Kasih dan pengorbanan seorang insan yang bergelar ibu tiada tolok bandingannya dan tidak akan dibalas. Ibu sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anak tercinta. Sudah menjadi fitrah mereka untuk melunaskan tanggungjawab paling terbaik dan melakukan apa sahaja untuk anak-anak tercinta.
Seorang Ibu pasti akan melakukan pengorbanan buat anak mereka tidak kiralah mereka daripada golongan berada ataupun tidak. Orang kaya dengan cara tersendiri, begitu juga dengan golongan yang kurang berupaya. Mereka akan sentiasa bertanggungjawab atas amanah yang diletakkan di atas bahu sejak hari pertama kelahiran anaknya.
Seperti kisah baru-baru ini dimana seorang wanita yang bernama Zahrah Mohd Jamian yang gigih mencari rezeki untuk menampung kos rawatan anaknya yang sakit.
Penghidap sindrom ‘Dravet’
Difahamkan, anak sulungnya Nur Zetty Shazlily,15, menghidap penyakit yang jarang sekali ditemui dan merupakan yang pertama di Malaysia iaitu sindrom Dravet; yang melumpuhkan pergerakan dan sarafnya sejak berusia tiga tahun.
Zahrah menyatakan puterinya dilahirkan normal seperti kanak-kanak lain namun keadaan berubah selepas menerima suntikan ketika berusia tiga bulan.
“Empat jam selepas terima suntikan, Nur Zetty diserang sawan dan kami bawanya ke hospital untuk pemeriksaan.
“Bagaimanapun, ubat diberi tidak serasi menyebabkan sawannya berulang. Sedihnya kerana dia lahir normal malah sempat berjalan dan berlari sehingga berumur tiga tahun. Namun saya reda dengan ketentuan Allah SWT,” katanya ditemubual oleh Harian Metro.
Ads
Sehingga kini, Nur Zetty telah 15 kali dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), jadi Zahra dan suaminya berikhtiar melakukan rawatan alternatif dengan menggunakan rawatan swasta bagi menjalani beberapa terapi tetapi kosnya tidaklah murah.
“Tahun lalu, doktor pakar sahkan tulang belakang Nur Zetty bengkok 60 darjah dan anak kami disyorkan untuk menjalani pembedahan pada bahagian itu (tulang belakang).
“Bagaimanapun, saya dan suami tidak berani ambil risiko kerana ia membabitkan nyawa. Kerana itu kami bawanya menjalani terapi,” katanya.
Menjual kek di Petaling Jaya
Disebabkan itu, Zahrah dan suami tidak patah semangat mencari dana demi rawatan puteri tercinta. Katanya, dia hanya mampu mencari dana dengan mengambil tempahan membuat kek dan menjualnya di kaki lima.
Ads
Tambahan itu, keuntungan yang diperolehi hasil menjual kek bukan sahaja digunakan untuk kos rawatan anak sulungnya malah disimpan untuk kegunaan lima anak yang masih bersekolah.
“Saya berniaga setiap hari di kaki lima premis sekitar Petaling Jaya daripada jam 6 petang hingga 10 malam dengan ditemani anak.”
“Saya tidak berniaga di tempat sama kerana bukan semua kawasan sesuai malah barangan jualan pernah dirampas pihak berkuasa berikutan aduan orang ramai.”
“Itu antara cabarannya malah pernah juga tiada kek terjual dan saya sedekahkan ia kepada gelandangan,” katanya.
Sementara itu, suaminya; Muhammad Zakri Saimon, 47, yang bekerja sebagai pengawal peribadi serta menguruskan Nur Zetty di rumah sempat berkongsi dan menyatakan bahawa dia telah menerima segala ketentuan Allah SWT.
Ads
“Mulanya memang susah untuk menerima ujian ini memandangkan ia menimpa anak sulung.”
“Itu belum lagi cemuhan orang lain kerana Nur Zetty OKU. Bagaimanapun, pengalaman mendewasakan dan mengajar saya untuk terima ketentuan Allah SWT dengan lapang dada,” katanya yang memperoleh pendapatan bulanan RM2,500.
MasyaAllah, Hijabista doakan agar seluruh ahli keluarga ini diberikan kekuatan dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan hendaknya. Bagi anda yang ingin membantu menyalurkan dana, boleh menghubungi Zahrah atau Muhammad Zakri di talian 011-19526330.
Sumber: Harian Metro
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Mengalami masalah berat badan berlebihan memang agak menakutkan buat kaum wanita. Apatah lagi jika masalah ini akan menyebabkan kesukaran untuk mencari baju dan saiz bersesuaian.
Kebiasannya juga kaum wanita akan mengalami pertambahan berat badan setiap kali mengandung. Dan memang sukar untuk kembali kurus lebih-lebih lagi bagi yang melakukan pembedahan.
Namun tiada apa yang mustahil. Seperti perkongsian wanita ini di laman sosial Facebook melalui page Kelab Diet Kalori, Afiza Ramli yang memberitahu caranya menurunkan berat badan.
Dia yang mengalami pertambahan berat setiap kali mengandung akhirnya tekad untuk kurus. Ini disebabkan menghadapi kesukaran memilih baju yang sesuai serta untuk mengelakkan pelbagai penyakit datang menyerang.
Hanya mengambil masa 3 bulan sahaja dan dia berjaya mengurangkan sebanyak 12 hingga 15 kg. Cara diet diamalkan juga tidak susah, katanya dia hanya mengawal pemakanan sepanjang tempoh itu.
Tambahnya lagi tidak perlu target ‘teruk’ dan jangan stress sepanjang tempoh berdiet kerana bimbang tidak akan menjadi.
Biarpun mengambil masa tetapi hasilnya tetap mengujakan. Dia juga turut berkongsi gambar perbezaan ketika tubuhnya berisi dan setelah mengamalkan diet. Hasilnya penampilan lebih cantik dan menarik.
Sy salu ada mslh kenaikkn berat bdn yg mendadak tiap kli pgnnt..setiap kli pas bsalin mmg teruk sy struggle nk kurus balik…tp yg kli ketiga ni czer..bik masa lama sikit sbb sy da pnat nk diet hobi plak suka mkn..
suka masak,somi plak siap ckp dia xkisah pun klo sy gemok dia xnk pksa sy kurus..dia kata tpulang pada dri sy dia ok je…lagi la sy lupa dri…ari² mkn je kje tp xlama pastu bila pikir fizikal sy yg mkin membolat ngn bju pun ssh cari size..
bju raya taun lepas pun tgkp muat sbb yg bknan smua xde size xl pun xmuat bila sarung,n pikir risiko pykit bila bdn sy gemok..sy jd takut…sy ambik kputusan jg mkn…xlama pun dlm sebulan sy start bln 3 dkt 12-15kg lost…
bln 4,5,6 mmg kelautan hindi hahhaha…blum capai target tp insyaallah smg sy terus kuat tuk dpt kan balik berat yg sy idamkn xnak target terteruk…releks2 je udah dong diet xboleh stress kwn² nnti xmnjadi padan muka hampa tau…hahhaha
d bawah senarai bopa kg sy naik ye spjg pgnnt
1st – 23kg ( buka buku 52kg.due 75kg)2011
2nd- 40kg (buka buku 58kg..due 98kg)2014
3rd – 44kg (buka buku 70kg..due 114kg)2018(buka buku da berat sbb dua bln sblm pgnnt selera menggila..mendadak naik
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Selebriti ini dikenali seorang yang sangat aktif dan gemar melakukan aktiviti lasak. Malah dalam temubual sebelum ini Uyaina Arshad memberitahu amat menggemari sukan kick boxing dalam mengekalkan kecergasan tubuh badan. Namun siapa sangka, personaliti popular ini telah disahkan menghidap sakit jantung.
Terpanggil untuk mengetahui kisah sebenar apa yang terjadi, Hijabista menghubungi salah seorang teman baik Uyaina, Syifa Melvin yang juga terkejut apabila mendapat tahu berita berkenaan.
Menurut Syifa, Uyaina mengetahui dia menghidap sakit jantung pada bulan lepas setelah ditahan di wad selama beberapa hari. Sebelum itu memang dia dan teman-teman lain perasan perubahan pada diri Uyaina.
“Kami memang perasan yang dia semakin kurus, nampak tak sihat dan mukanya juga pucat. Jadi sangat terkejut bila dapat panggilan telefon mengatakan dia dimasukkan ke hospital kerana jatuh pengsan sebanyak dua kali di rumahnya. Rupanya Uyaina diserang mild attack ketika itu hingga menyebabkannya terpaksa ditahan beberapa hari di wad.
“Sebenarnya sakit jantung yang dialami Uyaina itu sudah ada sejak dia diahirkan lagi. Cuma bila badan dia berada dalam keadaan stress, tak cukup rehat dan kurang makanan menyebabkan jantung dipam terlalu laju
“Dia pun tak tahu ada mengalami masalah jantung ini hinggalah dimasukkan ke hospital bulan lepas. Masa itu Uyaina mengalami pitam, wajah pucat hingga mengalami pengsan,” ceritanya lagi turut memberitahu Uyaina yang dikenali selama ini seorang yang begitu aktif dan menjaga kesihatannya.
“Apa yang Syifa tahu, Uyaina mermang seorang yang begitu menjaga kesihatannya dan ambil makanan suplemen. Tetapi benda nak jadi dan mungkin juga disebabkan dia terlalu penat hingga berlaku kejadian berkenaan.
“Apa yang Syifa katakan pada Uyaina, jangan overwork body sebab kadang-kadang bila terlampau stress, kurang tidak dan tak cukup makan hingga boleh sebabkan tekanan darah lagi rendah dan boleh berlakunya masalah ini,” ujar Syifa ketika dihubungi.
