Baju kurung adalah pakaian kebanggaan masyarakat Melayu. Seiring dengan perkembangan semasa, rekaan baju kurung mengalami inovasi dengan sentuhan moden yang lebih kontemporari, namun masih mengekalkan ciri-ciri tradisional.

Baju kurung bukan sahaja selesa dipakai tetapi juga menutup aurat. Dapat diperhatikan daripada corak rekaan, fesyen baju kurung sentiasa mengikut arus peredaran zaman tanpa mengenepikan keasliannya.

Baju kurung turut menarik minat wanita berbangsa lain seperti Cina dan India. Ada ketikanya mereka juga teringin untuk menggayakannya. Memang rata-rata wanita yang memakai baju kurung nampak manis dan ayu.

Namun perlu diketahui bahawa potongan dan fesyen baju kurung yang digayakan perlulah sesuai dengan situasi. Ini tip baju kurung yang perlu diambil tahu.

Kenali Baju Kurung Yang TIDAK Formal & TIDAK Bersifat Profesional, Tak Sesuai Pakai Ke Pejabat

Ads

TIP BAJU KURUNG YANG SEMUA ORANG PATUT TAHU

Baju kurung adalah dalam kategori baju kebangsaan. Secara umumnya, baju kebangsaan dikategorikan formal dan boleh dipakai ke tempat kerja atau urusan profesional.

Secara spesifik pula, berdasarkan corak, fabrik, warna, potongan dan perincian pada baju kurung, akan ada baju kurung yang dikategorikan tidak formal dan tidak bersifat profesional.

Kenali Baju Kurung Yang TIDAK Formal & TIDAK Bersifat Profesional, Tak Sesuai Pakai Ke Pejabat

Ads

Berikut adalah panduan umum baju kurung yang TIDAK formal dan TIDAK bersifat profesional.

Corak ~ Terlalu banyak atau sarat corak pada keseluruhan baju kurung.

Kenali Baju Kurung Yang TIDAK Formal & TIDAK Bersifat Profesional, Tak Sesuai Pakai Ke PejabatFabrik ~ Fabrik mudah berkedut, fabrik jarang, fabrik berkilat.
Warna ~ Warna terlalu terang pada lebih 50% baju kurung.
Potongan ~ Ketat, pendek, mempunyai belahan yang menampakkan kulit.
Perincian ~ Mempunyai sulaman, lace, manik atau perincian berbentuk hiasan yang keterlaluan.

Ads

Untuk tujuan formal dan profesional, baju kurung perlu menonjolkan ciri-ciri kesederhanaan, kemas, rapi dan berkarisma.

Sumber kredit: Puan Mary Top image: Photo by azurite-has from Pexels.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/wjCfPZ3nhr4?list=PLwTVJflD5bmE3QfhDp6V46J4iIf1ZJn7N

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI