Sangat aktif dengan aktiviti-aktiviti kemanusiaan, selebriti jelita, Ardell Aryana kini sekali lagi menyertainya bagi membantu rakyat Syria serta Lubnan dan terpaksa meninggalkan suami dan anak buat sementara waktu.
Berkongsi di instagram, Nadzmi Adhwa turut memuat naik video sewaktu dia dan anaknya, Arwa Malaikha Urwa menghantar Ardell di lapangan terbang bagi menjayakan misi bantuan di sana.
Jelas Nadzmi, dia redha kerana sudah memahami semangat Ardell yang sukakan aktiviti kemanusiaan sejak dari mereka berkawan lagi.
Bini saya ni nampak je kuat tapi kememeh ☺️ kuat nangis.
Saya redha atas awak. Pergi lah bantu mereka ya. Dari kita kawan dulu awak dah buat benda ni 🤲🏻 1 pesan saya doakan kami disini ketika berada di bumi barokah as syam. Moga dengan asbab ini awak ke syurga firdaus tanpa hisab dan azab. Dan tariklah saya juga masuk kesana. Amin.
Tambah Nadzmi, dia juga mengharapkan urusan Ardell dipermudahkan dan orang ramai dapat mendoakan perjalanan pergi dan pulang isterinya yang tercinta itu.
Moga Allah redha ❤️ Semoga dipermudahkan segala urusan awak , kami tunggu awak balik ya @ardellaryana 😘 Apabila di tanah Syam doakan saya dan urwa disini ya sayang 🤲🏻
Ads
Doakan perjalanan isteri saya ke Syiria dan Lubnan ya sahabat semua. Semoga selamat pergi dan pulang ❤️
Menunaikan solat sememangnya kewajipan setiap manusia yang bergelar muslim.Tidak kiralah betapa sibuknya kita dalam kehidupan seharian, solat itu tetap wajib untuk kita tunaikan.
Kadang kala sebagai manusia pastinya kita sedikit alpa dan lalai dengan kehidupan duniawi sehingga mengabaikan ibadah wajib ini. Tak boleh begitu sis. Ambillah contoh budaya kerja di Prof Muhaya Eye & LASIK Centre yang tetap mengutamakan solat walau sesibuk mana seseorang itu di tempat kerja.
Inilah faktor kejayaan yang sebenar…
Sememangnya Tuhanlah pemberi rezeki kepada kita. Tak perlu risau mengenai kerja duniawi yang tidak akan pernah habis, sebaliknya kita haruslah sujud kepadaNya kerana tanpa keredhaan-Nya, kita akan menjadi manusia yang sentiasa berada dalam kerugian.
Hati yang mana tak terjentik untuk mengerjakan umrah. Semua umat islam pasti memasang niat untuk menjadi tetamu Allah. Beruntunglah mereka yang menjadi tetamuNya.
Hijabi yang belum sampai seru teruskan berdoa Insyallah admin doakan semua membaca artikel ini dapat mengerjakan umrah. Tetapi apabila admin singgah ke IG Story PU Amin perasaan berbunga-bunga seolah-olah berada di sana. Jom ikuti perkongsian PU Amin Insyallah menjadi panduan bersama.
SUMBER : IG STORY PU Amin
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tular sebelum ini apabila ada segelintir gadis Islam (ada yang berhijab) yang turut sama berkabung atas kematian artis Korea, Kim Jong Hyun. Mereka ini dikatakan seperti tidak tahu hukum dengan turut meratapi kematian artis Kpop ini yang mati akibat bunuh diri. Apakah hukumnya kita sebagai orang islam berkabung di atas kematian artis bukan Islam dengan cara doa, candle light vigil dan juga nyanyian. Dan ini jawapan yang diambil dari laman sosial Mufti Wilayah Persekutuan berhubung masalah ini.
Dalam jawapan itu memberitahu harus dan dibolehkan berkabung jika ada di kalangan saudara mara terdekat. Namun begitu, berkabung dengan ratapan dan tangisan berlebihan adalah DIHARAMKAN sama sekali.
Maksudnya: Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Ali Imran:185)
Berhubung dengan persoalan di atas, kami membahagian kepada tiga poin besar iaitu hukum berkabung, mengucapkan takziah dan mengadakan candlelight vigil.
Berkabung
Secara asasnya, hukum berkabung atas pemergian orang bukan Islam, apatah lagi jika ahli keluarga dan saudara terdekat adalah harus dan dibolehkan. Asas terhadap keharusan tersebut diambil daripada perbuatan Rasulullah SAW yang bangun menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan Baginda atas dasar kemanusiaan.
Begitu juga dengan kisah seorang sahabat Nabi bernama Qays Bin Syamas yang pernah menyatakan hasratnya kepada Rasulullah untuk menghadiri majlis kematian ibunya yang beragama Nasrani, Nabi membenarkan dan menyuruhnya berjalan di hadapan jenazah sebagai tanda hormat. (Lihat Ahkam Ahl al-Zimmah, 1/434).
Walau bagaimanapun, acara berkabung yang diisi dengan ratapan dan tangisan yang berlebihan adalah diharamkan dengan kesepakatan para fuqaha’. (Lihat al-Majmu’ 5/307; Al-Qawanin al-Fiqhiyyah, 95). Ini berdasarkan hadis:
Maksudnya: “Bukan termasuk golongan kami siapa sahaja yang memukul-mukul pipi, mengoyak-ngoyak baju, dan menyeru dengan seruan Jahiliyyah (meratap)”
(Riwayat al-Bukhari, no. 1294)
Kami juga amat khuatir, majlis berkenaan termasuk dalam perbuatan al-marathi yang diharamkan dalam Islam sebagaimana hadith daripada Ibn Abi Aufa:
نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن المراثي
Maksudnya: “Rasulullah SAW melarang al-marathi.”
(Riwayat Ibn Majah, no. 1592)
Al-ritha’ adalah ratapan atau pujian terhadap si mati setelah dikuburkan. Ia juga boleh difahami dengan kesedihan terhadap si mati akibat sesuatu yang menimpanya. (Lihat Lisan al-‘Arab, 14/309) Begitu juga sebarang bentuk nyanyian bagi memperingati orang yang meninggal, bukanlah sesuatu yang dianjurkan dalam Islam. Justeru, lebih baik ditinggalkan malah tidak ada kerugian jika tidak melakukannya.
Ucapan Takziah
Antara lafaz takziah yang diajarkan oleh Islam untuk ucapan takziah kepada bukan Islam, seperti yang terdapat di dalam al-Hawi al-Kabir, al-Majmu’ dan al-Mughni adalah seperti berikut:
أَخْلَفَ اللَّهُ عَلَيْك، وَلَا نَقَصَ عَدَدَك
Maksudnya: “Semoga Allah menggantikan kamu (dengan yang lebih baik) dan tidak mengurangkan bilangan kamu”.
Maksudnya: “Semoga Allah memberikan (yang terbaik ganjaran) ke atas musibah (yang menimpa kamu) yang tidak diberikan kepada seorangpun dari kalangan ahli agamamu.”
Pun begitu dalam isu yang berlaku baru-baru ini, kami berpandangan bahawa tidak ada keperluan mengucapkan takziah kerana tidak ada ahli keluarga, sahabat handai, mahupun saudara-mara artis berkenaan untuk menerima ucapan tersebut. Ucapan kepada si mati itu sendiri (seolah-olah bertutur kepada si mati) adalah hal yang tidak bermanfaat dan bukan budaya Islam.
Candlelight Vigil
Berkenaan bagi hukum mengadakan candle light vigil, kami senada dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Muzakarah kali Ke-88 itu yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.
Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.
Kesimpulan
Sebagai umat Islam, kita tidak perlu terikut-ikut dengan budaya luar dalam berkabung. Islam meletakkan garis panduan dan adab yang terperinci dalam etika berkabung. Umat Islam perlu ada jati diri dan tidak mudah terikut-ikut dengan budaya bukan Islam dalam hal ini. Dalam masa yang sama, minat terhadap seseorang artis tidaklah memerlukan kita untuk terlalu obses sehingga meninggalkan prinsip-prinsip seorang Muslim.
Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW, beliau bersabda,
Maksudnya: “Di antara kebaikan islam seseorang adalah meninggalkan hal yang tidak bermanfaat”
(Riwayat al-Tirmizi no. 2317)
Antara maksud hadis ini adalah antara kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan hal yang tidak bermanfaat baik berupa perkataan atau perbuatan. (Lihat Jami’ al-Ulum wa al-Hikam, 1/288) Sesuatu yang tidak bermanfaat bagi seorang Muslim, boleh sahaja berbentuk perkataan atau perbuatan.
Oleh itu, setiap perkataan dan perbuatan yang tidak ada manfaatnya samada untuk kepentingan ukhrawi seorang Muslim ataupun untuk kepentingan duniawinya, sewajarnya ditinggalkan agar sikap beragamanya menjadi lebih baik. Semoga kita sama-sama menginsafi akan dekatnya kematian itu tanpa mengira masa dan usia dan memperbanyakkan amal kita untuk bersedia menghadapinya.
Siti Khadijah, jenama yang sinonim dengan kualiti dan keselesaan produk pakaiannya mengumumkan keraian ulang tahun ke-15 dengan majlis perasmian Laman Khadijah - The Home...