Tambah Syifa lagi, selepas kejadia itu dia mahu sahabatnya itu kurangkan kerja, makan pada waktunya dan teratur supaya kejadian bulan lalu tidak berulang lagi.
“Buat masa sekarang Uyaina kembali bekerja macam biasa. Dia tengah shooting, habiskan penggambaran untuk rancangan Pesona Pengantin dan turut berlakon drama. Ketika sakit tempohari, dia diberikan cuti sakit seminggu.
“Keadaan dia juga sudah kembali normal, makan pun dah banyak untuk elak kejadian berkenaan berulang. Doktor juga ada nasihatkan supaya Uyaina belajar dari kejadian yang menimpa dirinya bulan lalu.
“Uyaina sendiri kena faham badan dia sekarang sudah tidak boleh terima untuk bekerja keras dan tak boleh stress bagi elak kejadian sama berlaku. Emak Uyaina pun ada nasihatkan kami kalau keluar supaya ingatkan dia untuk lebih jaga kesihatan dengan menjaga pemakanan,” ujar Syifa yang baru bertemu sahabatnya baru-baru ini.
Apabila ditanya reaksi Uyaina ketika mendapat perkhabaran itu, Syifa memberitahu sahabatnya itu menangis dan tidak percaya dengan apa yang berlaku.
“Reaksi Uyaina bila dapat tahu dirinya menghidap sakit jantung dia menangis dan memang tak boleh terima. Dia tak percaya bila doktor sahkan dirinya menghidap sakit jantung.
“Bila doktor cakap pasal jantung, dia berharap bukan dirinya sebaliknya orang lain. Dia memang tak boleh percaya dirinya sedang sakit sekarang. Katanya lagi, dia baru 27 tahun dan masih tak percaya kena benda-benda macam ni.
“Tapi kami sebagai sahabat sentiasa beri sokongan dan semangat padanya. Kami beritahu, benda yang jadi ini sebagai beri tanda supaya jangan terlalu stresskan body dan terlalu lebih kerja. Tetapi hakikatnya dia dilahirkan memang dengan masalah itu,” cerita Syifa lagi yang mahu temannya itu sayang pada diri sendiri.
“Sekarang ini Uyaina kena jaga kesihatannya sendiri kerana tidak ada yang lebih layak jaga kecuali dirinya sendiri. Selama ini sepanjang 27 tahun hidup, dia baik-baik sahaja dan sekarang baru tubuh itu nak tunjukan tanda ada masalah begini.
“Alhamdulillah Uyaina semakin positif dan boleh menerima hakikat yang sebenar. Dia masih muda dan kena jaga betul-betul badan kerana nak guna lama. Sebagai kawan, Syifa nasihatkan Uyaina supaya jaga diri, makan dan rehat yang mencukupi,” tambahnya sebelum mengakhiri perbualan.
Kecantikan wanita Arab memang tidak dapat disangkal lagi. Hijabista kagum dengan kulitnya yang putih dan halus, bibir merah merekah serta mata bundar di sebalik hijab yang menutup wajahnya. Sekali pandang, hati pasti tertawan melihat mereka.
Pastinya ramai tertanya-tanya apakah rahsia kecantikan mereka. Setelah diselidik, rupa-rupanya mereka hanya amalkan 6 makanan sunah untuk tujuan kecantikan. Jom cuba amalan mereka, mana tahu kulit anda pula semakin cantik lepas ni.
1. Bunga Saffron atau Za’faran
Saffron merupakan agen pencerah kulit yang terbaik. Di Arab Saudi, kopi Arab asli harus mempunyai saffron dan buah pelaga.
2. Minyak Zaitun
Minyak zaitun mempunyai banyak khasiat. Salah satunya adalah untuk meremajakan kulit. Selain itu, ia mampu membuatkan kulit menjadi lebih halus. Tidak hairanlah kebanyakan produk kecantikan mengandungi minyak zaitun.
3. Pati Delima
Pati delima juga baik untuk kesihatan dan dalaman. Antaranya, baik untuk mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi dan obesiti. Ia juga mampu turunkan paras gula ke tahap normal.
4. Cuka Tamar atau Cuka Epal
Cuka tamar atau cuka epal baik untuk sistem pencernaan. Jika anda ada masalah sembelit, Cuma tamar atau cuka epal ini memang bagus. Kedua-dua bahan ini akan memastikan sumber makanan seperti protein, karbohidrat dan lemak dipecahkan dengan sempurna.
5. Habbatussauda
Sekarang ni, Habbatussauda boleh didapati dalam bentuk biji, pil atau minyak. Elakkan ambil minyak bersama dengan madu kerana minyak akan neutralkan khasiat dalam madu. Ia berdasarkan dari hasil kajian pihak bertentu.
6. Madu
Kita pun tahu madu sememangnya mempunyai pelbagai manfaat, malah turut berfungsi melambatkan proses penuaan kulit dan mengekalkan kelembapan kulit.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...