Ramai yang lebih fokus kepada isu individu yang ingin menurunkan berat badan sehinggakan banyak tip di mana-mana yang lebih mengesyorkan seseorang mengurangkan berat badan. Bagaimana pula dengan mereka yang ingin menambah berat?
Ada juga dalam kalangan kita yang inginkan tubuh badan yang ideal dan tidak terlalu kurus! Ya, mereka yang kurang berat badan ini sering di soalkan seperti “tak cukup makan ke awak?”, sedihnya bila dengar.
Artikel berkaitan: Susah Nak Tambah Berat Badan, Ikut 5 Petua Mudah Ini Untuk Hilangkan Masalah Kurus Yang Terlampau!
Bukan tak cukup makan tapi…
Bagi mereka yang alami masalah kurang berat badan ini kadangkala lupa yang ‘terlalu kurus’ juga boleh merisikokan kesihatan. Menurut Sihat.net, mereka yang kurang berat badan boleh alami gejala sepert:-
Osteoporosis – Tulang boleh menjadi rapuh dan lebih mudah untuk pecah.
Masalah kulit, rambut, serta gigi – Nutrisi yang tidak mencukupi dalam diet harian akan menyebabkan gejala-gejala fizikal seperti penipisan kulit, kehilangan rambut, kulit kering, atau kesihatan gigi semakin teruk.
Sentiasa jatuh sakit – Nutrisi yang tidak cukup juga akan menyebabkan seseorang itu kurang bertenaga dan kerap jatuh sakit seperti selsema yang boleh bertahan lebih lama dari kebiasaannya.
Rasa letih sepanjang masa – Kalori yang tidak mencukupi akan menyebabkan badan seseorang susah untuk kekalkan berat badan dan mudah penat.
Tempoh kitaran haid yang tidak teratur – Wanita yang kurang berat badan besar kemungkinan akan alami tempoh kitaran haid yang tidak teratur. Ia juga boleh menyebabkan kemandulan.
Kelahiran bayi pramatang – Kajian dari Jurnal Antarabangsa Obstetrik & Ginekologi, wanita yang hamil dan kurang berat badan lebih berisiko tinggi untuk melahirkan pra-syarat, yang bermakna melahirkan bayi sebelum 37 minggu.
Pertumbuhan perlahan atau terjejas – Bagi golongan muda iaitu remaja, pertembuhan akan terjejas jika kekurangan nutrisi yang cukup untuk berkembandg dan membina tulang yang sihat.
Bagaimana nak elakkan masalah kurang berat badan?
Sebelum kenali rawatan atau cara untuk mengelakkan masalah kurang berat badan ini, anda perlu tahu apakah punca yang menyebabkan masalah ini berlaku. Antaranya adalah:-
- Genetik keluarga
- Metabolisme yang tinggi
- Aktiviti fizikal yang terlalu kerap
- Penyakit fizikal atau kronik
- Gangguan mental
Ada beberapa cara untuk tambahkan berat badan jika anda tiada idea!
Kami faham anda pasti tidak tahu bagaimana ingin menambahkan berat badan dan macam mana nak mulakan. Ada permulaan yang baik buat anda jika kekurangan idea, baca dengan lebih lanjut seperti di bawah!
Tambah makanan ringan
Bukan keropok atau jajan tapi makanan ringan yang mempunyai khasiat yang tinggi karbohidrat. Dengan cara ini anda mudah menambahkan berat badan, antaranya seperti keropok kacang tanah, bar protein, buah badam dan mana-mana berkaitan.
Campurkan makanan tambahan
Anda boleh cuba menambah sedikit makanan berkalori padat ke dalam makanan harian anda sepertinya meletakkan badam atau kacang-kacang ke dalam bijirin atau yogurt. Mungkin jika boleh menyediakan roti bakar yang disapukan mentega kacang cukup memadai!
Artikel berkaitan: Mereka Bertubuh Kurus Keding Untuk Tambah Berat Badan, Ini Jadual Pemakanan Murah Tapi Sihat.
Elakkan kalori yang kosong
Kena peka dengan apa yang anda makan! Kadangkala kita tidak tahu makanan yang berkalori itu boleh menyebabkan masalah jantung dan saluran darah kerana tinggi lemak juga! Jadi cuba amalkan pengambilan makanan berkalori yang mempunyai keseimbangan gula dan garam seperti ikan salmon atau roti gandum.
PERINGATAN! Kami faham anda inginkan keputusan yang cepat untuk suatu tujuan atau mungkin untuk menambahkan keyakinan diri. Sentiasa mula dengan kadar yang sedikit demi sedikit. Jangan paksa diri anda kerana kesihatan anda juga perlu menjadi keutamaan.
Sumber: Sihat.net
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI