis.
Al Qadhi Iyadh dalam Faid Al Qadhir menyebutkan sifat riak itu termasuk dalam dalil kebodohan, tanda buruknya amalan dan buruknya pandangan. Misalnya satu orang yang tidak suka memakai pakaian yang cantik-cantik dan mewah untuk menunjukkan kepada orang lain, bahawa dirinya tidak suka bermegah padahal dia orang-orang yang berharta, adalah termasuk perbuatan Riak.
Point utama di sini, ‘menunjukkan kepada orang bahawasanya dia tidak suka bermegah’. Sifat DIA TIDAK SUKA BERMEGAH itu pun, bila dia mahu buktikan kepada orang, maka itulah RIAK.
HABIS BAGAIMANA?
Tak perlu buktikan pada sesiapa pun bahawa dirinya tak suka menunjuk-nunjuk. Misalnya juga, satu orang yang ingin bersedekah RM100 tetapi sebab ada kawannya bersama, maka dia tinggalkan sedekah untuk tujuan menjaga hatinya supaya tidak menunjuk-nunjuk pada kawannya.
Biarlah nanti-nanti di belakang kawannya dia bersedekah. Lalu dia menunda kebaikan itu kerana kawannya tadi. Maka itu juga dikira riak. Sifat menunda-nunda kebaikan kerana kawan, itulah riak. Sedang Allah berfirman untuk bersegera dalam kebaikan semata-mata kerana Allah.
Inilah ikhlas. Kerana itu ikhlas hal yang paling tinggi dan teratas kerana seringkali riak akan mengambil tempat. Riak itu bukan sekadar menunjukkan harta dengan tujuan berbangga-bangga tetapi juga menunjukkan diri seolah-olah ‘zuhud’ , tidak berhajat kepada harta, supaya dipandang oleh manusia dengan pandangan begitu merendah diri, itu juga dikira riak.
MAKA BILAKAH SAAT SESEORANG ITU TIDAK RIAK?
Bila dia tidak perlu kepada pandangan manusia untuk melakukan amal-amal solehnya. Bila dia tidak perlu buat atau tinggalkan sesuatu kerana manusia. Pakai apa sahaja kerana Allah tetapi tidak sehingga mengundang fitnah.
Pakai juga mewah berjenama, bergaya asal patuh syariah atau sederhana kemas bersih, tetap patuh syariah sebagai tanda syukur atas nikmat Allah. Maka tidak ada dosa bahkan menjadi kecintaan Allah.
Apa sahaja kerana Allah. Dan Allah itu cantik. Tidaklah sesuatu yang mulia memakai pakaian-pakaian lusuh dan buruk, atau koyak sedangkan mampu, untuk menunjukkan bahawa dia zuhud, cukup apa yang ada, sedangkan dia kaya berharta.
ZUHUD
Zuhud itu di hati bukan di pakaian. Jika Zuhud itu di pakaian, binatang seumpama kambing, lagilah lebih-lebih zuhud. Kerana langsung tidak perlu berpakaian.
Zuhud itu bukan pada pakaian. Kerana ramai orang berpakaian ala kadar, sederhana tidak menunjuk-nunjuk, tetapi nafsunya besar di dalam. Serakahnya dan sakit matanya melihat orang lain seolah-olah menunjuk-nunjuk walhal dia merasakan diri dia yang betul kerana tidak suka menunjuk-nunjuk.
Sesungguhnya hendaklah dia menzahirkan nikmat yang Allah beri pada dirinya dengan penuh takzim dan syukur lalu dia terlihat seperti orang yang ‘ memiliki’ agar orang-orang boleh meminta sesuatu darinya.
Hendaklah dia suka memberi bukan sahaja sedekah kepada orang jauh atau orang susah tetapi melazimi memberi hadiah dalam keluarganya sendiri, suami isteri, anak-anak, menantu, cucu, kerana memberi hadiah ini tanda syukur dan ia merupakan bahagian dari perintah Nabi untuk menjinakkan hati dalam berkasih syg dan Nabi amat-amat suka memberi dan menerima hadiah.
Begitu juga berapa ramai manusia tinggalkan solat atau lengahkan solat atau berhajat qadhokan solat atas sebab manusia lain dan urusan lain yang tidak mendesak pun yakni melibatkan nyawa (jika melibatkan nyawa sekali pun, ada kaedah tertentu untuk solat).
Utamakan solat dan segera dalam solat. Lebih banyak nikmat, lebih banyak syukur. Lebih banyak taat. Lebih banyak takut Allah. Lebih banyak mengajak manusia kepada kebaikan. Lebih banyak tinggalkan apa kata orang, tinggalkan apa pandangan orang. Tetapi terus kepada apa pandangan Allah terhadapku.
Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya. Dan Allah itu Maha Pemurah. Maka jadilah orang-orang kaya yang pemurah hati terutama pada anak-anak cucu, ibu ayah, adik beradik dan anak menantu. Dan janganlah menjadi orang-orang kaya yang membesarkan pandangan manusia di dalam hati. Juga jangan menjadi orang-orang kaya yang sombong merasa diri lebih bagus.
Serta jadilah orang-orang yang bersederhana atau orang-orang miskin, yang hatinya besar. Tetap suka memberi yang termampu dengan penuh syukur dan hanya berharap pandangan Allah terhadapnya. Juga tidak sombong dan menganggap orang kaya itu buruk bila mereka tidak mahu memberi.
Sumber kredit: Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria Top image: Photo by robert-nagy from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ambil Masa 96 Jam Untuk Datuk Rizalman Hasilkan ‘Dress’ Buat Wanita Hamil 7 Bulan, Hasilnya Sangat Wow!
Sebagai seorang designer yang bagus akan cuba merealisasikan impian pelanggannya untuk terampil cantik walaupun dalam kedaaan berbadan dua. Begitu juga yang pereka tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim yang mencipta dress cukup menarik untuk usahawan wanita bumiputera paling berjaya Norhaili Ahmad Mokhtar atau dikenali Elly Billionaire yang sedang hamil 7 bulan. Dress cukup unik ini mengambil masa selama 96 jam untuk dihasilkan.
Menurur perekanya, apabila diberi tanggungjawab membuat persalinan untuk ibu hamil ini, ia merupakan ‘task’ yang paling mencabar dalam menjadikan pemilik baju ini kelihatan berwibawa dan cukup unik dalam masa sama.
A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on
Datuk Rizalman yang memuat turun statusnya di laman instagram berkata, mereka di Rizalman selalu memastikan baju yang direka ketika sesi Fitting dapat melepasi ruang pintu serta muat untuk duduk dalam kereta.
Menurutnya lagi, jika tidak muat, memang perlu menyewa bas untuk membawa pemilik baju ini ke destinasi dituju.
Selain itu, Rizalman juga turut meluahkan rasa kagumnya kepada pemilik baju ini, Elly yang juga seorang bumiputera kaum Hawa dalam meneguhkan ekonomi beliau khasnya serta orang bawahannya juga. Elly juga meraih gelaran jutawan ketika usia mencecah 25 tahun.
Dan baju ini direka sepenuhnya untuk wanita ini yang hamil tujuh bulan untuk mengambil anugerah sepanjang 10 tahun pembabitannya.
Menceritakan pengalaman menyiapkan baju ini, Rizalman mengambil masa 96 jam dan beliau juga turut memberitahu tukang jahit yang menjahit baju ini telah mengalami luka-luka teruk di muka serta tangan akibat tercucuk pelbagai net serta boning keras di dalam construction baju berkenaan.
Busana putih yang dihasilkan khas ini adalah sempena Elluie untuk menerima anugerah sebagai penerima anugerah Champion Group Agency Manager (syarikat perniagaan unit amanah saham Public Mutual Berhad) selama 10 tahun pembabitannya. Dan Elly memang meminta Rizalman mereka baju untuk menggambarkan perjuangannya meraih kejayaan dalam tempoh sedekad itu.
Ternyata Datuk Rizalman berjaya menghasilkan busana yang sangat cantik ini dan Elly kelihatan begitu menawan tatkala berjalan di atas pentas untuk menerima anugerah. Apa yang pasti, rekaan indah dihasilkan ini juga tidak menampakkan langsung si pemakainya sedang hamil 7 bulan.
A post shared by Norhaili Ahmad Mokhtar (@ellybillionaire) on
Sebelum ini Rizalman memang terkenal menghasilkan busana anggun yang akan diingati ramai seperti untuk majlis pernikahan Izara Aishah ataupun penyanyi Dayang Nrufaizah.
Busana ini juga turut mendapat pujian dari netizen yang rata-rata memberitahu penampilan Elly kelihatan sangat gorgeous dengan dress putih ini.
@naura_cottoncandy Cantikkkk
@kinadlusion.4eva Gorgeous!
@cheputehibrahimreenasoon Design yg cantik,walaupaun berbadan dua,masih lg anggun gan busana rizalman.
@zaidawatismail Tahniah dato , mmg superb baju untuk ellybillionaires
@roswatinoor Cantiknya baju ni…. look likes something different n very unique…
KREDIT FOTO: INSTAGRAM RIZALMAN & ELLY BILLIONAIRE
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI