Syurga dibawah telapak kaki ibu, dan sebagai anak, kita harus memuliakan ibu dan menjaganya dengan sepenuh hati kerana ibu adalah insan yang telah bergadai nyawa melahirkan dan membesarkan kita.
Justeru itulah sebab mengapa, aktor kacak yang popular selepas membintangi drama ‘Hero Seorang Cinderella’, Fikry Ibrahim begitu menyantuni dan menitikberatkan kebajikan syurganya.
Terbaharu, perkongsian Fikry yang sedang bercuti di Langkawi bersama ibunya telah menarik perhatian serta membuka mata netizen agar lebih memberi perhatian kepada kedua ibu bapa.
Fikry Ibrahim Layan Ibu Bagai Permaisuri, Penuh Kasih Sayang
Perkara berkenaan menjadi tular sebaik sahaja Fikry memuat naik sebuah video di laman Tik Tok miliknya, memaparkan bagaimana Fikry melayan ibunya.
Dalam video berdurasi kurang dari dua minit itu, dapat dilihat Fikry yabg sedang membawa ibunya berjalan-jalan dan menikmati keindahan bumi Mahsuri, Langkawi dan melawati beberapa kawasan tarikan pelancong di sana.
Siap Solekan Ibu Sebelum Keluar, Tindakkan Fikry Raih Pujian Netizen!
@afikryaibrahim♬ original sound – afikryaibrahim
Lebih menarik lagi apabila dalam video berkenaan, Fikry langsung tidak kelihatan kekok menguruskan ibu tersayang, malah tindakkan Fikry yang menyolek wajah ibunya sebelum membawa wanita berusia 74 tahun itu berjalan-jalan.
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati, rata-rata wargamaya membanjiri hantaran berkenaan dengan komen memuji cara Fikry menyantuni ibunya.
Artikel berkaitan: Airmata Ibu Bapa Wawa Zainal Tumpah! Terima Hadiah ‘Rumah’, Kini Menetap Di Kuala Lumpur!
Malah, ada yang mendoakan agar Fikry diberikan ganjaran syurga oleh Allah SWT di akhirat kelak kerana tidak berkira kudrat menjaga dan mengasihi ibunya. Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan wargamaya.
“Part mekap bagi pakai lipstick tu serius comeeyy🥰.
“Beruntung nya ibu dia 🥰 semoga anak saya nanti pun layan saya macam ni juga bila saya dah tua nanti 🤲🏻
“Bahagia je tengok awak layan insan yang teristimewa macam tu.. Semoga Allah murahkan rezeki mu dik dan syurgalah tempat mu nanti,” tulis wargamaya.
Sekadar Info, Hijabista difahamkan bahawa ibu Fikry menghidap penyakit angin ahmar dan tidak dapat berjalan seperti biasa, hingga terpaksa menggunakan bantuan kerusi roda untuk bergerak.
Susulan kekangan kesihatan yang dihadapi ibunya, Fikry Ibrahim pernah menghentikan kerjayanya seketika dan menolak beberapa tawaran berlakon pada tahun 2021 akibat ibunya diserang angin ahmar.
Sumber: TikTok @afikryaibrahim
Artikel berkaitan: ‘Menantu Kiriman Tuhan’, Tak Lokek Kudrat Bantu Isteri Jaga Ibu Lumpuh, Buka Mata Netizen!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI