Penghijrahan itu jika dijadikan sebagai sebuah ceritera, pastinya memiliki banyak babak-babak indah didalamnya. Ada ketikanya, lembaran ceritera itu ada pahitnya, namun tidak hilang jua rasa manisnya. Perjalanan penghijrahan yang dilalui, jika benar-benar diamati dengan penuh keikhlasan dan ketaqwaan, pasti memberi seribu satu kepuasan yang bermakna dalam diri, apabila diri menjadi yang lebih baru dan baik dari semalam.
Begitulah jua kembara hijrah seorang anak seni ini yang banyak kejayaannya. Disulami dengan seribu kemenangan, namun diserikan pula dengan sebuah ceritera perubahan yang penuh bermakna.
Namanya tidak asing lagi dalam dunia seni tempatan. Malah, sayap kariernya terbang megah jauh ke negara China. No Turning Back mengupas lanjut tentang penghijrahan Shila Amzah yang kini lebih selesa dengan penampilan berhijab dan lebih santun.
“Tak lengkap jika tidak bertudung..”
Berbicara mengenai penghijrahannya, semuanya bermula pada bulan Ramadan yang mulia. Apabila Shila harus berhijab atas tuntutan kerja, dari situlah hidayah Allah SWT hadir dalam hatinya, lalu bercahaya dalam diri membentuk imejnya yang kini berhijab.
“Ketika saya memutuskan untuk memakai hijab, saya mula mencubanya dalam bulan puasa. Apatah lagi bila ada photoshoot raya, jadi saya harus mengenakan hijab atas dasar untuk menghormati bulan Ramadan yang mulia. Jadi bila sudah terbiasa, apabila sampai di rumah dan saya tanggalkan hijab, saya mula rasa tidak lengkap. Dari situlah bermula titik penghijrahan saya.
Pada awalnya, saya lakukan secara perlahan-lahan dan tidak mengumumkan tentang imej baru saya itu kerana masih awal dan ada rasa kurang selesa ketika itu,” kongsinya.
Ads
“Mereka suruh saya buka hijab..”
Umum tahu bahawa nama Shila Amzah bukan sahaja gah di persada muzik tempatan, malah negara China juga turut menerima baik bakatnya dan digilai penonton di sana saat Shila mengalunkan kemerduan suaranya. Namun, benarlah kata peribahasa Melayu, ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri’.
Kongsi Shila, selepas dia memenangi pertandingan nyanyian di China, Asian Wave 2012, pihak pertandingan itu menyuruhnya untuk membuka hijab dan menukar dengan gaya yang lain. Tetapi, bagi Shila, ia bukanlah tiket untuk terus melupakan dirinya dan kekal berdiri di atas sebuah tiang istiqomah yang kukuh lagi utuh.
Ads
“Bagi mereka, hijab itu umpama gaya fesyen sahaja. Jadi, apabila saya memenangi pertandingan itu, sebelum saya menandatangani kontrak bersama mereka, pihak sana menyuruh saya untuk membuka hijab dan menukarkan dengan gaya fesyen yang lain.
Jawab saya, mereka harus menerima saya seadanya sekiranya ingin menjalinkan perjanjian bersama,” tegas Shila.
“Berbaliklah kepada agama..”
Bukan mudah untuk kekal istiqomah dalam setiap perubahan yang dilakukan. Hari-hari yang dilalui pasti ada sahaja asbab untuk kita terfikir sejenak tentang masa lampau yang kadang-kala berperang dengan hati untuk kekal dengan penghijrahan itu.
Ads
Kongsi Shila, untuk kekal istiqomah, dia sentiasa kembali kepada pegangan agama. Biarpun perubahan itu umpama melayari lautan yang berombak, namun pengakhirannya pasti menjanjikan sebuah keindahan.
“Kita sebagai manusia biasa, pasti iman ada pasang surutnya. Kadang-kala bila kita lihat gambar-gambar di media sosial, dan ada yang berfesyen tanpa hijab, hati tiba-tiba terusik terpegun dengan gaya fesyen itu. Jadi, kalau saya sudah ada fikiran sebegitu, saya sibukkan diri dengan mengemas rumah, melayan anak dan tinggalkan media sosial buat seketika,” tambah Shila mengakhiri bual bicara bersama Hijabista.
Bercuti bersama keluarga merupakan salah satu cara untuk mengeratkan hubungan sesama keluarga. Begitu juga selebriti hijab cantik dan manis, iaitu Hanis Zalikha dan keluarganya. Agak agak pergi mana la tu ya? Nampak sejuk sangat.
Seperti yang kita tahu, Hanis Zalikha merupakan selebriti yang sangat rajin memuat naik media sosialnya buat pengikut di instagramnya yang kini berjumlah 6.2 juta pengikut. Jadi kali ini, nampaknya Hanis Zalikha baru sahaja menaik muat satu video ‘reels’ percutiannya bersama pasangannya Hairul Azreen dan dua anak comelnya iaitu Yusof Iskandar bersama Alisa Aisyah.
Sebelum ini, mereka pernah tular dengan kecaman netizen yang mengatakan tentang percutian keluarnya di Maldives yang sangat mewah sampai mencecah puluh ribu ringgit Malaysia.Tambahan lagi, apabila ada antara percutian mereka sekeluarga menaiki helikopter peribadi khas yang dapat mencuri perhatian ramai. Pasangan selebriti, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen telah mencuri perhatian warganet pada tahun 2022 ini dengan perkongsian video di Instagram Hanis Zalikha yang berdurasi lebih kurang 1 minit yang menunjukkan Hanis Zalikha sekeluarga bercuti dengan menaiki helikopter peribadi khas sekali lagi.
Sebelum ini, Hanis Zalikha memberi tahu peminatnya bahawa tujuan percutian keluarganya menaiki helikopter peribadi adalah kerana Hanis Zalikha dan Hairul Azreen risau akan keadaan sesak dan ingin menjaga keselamatan mereka sekeluarga termasuk anak-anaknya. Menempah helikopter peribadi merupakan salah satu inisiatif yang bijak selebriti ini lakukan. Pada masa yang sama ianya merupakan percutian di dalam Malaysia sahaja kerana ketika itu Malaysia masih di bawah Kawalan Pemerintahan Pergerakan (PKP)
“The very first time we flew out after 3 long years! Time for a family holiday and it’s gonna be snow much fun!”
Melalui kapsyen yang ditulis Hanis Zalikha menunjukkan ini merupakan percutian pertama buat mereka sekeluarga setelah 3 tahun yang bertempatkan diluar negara dan dalam keadaan salji. Bestnya! Selain itu, kitab oleh lihat video yang dimuat naik oleh Hanis Zalikha itu menunjukkan Yusuf dan Alissa sangat gembira dengan keadaan salji di situ dan ini merupakan momen pertama buat Alissa bercuti di luar negara.
Apa pun, rezeki buat keluarga ini dapat bercuti dengan mewah dan memilih pilihan yang bijak untuk tidak bersesak. Dan rata-rata netizen banyak mendoakan kebaikan buat Hanis Zalikha dan keluarga.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Cabaran wanita yang berhijab di luar negara memang tidak dapat dinafikan. Secara asasnya, tudung merupakan satu helaian kain tetapi bagi seorang wanita Islam, ia mempunyai makna yang besar daripada sekadar helaian kain.
Hijab merupakan pelengkap pakaian wanita Islam yang dituntut dalam ajaran untuk menutup aurat dan sejak sekian lama ia menjadi sebahagian daripada gaya hidup. Walau bagaimanapun apabila tinggal di luar negara yang tidak ramai atau tiada penganut agama Islam tentunya ia agak mencabar.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita, Adi Sakinah Omar atau lebih dikenali sebagai Kina Omar, cabaran wanita berhijab sepertinya yang tinggal di luar negara bukanlah semudah A,B,C.
Kina Omar merupakan pengasas Jeju Muslim Travel. Dia tinggal di Pulau Jeju sejak 2014 hingga kini daripada masih bujang, berkahwin dan kini mempunyai seorang cahaya mata.
Selama beberapa tahun kina menetap di Korea, dan sebelum ni di UK, penerimaan orang tempatan di dua negara ini terhadap ‘tudung’ sgt berbeza dengan penerimaan kita di Malaysia. Terdapat pelbagai reaksi, ada yg positif, ada yg negatif.
Suatu hari waktu di sekolah di Scotland dulu.. kina tengah berjalan untuk ke kelas. Tiba2 sekumpulan pelajar perempuan matsaleh datang dari belakang dan tarik tudung kina sambil mereka gelak2. Kina pandang mereka dan kata “stop pulling my scarf” dan teruskan berjalan. Mereka tarik lagi, dan kina cakap benda yang sama, tp mereka masih tarik lagi.
Kina hilang sabar dan kina tarik rambut budak perempuan tu (ganas kan?). Kemudian berlaku aksi tolak menolak sampai la cikgu datang dan kami dipanggil ke bilik guru disiplin. Budak perempuan tu akhirnya dikenakan tindakan. Waktu tu kina 15 tahun (sbb tu ganas). Sebenarnya bukan sekali tu je tudung ditarik di sekolah, tapi banyak kali. Tapi yang ni paling jelas dalam memori sebab ada adegan tarik rambut & tolak2 ?.
Di Korea lain pula ceritanya, alhamdulillah setakat ni takda orang tarik tudung kina. Tp ramai pula orang Korea yang cakap “cantik pakai tutup kepala mcm ni, sopan”, “bagusnya tutup mcm ni, rambut tak rosak” tapi ramai juga yg tanya “kenapa pakai tudung? Kat sini orang Malaysia lain takda, mereka tak tahu pun kalau you tak pakai tudung” dan waktu musim panas tahun lepas ada yang nampak kina bertudung dan mereka kata “Tak panas ke? Tak payah la pakai tudung” dan ada juga yang bertanya “apa yang kat atas kepala tu? Kenapa tutup kepala?” Dan banyak lagi soalan pelik2.
Kina langsung takda perasaan marah bila mereka cakap macam ni sebab pada kina mereka tak tahu apa2 tentang Islam. Bila orang tanya macam ni kina akan jawab baik2 je, ” Kain atas kepala sy ni dipanggil hijab. Dalam Islam org perempuan wajib tutup seluruh tubuh kecuali muka & tapak tangan, so tak kisah saya di mana2 pun, musim panas atau sejuk, sy kena ikut apa yg disuruh dalam Islam”
Ini baru pasal tudung, belum lagi pasal puasa, makanan halal, solat dan banyak lagi yg kadang2 kina sendiri susah nak jawab. Sesiapa ada pengalaman menarik bila pakai tudung di luar negara? Boleh kongsi cerita dgn kina?
Sambil mengembara, sebarkan dakwah. Inilah dakwah secara santai.
Sumber: Kina.Omar
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pelbagai cara dibuat untuk kecutkan jerawat. Selain gunakan tomato yang dibekukan dan dibuat seperti masker, aloe vera juga mempunyai banyak khasiat dan salah satunya boleh kecutkan jerawat.
Perkongsian dari TheSisters Cookingproject di mana aloe vera ini dibuat sepetti ketulan ais dan oleskan sahaja dimuka. Hasilnya jerawat akan kecut dan kulit juga jadi lebih lembut, lembap dan cerah.
Seperti yang kita maklum, lendir lidah buaya ini boleh juga terus disapu pada wajah dan biarkan kering. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih.
Cara Membuatnya:
1. Ambil aloe vera dan buangkan duri di kiri dan kanan dan juga kulit bahagian bawah (yang melengkung ke dalam).
2. Ambil sudu dan korek isinya isi dalam mangkuk.
3. Masukkan isi tadi dalam blender dan kisar hingga hancur. Tak perlu tambah air kerana lender itu memudahkan proses kisaran.
4. Masukkan dalam acuan air batu bentuk kecil-kecil. Penuh bekas berkenaan. Kemudian masukkan dalam bahagian sejuk beku.
Cara Memakai:
1. Keluarkan kiub dan oleskan di bahagian wajah sampai kiub mencair. Biarkan kering dan jadi seperti masker.
2. Kemudian basuh dan hasilnya kulit jadi lembut, licin dan ‘flawless’.
3. Boleh dibuat 3 kali seminggu sekali. Insya-Allah cara ini akan dapat memelihara dan memperbaiki kulit anda.
SUMBER: THE SISTERS COOKING PROJECT VIA PETUA IBU
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Masha-Allah, rezeki memang tak salah alamat. Kita yang melihatnya pun turut merasa gembira dan bersyukur.Rezeki Syifa Melvin yang berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci...