Impian seorang kanak-kanak tercapai apabila dapat berjumpa bersama Perdana Menteri Malaysia Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum menjalani pembedahan.

Perkongsian video melalui platform TikTok itu dikongsikan oleh Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim, menunjukkan DSAI berkesempatan mengajar kanak-kanak itu sepotong doa. Orang ramai turut terharu dengan tindakan PMX serta mendoakan yang baik buat kanak-kanak itu.

Titipkan Doa Untuk Adik Farzana

Kanak-kanak yang dipanggil ‘Adik Farzana’ difahamkan akan menjalani pembedahan bagi penyakit Vasculopathy Cirrhosis Occlusive yang di hidapnya. Walaupun singkat pertemuan itu, DSAI sempat mengajar Doa Afiyah buat Adik Farzana untuk memberikan kekuatan kepadanya.

“Adik Farzana menghidapi Vasculopathy Cirrhosis Occlusive,

“Dia harap dapat jumpa PMX sebelum buat pembedahan,

PMX ajarkan Doa Afiyah kepada Adik Farzana.” tulis Steven Sim melalui video itu.

Ads
@stevensimck Semoga Adik Farzana cepat sembuh 🤲 #jalanteruih #stevensim #pmx #tiktokmalaysia #bukitmertajam #fypシ ♬ Perwiraku teruskan berjuang – Rilex Are Boh

Artikel berkaitan: Di Uji ‘Kehilangan’ Cahaya Mata Keempat, Nurul Izzah Berduka Dalam Redha! Yakin Aturan Allah Itu Terbaik

“Semoga PM Sentiasa Dirahmati Allah SWT…” – wargamaya

Video mendapat perhatian wargamaya apabila melihat PMX secara spontan dan tidak perlukan apa-apa skrip untuk memberi ilmu kepada Adik Farzana.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan wargamaya bukan sahaja mendoakan kesejahteraan pada Adik Farzana. Malah, mereka menitipkan rasa syukur diberikan pemimpin seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Impian Jumpa PMX Sebelum ‘Pembedahan’ Tercapai! Anwar Ibrahim Sempat Ajar Anak Kecil Ini Doa ‘Afiyah’ Untuk Kesembuhan

Ads

Apakah Erti Doa Afiyah Dan Manfaatnya?

‌‏أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَةً

Allahumma inni as aluka al-‘afiyah. 

Maksudnya: Ya Allah, kurniakan aku kesihatan, maknanya sihat badan, sihat fikir, dan sihat jiwa.

Menurut MyWilayah, doa ini diajarkan oleh Baginda Rasulullah SAW kepada bapa saudaranya, Al-Abbas (R.A.). Namun, Al-Abbas mempersoalkan doa ini terlalu ‘pendek’ dan inginkan yang lebih panjang.

Jawab Rasulullah SAW keatas persoalan bapa saudaranya itu:

“Wahai bapa saudara ku yang dikasihi, mohonlah kepada Allah untuk ‘Afiyah, maka anda tidak boleh diberi apa-apa yg lebih baik daripada ‘afiyah. Ia adalah satu do’a yang mudah namun terbaik.” (Riyadh As Saliheen, Sunan At-Trirmidzi).

Ads

Artikel berkaitan: Dapat Berjumpa Dua Kali, Farid Kamil Bangga Bawa Watak DSAI

Terdapat jua beberapa manfaat buat mereka yang mengamalkan doa ini, antaranya:

  • Untuk menjadi sihat, kita perlu berada di dalam ‘afiyah.
  • Untuk mempunyai wang yg cukup, kita haruslah berada di dalam ‘afiyah.
  • Untuk terus hidup sejahtera, kita seharusnya berada di dalam ‘afiyah.
  • Untuk mahukan anak-anak kita di lindungi, kita perlu berada di dalam ‘afiyah.
  • Dan jika kita sudah diampuni dan tidak dihukum, kita berada dalam ‘afiyah.

Sumber: TikTok @stevensimck dan MyWilayah

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI