Pernah popular menerusi drama bersiri Adam Dan Hawa dahulu, nama pelakon Elfaeza Ul Haq sejak beberapa ketika ini jarang sekali diperkatakan. Namun, baru-baru ini ketika temu bual bersama Ustazah Asma Harun di laman sosialnya menarik perhatian ramai.
Imej beliau sudah mula berubah dan mengenakan tudung sepenuhnya, selain dirinya rakan selebriti, Diana Amir turut ada bersama.
Niat berhijab kerana Allah SWT
Mengakui sudah lama mempunyai niat untuk menutup aurat, Elfaeza memberitahu beliau mula berhijab sejak 2015. Dia tidak berniat untuk memperlahankan kerjaya seninya namun pada ketika itu, dengan izinNya semuanya terjadi secara perlahan-lahan.
Tidak mempunyai alasan khusus kenapa dia memilih untuk berhijab. Cuma sudah lama mahu tampil berhijab dari tahun 2010, iaitu sejak lima tahun berhijrah. Wanita tinggi lampai ini merasakan pada masa itu tidak patut rasa menangguhkan niat ini.
Dugaan banyak apabila berhijab
Banyak perubahan yang perlu Elfaeza lakukan dan akui perlu membiasakan diri dengan imej yang baru. Bererti banyak juga perkara yang perlu dipelajari.
“Doakan saya baik-baik sahaja ya, bila nak berubah tu mesti ada beberapa ujian dan halangan untuk menguji pendirian serta iman kita, apa yang penting jangan pernah putus asa dan berpegang pada prinsip yang ada,” akuinya.
Dunia lakonan tidak semua Indah
Pemilik nama penuh Siti Elfaeza Mohmed Ehsan Ul Haq dilahirkan di Jurong, Singapura dan merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang seni pada usia 18 tahun dengan menyertai pertandingan nyanyian di Singapura iaitu Anugerah anjuran MediaCorp Suria pada tahun 2003 dan selepas itu, beliau terjun ke bidang lakonan.
Ads
Gadis tinggi lampai ini mula dikenali di Malaysia pada dia menginjak usia 27 tahun, meski pun tidak berapa dikenali dalam berapa siri drama tempatan, namun kemunculannya dalam drama bersiri Adam dan Hawa cukup memberi kesan pada penonton ketika tayangannya di sekitar 2012.
Minat pada bidang lakonan bukan bererti dia menggemari kehidupan seorang selebriti. Septikal masyarakat yang menganggap dunia hiburan penuh kemewahan dan keindahan, tidak pula bagi dua selebriti ini. Elfaeza dia hanya minat seni lakonan, yang selebihnya tidak.
“Dunia yang penuh serabut, pergi event tak best, kena interview TV dan photoshoot tak best dan gosip pun tak best, ujar selebriti kelahiran Singapura ini. Alhamdulillah selama dalam bidang ini tiada gosip-gosip yang dikaitkan dengan saya,” kongsinya lagi.
Ads
Keseronokan yang dirasai hanya satu bebanan apabila, Elfaezah perlu hadiri aktiviti di luar bidang lakonan, walaupun dia akui ini adalah punca pencarian nafkah dan rezeki dengan berkongsi bakat lakonannya. Ulas ustazah Asmah Harun lagi, apabila apa yang kita buat bertentangan dengan syariat, rasa keseronokan itu ditarik olehNya, menjadikan rasa itu hanya pada luaran sahaja.
Walaupun berhijab, dia disokong oleh semua warga produksi. Elfaezah panjat kesyukuran hijrahnya disambut baik. Walaupun di kelilingi warga kerja transgender tapi menurutnya mereka inilah yang menjaga aurat dirinya ketika menjalani pengambaran. Pernah membintangi drama Impak Maksima the Series dan KL Menjerit The Series pada tahun 2008, mereka menghormati permintaan untuk melakukan ibadah solat , Allah memudahkan lagi keaadaan.
“Dua insan ini yang menjaga aurat dan pemakaian saya ketika dalam set pengambaran, bimbang aurat terdedah, Elfae diingatkan supaya memakai inner, namun sekiranya tiada mereka sendiri akan menyediakannya,” ujar Elfaeza lagi.
Ads
Bukan sekadar pemakaian malah waktu solat dan tertib pemakaian juga diperhatikan, agar tiada aib yang tersingkap, wanita anggun ini bersyukur mereka ini lelaki yang berjiwa wanita lebih memahami dan prihatin perihal hijrahnya.
Perkongsian selebriti ini bersama ustazah Asma Harun dilakukan ketika menjalani ibadah umrah di Kota Madinah. Semoga penghijrahan Elfaeza Ul Haq akan menjadi inspirasi buat hijabi di luar sana.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Perkara yang paling malas dilakukan oleh setiap wanita adalah membuang solekan pada wajah. Memang nampak leceh tapi anda perlu membersihkan solekan pada wajah supaya tidak ditumbuhi jerawat. Antara solekan yang sukar untuk dibuang adalah gincu bibir.
Jika anda sedar, terdapat banyak gincu bibir di pasaran yang melekat pada bibir dan sukar untuk dihilangkan. Anda perlu membuang gincu pada bibir supaya bibir anda tidak kering dan rosak. Tetapi, yang buat mood anda hilang bila makeup remover anda habis ketika mahu buang solekan pada wajah.
Nah, jangan risau kerana Hijabista ada jalan penyelesaiannya. Apa kata anda gunakan 6 bahan alami sebagai pengganti untuk menghilangkan solekan pada wajah.
1. Timun
Timun boleh digunakan untuk menghilangkan solekan pada wajah anda. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu mengisar timun hingga hancur. Air kisaran tersebut boleh digunakan untuk digosok pada wajah dengan lembut. Kalau solekan tak hilang sepenuhnya, anda boleh campurkan sedikit susu atau minyak zaitun.
2. Baking Soda + Madu
Cara yang paling mudah untuk menghilangkan gincu pada bibir anda. Anda hanya perlu tuangkan sedikit madu pada tuala dan tambahkan sedikit baking soda. Gunakan bahan campuran yang telah diletakkan pada tuala untuk menggosok bibir dan menghilangkan gincu bibir tersebut.
3. Minyak Zaitun
Minyak zaitun boleh dijadikan pilihan untuk menghilangkan gincu bibir anda terutamanya gincu bibir jenis cecair atau gincu bibir yang boleh tahan lebih lama. Selain itu, minyak zaitun juga lembut dan ringan dibibir. Bibir juga tidak akan jadi rosak bila digosok.
4. Minyak Kelapa
Minyak kelapa tidak hanya memberi nutrisi pada rambut dan kulit, ia juga boleh menghilangkan gincu yang dioles pada bibir. Gosokkan minyak kelapa tersebut pada bibir hingga gincu tersebut menghilang.
5. Yogurt
Yogurt boleh digunakan untuk menghilangkan kesan gincu yang melekat pada bibir. Perlu anda tahu bahawa yogurt juga boleh melembapkan bibir anda.
6. Susu
Ternyata susu boleh menghilangkan kesan gincu yang melekat pada bibir. Cuma, sapukan sedikit susu ini pada bibir dan gosok perlahan-lahan. Susu juga boleh digunakan untuk menghilangkan solekan mata waterproof.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bagi yang gemar berlari, kasut adalah komponen penting dan pemilihan kasut yang sesuai mesti berpandukan kriteria seperti jenis atau bentuk kaki serta gaya berlari.
Ini kerana, kasut untuk sukan berlari direka khusus bukan saja untuk memantapkan teknik larian, tetapi bagi mengurangkan impak pada kaki, lutut dan jari kaki seterusnya mengelakkan pelbagai masalah sakit kaki serta kecederaan daripada berlaku.
Jika anda seorang yang gemar bersukan, pasti anda akan sedar bahawa kasut yang telah digunakan lebih daripada setahun tidak lagi selesa untuk dipakai. Hal ini kerana, setelah berlari lebih daripada 400 hingga 500 kilometer, kusyen pada kasut tersebut akan mula hilang dan menipis.
Perkara ini juga akan memberi kesan sampingan kepada kaki seperti mengalami sakit sendi dan tapak kaki. Tempoh setahun adalah masa yang paling sesuai untuk anda menukar kepada kasut sukan baru.
Walau bagaimanapun betulkah sebenarnya kasut pun ada expired date terutamanya kasut sukan? Sebenarnya tidak kira apa sahaja jenama kasut sukan yang mahal, semua kasut sukan ada tamat tempoh. Sebab itulah selalunya ada acara pelepasan stok untuk kasut sukan. (jual murah)
Tidak kiralah sama ada kita memakainya atau pun tidak, atau kita hanya simpan kasut di dalam almari sepanjang masa (orang bilang masih bau kedai), selepas masa tertentu (mungkin 2-4 tahun), gam kasut akan mula tidak kuat/mula terbuka dan kasut tertanggal dengan sendiri.
Sumber kredit: Steemit.com
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Menjadi personaliti berhijab yang mencipta nama dan berdiri setanding dengan dengan personaliti televisyen lain di negara yang bukan majoriti beragama Islam merupakan sesuatu pencapaian yang membanggakan.
Di tengah-tengah stigma masyarakat yang memperlekehkan hijab, Ginella Massa berdiri teguh dengan pendiriannya sebagai sebagai seorang hijabi. Pada tahun 2015 dia memulakan kerjayanya sebagai wartawan penyiaran untuk CTV news dan dipercayai sebagai wartawan berhijab pertama yang muncul di kaca televisyen mana-mana stesen penyiaran di bahagian Amerika Utara.
Setahun kemudian di CityNews Toronto, wanita anggun ini menjadi wanita muslim berhijab pertama yang mengemudi rancangan berita utama di Kanada. Dek kecemerlangan dan integriti yang dimiliki dalam menyampaikan berita, pada 2021 Ginella telah diberi kepercayaan untuk memiliki rancangannya sendiri dan disiarkan pada waktu arus perdana.
Rancangan yang diberi judul Canada Tonight yang bersiaran di CBS News itu merupakan sebuah program bual bicara yang mengetengahkan isu-isu semasa yang berlaku dalam kalangan penduduk Kanada.
Memetik temubualnya bersama North Shore News, Ginella menyatakan yang kepercayaan yang diberikan kepadanya umpama mimpi menjadi kenyataan. “Perkara ini adalah mimpi yang menjadi kenyataan untuk menjadi sebahagian daripada penyiar awam kebangsaan Kanada dan mempunyai platform nasional sendiri. Saya melihat berita sebagai kebaikan umum.
“Dan itulah yang menarik apabila berkerja denga organisasi yang merupakan penyiar awam, ia bukanlah mengenai keuntungan sepertimana penyiar swasta. Saya sangat menyedari hakikat bahawa kami dibiayai secara publik, jadi saya melihatnya sebagai satu tanggungjawab,” kongsinya.
Dalam rancangannya itu, Ginella membawa pelbagai isu dan juga menjemput koresponden daripada pelbagai latar kaum, agama dan budaya untuk menonjolkan kepelbagaian yang dimiliki lapisan masyarakat Kanada.
Terbaharu, dia dijemput untuk menyampaikan anugerah berprestij di Anugerah Canadian Academy yang meraikan industri filem, televisyen dan media digital.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...