Lumrah wanita untuk bertindik untuk memakai perhiasan yang cantik-cantik. Telinga merupakan kawasan yang pertama sekali apabila seseorang wanita itu bertindik. Akan tetapi, adakah anda mengambil berat tentang penjagaan tindik supaya tiada kesan sampingan yang tidak dikehendaki. Ini merupakan panduan untuk penjagaan selepas sahaja anda bertindik!
Perkara utama apabila anda selesai sahaja bertindik adalah pencegahan. Pencegahan agar mendapat cara perlindungan yang lebih baik. Apabila anda bertindik, terdapat dua jenis teknik iaitu bertindik menggunakan jarum dan menggunakan penembak. Dua jenis teknik ini mempunyai perbezaan tersendiri.
Penggunaan jarum mempunyai lebih banyak kawalan pada ketepatan dan ianya benar-benar di sterilkan. Jadi, ia berfungsi sama seperti pisau bedah yang membuat potongan kecil pada tisu. Malah tindikan jarum memberikan kesakitan yang sangat sedikit. Manakala penembak membentuk lubang melalui tekanan dan akan menyebabkan kecederaan yang tidak perlu pada tisu. Sukar untuk anda pastikan penembak tindik ini di steril atau tidak kerana ia mempunyai bahagian plastik.
Artikel Berkaitan: Kesalahan Sering Kita Buat Ketika Pakai Sunscreen/Sunblock Yang Mungkin Kita Tak Sedar
Memastikan tindik anda bersih
Ramai yang kurang memberikan perhatian pada bahagian yang baru ditindik. Kebersihan amatlah penting apabila anda bertindik. Pastikan anda membersihkan dengan sabun dan air atau larutan garam. Bukan alkohol selama dua kali sehari. Alkohol akan mengeringkan kawasan yang ditindik. Kesannya, jika terlalu kering kulit akan merekah dan berdarah dan menyebabkan luka kekal akan terbuka.
Sabun yang berasaskan minyak sangat sesuai untuk tujuan pembersihan ini. Selain daripada membantu membersihkan luka, ia dapat menyediakan minyak yang boleh bantu melembutkan tisu yang sedang sembuh.
Penjagaan rapi
Tindikan pada bahagian cuping telinga memerlukan penjagaan tambahan berbanding daripada menindik di bahagian tisu lembut bawa cuping telinga. Untuk bahagian bawah telinga hanya mengandungi lemak di antara dua lapisan kulit. Manakala, bahagian tepi atau pinna telinga mengandungi tulang rawan yang membentuk cuping telinga anda. Tulang rawan ini mengambil masa penyembuhan yang agak lama dan agak sensitif. Ianya sangat mengambil banyak masa dan penjagaan tambahan untuk sembuh dengan sepenuhnya.
Anda perlu memerhatikan tanda-tanda penyembuhan dan perlu ketahui berapa lama anda perlu menunggunya. Jika ia mengambil masa dua hingga tiga bulan untuk sembuh. Apabila anda tidak rasa sakit, bengkak dan ia tidak mengeluarkan cecair dan sebarang kemerahan hilang, maka ia sudah sembuh.
Anda perlu mengetahui bahawa badan anda mengambil masa untuk sembuh 100 peratus. Jadi penjagaan rapi dan tekun amatlah diperlukan. Sentiasa melakukan pembersihan dengan menggunakan sabun dan air. Anda juga boleh menggunakan ais untuk masalah bengkak yang terjadi. Sekiranya anda boleh menjadi dengan rapi, ini dapat mengelakkan komplikasi lanjut.
Artikel Berkaitan: Rahsia Kulit Cantik Berseri Dengan Teknik Urutan Wajah Yang Betul. Ini Cara Yang Betul Seperti PRO
Sekiranya tindik yang baru anda lakukan itu menyakitkan diri anda, cuba untuk bertenang dahulu dan jangan panik. Tanda bengkak, merah, rasa panas dan cecair yang keluar dari kawasan tersebut merupakan keradangan dan bukan jangkitan. Jadi, jangan risau kerana anda hanya perlu menjaga kebersihan sahaja. Dapatkan rawatan doktor sekiranya keadaan menjadi teruk dan jangan sesuka hati untuk buat sendiri. Takut akan menyebabkan lagi teruk. Jagalah kebersihan tindik selalu.
Sumber: Hellodoktor!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://www.youtube.com/watch?v=PK5tLV02myg
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI