Mata merupakan organ yang sangat penting untuk membantu penglihatan agar lebih mudah kita melakukan aktiviti seharian. Anda pernah berada berhadapan dengan situasi apabila anda melihat cermin dan perasan akan mata sebelah anda sepet sebelah sahaja. Kalau pernah alami ketahui punca, cara rawatan perkara ini.

Jangan Pandang Remeh Bila Mata Sepet Sebelah!

Apakah Ptosis atau mata sepet sebelah ini?

Selalunya mata kuyu atau sepet sebelah ini mempunyai nama saintifiknya iaitu ptosis yang disebabkan daripada faktor trauma, usia, keadaan neurologi atau masalah perubatan yang anda ambil. Keadaan ini dipanggil sebagai ptosis unilateral yang menjejaskan 1 mata, dan ptosis yang melibatkan kedua-dua belah mata. Ianya boleh bersifat kekal atau sementara.

Jika keadaan ini berlaku sejak dari lahir ia dikenali sebagai ptosis kongenital. Jika ia terjadi lama selepas seseorang itu lahir ia disebut sebagai ptosis diperolehi (Acquired ptosis). Bergantung pada tahap keterukan kelopak mata, kelopak mata atas kuyu ini boleh mengurangkan penglihatan bergantung sejauh mana ia dapat menghalang retina.

Artikel Berkaitan: Kulit & Isi Pisang Banyak Manfaatnya Untuk Kecantikan Antaranya Rawat Kelemumur & Masalah Mata Panda

Siapa yang boleh mengalami Ptosis ini?

Hakikatnya, Ptosis boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak kira usia. Namun Ptosis ini kerap berlaku pada individu yang dewasa apabila proses penuaan terjadi. Otot levator adalah otot yang bantu mengangkat kelopak mata manusia. Namun, apabila usia seseorang itu meningkat, otot tersebut boleh meregang dan boleh menyebabkan kelopak mata anda jatuh. Namun, Ptosis ini boleh terjadi kepada setiap peringkat umur. Bayi juga dikatakan boleh dilahirkan dalam keadaan sebegini akan tetapi ianya jarang berlaku.

Ads

Jangan Pandang Remeh Bila Mata Sepet Sebelah!

Penyebab ptosis kongenital terjadi  apabila otot levator tidak berkembang dengan baik. Jadi, kanak kanak yang mempunyai ptosis berkemungkinan mengalami sindrom mata malas yang boleh melambatkan atau menghadkan penglihatan mata mereka. Apabila sebelah kelopak mata seseorang individu itu jatuh, ia disebabkan oleh kecederaan saraf atau ketumbit sementara. Selain itu, prosedur LASIK atau pembedahan katarak antara punca ptosis mengembang. Ini disebabkan oleh kesan otot atau tendon yang telah diregang.

Ptosis ini juga boleh menyebabkan kelopak mata mengendur dan boleh menjejaskan penglihatan anda. Malah, individu yang mengalami ptosis juga boleh mengalami mata yang sangat kering atau berair yang boleh menyebabkan muka anda tampak letih dan lesu.

Jangan Pandang Remeh Bila Mata Sepet Sebelah!

Ads

Kebanyakan individu dengan penyakit ptosis ini perlu mencondongkan kepala mereka kebelakang untuk melihat semasa bercakap. Apabila penyakit ini timbul anda perlu memeriksa kelopak mata dengan doktor secara berkala supaya tiada masalah lain seperti migrain, sakit kepala atau isu lain yang terjadi.

Rawatan mata sepet sebelah.

Selalunya, rawatan yang perlu diambil adalah bergantung kepada keterukan ptosis. Untuk mengelakkan mata menjadi lebih lemah, anda juga boleh membuat rawatan secepat mungkin. Sekiranya, berlaku disebabkan faktor usia atau dialami sejak lahir, doktor akan menasihatkan anda supaya jangan gentar kerana ia tidak berbahaya akan tetapi digalakkan supaya berjumpa dengan pakar mata untuk mengetahui lebih lanjut tentang konidsi mata. Selain itu, pembedahan plastik juga boleh dilakukan jika anda ingin mengurangkan kekendurannya.

Jangan Pandang Remeh Bila Mata Sepet Sebelah!

Biasanya, doktor akan merawat terlebih dahulu sekiranya ada faktor lain. Jika kelopak mata anda jatuh dan menghalang penglihatan, doktor akan mengesyorkan pembedahan.

Ads

Artikel Berkaitan: Masalah Kantong Mata Atau Eye Bag Ini 10 Cara Atasi Tanpa Pembedahan Dan Tanpa Solekan Tebal. #10 Berkesan Sekiranya Kecemasan.

Pembedahan juga merupakan salah satu prosedur yang akan diberi cadangan oleh doktor. Otot levator akan diketatkan dan mengangkat semula kelopak mata ke kedudukan yang diingini. Antara alternatif lain juga adalah operasi ‘sling’ iaitu otot dahi digunakan untuk menaikkan kelopak mata.

Jangan Pandang Remeh Bila Mata Sepet Sebelah!

Akhir sekali, tiada cara untuk elakkan kelopak mata ini terjadi tetapi anda boleh mengenal pasti simptom dengan melakukan pemeriksaan mata kerap untuk melawan keadaan ini. Jika anda mulai perasan kelopak mata kuyu segeralah mendapatkan rawatan terutama sekali kanak-kanak. Masalah ptosis boleh dihentikan daripada lebih teruk jika anda mendapatkan rawatan doktor dengan segera.

https://www.youtube.com/watch?v=PK5tLV02myg

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI