Isi Kandungan
ToggleKesihatan kemaluan itu penting bagi seorang wanita, tidak kira bagi wanita single ataupun sudah berkahwin. Memang keadaan organ intim ini tidak nampak dari luaran tetapi itu tidak bermakna anda perlu mengabaikannya. Tidak sukar sebenarnya untuk anda tahu keadaan kemaluan anda sama ada sihat atau pun tidak. Cuba lihat 5 tanda ini.
Jika anda ada alami salah satu daripadanya, terus sahaja jumpa doktor ya! Jangan berlengah kerana bimbang masalah kesihatan lain yang berlaku nanti.
1. Keluar Cairan Berwarna Yang Tidak Normal
Normal bagi setiap kemaluan untuk mengeluarkan cecair agar ia tidak kering. namun, yang perlu anda ambil kira jika cecair tersebut berubah warna seperti warna hijau, coklat atau kekuningan. Itu bermakna anda mungkin mengalami jangkitan.
2. Kemaluan Berwarna Kemerahan
Warna kemaluan setiap individu adalah berbeza. Namun, jika kemaluan anda berwarna kemerahan dan terasa panas jika disentuh, itu antara petanda yang tidak baik.
Kemaluan yang sihat memiliki warna kemerahan tetapi jika panas apabila bila disentuh, itu bermakna terdapat infeksi.
Pastikan anda tidak memakai seluar dalam terlalu ketat dan tidak menyentuh kemaluan dengan tangan yang kotor.
3. Tidak Sakit Apabila Disentuh
Membersihkan kemaluan menggunakan tangan adalah penting. Kemaluan yang sihat tidak akan terasa sakit apabila disentuh. Sebaliknya, jika kemaluan anda bermasalah, pasti akan terasa sakit saat disentuh.
4. Sakit Ketika Buang Air Kecil
Anda boleh tahu keadaan kemaluan anda ketika anda membuang air kecil. Jika anda tidak mengalami sebarang kesakitan ketika buang air kecil, itu bermakna kemaluan anda berada dalam keadaan yang sihat.
5. Period Tidak Teratur
Setiap wanita pasti akan mengalami period pada setiap bulan. Sekiranya anda tidak datang period dalam beberapa bulan, baik anda pergi berjumpa doktor.
Tetapi, boleh jadi ia berkaitan dengan masalah hormon atau anda mengalami stress yang berlebihan sehingga mengganggu kitaran haid anda.
Artikel Berkaitan: Legakan Sakit Kepala Dengan Ketulan Ais
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Suka Lihat El Berhijab…” Lagi Elfira Loy Dedah Rahsia Bakal Imam Yang Bakal Disatukan Januari Ini
Isi Kandungan
ToggleHidayah Allah datang tanpa diduga. Ada yang cepat dan lambat menerima hidayah dariNya. Seperti pelakon, pengacara dan usahawan kecil molek, Elfira Loy yang menjadi antara selebriti terawal menerima penghijrahan dari Allah. Dia melakukan penghijrahan dengan berhijab seawal usianya 21 tahun. Malah lebih mengharukan, Elfira berhijab dengan keinginan sendiri bukan paksaan dari seseorang. Lebih menggembirakan bakal Imamnya juga memang suka melihat dirinya berhijab.
Bercerita kisah penghijrahannya sempena Edisi Hijabersary, Elfira memberitahu sudah lebih 4 tahun dia berhijab sejak mendapat kunci kebebasan ketika usianya 21 tahun.
Keinginan sendiri bukan paksaan
“Alhamdulillah El sudah hampir empat tahun berhijab dan sehingga saat ini tidak pernah terlintas sedikit pun untuk menanggalkannya. Malah El tidak rasa menyesal apabila memakai hijab lebih awal kerana ketika itu El merasakan ianya memang really good timing untuk berhijab.
“El berhijab ketika usia 21 tahun dan disebabkan oleh keinginan diri sendiri tanpa paksaan sesiapa. Waktu itu memang dada El berkobar-kobar menantikan saat untuk berhijab. Dan apabila pakai, El jadi insan yang paling happy sekali.
“Begitu juga dengan keluarga mereka turut happy dengan penghijrahan yang El lakukan. El cukup berbangga dapat berhijab hingga ke hari ini dan tidak pernah sekalipun terfikir untuk menanggalkannya. Insya-Allah,” ujarnya yang kelihatan cukup berseri-seri sejak jadi tunangan seseorang.
Namun begitu sepanjang tempoh berkenaan, tidak mudah untuk Elfira atau mesra dipanggil El ini untuk kekel istiqomah. Dan dalam masa sama cara untuk lebih mendalami ilmu agama supaya dapat menjadi insan lebih baik.
“Memang bukan senang sebenarnya untuk kekal istiqomah tetapi semuanya terpulang pada diri kita sendiri. Cara kita berfikir dan jangan selalu anggap perkara negatif sebaliknya fikirkan soal positif sahaja.
“Untuk kekal berhijab tak susah kerana kita sepatutnya cari benda yang mudah untuk menutup aurat. Sementara itu bagi memenuhi pengisian ilmu di dada pula El banyak beli dan membaca buku.
“Kalau orang lain memilih membeli novel tetapi El lebih suka beli buku keagamaan kerana bagi El ia lebih intimate. Kita tidak boleh tipu diri sendiri dan bila kita baca kita sendiri akan faham dan ikut apa ilmu yang dikongsi,” tambahnya yang turut bertanya pada Ustazah jika tidak faham sesuatu hukum.
Tanya Ustazah jika tak faham sesuatu hukum
“Kalau tak faham sesuatu hukum saya akan tanya pada ustazah atau kawan-kawan mama di masjid. Sekarang ini memang El rajin ikut mama ke masjid dan selalunya lepas waktu Subuh memang banyak kuliah yang bagus disampaikan penceramah.
“Biasanya El akan kongsi di laman sosial bukan untuk berlagak sebaliknya mahu share perkara atau ilmu yang baik dengan orang lain. Tidak kisah apa orang nak kata apa yang penting nawaitu untuk kebaikan bersama.
“Jangan pertikai apa orang lain cakap dan jangan kita fikir jemaah di masjid itu hanya orang tua sahaja. Sebaliknya ramai yang muda dan ini menjadi pemangkin semangat untuk El rajin mengunjungi rumah Allah itu,” cerita Elfira lagi yang beruntung kerana bakal Imamnya itu sendiri gemar melihat dirinya berhijab. Pasangan ini akan disatukan sebagai suami isteri pada Januari.
Suka explore stail sendiri
“Dia tak letakkan apa-apa kriteria untuk menjadi isterinya dan dia juga bukan jenis judge orang itu sesuka hati. Dia juga jenis tak suruh seseorang itu berubah dan segalanya bergantung pada diri kita sendiri. Lagi satu dia memang suka tengok El berhijab.
“Sejak berhijab memang El gemar tukar stail yang digemari. Sebenarnya styling tudung El belajar sendiri. El jenis suka explore benda baru setiap hari. Dan siapa yang follow IG El akan perasan setiap kali OOTD styling tudung mesti berlainan.
“Biasanya El akan ikut gaya pakaian pada hari berkenaan. El juga tiada idola yang dijadikan inspirasi sebaliknya menjadikan diri sendiri sebagai inspirasi kerana setiap style adalah dari gaya El sendiri,” jelas Elfira yang juga turut membuka perniagaan tudung dan hanya fokuskan ketika musim perayaan sahaja.
Kena pandai jaga diri & kekal istiqomah
Walaupun baru beberapa tahun berhijab namun Elfira tidak keberatan berkongsi sedikit nasiht buat hijabi di luar sana.
“Jangan takut untuk sentiasa explore new style. Be yourself dan find your way dalam cara paling mudah. Lagi satu kita harus sentiasa pandai jaga diri dan kekal istiqomah untu menutup aurat.
“Dan lagi satu kalau boleh hari demi hari berusahalah untuk menjadi Muslimah yang lebih baik,” ujarnya sambil tersenyum manis.
KREDIT FOTO: NANA AZMAN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lonjakan Paras Gula, Penghidap Diabetes Bimbang Jika Terlebih Makan Kurma
Isi Kandungan
ToggleKurma terkenal dengan nilai pemakanan yang sangat baik dan kandungan zat besi yang tinggi. Buah berdaging berkedut berasaskan Mediterranean dan Timur Tengah ini biasanya boleh didapati dalam bentuk kering.
Individu yang mengalami anemia sering menambah kurma pada pencuci mulut, smoothie dan hidangan lain. Walau bagaimanapun, disebabkan rasa manis semulajadinya, penghidap diabetes sering tertanya-tanya sama ada ia selamat untuk mereka.
Terdapat juga kebimbangan mengenai kesan kurma terhadap paras gula dalam darah. Walau bagaimanapun, bertentangan dengan kepercayaan popular, anda boleh makan kurma secara sederhana tanpa menyebabkan lonjakan paras gula dalam darah.
ARTIKEL BERKAITAN: 3 Biji Kurma Kalau Makan Setiap Hari Dalam Seminggu Hasilnya Menganggumkan
Buah yang serba boleh
Kurma adalah buah yang manis dan serba boleh yang mempunyai banyak manfaat kesihatan yang mengagumkan. Kandungan zat besi yang tinggi dalam kurma membantu meningkatkan paras hemoglobin bagi penghidap anemia.
Kurma juga kaya dengan antioksidan pelindung kesihatan, kalsium, vitamin B, magnesium dan vitamin K. Walau bagaimanapun, ia boleh mengandungi karbohidrat yang tinggi, dengan 100 gram kurma mengandungi hampir 75 gram karbohidrat. Itu boleh menjadi bidang kebimbangan bagi penghidap diabetes.
Kurma bukanlah makanan berkalori kosong seperti pemanis tiruan. Sebaliknya, kurma mempunyai serat larut dan tidak larut, yang membantu menstabilkan paras gula dalam darah. Serat dalam kurma melambatkan penghadaman dan kadar penyerapan karbohidrat. Akibatnya, ia menghalang kenaikan glukosa darah. Jika anda mengalami simptom hipoglikemia (gula darah rendah), kurma adalah snek yang sesuai untuk pecutan tenaga segera.
Kurma Meningkatkan Gula Darah…
Untuk menentukan sama ada kurma meningkatkan paras gula dalam darah, lihat indeks glisemiknya. Indeks Glisemik Makanan (GI) memberitahu anda betapa cepatnya gula dalam makanan menyerap ke dalam aliran darah anda. Aliran darah anda menyerap makanan dengan GI tinggi lebih cepat daripada makanan dengan GI rendah, menyebabkan lonjakan gula dalam darah dengan cepat.
Beberapa jenis kurma biasa mempunyai indeks glisemik antara 44 dan 53, iaitu tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah. Oleh itu, kurma kurang berkemungkinan menyebabkan peningkatan paras gula dalam darah apabila diambil dalam kuantiti yang sederhana. Selain itu, kajian menunjukkan bahawa buah kurma bermanfaat untuk kawalan glisemik dalam kalangan pesakit diabetes.
ARTIKEL BERKAITAN: Kurma Memang ‘Super Food’ Tapi Ada Situasi Kurma Jadi Tidak Sihat, Ini Penjelasan Dietitian
Kajian lain menunjukkan bahawa makan lima kurma biasa (Fara’d, Lulu, Bo ma’an, Dabbas dan Khalas) tidak menyebabkan peningkatan glukosa selepas makan yang ketara. Walau bagaimanapun, pengambilan kurma yang berlebihan tidak akan menjamin kesan yang sama.
Beban glisemik (GL) adalah faktor lain yang perlu dipertimbangkan. Ia mengukur kenaikan gula darah berdasarkan bilangan karbohidrat yang terkandung dalam makanan dalam hidangan purata. Di sini, Beban Glisemik kurma adalah lebih kurang 18, yang berada di antara GL tinggi dan GL rendah. Jadi, jika diambil secara sederhana, ia selamat untuk pesakit diabetes sekalipun.
Kurma mempunyai indeks glisemik yang rendah dan beban glisemik sederhana, jadi ia tidak cenderung menyebabkan lonjakan besar dalam paras gula dalam darah apabila dimakan secara sederhana. Walau bagaimanapun, jika anda makan terlalu banyak kurma sekaligus, kandungan karbohidrat yang tinggi boleh menyebabkan gula darah anda meningkat.
Cara Mengambil Kurma untuk Pengurusan Gula Darah Yang Lebih Baik
Makan kurma boleh membantu anda kekal bertenaga dan kenyang lebih lama kerana serat dan gula semulajadi yang terkandung di dalamnya. Cuba snek pada beberapa biji badam yang direndam atau kurma kering sebelum atau semasa bersenam atau pada sebelah petang apabila anda mungkin mula berasa lesu.
Ingat bahawa kurma mengandungi kalori dan karbohidrat yang tinggi, jadi kesederhanaan adalah kuncinya. Sebagai contoh, jika anda menghidap diabetes, 2-3 kurma sehari biasanya boleh diterima, tetapi makan lebih daripada itu atau menambah snek manis lain ke dalam diet anda boleh menyebabkan paras gula dalam darah meningkat.
ARTIKEL BERKAITAN: Air Rendaman Kurma Dan Kismis, Untuk Kekal Sihat Serta Bertenaga.
Berikut adalah beberapa cara yang sihat untuk mengambil kurma:
- Makan beberapa biji kurma dengan segenggam kacang, seperti walnut dan badam, untuk mengimbangi rangsangan tenaga.
- Anda boleh melangkau gula atau pemanis lain dan gunakan kurma untuk memberikan rasa manis yang mencukupi. Sebagai contoh, tambahkan satu atau dua kurma yang dicincang ke dalam oat untuk sarapan pagi yang sangat berkhasiat.
- Campurkan buah-buahan rendah karbohidrat dengan beberapa biji kurma untuk smoothie yang menyegarkan dan berkhasiat. Ia boleh menjadi pencuci mulut atau minuman manis untuk penghidap diabetes.
- Anda boleh makan kurma seperti sedia ada, menambahnya ke dalam salad, atau membuat puri kurma untuk shake dan smoothie.
Kesimpulannya, anda tidak sepatutnya mengalami lonjakan paras gula dalam darah daripada makan kurma asalkan anda menyederhanakan pengambilan kepada 2-3 kurma sehari.
Jika anda telah didiagnosis dengan pradiabetes atau kencing manis, atau mempunyai masalah mengawal paras gula dalam darah, ambil perhatian tentang bilangan kurma yang anda makan. Ia juga penting untuk diingat bahawa kurma datang dalam saiz yang berbeza, jadi pertimbangkan itu apabila membahagikan makanan ringan anda. Makan terlalu banyak kurma sekaligus boleh menyebabkan paras gula dalam darah meningkat secara tiba-tiba, terutamanya bagi penghidap diabetes.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Yang Sering Merasakan Jiwa Tidak Tenteram, Ini Merupakan Cara Untuk Mendapatkan Ketenangan..
Isi Kandungan
ToggleSebagai manusia biasa setiap hari kita akan mencari ketenangan diri di saat menghadapi masalah. Kadang-kadang ketenangan merupakan perkara yang kita inginkan kerana ingin mencari jalan keluar. Tahukah anda, apabila muncul masalah dan anda kerap merasa kegelisahan, cemas, stres. Ini akan mengakibatkan anda menjadi seorang yang negatif!
Kadang-kadang masalah itu hadir saat tidak diduga dan sentiasa mempunyai jalan penyelesaiannya. Anda sering menjadikan itu alasan kerana hati bukan dalam keadaan tenang dan terlampau memikirkan sehingga jatuh sakit dan negatif.
Di dalam firman Allah SWT dalam QA Al-Insyirah (94:6): “Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.” Jadi ini merupakan jalan supaya anda merasa tenang dan tenteram.
Carilah ketenangan di dalam Islam
Artikel Berkaitan: Jika Diri Sudah Mula Malas Membaca Al-Quran, Ketahuilah Segala Kebaikan Yang Ada Pada Al-Quran!
Islam sendiri merupakan agama yang harmoni dan sangat tenteram. Islam merupakan agama yang memberikan ketenangan dan juga kedamaian jika anda pandai mencarinya. Jika seseorang individu itu memeluk Islam, pasti dia akan mendapatkan ketenangan di dalam hidup mereka. Sama juga seperti kita semua. Jadi terdapat beberapa faktor yang memberikan ketenangan pada anda:
1. Ingat pada Allah
Selalu lah beringat pada Allah kerana itu merupakan perkara utama buat umat Islam. Lebih-lebih lagi untuk mendapatkan ketenangan dan merasa tenteram. Ia sama seperti Allah berfirman dalam QA Ar-Ra’d ayat 28 bermaksud:
“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tentram.”
Mengingati Allah juga dimaksudkan dengan berzikir. Berzikir memuji Allah. Jika anda belum cuba, anda mungkin tidak akan rasa ketenangan itu. Cuma ambil masa sendiri untuk berzikir mengingati Allah agar lebih tentram. Nikmat yang dirasai sangat membantu diri anda yang sedang buntu.
2. Belajar untuk bersyukur dengan apa yang diberikan Allah.
Kita sebagai manusia, sering lalai dan terlupa kepada nikmat yang telah Allah berikan pada kehidupan kita. Jika kita lihat dan bersyukur dengan segala yang kita ada, pasti akan rasa tenteram dan tenang hati dan fikiran. Allah telah memerintahkan bahawa setiap Muslim di muka bumi ini perlu bersyukur kepada-Nya, sebagaimana firmannya:
“Maka ingatlah kamu kepada-Ku, pasti Aku ingat pula kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari nikmat-Ku.” (QS Al-Baqarah:152)
Juga di dalam surah An-Nisa ayat 147, bermaksud:
“Mengapa Allah akan menyiksamu, jika kamu bersyukur dan beriman? Dan Allah adalah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui.” (QS An-Nisa:147)
3. Taat kepada perintah Allah
Jika anda merupakan seseorang yang mengingati Allah dan taat pada perintahNya, pasti kehidupan anda akan rasa tenteram dan tenang. Jadi, mulakan dengan meninggalkan larangannya seperti bermaksiat atau berkata-kata buruk. Ini hanya akan membuatkan hati anda sempit, gersang, gelisah tidak tentu masa dan hati gundah. Jadi, hati yang sempit itu sukar untuk merasakan ketenangan dan tenteram. Belajar perlahan-lahan untuk mentaati perintah Allah dan berpaling daripada perkara yang dilarang olehNya.
4. Solat
Solat merupakan perkara yang wajib buat umat Islam, maka laksanakanlah solat 5 waktu. Jika keadaan solat anda dalam keadaan khusyuk, percayalah anda akan merasakan kepuasan di dalam diri dan menerima ketenangan jiwa dan ketenteraman hidup anda. Solat juga merupakan penghias dan penghibur buat diri anda seperti mana Rasulullah Saw rasakan.
5. Yakin dengan pertolongan Allah
Sebagaimana firman Allah pada Surah Ali-‘Imran ayat 126:
“Dan Allah tidak menjadikan pemberian bala bantuan itu melainkan sebagai kabar gembira bagimu dan agar tentram hatimu karenanya. Dan kemenangan itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
Artikel Berkaitan: Hati Gelisah & Tidak Tenang Permainan Syaitan, Amalkan Doa Ini Untuk Ketenangan Jiwa & Minda!
Apabila hati tidak tenteram, ini kerana anda selalu memikirkan tentangnya. Seringkali anda lupa bahawa Allah itu sentiasa di sisi anda. Anda perlu yakin bahawa cepat atau lambat pertolongan daripada Allah itu pasti. Jika anda mengingati Allah pasti akan mendapat ketenangan dan Allah mampu membantu hambaNya yang di dalam kesulitan dan berikan ketenangan abadi.
6. Bersama dengan orang soleh
InsyaAllah jika anda sentiasa mendekatkan diri dengan golongan yang ingin mendekatkan diri pada Allah pasti anda akan menikmati ketenangan itu. Anda juga akan menerima nasihat-nasihat yang berguna daripada mereka kerana mereka juga sentiasa mempercayai bahawa Allah SWT akan membantu memberi ketenangan kepada hambaNya.
Sumber: DNK TV JAKARTA
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI