Menggunakan pencuci wajah/cleanser yang tidak sesuai boleh menyebabkan kulit wajah kita menjadi lebih kering dan kasar. Tidak semua jenis pencuci wajah sesuai dengan semua jenis kulit. Maka sebab itulah kita perlu teliti dalam memilih produk pencuci wajah agar kulit wajah tidak mengalami kerengsaan.
Bunyi macam sama sebab kegunaannya untuk cuci muka, tapi tahukah anda jika anda tidak memakai jenis pencuci wajah yang betul, ia boleh menyebabkan kita tidak mendapat 100% keptusan seperti yang kita mahukan.
APA BEZA GEL CLEANSER, FOAM CLEANSER DAN SABUN CUCI MUKA YANG BIASA?
JOM kita baca apa beza ketiga-tiga jenis cleanser ini.
SABUN CUCI MUKA
Biasanya mengandungi asid atau alkali dimana untuk menambah buihnya dan boleh merosakkan sel-sel kulit muka kita. Ini adalah tindak balas kimia pada kulit muka kita. Ia hanya menukar sel-sel kulit mati tetapi tidak menggantikan dengan sel-sel kulit yang baru.
Tindak balas kimia ini akan memutihkan kulit muka kita dengan cepat tetapi dalam masa yang sama, kulit muka akan kelihatan kering atau kekurangan air( tidak lembab). Sesetengah sabun akan menyebabkan kulit muka gatal dan merah-merah.
Sabun tidak sesuai digunakan sebagai pembersih kulit wajah. Apabila digunakan dengan berterusan, ia akan menyebabkan kulit wajah kita semakin nipis. Sebab itu kalau anda perasan, sabun cuci muka biasanya agak murah berbanding gel atau foam cleanser
FOAM CLEANSER
Foam cleanser selalunya di gunakan untuk “deep cleansing” terutama untuk kulit yang berminyak, senang berjerawat atau anda yang sering terdedah dengan persekitaran yang kotor.
Foam cleanser juga mudah memberikan keradangan kepada kulit terutama bagi yang mengandungi SODIUM LAURYL SULFATE (SLS) yang selalunya merupakan bahan utama dalam foam cleanser.
Foam cleanser sangat tidak sesuai untuk kulit yang normal dan kering kerana ia akan menghilangkan terus lapisan minyak yang di perlukan di permukaaan kulit muka bagi mengekalkan kelembapan kulit anda
GEL CLEANSER
Gel cleanser lebih “mild” dan kurang berbuih berbanding dua di atas. Walaupun ia agak “mild” tidak semestinya ia tidak efektif. Gel cleanser sangat sesuai untuk kulit normal, kering, sedikit berminyak dan jenis kulit kombinasi. Ianya kerana, tekstur nya yang lebih lembut tidak merosakkan permukaan kulit dan memastikan kulit anda sentiasa lembab dan kering
Berikut perkongsian Dieyamolek
Ramai yang tanya dan dm dieya macam mana nak dapatkan cleanser yang betul-betul ikut kulit muka kita ni. Bila dah sampai watson atau guardian dah krik krik tak tahu nak pilih cleanser yang mana sebab banyak sangat jenis cleanser kat sini.
Hahahah semuanya kena belajar awak dieya dulu pun macam korang sampai watson je krik krik tak tahu nak pilih yg mana sudahnya kulit breakout dah lepas tu. Bila dah belajar dan faham betul-betul baru tahu cleanser ni dia buat banyak jenis bukan saje-saje taw semuanya ada maksud ikut jenis kulit kita ye!
Okay jom kita jadi rajin sikit slide baca dan fahamkan satu-satu then pilih cleanser korang ikut jenis kulit yang betul. Jangan belajar sorang ajak member sekali taw! Barulah sesama dapat info yang mahal ni.
Jadi sekarang anda sudah tahu beza ke semua jenis cleanser. Selepas ini carilah cleanser yang sesuai untuk kulit anda.
HIJABISTA: Pastikan anda semak dahulu kandungan dalam sesuatu produk sebelum memakainya. Mungkin ada bahan yang terkandung dalam produk tersebut tidak sesuai dengan kulit anda.
Sumber kredit: Dieyamolek dan Makayla_my Top image: Photo by Shiny Diamond from Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI