Ramai orang yang sering mempunyai masalah untuk bergaya tetapi tidak mahu keterlaluan dan menonjol. Tambahan lagi, tren terkini sering menunjukkan gaya yang minimal atau bersederhana tapi mahu tampak bergaya dan elegan.
Padanan baju yang sederhana seperti baju t kosong yang berwarna, cardigan, serta sepasang seluar atau kain yang simple, sudah pasti anda akan kelihatan seperti tidak bersiap dan tampak selekeh. Tambahan pula padanan kasut yang serba tidak kena. Jadi bagaimana hendak ubah?
Gaya simple tapi tampak elegan
Gaya ini sebenarnya mengikut kehendak masing-masing dan juga gaya yang mereka inginkan. Kadangkala, kita hanya ingin nampak simple tetapi sofistikated dan berstail tanpa perlu aksesori atau corak yang keterlaluan.
Kasut adalah satu aksesori dalam gaya anda yang mempengaruhi secara menyeluruh pakaian anda. Ramai yang tidak tahu dan peka mengenai penggunaan kasut dalam pakaian yang anda gayakan. Yelah, ia hanya berada di sarung pada kaki, tak semua tengok.
Tanggapan anda itu salah kerana kasut memainkan peranan yang sangat besar dalam pakaian anda. Anda tidak mahu di pandang lucu kerana warna padanan kasut yang tidak serasi dengan pakaian anda.
Melalui perkongsian itsvarmg di TikTok, kasut putih mempunyai satu daya tarikan yang cukup menarik untuk membuatkan pakaian dan gaya anda tampak lebih sofistikated dan elegan. Tambahan pula, ianya boleh di padankan dengan apa-apa jenis pakaian.
“Mempunyai kasut putih membolehkan gaya pakaian anda menjadi lebih sofistikated dan memberikan perincian yang sangat besar walaupun tidak terlalu keterlaluan.
“Gaya yang anda padankan akan tampak lebih menarik dengan kasut putih walaupun hanya sekadar pakaian anda untuk ke gim.” katanya lagi.
Namun, ramai yang beranggapan bahawa kasut putih sinonim dengan pemakaian pakaian seragam sekolah. Tambahan pula, ada yang cuba mengelakkan penggunaan kasut putih kerana susah di jaga dan cepat kotor.
Ada sebab anda harus ada kasut putih!
Kami sangat mengsyorkan anda untuk mempunyai sepasang kasut putih. Kasut putih mempunyai potongan yang cantik dan minimal dan harganya juga berpatutan. Kadangkala, gaya pakaian anda yang nampak simple boleh berubah tampak lebih ‘mahal’. Jadi ini adalah sebab-sebab kenapa anda perlu ada kasut putih di rumah:-
Padanan kasut putih dalam pakaian sangat membantu dalam menyerlahkan apa baju atau seluar/kain yang anda pakai. Kadangkala, padanan warna yang seakan-akan menyebabkan pakaian kita kurang menyerlah, jadi dengan padanan kasut putih, ia mengimbangkan lagi warna serta kontra kepada corak-corak abstrak yang anda gayakan.
2. Tidak perlu pening untuk sarung kasut apa
Kasut putih sangat versatil kerana ia boleh menyenangkan kerja anda tanpa perlu berfikir rumit mengenai padanan warna kasut atau jenis. Hanya perlu sarung sahaja kasut putih, jimat masa anda dan ia sangat mesra dengan pelbagai gaya.
Tiada lagi simple walaupun ke kedai runcit ataupun pasaraya, anda bakal kelihatan minimalis dan menarik dengan imbangan warna yang serasi. Kasut putih kini merupakan kasut yang sesuai dengan semua gaya.
3. Kasut putih ini sangat berbaloi
Ads
Tidak di nafikan jualan kasut putih yang berjenama seperti Balenciaga, Gucci, ataupun jenama yang seangkatan boleh mencecah sebanyak RM800.00 hingga RM3,000.00 keatas. Hakikatnya, pasaran bagi kasut putih sangat tinggi dan meraih permintaan yang ramai.
Kasut putih juga tidak perlu untuk membeli di kedai yang berjenama kerana tanpa jalur, potongang yang minimal, dan tiada logo membuatkannya tampak sofistikated. Tumpuan utama ramai orang kepada kasut putih adalah kasut itu tersendiri bukannya jenama.
4. Tampak cantik walaupun dalam keadaan kotor
Sudah tentu memiliki kasut putih kerap membuatkan anda untuk bersihkan ia. Malah, ia jadi satu tabiat yang baik kerana anda menjadi lebih peka untuk jaga kebersihan kasut. Tetapi sebenarnya ia tidak menjadi satu kesalahan jika kasut putih anda itu cepat kotor. Proses membersihkan kasut itu juga dianggap sebagai perkara yang terapeutik.
Jadi pemilihan jenama kasut itu terpulang buat anda tapi kami sarankan untuk membeli kasut yang diperbuat oleh kulit atau pvc kerana lebih senang di sental menggunakan berus atau sponge. Pastikan anda yakin dalam padanan gaya yang anda suka dan harus kekal berani!
Semalam telah berlangsungnya satu majlis ijab kabul diantara pasangan sensasi paling popular iaitu pelawak dan juga pelakon, Shahmira Muhammad atau lebih dikenali sebagai Shuib Sepahtu bersama pilihan hatinya seorang usahawanita, Fati Nikmatul Adawiyah atau Watie Hanifiah.
Majlis ijab kabul gilang gemilang pasangan ini berlangsung pada 8.47 malam semalam iaitu pada hari penuh barakah (Jumaat) pada tanggal 23 Jun 2023 bertempat di Putra Glass House, Shah Alam.
Hantaran ‘Pertama’ Sebagai Suami Isteri Di Laman Instagram Masing-Masing!
Hijabista sempat meninjau ruangan Instagram milik pasangan merpati dua sejoli Shuib dan Watie pada hari ini dan mendapati masing-masing membuat hantaran beserta kapsyen ‘sweet’ ditujukan buat diri masing-masing sejak diijabkabulkan semalam.
Menerusi hantaran di laman Instagram milik Shuib, dia memuatnaik gambar bersama Isteri tercinta, Watie dalam rangkulan nya dengan memakai baju senada warna putih dan cream berserta sepatu yang sama dengan Watie.
Apa yang menarik perhatian Hijabista adalah kapsyen ringkas yang ditulis pada hantaran berkenaan iaitu “Assalamualaikum, Cinta” dan telah dibalas oleh Watie dengan kapsyen “Wa’alaikumussalam Rindu”, dilaman Instagram miliknya dengan memuatnaik gambar serupa.
Menerusi hantaran sama juga, memaparkab pasangan ini sedang berada di lapangan terbang dan mungkin bakal pergi berbulan madu, meluangkan masa bersama sebagai suami isteri.
Dengan Sekali Lafaz Watie Kini Sah Isteri Kepada Shuib!
Hijabista difahamkan, hanya sekali lafaz Watie sah bergelatr suri hati kepada Shuib diiringi dengan linangan air mata pengantin perrmpuan sebaik sahaja lafaz sah itu disebut sekaligus menandakan termaterainya sebuah ikatan perkahwinan diantara merpati dua sejoli ini.
Watie menerima mas kahwin berjumlah RM8,288 bersama tujuh dulang hantaran berbalas lima, manakala wang hantaran dirahsiakan.
Sekadar info, acara bersejarah buat pasangan yang mengambil keputusan mengikat pertunangan pada 6 Mei lalu selepas lima bulan mengenali hati budi turut mendapat tajaan mencecah RM1.7 juta.
Sebelum ini, pelawak asal Johor Bahru itu mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011.
Bagaimanapun, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan COVID-19 pada 9 Ogos 2021.
Lama tidak mendengar perkhabaran aktress dan pengacara serba boleh Wardina Safiyyah yang pernah popular dengan sitkom Spanar Jaya. Pelakon berdarah kacukan itu kini sudah menetap di Brisbane Australia. Walaupun jarang kelibatnya kelihatan di kaca televisyen, tetapi Wardina cukup aktif dalam di laman sosial. Terbaru Wardina memuat naik gambar terbaru mereka sekeluarga menyambut Syawal.
Jelas terbayang keceriaan mereka sekeluarga menyambut Syawal di sana. Malah anak-anak yang dulunya kecil kini sudah besar panjang terutama dua anak daranya yang semakin dewasa.
Selain itu, followernya juga memuji kecantikan Wardina yang tidak dimamah usia dan kelihatan muda.
round_label Sangat cantik..kecantikan u langsung tak dimamah usia..anak anak yg semakin membesar juga mengikut kejelitaan bonda mereka..salam lebaran buat semua di sana
Wardina atau nama penuhnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, 38 tahun, telah selesai menamatkan pengajian dalam bidang Psikologi di sebuah universitii di Australia tahun lalu.
Dia yang sudah hampir beberapa tahun menetap di Australia dan menjalani kehidupan penuh keceriaan dan keberkatan di sana. Malah ahli keluarga lain juga sudah menetap di sana.
Walaupun jarang muncul di kaca televisyen, tetapi peminatnya tetap merindui Wardina yang dikenali sebagai insan selebriti lantang bersuara mengenai sesuai isu dalam atau luar negara.
Menjadi trending di Twitter, Anugerah Juara Lagu ke-37 masih menjadi perbualan sehingga ke hari ini. Lontaran vokal dan persembahan yang hebat menyerikan lagi kesengitan pada malam semalam di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Apa yang menjadi perhatian lagi adalah busana yang diperagakan oleh para artis dan selebriti di karpet merah. Pelbagai fesyen dan stail yang boleh dijadikan inspirasi buat para hijabi di luar sana!
Tidak mahu tampil ‘bersahaja’ ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu, ramai selebriti dan artis tanah air menggayakan fesyen yang luar biasa. Ayuh sis kita sama-sama tengok dan lihat satu persatu gaya yang boleh dijadikan inspirasi para hijabi!
Nabila Razali
Menggayakan busana hasil rekaan Teh Firdaus, penyanyi berusia 31 tahun itu kelihatan manis dan anggun di karpet merah. Lebih menonjolkan lagi adalah perincian manik yang beralun dan potongan kain ‘layer’. Rona berwarna biru cair membuatkan lagi Nabila kelihatan ‘soft’ dan elegan.
Bunga
Penyanyi serta rapper hijabi ini sering menjadi perhatian kerana bakatnya boleh rap dengan gayanya yang sopan. Dia menggayakan busana ‘chromatic’ yang memancarkan lagi persona dirinya di karpet merah. Serasi dengan ‘drappe’ ala ‘hoodie’ itu juga membuatkan lagi gayanya lebih kearah futuristik dan sofistikated!
Shila Amzah dan Liza Hanim
Gandingan kedua penyanyi yang mempunyai vokal yang memukau ini menjadi perhatian orang ramai. Lihat pula busana kedua penyanyi ini, mereka memadankan dua gaya yang serasi bersama perincian manik yang unik dan berwarna biru itu membuatkan kita teringat ketenangan laut namun mempunyai 1001 makna.
Jihan Muse
Kini kembali ke pentas sebagai pengacara setelah selamat melahirkan anak keduanya. Jihan memperagakan busana ikonik hasil pereka Rizman Ruzaini. ‘Hot Pink’ dan perincian tatahan jemeki kristal serta pelepah ostrich mewah di bahagian lengan.
Ernie Zakri
Bukan sahaja Jihan Muse namun Ernie Zakri juga muncul kembali ke pentas Akhir AJL37. Membawakan makna lagu sehingga ke busana persembahannya semalam memukau lagi dengan perincian yang penuh ‘tersirat’.
“Pusaran rona monokromatik hitam putih juga merah mewakili liku kehidupan; tetap ada manisnya, walau dibaur derita. Cinta hadir dalam segenap bentuk dan bersilih ganti; namun tidak akan pernah terhenti,
Hadir dalam siluet “ballgown”, “bodice” atas diolah korset berstruktur cekung, juga dibalas dengan lengan senada. Lapisan organza dari tujuh rona diseliratkan dan dijahit satu persatu membentuk pusaran multiwarna.” tulisnya di ruangan kapsyen sebagai makna penuh busana itu.
Iman Troye
Pelantun suara ‘Nang’ itu tidak juga melepaskan peluang untuk kelihatan anggun dan elegan bersama busana tradisional. Songket merah dan perincian tradisional seolah-olah Puteri Gunung Ledang itu di hasilkan oleh @mode.miroljonit.
Menjadi satu kepastian, Aina Abdul pasti membawakan satu gaya yang sangat memukau pada setiap kemunculannya di atas pentas. Kini Aina bawakan satu ‘kepulan awan’ yang indah serasi bersama lagunya, Terus Hidup. Busana ini hasil rekaan dari pereka terkenal, Melinda Looi.
Walaupun sudah memukau penonton dengan gaya busananya, Aina turut merangkul Anugerah Keseluruhan AJL ke-37 dan Vokal Terbaik malam semalam!
Siti Khadijah, jenama yang sinonim dengan kualiti dan keselesaan produk pakaiannya mengumumkan keraian ulang tahun ke-15 dengan majlis perasmian Laman Khadijah - The Home...