Salah satu minuman terbaik untuk diet adalah air detoks. Selain membuang toksin dalam badan, air detoks dikatakan mampu menurunkan berat badan. Sudah tentu air detoks ini  untuk cantik luaran dan dalaman, tubuh pun segar bugar. Baik untuk melengkapkan program diet anda.

Air detoks itu sendiri adalah air yang telah diselitkan dengan perisa buah-buahan segar, sayur-sayuran, dan rempah ratus. Air detoks juga sering disyorkan dalam program diet, kerana minuman ini rendah kalori.

Cara menyediakan air detoks juga amat mudah. Boleh gunakan sebarang kombinasi buah-buahan, sayur-sayuran atau herba kegemaran anda. Siapa hendak rasa tubuh segar boleh cuba resipi air detoks cantik seperti yang dikongsikan oleh Afy Al Habibi Minum sambil gigit-gigit bunga kekwa.

Ads

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Shake…Shake…Shake’ & Terus Minum, Badan Pun Jadi Cepat Slim Dengan Air Detoks Chia Fresca

Air detoks cantik

Air Detoks Untuk Cantik Luaran & Dalaman, Tubuh Pun Segar Bugar. Amalkan!
BAHAN-BAHAN:
  • 1 cawan air panas
  • 1 uncang teh ( lebih elok dan sedap jenama Ahmad Tea)
  • sehiris lemon
  • 2-4 kuntum bunga kekwa (lalukan air sebelum guna)
  • 1/2 sudu teh madu asli (optional- letak lepas air sudah mula suam)
Air Detoks Untuk Cantik Luaran & Dalaman, Tubuh Pun Segar Bugar. Amalkan!
Photo by Mohd Azrol via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

ARTIKEL BERKAITAN: Amalkan Minum Air Rebusan Jintan Manis Boleh Kecilkan Paha Yang Sado. Confirm Menjadi!

Ads

CARA MEMBUAT:

  1. Satukan semua bahan di atas dalam satu gelas. Perah sehiris lemon.
  2. Biarkan bunga kekwa kembang seketika. Selepas air rendaman jadi suam kuku, masukkan madu asli.
  3. Untuk kesan yang efektif, minum ketika masih suam. Jom amalkan. Bolehlah kita cantik dari dalam sama-sama.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Ads

Sumber kredit: Afy Al Habibi via Diet Suku Suku Separuh

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI