Bagi mendapatkan kulit yang sihat, cantik dan glowing kita perlu minum banyak air. Ia bagi memastikan kulit kekal lembap dan segar. Selain itu pengambilan makanan dan diet yang sihat juga amat penting agar kulit mendapat nutrisi yang diperlukan.
Seperti yang kita ketahui amalan pengambilan tomato dalam diet seharian baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Susu juga antara sumber makanan yang sangat bagus diambil setiap hari.
Tomato dan susu apabila dijadikan sangat bagus untuk mencantikkan kulit wajah dari dalam. Jus ini juga bagus untuk sistem pelawasan. Apabila sistem pelawasan kita bagus maka kulit pun akan tampak segar, sihat dan berseri..
Berikut perkongsian Mala Mansor yang mengamalkan minum jus tomato dalam diet hariannya.
JUS TOMATO SUSU UNTUK KULIT GLOWING CHINGG
Kalau nak kulit glowing cantik dan anjal kena selalu makan tomato. Ramai artis amalkan makan dan minum jus tomato sebab memang bagus bukan je untuk kulit malah untuk jantung kita.
Kali ni mala share jus tomato susu pulak. Memang sedap diminum berbanding jus tomato semata-mata. Lebihannya pula boleh dibuat ice cube untuk buat masker.
BAHAN-BAHAN:
Buah tomato 1 biji
Susu rendah lemak 200 ml
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Rendam tomato dengan air garam untuk buang racun pada kulit tomato.
2. Potong dan masukkan tomato serta susu ke dalam blender dan kisar halus. ITS DONE!
Boleh lah terus minum. Memang sedap. Sekejap je habis segelas. Di samping dapat kulit glowing, jantung pun bertambah sihat dengan tomato susu ni.
Tomato kaya dengan Vitamin C, dan Vitamin E yang berfungsi sebagai agen antioksida juga antikanser. Susu pulak kaya dengan Calsium yang bantu menguatkan tulang dan imunisasi kita.
KEBAIKAN TOMATO UNTUK KECANTIKAN:
Tomato mempunyai vitamin C yang sememangnya terbukti boleh mencerahkan kulit.
*Membantu melindungi kulit daripada pancaran UV kerana ia bertindak seakan-akan tabir matahari semula jadi.
*Tomato juga boleh menyingkirkan sel kulit mati pada wajah apabila ia digosok pada kulit.
*Jus tomato yang dicampur dengan avokado yang dilenyekkan juga boleh dijadikan penyegar semula jadi kulit dan sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kombinasi.
KEBAIKAN SUSU UNTUK KECANTIKAN:
*Boleh dijadikan sebagai pelembap bagi merawat kulit kering dan bibir yang merekah.
*Mencerahkan kulit wajah. Campur dengan sedikit madu dan boleh sapu pada kulit wajah.
*Boleh dijadikan sebagai perapi rambut. Hasilnya rambut jadi lembut dan bersinar.
*Pembersih wajah untuk mereka yang memiliki kulit sensitif.
Menjaga kesihatan itu satu ibadah. Jom jaga kesihatan dan kecantikan dengan bahan semula jadi.
Sumber kredit: Mala Mansor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI