Buah kiwi mempunyai rasa yang menyegarkan dengan tekstur yang lembut. Di samping itu juga, buah kiwi mengandungi vitamin A, C, E dan K, asid amino, asid folik, dan antioksidan yang baik untuk kesihatan tubuh.

Kiwi adalah sumber vitamin C yang sangat baik, antioksidan larut air yang melindungi kulit daripada kerosakan berbahaya yang disebabkan oleh cahaya matahari, pencemaran dan asap. Amalan memakan buah kiwi juga membantu melambatkan penuaan dan memperbaiki tekstur kulit secara keseluruhan.

Jika Susah Nak Tidur Malam, Makanlah Buah Kiwi, Confirm Lena Dibuai Mimpi Indah
Photo by photomix-company- from Pexels.

Tahukah anda bahawa buah kiwi juga sangat bagus dimakan bagi memudahkan kita tidur.  Untuk anak-anak, bagi mereka makan buah kiwi satu jam sebelum tidur. Amalkan selama dua minggu. Anda akan nampak hasilnya. Tidur anak lebih cepat. Letak sahaja kepala atas bantal, terus mengantuk hendak tidur.

Tidur anak lebih lama. Bagus untuk otak kalau anak dapat tidur lebih lama. Tidur anak lebih berkualiti. Susah anak hendak terjaga tengah malam. Malah untuk orang dewasa juga ianya turut memberikan kesan yang sama. Makan dua biji buah kiwi satu jam sebelum tidur dan anda akan nampak keberkesanannya. Cubalah!

Jika Susah Nak Tidur Malam, Makanlah Buah Kiwi, Confirm Lena Dibuai Mimpi Indah

Dalam buah kiwi, ada kandungan serotonin. Serotonin inilah yang membantu kitaran tidur menjadi lebih baik. Kiwi tinggi kandungan antioksida. Antioksidda antara yang menyumbang pada kualiti tidur anak yang lebih baik.

Ads

Ajak anak makan kiwi sekali dengan bijinya terus. Jangan buang bijinya. Banyak sangat khasiat yang ada pada buah kiwi.

Jika Susah Nak Tidur Malam, Makanlah Buah Kiwi, Confirm Lena Dibuai Mimpi Indah

ANTARA KHASIAT YANG TERKANDUNG DALAM BUAH KIWI: 

Ads

Vitamin C
Vitamin E
Vitamin K
Folate
Copper
Pottasium
Magnesium
Dalam biji kiwi pulak;
Omega 3
Fiber
Antioksida

Jika Susah Nak Tidur Malam, Makanlah Buah Kiwi, Confirm Lena Dibuai Mimpi Indah
Photo by emmanuel-nalli from Pexels.

 

Sebagai ibu tentu kita seronok apabila dapat ajar anak makan dengan sedikit ilmu tentang nutrisi. Lagi semangat kita hendak ajak makan walau anak belum suka. Ada modal kita hendak cerita sambil makan dengan anak.

Ads

Kenalkan kiwi untuk anak yang susah hendak tidur malam. Banyakkan makan buah-buahan sebagai snek dan makanan utama apabila anak lapar. Orang dewasa juga elok amalkan buah kiwi sebagai snek.

Sumber kredit: Doktor Mazliana Mazlan Top image: Photo by dmitry-demidov from Pexels.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/oNhFqV_vqVs

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI