Trend selebriti wanita tidak berhijab lagi, bukan satu isu yang baru malah ia juga menjadi isu di kalangan orang biasa. Artis dilihat sebagai idola dari segi gaya hidup, pencapaian mahupun gaya pemakaian.
Tular isu selebriti membuka tudung setelah berhijab, Doktor pakar mata ini mengulas mengenai isu ini yang menjadi trend dan persepsi negatif pada segelintir masyarakat yang beragama Islam.
Kita diuji atas ujian dia…
“Kita diuji dengan kita belajar…, orang yang bijak apabila apabila melihat orang yang diuji kita melihat apa yang kita belajar dari orang yang diuji,”
“Manusia akan hanya menerima nasihat dan teguran dari orang yang mereka sayang dan mempunyai hati yang terbuka disertai jiwa yang mempunyai kasih sayang,” ulasnya lagi.
Mengulas lagi tentang isu ini, bonda kesayangan ramai ini meminta orang sekeliling tidak mengambil tindakan terus mengkritik dengan apa yang mereka sedang lalui.
“Apabila nampak artis yang buat sesuatu yang tak seperti kita hendak, jangan kritik. Kita sayanginya dan doakannya! Manusia berubah bukan kerana kita, manusia berubah kerana hidayahnya,” katanya.
Muhaya ditemui di seminar transformasi Prof Muhaya Circle (PMC) 2022 ‘Zero Stress Living’ di The Everly Hotel, Putrajaya pada Sabtu.
Mengulas mengenai PMC, Muhaya mendedahkan selepas pandemik melanda, ramai individu yang terkesan, terutama daripada sudut tekanan emosi serta perasaan. Menerusi program ini, Muhaya menjawab dan mencari solusi bersama peserta-peserta yang hadir untuk menangani perkara berkenaan.
“Program PMC berdasarkan 41 tahun pengalaman saya bertemu dengan pelbagai lapisan manusia. Ia telah membantu lebih 11,000 orang yang sebelum ini mengakui ‘telah mati’ dalam kehidupan.
“Semua yang hadir mahu menjadi lebih positif. Menerusi seminar ‘Zero Stress Living’, peserta akan mengenal pasti sumber stress, apa kesannya dan solusi asas untuk mereka keluar daripada belenggu stress.
“Alhamdulillah, kali ini lebih 500 orang yang menyertai PMC. Ia pertama kali diadakan secara bersemuka kerana sebelum ini, semuanya dibuat secara atas talian. Semua yang hadir mahu hidup dengan transformasi positif dan menjadikan ‘pencinta tanpa syarat’ sebagai modus operandi kehidupan,” katanya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: “Bonda infaqkan diri” – Prof Dr.Muhaya Ingin Transformasi Guru Frontliner Secara Percuma Agar Kekal Positif
Selain lebih 500 peserta, PMC turut dihadiri oleh beberapa selebriti seperti Datin Lisa Surihani, Tya Arifin, Hafiz Hamidun, Mia Ahmad, Wany Hasrita, Amira Othman dan ramai lagi.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI